Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Penapis air terbaik

14 Penapis Air Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Berkualiti)

Menjamin kehidupan lebih sihat untuk seisi keluarga

Boleh dikatakan sekarang setiap rumah akan ada mesin penapis air kerana ramai sudah mula mementingkan kualiti air yang digunakan di rumah. 

Lagipun, siapa yang nak guna air yang berwarna kuning dan berbau? 

Mestilah nak filter air kotor supaya dapat air yang berkualiti. 

Tapi, jenama penapis air mana yang sesuai untuk kegunaan isi rumah? 

Jom kita lihat senarai penapis air terbaik dengan harga penapis air yang berpatutan dan berbaloi untuk anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Penapis Air Terbaik

Penapis air terbaik secara keseluruhan
Panasonic TK-CS20 Water Purifier
Panasonic
Panasonic TK-CS20 Water Purifier
From
RM269.00
Check Panasonic TK-CS20 Water Purifier price below:
add_circle Tidak perlu disambung dengan elektrik
add_circle Kapasiti penapis 6.0L/min
add_circle Mudah dipasang
add_circle Aliran air laju
add_circle Halal
remove_circle Saiz kecil
remove_circle Tempoh jaminan hanya 1 tahun

Sebab menjadi pilihan utama:

Jika anda mahukan penapis atau penulen air yang tidak perlu dibayar bulanan, boleh gunakan water purifier Panasonic ini. 

Ciri-ciri:

Panasonic TK-CS20 Water Purifier mampu menapis air sebanyak 6 liter dalam masa seminit tau!

Mesin penapis air ini juga mempunyai 2 jenis komponen katrij penapis iaitu Non-Woven Fabric dan Powdered Activated Carbon.

Komponen-komponen tersebut akan bertindak sebagai penapis untuk menyingkirkan sehingga 95% klorin. 

Selain itu, penapis air ini boleh menyingkirkan karat, mendapan, bau dan warna yang tidak menyenangkan pada air paip anda agar selamat diminum. 

Penapis air Panasonic juga mempunyai jangka hayat katrij yang panjang dan boleh bertahan sehingga 12,800 liter penggunaan untuk sisa klorin. 

Review:

"Memang rasa lain dengan air paip biasa, air sangat jernih. Cuma untuk buat air masak, kena jerang dulu, tak boleh minum terus dari paip. Jimat tak perlu bayar bulanan."

Penapis air biasa
Coway Genie P07IU Water Purifier
Coway
Coway Genie P07IU Water Purifier
From
RM400.00
Check Coway Genie P07IU Water Purifier price below:
add_circle Tidak perlu sambungan elektrik
add_circle Boleh tukar filter sendiri
add_circle Penapisan 3 peringkat
add_circle Aliran air stabil
add_circle Halal
remove_circle Tempoh jaminan hanya 12 bulan

Buat anda yang mahukan penapis air Coway yang boleh jimatkan elektrik dan mudah dipasang, boleh pertimbangkan untuk guna water purifier Coway Genie ini. 

Penapis air ini membekalkan air bersih untuk kegunaan harian anda hanya dengan menggunakan saluran paip sinki. 

Yang penting, dapat menyingkirkan klorin, Chlorinated Hydrocarbon dan pelbagai lagi kekotoran lain dari sumber air anda.  

Saiznya yang compact pula memudahkan anda meletakkannya di ruang yang kecil sekali pun.

Turut lengkap dengan penunjuk indikator penggantian penapis dan pengguna tidak perlu bayar bulan-bulan.  

Penapis air halal dan murah
BACFREE Watero UltraFiltration All-in-One 5 Filtration System Smart Water Filter Dispenser
BACFREE Watero UltraFiltration All-in-One 5 Filtration System Smart Water Filter Dispenser
From
RM1,780.00
Check BACFREE Watero UltraFiltration All-in-One 5 Filtration System Smart Water Filter Dispenser price below:
add_circle Mudah dipasang
add_circle 5 peringkat penapisan
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Rekaan kompak & mudah dipindahkan
add_circle Tak perlu diservis secara kerap
remove_circle Harga agak mahal untuk saiz yang kecil

Penapis air Bacfree Watero bukan sekadar menapis air tetapi membantu memanaskan air hingga 5 suhu pemanasan yang telah ditetapkan.

Paling penting, setiap 5 tetapan suhu airnya sangat sesuai untuk pelbagai kegunaan di rumah.

Antara tetapan yang boleh digunakan adalah:

  • 25°C untuk air minuman 
  • 45°C untuk susu formula bayi
  • 60°C untuk minuman madu
  • 85°C untuk minuman seperti teh
  • 100°C membuat kopi.

Pembersih air ini juga tidak memerlukan pemasangan yang rumit jadi anda boleh pasang dan selenggaranya dengan mudah.

Untuk semua fungsi dan ciri ini anda tidak perlu risau penapis air Bacfree dijamin halal dan menjadi pembelian terbaik.

Penapis air murah dan berkualiti
Joven Water Filter - JP200
Joven Water Filter - JP200
From
RM139.00
Check Joven Water Filter - JP200 price below:
add_circle Harga murah
add_circle Mudah dipasang
add_circle Tanpa bayaran bulanan
add_circle Menyingkirkan bau busuk & mendapan
add_circle Mampu menyingkirkan 99.9% klorin
remove_circle Aliran air sedikit

Penapis Air  Joven JP200 ini menawarkan ciri penapisan dan pembersihan air yang hampir sama dengan produk penapis air yang lain dimana selamat diminum secara terus.

Selain itu, mempunyai 3 lapisan (Non-Woven Fabric Filter) dan (Powdered Activated Carbon) untuk memberikan kuasa penapisan yang cekap.

Manakala, bahagian sistem tapisan 3 lapisan berkesan dan mampu menyingkirkan 99.9% klorin daripada air paip serta bahan pencemar yang lain seperti karat, keruh, mendapan dan bau busuk.

Dengan saiz kecil iaitu 215mm x 120mm x 254mm, menjadikan tidak memerlukan ruang yang luas untuk dipasang.

Menarik lagi, penapis air ini dilengkapi fungsi injap dwi pilihan, air yang ditapis dan tidak ditapis. 

Maksudnya, anda boleh memilih untuk menggunakan air paip yang telah ditapis bagi kegunaan memasak dan minum atau air paip yang tidak ditapis bagi kegunaan yang lain seperti mencuci.

Penapis air jimat elektrik
Midea Mild Alkaline Water Dispenser Hot Normal Cold - 1635
Midea
Midea Mild Alkaline Water Dispenser Hot Normal Cold - 1635
From
RM545.00
Check Midea Mild Alkaline Water Dispenser Hot Normal Cold - 1635 price below:
add_circle Mempunyai 4 peringkat penapisan
add_circle Air sejuk, suam & air panas
add_circle Tidak perlu bayar bulanan
add_circle Overheat protection
remove_circle Perlu diselenggara sendiri

Mesin penapis air yang boleh diselenggara dengan sendiri dari Midea ini jimat elektrik kerana menggunakan kuasa 540W sahaja untuk air panas dan 420W untuk penyejukan.  

Selamat digunakan oleh seisi keluarga kerana direka dengan butang faucet yang lengkap dengan fungsi Child Safety Lock pada bahagian air panas. 

Paling penting, boleh menapis air dengan menggunakan 4 peringkat penapisan dengan teknologi Korea yang disahkan halal iaitu:

  • iPRO Sediment Filter
  • iPRO Pre-Carbon Filter
  • iPRO Silver Carbon Block Filter
  • iPRO Post Carbon Block Filter

Anda tidak perlu risau tentang sebarang kerosakan sebab pengguna akan mendapat 1 tahun tempoh jaminan.

Penapis air mineral
SK Magic JIK.SOO RICH water purifier
SK magic JIK.SOO RICH water purifier
From
RM6,120.00
Check SK Magic JIK.SOO RICH water purifier price below:
add_circle Tanpa tangki
add_circle Rekaan moden
add_circle Boleh menghasilkan ais
add_circle Mempunyai 5 pilihan suhu air
add_circle Menjimatkan penggunaan tenaga
remove_circle Harga mahal

Walaupun jenama penapis air ini mahal, namun produk SK magic mempunyai 5 pilihan suhu air untuk kegunaan sekeluarga.

Pilihannya iaitu air panas, air sejuk, ais, air mineral pada suhu bilik dan air untuk susu bayi atau minuman petang anda. 

Paling menarik, mesin ini tidak mempunyai tangki (tankless), jadi air lebih selamat untuk diminum kerana tiada masalah pembiakan bakteria atau kulat di dalam tangki. 

Turut mempunyai 3 jenis penapis iaitu Sediment Filter, Carbon Block Filter dan Nanotech Pac Filter.

Ini bagi menjamin penghasilan air minuman yang lebih berkualiti dan bersih tanpa bakteria, karat, virus dan klorin.

Penapis air tanpa bayaran bulanan
Pensonic Water Purifier Water Filter Mineral Pot (15 L) PMP-15
Pensonic
Pensonic Water Purifier Water Filter Mineral Pot (15 L) PMP-15
From
RM84.90
Check Pensonic Water Purifier Water Filter Mineral Pot (15 L) PMP-15 price below:
add_circle Tidak menggunakan elektrik
add_circle Disahkan SIRIM
add_circle Tangki besar
add_circle Murah
remove_circle Perlu penyelenggaraan setiap 6 bulan

Penapis air biasa Pensonic ini pula mudah dipindahkan atau dibawa ke mana sahaja kerana tidak perlu disambung dengan paip atau sumber elektrik untuk berfungsi.  

Sangat sesuai untuk anda yang mahu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. 

Menarik lagi, anda juga tidak perlu lakukan pembayaran secara bulanan, lagi jimat wang! 

Pensonic water purifier yang berkapasiti 15 liter ini menggunakan sistem penapisan seramik yang akan membekalkan anda sekeluarga air minuman yang bersih setiap hari. 

Turut mampu menapis air sekitar 48-71 liter sehari dan paling best, anda boleh selenggara alat ini sendiri.

Penapis air manual
Brita Marella XL 3.5L Water Jug with 1 unit Maxtra+ Filter Cartridge
BRITA MARELLA XL 3.5L Water Jug with 1 unit Maxtra+ Filter Cartridge
From
RM139.00
Check Brita Marella XL 3.5L Water Jug with 1 unit Maxtra+ Filter Cartridge price below:
add_circle Penapis mudah diganti sendiri
add_circle Mengurangkan klorin & kapur
add_circle Boleh dibawa ke mana-mana
add_circle Tak perlu bayaran bulanan
add_circle 4 peringkat penapisan
remove_circle Kapasiti hanya 3 liter

Apa yang menarik tentang filter air BRITA ini ialah direka seperti jag minuman yang sangat mudah digunakan sebab tidak perlu disambung pada paip atau sumber elektrik. 

Jadi, bukan sahaja sesuai digunakan oleh individu bujang yang masih tinggal di rumah sewa, malah anda yang gemar berkhemah juga boleh guna penapis air ini. 

Selain itu, turut mempunyai monitor pada bahagian penutupnya yang akan mengingatkan anda secara automatik apabila tiba masa untuk menukar penapisnya setiap bulan. 

Penapis ini juga boleh menyerap logam seperti plumbum dan tembaga agar air lebih selamat diminum.

Penapis air panas dan sejuk
LG PuriCare WD516AN Tankless Water Purifier
LG PuriCare WD516AN Tankless Water Purifier
From
RM3,250.00
Check LG PuriCare WD516AN Tankless Water Purifier price below:
add_circle Air sejuk, panas & suhu bilik
add_circle Rekaan kompak & stylish
add_circle 4 tahap penapisan
add_circle Tanpa tangki
add_circle Jimat ruang
remove_circle Harga mahal

Penapis air LG Puricare ini semakin mendapat hati dalam kalangan pemilik rumah kerana saiznya yang compact tanpa tangki.

Ini membolehkan anda meletakkan penapis air ini di tepi sinki atau di mana sahaja ruang dapur dengan mudah.

Anda juga tidak perlu lagi susah-susah beli air mineral botol setiap bulan kerana alat ini akan menyingkirkan bakteria dan logam-logam berat yang bahaya untuk diminum. 

Penapis air ini boleh menyingkirkan Norovirus sehingga 99.99%, zarah halus dan pelbagai jenis kuman. 

Lagi menarik, anda boleh pilih sama ada nak servis sendiri alat ini atau nak juruteknik datang setiap bulan ke rumah anda untuk servis penapis ini.

Ini kerana bahagian penapisnya sangat mudah untuk ditukar, jadi nak servis sendiri pun tiada masalah. 

Penapis air luar rumah
Waterman Outdoor Sand Water Filter 7 Layer With Bio Ceramic & Halal Activated Carbon
WATERMAN Outdoor Sand Water Filter 7 Layer With Bio Ceramic & Halal Activated Carbon
From
RM175.00
Check Waterman Outdoor Sand Water Filter 7 Layer With Bio Ceramic & Halal Activated Carbon price below:
add_circle 10 tahun tempoh jaminan
add_circle Tahan tekanan hingga 100 psi
add_circle Tak perlu tukar penapis setiap bulan
add_circle Menghasilkan air minuman yang lebih jernih & bersih
remove_circle Memerlukan pemasangan professional

Penapis air dengan 3 pilihan saiz ini pula direka untuk dipasang di luar rumah anda agar air yang disalurkan ke dalam rumah lebih jernih dan bersih untuk digunakan seisi keluarga. 

Oleh itu, tiada lagi masalah air karat atau kotor untuk mencuci baju, mandi, memasak, minum dan sebagainya.

Alat dengan 7 tahap penapisan ini menggunakan karbon teraktif yang disahkan halal, jadi orang Muslim tidak perlu was-was untuk pasang penapis air outdoor ini di rumah. 

Selain itu, penapis air ini juga menggunakan Bio Ceramic, Anthracite, Zeolite, pasir halus, pasir kasar dan batu kerikil untuk menapis air agar lebih bersih tanpa kotoran. 

Dilengkapi juga dengan 3 sistem injap pelepasan air yang memudahkan dan menjimatkan penyelenggaraan iaitu cuci, bilas dan tapis. 

Penapis air alkali
Alkaline Water Filter System K3000
Alkaline Water Filter System K3000
From
RM224.00
Check Alkaline Water Filter System K3000 price below:
add_circle Halal
add_circle Harga mampu milik
add_circle Tak perlu bayaran bulanan
add_circle Kaya dengan alkali & mineral
remove_circle Rekaan kurang menarik

Nak minum air yang telah di tapis dan ditulenkan tapi tidak cukup bajet nak bayar penapis air setiap bulan? 

Usah risau, anda boleh dapatkan Alkaline Water Filter System MADE IN KOREA K3000 yang menggunakan sistem penapis air alkali ini. 

Penapis air ini boleh mengurangkan karat, klorin, bakteria dan bahan kimia organik dalam sumber air anda. 

Jadi, air yang telah ditapis ini adalah lebih jernih dan bersih untuk diminum atau digunakan untuk memasak. 

Anda tidak perlu risau tentang pemasangan sebab anda boleh pasang sendiri dengan bantuan manual pengguna yang disediakan. 

Menarik lagi, harga penapis air ini juga mampu milik untuk semua golongan.

