Sama ada anda mencari produk untuk menenangkan masalah kulit merengsa, mencerah wajah kusam, melembap kulit kering atau hanya untuk menyegarkan wajah ketika cuaca panas, face mist ialah ‘must-have item’ untuk anda.
Perlukah anda memakai face mist setiap hari? Apakah manfaat face mist?
Face mist sesuai untuk kesemua jenis kulit jika formulanya bersesuaian dengan anda seperti kulit sensitif, kering, berminyak, kombinasi, dan berjerawat. Juga sesuai jika anda perlukan sesuatu untuk menyegarkan kulit ketika cuaca panas terik seperti di Malaysia ini. Tetapi anda juga perlu ketahui manfaat-manfaat face mist buat kulit wajah.
Antara manfaat face mist adalah menyegar dan memberi efek glowing pada wajah, menyihatkan kulit, esen penenang untuk kulit wajah yang tegang, makeup tahan lebih lama dan melambatkan kadar penuaan. Jom lihat jenama face mist dari drugstore terbaik untuk anda;
10 Face Mist Terbaik dari Drugstore
![WATSONS Mineral Spring Hydrating Spray (50ml).jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5def60b304134.jpeg)
Dirumuskan dengan Vitamin C, minyak pati tea tree, dan alga laut, pelembap semburan yang ringan dan cepat menyerap ini akan mencerahkan kulit kusam dan tona tidak sekata. Diperkaya dengan bahan aktif yang mengawal rembesan sebum, ianya akan membantu kulit anda merasa kurang berminyak.
Sesuai dengan gaya hidup seorang remaja yang sentiasa sibuk, face mist ini sahaja sudah banyak membantu kulit remaja untuk kekal sihat, bersih dan segar.
![BIO-ESSENCE BIO-WATER Sensitive pH (100ml).jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5def52eb4000d.jpeg)
Jika anda seseorang yang mempunyai kulit sensitif dan takut produk tidak sesuai akan memedihkan kulit anda, usah risau! Face mist dari Bio-essence ini bersifat hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitif. Ianya dapat menyejukkan kulit yang sedang kerengsangan dan juga sesuai digunakan ketika cuaca panas.
Bukan itu sahaja, face mist ini dapat dijadikan sebagai setting untuk makeup yang mengecilkan penampilan pori agar solekan kekal lama.
![Face mist drugstore yang murah](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/Eucerin-Aquaporin-Mist-Spray-300x191.jpg)
Kulit berjerawat sememangnya sering dikaitkan dengan jenis kulit berminyak. Namun, kadangkalanya, kulit berjerawat boleh menyebabkan kulit menjadi iritasi, merengsang dan kemerahan. Sembur saja face mist daripada Eucerin ini yang akan memastikan kulit anda bebas dari iritasi dan kemerahan dengan segera.
![SECRET NATURE From Jeju Mist.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5def558ae1d45.jpeg)
Sifat face mist ini menyuburkan dan melembap kulit anda membuatkan face mist ini menjadi kegemaran ramai. Dengan formulasi yang menggunakan bahan semula jadi seperti ekstrak teh hijau, Aloe Vera, bunga Camellia, Asparagus, Brokoli dan minyak Canola.
Produk ini juga bebas alkohol dan pengawet tambahan, membuatkan produk ini tidak akan menyebabkan kulit merengsa dan iritasi. Sesuai untuk semua jenis kulit samada yang bermasalah ataupun normal.
![SAFI DERMASAFE.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5def56e43c3c4.jpeg)
Cuaca panas menyebabkan kulit menjadi kusam, letih dan merengsa yang akan mengakibatkan kulit pudar dengan cepat sementara kulit terasa kering akan menjadi tidak selesa. Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist dengan bahan semula jadi seperti ekstrak minyak zaitun, likoris, dan Chamomile memberi manfaat 2-dalam-1 yang bertindak sebagai ‘booster’.
Ianya mampu beri lembapan, melegakan dan melindungi kulit jika digunakan sebagai makeup setting spray. Terbaik dalam menjaga tekstur kulit supaya terasa lembut dan segar sepanjang hari.
![SUNPLAY.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5def57cede84d.jpeg)
Diformulasi dengan perlindungan UV yang tahan lama dan kemasan matte, face mist ini sesuai untuk anda yang alami kulit jenis berminyak. Semburannya cepat meresap dan tidak akan meninggalkan rasa lekit atau kesan putih di muka. Anda boleh melangkah keluar dari rumah dengan penuh keyakinan walaupun seharian berjemur dibawah terik matahari.
![MAKAYLA Collagen Mist Advanced Formula.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5def58d88820b.jpeg)
Face mist jenama lokal ini sesuai untuk menyegarkan kulit jenis kombinasi cenderung berminyak dengan mengawal penghasilan minyak serta kulit tidak mudah melekit. Produk ini juga memberi semburan dengan kebaikan kolagen, ekstrak Chamomile, Aloe Vera dan Vitamin C yang menawarkan penyelesaian kepada kulit cantik dan sihat.
Aloe Vera memberi dan mengunci lembapan manakala Chamomile pula mengawal pengeluaran minyak.
![MAMONDE Floral Hydro Mist (120ml).jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5def5afea8ffd.jpeg)
Mamonde Floral Hydro memberi semburan kesegaran yang berfungsi dengan cepat pada kulit kering dan mengekalkan serta mengunci lembapan pada wajah dengan menggunakan teknologi Cycle Water. Semburannya yang luas akan memastikan keseluruhan wajah akan mendapat kebaikan daripada face mist ini sama rata.
Produk ini juga sesuai untuk pengguna vegan kerana tidak mengandungi bahan atau ujikaji yang melibatkan haiwan.
![ESSENHERB Bulgarian Rose Mist (100ml).jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5def5bed43d71.jpeg)
Face mist yang diperbuat daripada air mawar mewah ini sesuai digunakan sebagai primer wajah sebelum dan selepas solekan agar ianya dapat bertahan lebih lama. Foundation anda juga tidak akan mengering dan kelihatan bercapuk selepas menggunakan face mist ini.
Air mawar segar ini diperkaya dengan hidrasi yang akan memberi kulit yang kering dan sensitif keserian dari dalam.
![TRILOGY Hydrating Mist Toner (100ml).jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5ce77f4f35bcf.jpeg)
Sesuai untuk kulit yang terlampau kering, face mist ini akan mengembalikan lembapan pada wajah. Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, bunga ros, minyak geranium dan lavender, ianya tidak akan menyebabkan kulit menjadi tambah iritasi. Face mist ini juga memberi wangian aroma yang akan memberi hidrasi segera untuk kulit kering.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!