Kecantikan

15 Scrub Muka Terbaik Di Watson Untuk Semua Jenis Kulit 2026

Scrub muka penting untuk membersihkan muka anda dari sel kulit mati dan. Kulit kusam pun boleh berseri. Jom lihat senarai scrub muka terbaik di Watson.


Editor · Updated 9 Jul 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Scrub Muka Terbaik Di Watson Untuk Semua Jenis Kulit 2026

Teknik pengelupasan ataupun exfoliating sebenarnya main peranan besar di dalam rutin penjagaan wajah kita.

Apabila kita menggunakan skrub, lapisan sel kulit mati di muka yang kusam akan terkupas dan memberikan lapisan kulit wajah yang baru yang jauh lebih bersih dan cerah. 

Kandungan

Hanya dengan cara ini, segala kotoran pada wajah yang menyebabkan muka kusam boleh dibersihkan secara mendalam. 

Cara ini juga membantu menyelesaikan masalah kulit muka berbiji, tapi anda perlu lakukannya dengan konsisten atau berkala.

Tapi pastikan guna scrub muka terbaik atau produk pengelupasan kulit wajah terbaik seperti produk exfoliate di Watsons.

Jom kami bantu anda senaraikan pencuci muka scrub terbaik di drugstore dan juga scrub muka terbaik di Watsons.


15 Scrub Muka Terbaik Di Watson

Scrub muka terbaik secara keseluruhan 1 daripada 15
Nivea Bio Aloe Vera Rice Scrub (75ml)
Nivea
Dari RM23.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tiada microplastic particles
Menggunakan bahan organik
Harga mahal
2 lagi
Menyingkirkan sel kulit mati
Mengurangkan blackheads

Sebab menjadi pilihan utama:

Rumusan beras asli merupakan bahan yang terbaik untuk memberikan kesegaran pada wajah.

Ciri-ciri:

Jika anda mempunyai masalah wajah kombinasi dan berminyak, skrub ini amat sesuai dengan anda. 

Malah scrub ini tidak menggunakan sebarang microplastic pada scrubnya.

Skrub jenama ini mengandungi serbuk halus beras dapat mengawal pengeluaran minyak, mengurangkan parut dan menghilangkan kekusaman wajah. 

Selain itu, blackhead yang terkumpul akibat kotoran serta kumpulan minyak pada wajah juga dapat dikurangkan.

Manakala Aloe Vera pula mengunci menghidrat dan kembalikan kelembapan pada wajah supaya wajah kekal lembap, anjal dan bersih. 

Review:

"Tekstur scrub tidak terlalu kasar dan bau organik rice yang menyegarkan. Berkesan untuk mengurangkan masalah kulit berminyak."

Eucerin Pro ACNE Solution Scrub 100ml
Scrub muka untuk whitehead 2 daripada 15
Eucerin ProACNE Solution Scrub
Eucerin
Dari RM39.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Melawan bakteria punca jerawat
Membantu mengecilkan liang pori
Harga agak mahal
1 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif

Euerin ProAcne Scrub mengandungi formula pembunuh bakteria seperti Lactid Acid dan mikro partikel yang mengecilkan pori wajah.

Jadi yang ada masalah kulit berjerawat tu, anda wajib gunakan scrub Eucerin bagi melawan masalah kulit berjerawat.

Bukan itu sahaja, ianya juga mengawal pengeluaran minyak, mengurangkan bintik hitam, cela dan pori tersumbat. 

Formulanya berbentuk gel dan bijian mikro yang lembut amat sesuai untuk digunakan oleh kulit sensitif tanpa mengeringkan wajah untuk pembersihan intensif.

Exfoliating scrub untuk kulit berminyak
Scrub muka lelaki 3 daripada 15
Garden of Eden Gentle Exfoliating Facial Scrub 75 ml
Garden of Eden
Dari RM20.32
Lihat harga di Watsons Malaysia
Mengandungi ekstrak buah delima
Melembapkan dan mencerahkan kulit
Kurang berkesan mencerahkan kulit
2 lagi
Mempunyai bijian dari beras
Dapat menyingkirkan kotoran

Skrub wajah ini diperkaya dengan buah delima, menjadikan sesuai untuk kulit yang alami parut. 

Khasiat daripada buah delima dan khasiat likoris mampu memudarkan parut serta mencerah wajah kusam. 

Mankala kandungan bijian beras pula akan memastikan sel kulit mati dan serpihan kulit kering hilang serta berfungsi untuk melicinkan kulit. 

Bukan itu sahaja, skrub wajah ini mengandungi khasiat minyak zaitun dan minyak Jojoba untuk kekalkan penghidratan pada kulit. 

Pati minyak geranium dan pudina pula dapat meredakan iritasi pada kulit sensitif. 

Scrub muka terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat 4 daripada 15
Garnier Pure Active Anti-Acne White Scrub (100ml)
Garnier
Dari RM10.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menyelesaikan pori tersumbat
Mengawal penghasilan minyak
Bukan untuk mencerahkan kulit
1 lagi
Tidak sesuai untuk ibu mengandung

Skrub ini diperkaya dengan bahan seperti herba pembaik pulih dan asid salisilik.

Skrub 6 dalam 1 ini bukan hanya mencegah muka anda daripada berminyak malah ia juga membantu bagi mengurangkan jerawat, bintik hitam, liang tersumbat, kemerahan dan juga parut.

Amalkan penggunaan 2 kali seminggu bagi mendapatkan kesan yang menakjubkan dan jangan risau kerana ia skrub yang halal.

EVERSOFT Apricot Facial Scrub
Scrub muka semula jadi 5 daripada 15
EVERSOFT Apricot Facial Scrub
Eversoft
Dari RM11.09
Lihat harga di Shopee Malaysia
Menyingkirkan kotoran pada wajah
Menjadikan kulit lembut
Boleh menyebabkan iritasi
1 lagi
Dapat melindungi kulit dari sinaran UV

Bagusnya scrub ini, kulit anda bukan sahaja bersih tetapi dapat menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dari biasa. 

Ini kerana kesan dari Mulberry ekstrak yang mampu mencerahkan kulit wajah serta memberikan lapisan kulit yang lebih sihat. 

Ekstrak Apricot puila dapat mengekalkan tahap kelembapan pada wajah anda terkawal terutama bila anda menghadapi masalah kulit kering. 

Bahan lain yang terkandung adalah bahan semula jadi bagi menyingkirkan sel-sel kulit mati pada wajah anda.

Manakala teksturnya yang lebih halus agar dapat membersih dengan lebih mendalam. 

Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub
Exfoliating gel terbaik 6 daripada 15
Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub
Freeman
Dari RM24.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Kegunaan 2 dalam 1 mask
Dapat membersih lebihan minyak
Perlu tunggu mask kering
2 lagi
Mampu menyerap lebihan minyak
Mampu mengecilkan liang pori

Skrub muka ini menampilkan proses pemakaian 2-dalam-1 yang menggunakan teknik mask dan skrub. 

Produk dwifungsi ini dapat bertindak sebagai detoks dan menyingkirkan segala kotoran dan cela di wajah. 

Diformulasi dengan serbuk arang dan gula hitam sekaligus dapat membantu mengecilkan liang porti pada wajah. 

Sesuai untuk kulit berminyak kerana dapat berkurangan kerana serbuk arang tersebut menyerap lebihan sebum yang terhasil. 

Hasilnya, wajah bebas minyak, lebih bersih, kulit juga makin sihat dan berseri. 

Scrub muka untuk kulit berminyak 7 daripada 15
Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Neutrogena
Dari RM26.31
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menghilangkan blackhead.
Menanggalkan sel kulit mati.
Bergantung kesesuaian kulit individu.
1 lagi
Mengawal penghasilan minyak.

Skrub ini amat sesuai digunakan setiap hari kerana formulanya lembut dan tidak kasar kepada kulit. 

Diformulasi dengan teknologi Blackhead Fighting Complex akan membantu menghilangkan bintik hitam dan menghalang daripada kembali. 

Diperkaya dengan bahan semula jadi yang terbukti membantu mengawal minyak dan membersih pori dengan berkesan.

Sesuai juga digunakan untuk kulit sensitif dan berminyak kerana formulanya bebas minyak. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, skrub ini bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic

Scrub muka untuk kulit kusam 8 daripada 15
Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub (75ml)
Simple
Dari RM18.34
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mengandungi campuran dari rice granule
Mempunyai Vitamin E
Hanya berfungsi menyingkirkan kotoran saja
1 lagi
Menganjalkan kulit

Rice granule merupakan rumusan bagi tekstur scrub ini, untuk membuang kotoran pada wajah seperti sel-sel kulit mati. 

Bukan itu sahaja, nutrisi dari beras tersebut menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

Bukan itu saja tekstur kulit juga kelihatan anjal semula jadi jika anda pakai secara berterusan.

Kulit yang terjejas akibat sinaran UV dan kotoran luar, bahan Vitamin E dapat melindungi kulit anda dari semua masalah ini. 

Safi Natural Facial Scrub Habbatus Sauda
Scrub muka untuk kulit sensitif 9 daripada 15
Safi Natural Facial Scrub Habbatus Sauda
Dari RM8.54
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menyingkirkan sel kulit mati
Mengurangkan whiteheads dan blackheads
Tidak mempunyai logo halal
1 lagi
Membersih liang pori yang tersumbat

Scrub terbaru dari rangkaian Safi ini sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit sensitif.

Gel scrub ini mempunyai BHA yang berfungsi membersihkan liang pori yang tersumbat akibat dari lebihan minyak dan kotoran pada wajah. 

Jangan risau, tidak membuatkan kulit anda kering walaupun menyingkirkan sel kulit mati.

Selain itu scrub ini dapat mengurangkan blackheads dan whiteheads yang menjadi penyebab masalah kulit. 

Hasilnya, kulit juga lebih cerah, sihat dan masalah kulit berminyak juga berkurangan tanpa menyebabkan sebarang iritasi pada kulit. 

Himalaya Gentle Exfoliating Apricot Scrub
Scrub muka terbaik untuk kulit kombinasi 10 daripada 15
Himalaya Gentle Exfoliating Apricot Scrub
Himalaya
Dari RM31.63
Lihat harga di Lazada Malaysia
Dapat melindungi kulit akibat sinaran UV
Membekalkan kulit yang sihat
Sulfate boleh menyebabkan iritasi pada wajah
2 lagi
Membersihkan sel kulit mati
Mengurangkan blackheads

Bila pakai scrub, benda paling utama adalah untuk membersihkan sel kulit mati dan menyingkirkan blackhead.

Jadi scrub ini adalah pilihan yang tepat kerana dapat menghalang pembentukan blackheads pada kulit wajah.

Dalam masa yang sama, liang pori yang tersumbat juga boleh dibersihkan dan memberikan kulit yang sihat. 

Bahan yang bagus didalam scrub ini adalah crab apple yang mengurangkan masalah iritasi dan kaya dengan antioksidan. 

Kulit anda tidak akan kering dan kekal tahap kelembapannya dengan nutrisi dari wheat germ oil.

Manakala kandungan biji aprikot pula tidak asing lagi dalam proses menyingkirkan sel kulit mati dan membuang masalah blackheads pada kulit wajah. 

Garnier Skin Light Complete Brightening Scrub
Scrub muka terbaik untuk jeragat 11 daripada 15
Garnier Skin Light Complete Brightening Scrub
Garnier
Dari RM7.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Vitamin C untuk mencerahkan kulit
Mengurangkan kekusaman
Boleh menyebabkan iritasi
2 lagi
Mengurangkan kesan tompok hitam
Kulit menjadi kering

Kali ini scrub dari Garnier berfungsi menjadikan kulit lebih cerah serta memberikan tona sekata pada wajah anda. 

Kandungan Vitamin C yang menjadi bahan utama pada scrub ini untuk mencerahkan kulit anda.

Menggunakan ekstrak lemon bagi menyelesaikan masalah kulit yang sentiasa kelihatan kusam dan tidak bermaya. 

Paling utama, sel-sel kulit mati ini dapat disingkirkan dan memberikan ruang agar kulit menjadi lebih sihat. 