Penapis air untuk sekolah
Cuckoo Queen Stand Water Purifier
CUCKOO QUEEN STAND Water Purifier
From
RM123.00
Check Cuckoo Queen Stand Water Purifier price below:
add_circle Air panas, air sejuk & air suhu bilik
add_circle Mempunyai mod jimat tenaga
add_circle Tangki air stainless steel
add_circle 6 peringkat tapisan
remove_circle Perlu bayaran bulanan

Penapis air minuman jenama CUCKOO ini menawarkan air alkali ringan dengan nilai pH 7.0-8.0 yang bagus untuk tubuh anda. 

Turut mempunyai kapasiti 7.3L untuk air suhu bilik, 2.8L untuk air sejuk dan 4.0L untuk air panas. 

Ciri ini amat sesuai digunakan di tempat yang ramai orang seperti sekolah, pejabat, masjid atau kawasan universiti. 

Lengkap juga dengan ciri Child Safety Lock pada bahagian air panas agar anak anda tidak boleh bermain dengan mesin penapis air ini. 

Pengguna tidak perlu guna meja atau rak untuk letak penapis ini kerana penapis air ini ada stand jadi boleh berdiri sendiri.

Penapis air paip sinki
Amway Espring Water Purifier
Amway
Amway Espring Water Purifier
From
RM2,229.00
Check Amway Espring Water Purifier price below:
add_circle Membasmi 99.9% bakteria dan virus
add_circle Tidak menggunakan sebarang bahan kimia
add_circle Saiz kecil dan ringan
remove_circle Harga sangat mahal

Penapis Air Amway eSpring ini menggunakan sistem canggih yang boleh meningkatkan rasa, bau, dan kejernihan air minuman anda.

Tambahan lagi, ia berkesan mengurangkan lebih daripada 140 kekotoran yang boleh menjejaskan kesihatan, termasuk racun perosak, VOC, merkuri, dan plumbum. 

Penapis Karbon inovatifnya mengekalkan mineral bermanfaat seperti kalsium dan magnesium, memastikan air anda kekal sihat dan menyegarkan. 

Selain itu, Lampu UV terbina di dalamnya dapat menghapuskan sehingga 99.99% bakteria dan virus, memberikan pembersihan tanpa bahan kimia.

Penapis air tanpa elektrik
Korean Saemmul 6 Stage Alkaline Water Filter System
Saemmul
KOREAN SAEMMUL 6 STAGE ALKALINE WATER FILTER SYSTEM
From
RM188.00
Check Korean Saemmul 6 Stage Alkaline Water Filter System price below:
add_circle Menapis bakteria dan virus
add_circle Mengekalkan mineral baik
add_circle Sesuai untuk suhu air rumah
remove_circle perlu tukar filter 6 bulan sekali

Tingkatkan kualiti air minuman anda dengan Sistem Penapis Air Beralkali 6 Peringkat Korean Saemmul ini. 

Sistem penapisan komprehensif ini menggunakan enam peringkat penapisan, termasuk Penapis Seramik, Sedimen, Membran UF, Pra-Karbon, Pasca-Karbon, dan Penapis Beralkali untuk memberikan air yang berkualiti bersihnya dan sihat. 

Direka dengan bahan anti-bakteria, ia berkesan menyingkirkan kekotoran sambil mengekalkan mineral penting, memastikan anda dapat sentiasa minum air yang tulen dan selamat. 

Reka bentuknya yang elegan dan padat sesuai untuk diletakkan di mana-mana permukaan meja.

Selain itu, ia mudah dipasang dan memudahkan penyediakan air yang bersih di rumah anda.

Nikmati manfaat air beralkali di rumah anda dengan Sistem Penapis Air Beralkali 6 Peringkat Korean Saemmul ini.


Apakah Kesan Penggunaan Penggunaan Penapis Air Di Rumah Pada Kesihatan Mulut?

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 76% penduduk di Malaysia telah menerima bekalan air awam yang berfluorida. 

Untuk pengetahuan semua, fluorida dalam air sangat membantu untuk mencegah kerosakan gigi atau karies gigi kita. 

Dengan penggunaan sistem Osmosis berbalik (Reverse Osmosis) atau sistem penyulingan, boleh mengurangkan kandungan fluorida dalam bekalan air minuman kita. 

Jadi, fungsi fluorida untuk bantu kesihatan gigi tidak berkesan, kemudian meningkatkan masalah kesihatan karies gigi dalam kalangan masyarakat.

Tapi jangan risau kerana kebanyakan sistem penapis air yang menggunakan sistem karbon teraktif pula tidak akan mengurangkan atau menyingkirkan kandungan fluorida dalam air. 

Oleh itu, anda perlu tahu penapis air di rumah anda guna sistem penapisan yang mana kerana jika boleh mengurangkan kandungan fluorida dalam air.


Patut Tak Tapis Air Paip Sinki? 

Jika anda masih ragu-ragu sama ada perlu atau tidak tapis air paip sebelum minum, berikut merupakan antara kebaikan minum air yang telah ditapis:

  • Rasa air paip yang ditapis lebih segar untuk diminum dan tidak berbau busuk 

Ini kerana sistem penapisan akan menyingkirkan klorin dan bakteria yang menyebabkan air paip rasa seperti bahan kimia.

  • Boleh mengurangkan risiko kanser 

Ini kerana klorin telah disingkirkan, jadi air lebih selamat untuk diminum 

  • Air paip ditapis boleh digunakan untuk semua tujuan 

Bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci pakaian dan mandi, malah air yang ditapis juga boleh digunakan untuk memasak.

  • Kesihatan perut lebih terjamin 

Penapis air boleh menyingkirkan bakteria yang ada dalam bekalan air ke rumah anda.

  • Ia tidak mengandungi toksin 

Toksin seperti plumbum akan disingkirkan juga melalui proses penapisan tadi, jadi sudah tentu air minuman yang ditapis jadi lebih selamat untuk anda. 

Jika nak lebih faham, anda boleh tonton video YouTube ini. 


Bagaimana Penapis Air Berfungsi

Nak beli penapis air tapi masih tak faham macam mana sebenarnya penapis air ni berfungsi? 

Mesti anda ada tertanya-tanya soalan ni, bukannya apa sebab kita cuma nak fahamkan bagaimana penapis air ini membersihkan air dan menjadikannya selamat untuk kita.

Penapis air berfungsi dengan menyaring dan menyingkirkan kekotoran, bahan kimia, dan mikroorganisma dari air untuk memastikan air yang lebih bersih dan selamat untuk diminum. 

Berikut adalah bagaimana penapis air biasanya berfungsi melalui pelbagai peringkat penapisan:

Penapisan Sedimen

Peringkat pertama ini menyingkirkan zarah-zarah besar seperti pasir, kelodak, dan serpihan lain yang boleh menjejaskan rasa dan kejelasan air.

Penapis Karbon (Pra-Karbon dan Pasca-Karbon)

Penapis karbon aktif menyerap bahan kimia seperti klorin, racun perosak, dan VOCs (Volatile Organic Compounds) yang boleh mempengaruhi rasa dan bau air. Karbon juga boleh menyingkirkan beberapa logam berat.

Penapis Seramik

Penapis ini menyaring zarah-zarah mikro seperti bakteria dan protozoa dari air. Struktur seramiknya berfungsi sebagai penghalang fizikal untuk mengeluarkan kekotoran mikro.

Membran UF (Ultrafiltrasi)

Membran ini menyingkirkan zarah yang lebih kecil, termasuk bakteria, virus, dan bahan organik yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Penapis Beralkali

Penapis ini menambah mineral yang sihat seperti kalsium dan magnesium ke dalam air, sambil meningkatkan pH air untuk menghasilkan air beralkali yang dipercayai bermanfaat untuk kesihatan.

Lampu UV

Beberapa penapis air dilengkapi dengan lampu UV yang membunuh bakteria dan virus dalam air tanpa menggunakan bahan kimia.

Setiap peringkat penapisan direka untuk mengatasi jenis kekotoran tertentu, memberikan air minuman yang lebih bersih, lebih selamat, dan lebih baik untuk kesihatan.


Artikel berkaitan

End of Article