Gaya Hidup

Kasut Berbau Akibat Kaki Berpeluh? Hapuskannya Dengan 8 Penyahbau dan Pewangi Kasut

Nyahkan bau kasut dengan pewangi kasut dalam bentuk spray atau bola pewangi untuk rak kasut dari jenama diy, daiso dan lain-lain.


Editor · Updated 5 Feb 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Kasut Berbau Akibat Kaki Berpeluh? Hapuskannya Dengan 8 Penyahbau dan Pewangi Kasut

Masalah kasut berbau sering dianggap remeh dan dibiarkan begitu sahaja. Malah, mungkin kita tidak sedar masalah ini kerana deria bau kita sudah 'imun' dengan bau kasut sendiri. Tapi, yang 'sengsara' menahan bau yang tidak diingini ini adalah orang di sekeliling kita. Jadi apa agaknya solusi yang sesuai untuk menyahbau dan mewangikan kasut berbau?

Kandungan

Bagaimanakah cara untuk menyahbau kasut dengan berkesan? 

Terdapat pelbagai cara untuk menyahbau kasut berbau. Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah seperti baking soda, garam, minyak pati, bedak bayi dan sebagainya. Letakkan mana-mana bahan tersebut pada kadar yang mencukupi di dalam kasut semalaman dan buang keesokan harinya. 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pelbagai produk khas di pasaran yang dikhususkan untuk tujuan menyahbau atau mewangikan kasut atau kedua-duanya sekali. Berikut senarai produk penyahbau dan pewangi kasut terbaik di pasaran. 

8 Penyahbau dan Pewangi Kasut Terbaik di Pasaran

Penyahbau kasut murah dari arang buluh 1 daripada 8
Bamboo Charcoal Shoe Odor Eliminator (2pcs)
Partnership with
Dari RM3.61
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Penyahbau ini berasaskan arang buluh dengan karbon aktif. Bahan ini biasa digunakan untuk menyerap bau busuk serta menyerap lembapan berlebihan pada masa yang sama. Masukkan pek ini ke dalam kasut dan tidak perlu risau akan bau kurang menyenangkan dari kasut anda.

Pewangi rak kasut – serap bau dengan berkesan 2 daripada 8
Farcent Deodorizer Shoe Cabinet Charcoal
Partnership with Farcent
Dari RM12.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Jika anda ingin mewangikan semua kasut anda, langkah terbaik adalah meletakkan pewangi yang sesuai di rak kasut. Produk dari Farcent ini sesuai digunakan untuk menyahbau dan mewangikan ruang simpanan kasut atau bilik. Farcent menggunakan penyahbau botanik semulajadi untuk menyerap bau yang tidak diingini serta menyegarkan ruangan.

Pewangi kasut berbentuk spray – teknik mudah untuk menyahbau kasut 3 daripada 8
Scholl Fresh Step Shoe Spray Dual Active Formula (150ml)
Partnership with Scholl
Dari RM23.30
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Selain mengeluarkan kasut berkualiti tinggi, jenama Scholl juga tidak ketinggalan dalam produk penjagaan kasut. Diformulasi dengan formula dual-action yang boleh menyahbau serta-merta. Semburan ini mampu memberi perlindungan dan kesegaran sehingga 24 jam. Semburan pewangi kasut ini kering tanpa meninggalkan sebarang residu!

Pewangi kasut jenis serbuk – sesuai untuk seisi keluarga 4 daripada 8
Neat Feat Foot and Shoe Powder
Partnership with
Dari RM39.51
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Bagi anda yang gemarkan penyahbau dalam bentuk serbuk pula, cubalah Neat Feat Foot and Shoe powder. Produk ini mengandungi bahan-bahan bersifat antikulat dan antibakteria yang menyahbau secara berkesan. Juga mengandungi anti-perspirant bagi mengurangkan kadar lembapan pada kaki atau kasut.

Ia boleh digunakan sama ada pada kaki, kasut ataupun stokin - selamat digunakan oleh seisi keluarga.

Pewangi kasut dengan haruman minyak pati 5 daripada 8
Kokona Lavender Oil Shoe Spray (100ml)
Partnership with Kokona
Dari RM19
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Produk Kokona ini boleh digunakan untuk menyahbau kasut dan pada masa yang menyahbakteria kasut juga. Disyorkan untuk digunakan semasa dalam rawatan masalah kaki bagi mengelakkan bakteria dari kasut berjangkit ke kaki. Dicampur dengan pati minyak Lavender untuk haruman yang menyegarkan.

Bola pewangi untuk kasut agar kekalkan kesegaran 6 daripada 8
Artengo Ball Shaped Sports Shoe Deodorant
Partnership with Artengo
Dari RM24
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Anda mencari penyahbau tanpa semburan atau serbuk? Bola penyahbau ini sesuai untuk anda. Dengan saiz lebih kecil dari tapak tangan, bola ini hanya perlu dimasukkan ke dalam kasut dan dibiarkan untuk kesegaran yang berpanjangan.

Penyahbau dan pewangi kasut aktiviti outdoor 7 daripada 8
Shoeboy's Shoe Fresh Deodorant, Odor Care Spray
Partnership with Shoeboy's
Dari RM46.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Shoeboy merupakan jenama terkemuka dari Eropah yang menghasilkan produk penjagaan kasut berkualiti tinggi. Semburan ini memberi perlindungan maksimum dalam menyahbau dan sesuai bagi mereka yang mementingkan kebersihan dan keselesaan. 

Produk ini juga sesuai digunakan untuk kasut sukan, kasual, but ski dan kasut menunggang kuda.

Pil penyahbau kasut – hapuskan bau masam dengan segera 8 daripada 8
Panda Clean Sneaker Deodorant Pill
Partnership with
Dari RM39.90
Lihat harga di Lazada Malaysia

Panda Clean Deodorant Pill ini kelihatan seakan kapsul bersaiz tapak tangan. Fungsinya adalah untuk menyahbau kasut dan mengekalkan kesegaran. Walaupun produk ini asalnya direka untuk kegunaan kasut sneaker, tetapi ianya boleh digunakan untuk semua jenis kasut.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation