Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

6 Penapis Air Luar Rumah Murah Bawah RM500 Terbaik 2023

Demi kesihatan masa hadapan.

Boleh dikatakan kualiti air di sesetengah tempat di negara kita masih belum mencapai tahap kualiti optimum untuk kegunaan harian.

Jadi, banyak pengguna yang mengambil keputusan untuk memasang penapis air luar rumah. 

Bukan apa, penapis air di luar rumah berfungsi untuk menapis dan mengasingkan bendasing seperti karat, pasir dan lumpur untuk masuk terus ke sistem paip rumah. 

Bagi anda yang ingin memasang filter air luar rumah, jom lihat senarai penapis air luar rumah terbaik yang kami senaraikan ini.


Senarai 6 Penapis Air Luar Rumah Terbaik

Penapis air luar rumah terbaik dan murah
AQUAMAN FRP935
Semak AQUAMAN FRP935 harga dibawah:
add_circle 5 kali sistem penapis
add_circle Maksima tekanan air tinggi (150psi)
add_circle Mudah dipasang dan selenggara
remove_circle Mudah dipasang dan selenggara

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

“Dari segi harga cukup berpatutan sama dengan kualiti penapisan. Paling penting mudah untuk dipasang sendiri dan diselenggara.”

Ciri-ciri;

Mempunyai lima lapis bahan penapis dari karbon dan pasir yang dapat menapis kekotoran air. 

Saiz tangki yang sederhana (9 inci (diameter)  x 35 inci (tinggi)) mampu menarik air 33L per minit air dengan tekanan 150psi. 

Sudah tentu tiada masalah saliran air dan anda boleh gunakan paip air rumah dengan senang. 

Anda juga boleh selenggara penapis air Aquaman sendiri kerana dilengkapi pengawal injap tangki ini mempunyai tiga mod iaitu filter mod (aliran tapisan air), backwash mode (pengumpulan kotoran) dan rinse mode (membersih dan membilas tangki). 

Body penapis air ini diperbuat dari tujuh lapisan fiber tahan lasak  yang dapat menampung tekanan air maksimum 150psi.

Selain itu, turut lengkap dengan jaminan 10 tahun body dan 1 tahun untuk pengawal injap. 

Penapis air outdoor boleh digunakan di kediaman jenis rumah teres, flat, kondominium dan apartment. 

Review;

“Boleh pasang sendiri dengan mudah! Hari kedua air di rumah semakin bersih, penapis air ini sangat berbaloi.”

AQUACO (Halal Carbon) 10 Bar Tank 0.6mm-1.2mm
Semak AQUACO (Halal Carbon) 10 Bar Tank 0.6mm-1.2mm harga dibawah:
add_circle Mendapat kelulusan JAKIM
add_circle Bahan karbon halal
add_circle Mudah digunakan
add_circle Tangki tahan lama (10 bar)
add_circle Murah
remove_circle Jaminan 10 tahun (tangki bocor sahaja)

Jenama AQUACO antara jenama penapis air yang bukan sahaja mendapat kelulusan sijil Halal dari JAKIM. 

Malah turut diperakui keberkesanan dan keselamatan dari Persatuan Peniaga Penapis Air Malaysia (MWFA). 

Aquaco merupakan sebuah tangki penapis air yang tahan lama dan tahan lasak kerana menggunakan 10 bar berbanding badan tangki lain yang hanya 6 bar. 

Jadi tiada risiko tangki cepat rosak, kemek dan bocor pada jangka masa panjang. 

Menarik tentang penapis ini adalah mengguna bahan-bahan karbon organik dari gentian kelapa dan gentian halus penapis 0.6mm.

Ini dapat memberi kelebihan dari menapis pasir, karat, klorin dan banyak lagi supaya air rumah anda sentiasa bersih. 

Untuk teknik bersih backwash, anda boleh tolak sahaja pengawal injap penapis. Lakukan setiap seminggu sekali bagi memastikan penapis sentiasa bersih.

Penapis air 600l
AMGO
Semak AMGO Outdoor Filter harga dibawah:
add_circle Penapis anti-bakteria
add_circle Kompak dan tidak perlu ruang luas
add_circle Material badan stainless steel
remove_circle Harga agak mahal

Walaupun penapis air luar rumah kecil tapi tetap memberi kesan air yang bersih.

Tahap kebersihan air dijamin 99% dapat menghalang bakteria, bendasing dalam air dan kotoran lain seperti debu dan lumpur dari memasuki sistem saluran paip rumah.

Saiz kapasiti 600l/h sudah memadai bagi anda yang tinggal rumah yang kecil atau tidak ramai penghuni. 