Jika ada masalah kulit tidak sekata atau kesan tompokan hitam pada wajah, dalam saiz yang kecil scrub ini mampu mengurangkan tona warna tersebut. 

st ives smoothing oat scrub
Scrub muka untuk kulit kering 12 daripada 15
St Ives Face Gentle Smoothing Oat Scrub
St Ives
Dari RM21.89
Lihat harga di Lazada Malaysia
Melembapkan kulit wajah
Tidak mengandungi sulfat dan minyak
Stok terhad
1 lagi
Sesuai dijadikan scrub atau masker

Scrub ini menyegarkan kulit yang letih dengan bauan oat semula jadi.  

Dalam masa yang sama, ia boleh mengangkat kelemumur pada kulit.

Skrub ini juga boleh melembutkan dan melembapkan wajah supaya wajah tidak lagi kelihatan kusam. 

Wardah Lightening Gentle Exfoliator - All Skin Type
Chemical exfoliator terbaik di watsons 13 daripada 15
Wardah Lightening Gentle Exfoliator - All Skin Type
Wardah
Dari RM6.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai semua jenis kulit
Menghilangkan tompok hitam
Guna set lengkap untuk kesan berpanjangan
1 lagi
Meratakan tona kulit wajah

Wardah Lightening Gentle Exfoliator merupakan skrub wajah yang dihasilkan dengan teknologi Gentle Microfoliant.

Ia dapat berikan sentuhan yang lembut pada kulit wajah anda.

Skrub ini berkesan membersihkan pori, menghilangkan sebum dan sel kulit mati untuk menjadikan kulit anda terasa segar. 

Selain itu, ia diperkaya dengan Advanced Niacinamide yang bukan sahaja membantu membersihkan kotoran tetapi juga mempromosikan tona kulit yang lebih cerah dan berseri dengan penggunaan yang kerap. 

Sesuai untuk mereka yang mencari rutin pengelupasan yang lembut namun berkesan, Wardah Lightening Gentle Exfoliator adalah penyelesaian terbaik untuk mencapai kulit yang glowy dan sihat. 

Formulasinya yang unik memastikan ia dapat digunakan pada pelbagai jenis wajah tanpa menyebabkan iritasi.

COSRX Low pH Good Night Soft Peeling Gel
Peeling gel terbaik di watsons 14 daripada 15
COSRX Low pH Good Night Soft Peeling Gel
COSRX
Dari RM55.44
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk kulit sensitif
Mencerahkan kulit wajah
Harga sedikit mahal
1 lagi
Mengelupas dengan lembut

Jika anda mempunyai kulit berminyak dan mahu membuat rawatan pengelupasan kulit wajah, anda boleh gunakan COSRX Low pH Good Night Soft Peeling Gel ini di rumah.

Produk ini merupakan penyelesaian lembut yang berkesan untuk kulit berminyak. 

Gel pengelupasan yang lembut dan bebas wangian ini diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi, bebas dari alkohol, paraben, wangian tiruan, dan minyak mineral, memastikan proses pengelupasan yang selamat dan menenangkan kulit anda. 

Selain itu, gel yang direka untuk kegunaan harian ini bukan sekadar menghilangkan sel kulit mati, ia turut membuka pori-pori tersumbat, menyerap lebihan sebum, membantu mencegah jerawat dan mempromosikan kulit yang lebih bersih. 

Tambahan lagi, ia juga membantu mengurangkan bintik hitam dan meratakan tona kulit anda, menjadikan kulit anda lebih licin dan berseri. 

Dengan formula pH rendahnya, ia mengekalkan keseimbangan semula jadi kulit, menjadikannya ideal untuk kulit sensitif.

COLLAGEN BY WATSONS Pores-Be-Gone Facial Scrub
Skrub muka terbaik Watsons 15 daripada 15
COLLAGEN BY WATSONS Pores-Be-Gone Facial Scrub
Watsons
Dari RM37.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Meningkatkan kelembapan kulit
Membersihkan liang pori
Stok terhad
1 lagi
Memberi pengelupasan yang lembut

Jika anda mengalami masalah lubang pori wajah tersumbat sehingga menyebabkan jerawat yang teruk, anda boleh cuba scrub Watsons terbaik ini.

Langkah pertama anda perlu lakukan adalah cari kerajinan dengan mencuci wajah menggunakan COLLAGEN BY WATSONS Pores-Be-Gone Facial Scrub.

