Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Alergi Dan Sinus Lebih Kurang Dengan 6 Humidifier Ini

Menghasilkan suasana rumah yang harmoni.

Keadaan yang kurang lembab sering berlaku di kawasan yang panas atau kerap penggunaan penghawa dingin seperti di negara kita. Walaupun cuaca di negara kita panas dan lembab, kita juga perlukan humidifier kerana keadaan rumah kita tidak semestinya lembab lebih-lebih lagi jika menggunakan penghawa dingin. Humidifer digunakan untuk meningkatkan kelembapan serta membersihkan udara.

Baca juga: 10 Item Harian Paling Berguna Untuk Mencegah Penularan Coronavirus

Penggunaan humidifier sudah menjadi trend di negara Malaysia dan kami juga ingin mengesyorkan kepada anda mengenai beberapa humidifier yang memikat citarasa anda.

Humidifier sesuai untuk ibu dan bayi
Humidifier sesuai untuk ibu dan bayi
Semak Deerma Cutie Aroma Radiaton Isolation Humidifier harga dibawah:

Ia sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai bayi kecil kerana tidak mengeluarkan sebarang radiasi ketika digunakan. Hal ini dapat mengurangkan risiko bayi dan keluarga mendapat penyakit yang merbahaya berpunca daripada radiasi. Badannya yang berbentuk seperti puding dan diperbuat daripada bahan yang berkualiti memudahkan pembersihan dan tahan lebih lasak.

Juga terdapat penapis karbon untuk menghasilkan kelembapan yang bersih dan menghilangkan bau yang tidak menenangkan di rumah. Penapis ini juga boleh dibersihkan. Tambahan pula, penapis yang berbentuk seperti sarang lebah dapat memerangkap habuk dengan lebih efektif.

Humidifier kipas terbaik untuk sinus
Humidifier kipas terbaik untuk sinus
Semak Khind Humidifier Fan HHR30F harga dibawah:

Mempunyai 3 mode yang boleh disetkan sama ada kipas sahaja, wap air sahaja atau kedua-duanya sekali. Penggunaan humidifier berkipas lebih cekap berbanding humidifier lain kerana wap air yang disembur lebih jauh. Tangkinya yang lut sinar membolehkan pengguna untuk menetapkan paras air yang hendak diisi.

Sangat senyap walaupun digunakan pada kelajuan kipas yang tinggi. Hal ini dapat mengurangkan gangguan persekitaran.  Ia juga terbaik untuk mereka yang menghidap sinus kerana mampu mengurangkan kuman dan habuk penyebab sinus di udara dengan kelebihan penapis karbon.

Humidifier berdiri terbaik
Humidifier berdiri terbaik
Semak Deerma LD700 Floor Stand harga dibawah:

Bentuknya yang tinggi dan diletakkan di atas permukaan lantai dapat mengelakkan pengguna daripada terpijaknya. Terdapat 3 fungsi ketebalan wap air yang boleh disetkan salah satu fungsinya boleh sehingga 340ml per jam wap air yang akan disembur. Cirinya juga seperti seolah-olah menyembur salji kerana banyak wap air yang akan dihembuskan.

Juga terdapat satu ruang khas untuk memasukkan minyak  wangian ke dalamnya dan disembur sekali bersama air bertujuan untuk menghasilkan suasana rumah atau pejabat yang relaks. Tangkinya yang besar sehingga 4L boleh bertahan sehingga 2 hari tanpa perlu isi semula bergantung pada penggunaan pengguna.

Humidifier yang portable
Humidifier yang portable
Semak Smart Frog KW-JSQ03 harga dibawah:

Saiznya yang kecil dan mudah digunakan kerana hanya memerlukan sambungan USB untuk menghidupkannya. Hal ini dapat digunakan di dalam kereta melalui adapter charger, rumah, pc dan powerbank. Cara penggunaannya juga mudah – pengguna hanya perlu menggunakan botol dan lekatkan pada ruang yang telah sediakan, kemudian tekan butang on untuk beroperasi.

Ia juga boleh mengurangkan radiasi apabila diletakkan berdekatan PC.

Humidifier mini dan paling murah
Humidifier mini dan paling murah
Semak Remax RT-A300 harga dibawah:

Lagi satu humidifier yang bersaiz mini dengan harga yang berpatutan. Harga ini sesuai untuk mereka yang mahu memiliki humidifier tetapi pada masa yang sama ingin berjimat cermat dalam perbelanjaan. Bentuknya yang runcing dan mini memudahkan penyimpanan pada ruang yang sempit.

Pengguna boleh menggunakannya pada bekas yang telah disediakan atau hanya boleh menggunakan secawan air dan letakkannya di dalam untuk berfungsi. Terdapat fungsi off sendiri jika digunakan lebih daripada 8 jam atau kehabisan air.

Semak Zen Aroma Ultrasonic White Diffuser with 7 LED Light (500ml) harga dibawah:

Menggunakan gelombang ultrasonic untuk mengewapkan air dan pewangi menghasilkan wap air yang sejuk, wangi serta selamat digunakan. Tangkinya yang sehingga 500 ml sesuai untuk penggunaan sepanjang malam atau sehingga 10 jam. Mempunyai lampu LED yang bewarna suam menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan lampu tidur.

Penggunaan lampu ini juga dapat mengurangkan risiko mata rosak apabila menggunakannya. Dibukti secara klinikal, pengguna boleh membaca buku dengan lampu ini tanpa menyebabkan mata anda sakit. Wap yang dihasilkan melalui ultrasonic meningkat kelembapan bilik pada waktu malam. Hal ini dapat menjaga kulit anda pada waktu tidur.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Artikel Berkaitan

End of Article