Penapis air ini mempunyai tapisan air sangat halus iaitu anggaran  0.01Micron (ultra-filter) dan mempunyai rongga kecil untuk menahan kotoran. 

Reka bentuknya pula cantik dengan material stainless steel yang tahan karat sesuai untuk diletakkan diluar rumah anda. 

Jualan di Shopee hampir 300 buah dan ulasan kebanyakan pengguna berpuas hati dengan kebersihan air dan cara pasang filter yang sangat mudah.

BESUTO SS304 UF1000 1000LH Ultra Filtration
Semak BESUTO SS304 UF1000 1000L/H Ultra Filtration harga dibawah:
add_circle Sesuai juga untuk sebagai air penapis dapur & bilik mandi
add_circle Mudah diselenggara sendiri
add_circle Ultra filter
add_circle Murah
remove_circle Jaminan hanya satu bulan

Penapis air 1000l/h dari Besuto ini patut menjadi pilihan kerana mudah dipasang, diselenggara sendiri dan dapat menjaga kualiti air kediaman anda.

Penapisan yang halus dengan kadar boleh memerangkap 0.01Micron kotoran dan dapat menapis segala bakteria yang membiak didalam tangki air. 

Malah kadar mineral dalam air juga sentiasa segar dan tidak hilang. 

Anda boleh memasang penapis air secara menegak atau melintang dan sedia untuk diletakkan diluar rumah kerana casing penapis ini dari stainless steel tahan lasak. 

Sama seperti penapis air yang lain, boleh dicuci dengan teknik backwashing bagi memastikan penapis dan tangki terhindar dari masalah tersumbat. 

Buat anda yang tinggal di flat, apartment atau kondominium bersama penghuni 2-3 orang, water filter Besuto ini sudah memadai.

AIYOYO 3000LH Water Filter Ultra Filtration
Semak AIYOYO 3000L/H Water Filter Ultra Filtration harga dibawah:
add_circle Penapis jenis membrane
add_circle Boleh diselenggara sendiri
add_circle Murah
remove_circle Jaminan hanya sebulan

Harga untuk penapis air luar rumah ini cukup murah, kurang pada RM300 untuk sebuah penapis air berkapasiti 3000l/h. 

Penapis air ini menggunakan penapis jenis ultra filter dimana boleh memerangkap sehalus-halus kotoran 0.01Micron berbanding penapis air yang menggunakan karbon dan pasir. 

Istimewa tentang penapis air dari jualan Aiyoyo adalah dari jenis membrane dimana terdapat kajian menunjukkan penapis ini mampu menyingkarkan patogen.

Patogen ini penyebab penyakit seperti bakteria, virus, parasit dan banyak lagi. 

Cara servis water filter ini pun tidak perlu kos tambahan lain, anda boleh lakukan sendiri dengan teknik backwashing.

Paling penting pasang dimana-mana pun boleh sebab casing water filter dari besi keluli tahan karat dan sesuai untuk cuaca hujan dan panas di Malaysia.

Penapis air stainless steel
CUCKOO Water Filter Prime X3
Semak CUCKOO Water Filter Prime X3 harga dibawah:
add_circle Jaminan kos ganti filter selama 7 tahun
add_circle Ada sistem timer
add_circle Kapasiti 2000l/h
add_circle Ada sijil Halal
remove_circle Mahal

Biasa kita dengar penapis air minuman Cuckoo sahaja kan? Tapi Cuckoo juga menyediakan pilihan penapis air untuk satu rumah anda.

Model water filter Prime X3 antara yang terbaik kerana mempunyai kapasiti 2000l/h dengan saiz tekanan 20 - 60 psi bagi memastikan kelancaran air sepanjang masa. 

Ciri-ciri kualiti yang patut anda lihat pada penapis Cuckoo ialah menggunakan penapis jenis membran PDVF (0.01Microns).

Penapis ini mempunyai sistem pembilasan automatik serta lengkap bersama teknologi penapisan ‘Nano Positive Filter’ hanya dikeluarkan oleh Cuckoo. 

Bukan sahaja membersih air dari kotoran bahaya untuk tubuh badan, malah memberi kebaikan baru pada air rumah anda. 

Penapis ini juga boleh menghasilkan air beralkali rendah dan sesuai untuk diminum untuk semua peringkat umur. 

Rekaan penapis juga minimalistik dengan casing stainless steel dengan kemampuan menahan suhu dari 4°C sehingga 38°C. 

Anda ingin menjaga kualiti persekitaran yang baik untuk anda dan keluarga, boleh pilih Cuckoo!


Cara Pilih Penapis Air Luar Rumah

Terdapat banyak saiz, kapasiti, model dan jenama penapis air luar rumah. 

Kami kongsikan cara memilih outdoor water filter yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Tapi sebelum tu jom dengarkan penerangan ringkas cara pilih penapis air dalam video berikut.

  • Material badan tangki penapis (body)

Terdapat beberapa jenis material body penapis air biasanya diperbuat dari bahan tahan lasak dari cuaca panas dan sejuk. 

Anda boleh pilih dari jenis reinforced fiber glass atau stainless steel. 

  • Saiz dan kapasiti penapis air

Subjek kepada keluaran kilang atau jenama tertentu. Saiz tangki air boleh dipilih dari diameter 8 inci hingga 10 inci. 

Manakala ketinggian dari 44 inci atau bergantung pada model pilihan anda. 

Begitu juga dengan kapasiti penapis yang anda boleh dapat dari 33 liter hingga 1000 liter perminit bersama unjuran tekanan air maksimum 120psi.

Semakin besar saiz penapis air, semakin baik kerana ia boleh memberi kesan penapis yang lebih efektif. 

Anda boleh dapatkan nasihat penjual untuk kesesuaian saiz/kapasiti tangki untuk saiz rumah anda.

  • Info produk

Sentiasa berwaspada dengan bahan-bahan penapis yang digunakan. Dapatkan jenama penapis air yang telah diluluskan sebagai contoh dari FDA, NSA dan lain-lain. 

  • Jaminan 

Jangan lupa tentang tempoh jaminan produk yang boleh anda terima dari 10 tahun untuk kebocoran casing dan sebagainya.


Fungsi Penapis Air Luar Rumah

Tujuan utama pemasangan penapis air diluar rumah supaya dapat terus menapis dan mengasingkan bendasing atau kotoran air sebelum mengalir kedalam saluran paip rumah. 

Selain itu, dapat membekalkan air bersih menyeluruh ke untuk rumah anda. 

Tidak seperti penapis air konvensional yang dipasang pada sinki atau penapis air minuman.

Itu hanya untuk kegunaan memasak atau menyediakan minuman.

Manakala, bagi penapis air luar atau ‘home system water filter’, menjana air bersih untuk pelbagai kegunaan selain memasak seperti membersih rumah, mencuci pakaian dan mandi.

Erti kata lain, tiada lagi masalah air berkarat, kuning dan rasa atau pap bau klorin. 

Jika anda mengutamakan kebersihan dan ingin hindar dari masalah kulit sensitif akibat air.

Kami sarankan pasang penapis air pada rumah kerana tidak memerlukan kos yang tinggi hanya perlu sentiasa pantauan tukaran penapis dan selenggara bulanan. 


Cara Mencuci Penapis Air Luar Rumah

Setiap penapis air di rumah perlu dicuci dan diselenggara secara berkala bagi mengelakkan berlaku kerosakan dan tidak berlaku pencemaran pada penapis. 

Jika anda menggunakan pakej penapis air bersama khidmat selenggara secara percuma, tidak perlu khuatir kerana pihak penjual akan sentiasa memastikan penapis air anda diselenggara setiap 6 bulan sehingga 12 bulan. 

Apa pun bergantung kepada model dan harga pakej.

Bagi anda yang memasang sendiri penapis air, sudah tentu perlu mencuci sendiri penapis air tersebut. 

Mari kami bantu dengan beberapa tip dan cara untuk mencuci penapis air luar rumah;

  • Tukar penapis air anda sekurang-kurang setiap tahun atau 6 bulan hingga 12 bulan.
  • Cuci bahagian tangki air supaya terhindar dari saki baki kotoran seperti pasir, habuk dan bakteria. 
  • Pastikan juga paip tangki penapis dan paip penyambung dibersihkan serta disanitasi tidak lebih dari 2 tahun. 
  • Bersihkan penapis air hanya menggunakan air suam dan jangan berus bahagian penapis dengan kuat.
  • Elakkan juga mencuci penapis dengan produk peluntur atau campuran bahan kimia yang lain. 

Anda juga boleh membersih penapis dengan kaedah ‘backwashing filter’ untuk seminggu sekali selama 10 minit. 

Teknik ‘flush’ ini akan memerangkap kotoran dalam tangki penapis kemudian mengeluarkan air kotor tadi. 

Sekaligus membersihkan penapis dan mengimbangi semula tekanan air.

Jika anda tidak dapat bayangan cara mencuci filter airluar rumah, jom saksikan video berikut.


Artikel Berkaitan

End of Article