Cara penggunaanya mudah saja, lembapkan wajah dengan air bersih, sapu skrub pada seluruh wajah dan bilas dengan air bersih.

Selepas menggunakan skrub ini, anda tidak perlu lagi mencuci wajah dengan pencuci muka. Mudah bukan?

Selain itu, skrub wajah ini juga boleh mengembalikan kelembapan wajah anda dan menjadikan wajah anda terasa lebih fresh.


Bagaimana Cara Untuk Memakai Scrub & Berapa Kali Perlu Guna Scrub?

Nak gunakan scrub pun perlu ada cara dan langkah yang betul ke?

Ya, semestinya dan kami yakin ramai di antara kita yang hanya guna sekadar guna tapi tidak mengetahui cara yang tepat. 

Jom kita baca langkah dan cara yang betul pakai skrub.

  1. Pastikan anda basuh terlebih dahulu wajah dengan air sebelum menggunakan scrub.
  2. Ambil jumlah scrub yang secukupnya untuk dipakaikan pada seluruh wajah. 
  3. Bila nak gosok pada muka, jangan terlalu kuat tetapi lembut-lembut dan cuba gosok scrub dalam pusingan jam bagi membantu peredaran darah pada wajah.
  4. Jangan lupa gosok scrub pada bahagian yang penting seperti bahagian hidung, tepi mulut, pipi dan dahi.
  5. Ambil masa 1-2 minit untuk scrub dan bilas wajah anda.
  6. Bila dah siap semua langkah ini, pastikan anda pakai skincare terutama pelembap. 

Tak susah pun nak pakai scrub ini, cuma bila nak pakai scrub cukup hanya 2-3 kali seminggu untuk membuang semua sel-sel kulit mati, kotoran lain pada wajah. 

Anda boleh lihat kesalahan apabila memakai skrub melalui video di bawah supaya anda tidak lakukan.


Adakah Penggunaan Skrub Dapat Memberi Kesan Buruk Kepada Wajah?

Jawapannya tidak kerana kebanyakan skrub menggunakan bahan semula jadi yang lembut dan tidak menyebabkan wajah anda alami iritasi atau merengsa. 

Anda disyorkan skrub yang mengandungi bahan organik mudah larut ketika disapukan pada wajah seperti gula kastor, garam, dan serbuk kopi.  

Produk yang dijual di drugstore tidak semestinya tiada kualiti. Kadangkala, keberkesanannya lebih bagus berbanding skrub yang mahal. 


Cara Pilih Scrub Muka Terbaik Di Drugstore

Salah satu produk penjagaan kulit yang popular di kalangan wanita ialah scrub untuk membantu menanggalkan sel kulit mati dan memperbaiki tekstur kulit kita.

Tetapi, dengan begitu banyak pilihan produk scrub yang terdapat di pasaran, adakah anda keliru bagaimana untuk memilih scrub yang terbaik untuk kulit?

Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tips penting yang boleh membantu anda memilih scrub terbaik di drugstore.

  • Kenali jenis kulit anda

Sebelum memilih scrub, pastikan anda tahu jenis kulit anda.

Jika anda mempunyai masalah kulit kusam, cari scrub yang mengandungi bahan seperti asid glikolik atau Vitamin C. 

Bahan-bahan ini boleh membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, cari scrub dengan bahan-bahan seperti minyak pokok teh atau tanah liat boleh membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit.

  • Bahan semula jadi

Pilih scrub yang menggunakan bahan semula jadi untuk mengelakkan kerengsaan.

Ini kerana bahan-bahan ini boleh membantu membersihkan kulit anda dengan lembut tanpa merosakkan lapisan pelindung kulit.

  • Uji sedikit pada kawasan kecil kulit terlebih dahulu

Sebelum menggunakannya pada seluruh muka, uji pada bahagian kecil kulit untuk mengelakkan tindak balas kulit yang tidak diingini.

Sekiranya tiada tindak balas seperti kemerahan atau gatal-gatal, barulah anda boleh sapukan pada keseluruhan muka.

  • Sesuaikan dengan bajet anda

Jangan berbelanja berlebihan untuk scrub yang terlalu mahal.

Terdapat banyak jenama yang tersedia di kedai seperti Watsons yang menawarkan scrub berkualiti pada harga yang berpatutan.

Pastikan anda memilih scrub yang bersesuaian dengan bajet anda.

  • Bau wangi

Jika anda sukakan bauan, pastikan scrub yang anda pilih mempunyai bau yang menyenangkan.

Walaupun ini bukan perkara penting, bau scrub boleh memberikan pengalaman yang menyenangkan semasa penggunaan di wajah.

  • Baca kandungan scrub

Pastikan anda membaca senarai bahan sebelum membeli scrub.

Scrub yang baik harus mengandungi bahan berkualiti tinggi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti paraben.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastikan scrub yang anda pilih bebas daripada pewangi atau bahan yang boleh menyebabkan reaksi alahan.

Sebaliknya, jika anda mempunyai kulit berjerawat, pilih scrub yang mengandungi asid salisilik atau benzoil peroksida untuk membantu membersihkan liang-liang dan mengurangkan jerawat. 


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Skrub Muka?

Antara kelebihan scrub ialah ia membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berseri.

Dengan menggunakan scrub muka, ia membolehkan kulit bernafas dengan lebih baik. 

Scrub muka juga boleh membantu meningkatkan penyerapan produk penjagaan kulit yang lain, seperti serum dan losyen. 

Tambah lagi, ia membantu membersihkan kotoran dan minyak yang terperangkap dalam pori-pori wajah.

Seterusnya, akan membantu mengurangkan risiko jerawat dan kulit berminyak.

Namun, kekurangan utama skrub muka ialah ia boleh menyebabkan kerengsaan dan kemerahan pada kulit terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit tertentu seperti ekzema atau jerawat.

Oleh itu, pastikan anda menguji produk pada kawasan kecil kulit anda sebelum menggunakannya ke seluruh wajah.

Menggunakan scrub muka yang terlalu kasar atau terlalu kerap juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan merosakkan lapisan pelindung semula jadi kulit.


Beza Scrub Dan Exfoliate

Kedua-dua "scrub" dan "exfoliate" merujuk kepada proses pengelupasan kulit, tetapi kedua-duanya mempuyai perbezaannya:

Scrub

  1. Scrub biasanya melibatkan bahan fizikal seperti biji-bijian kecil, gula, garam, atau manik sintetik yang membantu mengelupas sel kulit mati melalui geseran.
  2. Scrub mempunyai tekstur berbutir atau kasar yang dirasakan pada kulit.
  3. Scrub digunakan dengan menggosok lembut pada kulit dengan gerakan membulat, biasanya semasa mandi atau mencuci muka.
  4. Scrub fizikal biasanya disyorkan untuk digunakan 2-3 kali seminggu, bergantung kepada jenis kulit dan sensitiviti.

Exfoliate

  1. Exfoliate boleh merujuk kepada pengelupasan kimia yang menggunakan bahan aktif seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) atau BHA (Beta Hydroxy Acid) untuk melarutkan sel kulit mati tanpa geseran fizikal.
  2. Produk exfoliate biasanya berbentuk gel, serum, atau cecair tanpa tekstur berbutir.
  3. Exfoliate digunakan dengan menyapu produk pada kulit, membiarkannya menyerap, dan tidak memerlukan pembilasan segera.
  4. Exfoliate boleh digunakan lebih kerap berbanding scrub fizikal, ada yang sesuai digunakan setiap hari bergantung kepada kekuatan formula dan toleransi kulit.

Perbezaan Utama

  • Scrub menggunakan geseran fizikal manakala exfoliate menggunakan bahan aktif untuk melarutkan sel kulit mati.
  • Scrub mempunyai tekstur berbutir, manakala exfoliate biasanya licin dan berbentuk cecair.
  • Scrub mungkin kurang sesuai untuk kulit sensitif kerana geseran fizikal boleh menyebabkan iritasi, sementara exfoliate boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Jadi itulah antara perbezaan antara skrub dan exfoliate yang mana kedua-duanya berfungsi untuk membuang sel kulit mati.

Bagaimanapun, melihat kepada cara kedua-duanya berfungsi, anda mungkin perlu memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation