Kecantikan

Takut Nak Sental Muka Sebab Terlampau Sensitif? Jom Tengok 10 Skrub Muka Ini

Mempunyai kulit sensitif tidak bermaksud anda tak perlu gunakan scrub. Ini senarai scrub muka yang sesuai untuk kulit sensitif lelaki & perempuan.


Editor · Updated 12 May 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Takut Nak Sental Muka Sebab Terlampau Sensitif? Jom Tengok 10 Skrub Muka Ini

Apakah skrub wajah baik untuk kulit sensitif?

Dengan menggunakan skrub mampu untuk membersih wajah dari segala kekotoran dan mampu untuk menghapus sel-sel kulit mati yang terdapat pada kulit wajah. Skrub wajah terbaik adalah yang dirumus khas untuk kulit sensitif kerana ianya sangat bagus untuk mengelakkan iritasi dari berlaku. 

Buat anda yang mempunyai kulit sensitif atau kering, gunakan 1-2 kali sahaja seminggu. Elakkan penggunaan secara kerap kerana skrub mampu menipiskan kulit wajah. Jom lihat senarai produk skrub terbaik untuk kulit sensitif agar boleh dijadikan panduan semasa membeli;

Kandungan

10 Skrub Muka Terbaik untuk Anda Yang Alami Kulit Sensitif

EVERSOFT Apricot Facial Scrub
Scrub muka terbaik untuk perempuan dengan kandungan bahan alami 1 daripada 10
EVERSOFT Apricot Facial Scrub
Partnership with Eversoft
Dari RM11.09
Menyingkirkan kotoran pada wajah
Menjadikan kulit lembut
Boleh menyebabkan iritasi
1 lagi
Dapat melindungi kulit dari sinaran UV

Formula skrub ini menggunakan 100% ekstrak Apricot dan Mulberry Organik yang kaya untuk meremajakan kulit secara semulajadi. Manik mikronya membersih jauh ke dalam kulit untuk memberi tindakan pembersihan secara menyeluruh yang menghilangkan bintik hitam, kotoran degil dan menghapus sel kulit mati. 

Ia juga membantu menghilangkan minyak yang berlebihan pada kulit wajah sambil mencegah pembentukan bintik hitam atau whiteheads.

Scrub muka dengan oat semulajadi dan bersifat non-comedogenic 2 daripada 10
ST. IVES Nourished & Smooth Oatmeal Scrub
Partnership with ST. IVES
Dari RM25.82
Melembapkan kulit wajah
Tidak mengandungi sulfat dan minyak
Stok terhad
1 lagi
Sesuai dijadikan scrub atau masker

Produk ini telah diuji oleh ahli dermatologi, ianya diformulasi dengan oat dan bebas daripada paraben. Bagus untuk membersih kulit wajah agar liang pori tidak lagi tersumbat dengan kotoran dan mengawal penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah. Skrub ini juga berkesan untuk menghapuskan blackhead dan whitehead bagi si pemilik kulit sensitif.

Pencuci muka 6 dalam 1 - untuk kulit wajah berjerawat
Scrub muka terbaik untuk lelaki - rawat jerawat dengan berkesan 3 daripada 10
Garnier Men Acno Fight Acne Foam (100ml)
Partnership with Garnier
Dari RM11
Merawat kulit masalah jerawat
Membuang sel kulit mati
Tidak sesuai untuk kulit berminyak
2 lagi
Diperkaya dengan Herba Repair
Tekstur creamy

Produk ini dirumus dengan bahan yang tidak mengakibatkan iritasi, berkesan untuk mengecilkan dan merawat kulit wajah sensitif cenderung jerawat. Bukan sahaja itu, ia juga mampu untuk menghalang penghasilan sebum yang berlebihan di wajah. 

Diformulasi dengan asid Salicylic, skrub ini sesuai untuk semua jenis kulit dan memberi perlindungan terbaik serta membaikpulih kerosakan pada kulit wajah.

Scrub untuk anda yang berkulit kering dan berjerawat
Scrub wajah untuk kulit sensitif, membaikpulih kesan parut jerawat 4 daripada 10
Himalaya Herbals Purifying Neem Scrub
Partnership with Himalaya Herbals
Dari RM18.52

Produk ini dihasilkan dengan ekstrak daun Neem dan buah Apricot serta mengandungi bahan anti-bakteria. Scrub ini bukan sahaja mampu membersih, malah ia juga mampu untuk merawat dan melindungi kesan parut jerawat. Ianya dapat mengekalkan lembapan dan hidrasi pada kulit wajah semasa proses pengelupasan kulit. 

Kulit wajah anda akan tampil lembut, cerah dan berseri sepanjang masa.

Scrub muka dengan beras – melembut dan melembap kulit wajah 5 daripada 10
Nivea Glow Rice Face Scrub Organic Rice Bio Raspberry (75ml)
Partnership with Nivea
Dari RM15.12

Produk Nivea ini dirumus khas dengan kandungan organik iaitu beras untuk membersih secara menyeluruh hingga ke dalam pori-pori tanpa menyebabkan iritasi. Ianya juga dapat mencerah dan melembutkan kulit wajah dalam masa beberapa minggu. Gunakannya secara konsisten 1-2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil kulit wajah yang lumayan.

Scrub muka terbaik dari drugstore - mampu membersih liang pori tersumbat 6 daripada 10
ST. IVES Acne Control Apricot Scrub
Partnership with ST. IVES
Dari RM78

Produk ini merupakan produk yang direka di Amerika dan memegang tempat pertama sebagai scrub terbaik. Diformulasi dengan ekstrak Apricot, mampu untuk membersikan secara mendalam meninggalkan kulit licin dan lembut. Ianya tidak akan menyebabkan kulit sensitif menjadi merengsa atau iritasi. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk juga kulit yang sensitif.

Scrub muka dengan ekstrak Lemon, kulit kelihatan segar dan berseri 7 daripada 10
MEDIMIX Everyday Face Scrub Aloe Vera & Lemon (150ml)
Partnership with Medimix Ayurvedic
Dari RM15.80

Terbaik untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan dirumus dengan bahan organik semulajadi iaitu Aloe Vera dan Lemon. Aloe Vera dapat membersih dan mengekalkan lembapan pada wajah. Manakala Lemon pula mampu untuk menyegarkan dan mencerahkan wajah. 

Bebas dari paraben, sabun dan juga SLS, ianya dijamin selamat untuk pengguna alami masalah kulit sensitif yang melampau.

Scrub muka dengan serbuk kopi - untuk menyegarkan kulit 8 daripada 10
ST. IVES Energizing Coconut & Coffee Face Scrub
Partnership with ST. IVES
Dari RM22.75
Tidak menyebabkan pori tersumbat
Membersih kulit sehingga lapisan dalam
Stok agak terhad
1 lagi
Melembapkan kulit wajah

Skrub muka ini dihasilkan dengan menggunakan serbuk kopi dan ekstrak kelapa. Terbaik untuk kulit sensitif kerana ianya bebas paraben dan minyak. Skrub ini mampu membersihkan secara mendalam dan membuang sel-sel kulit mati pada wajah dalam masa hanya beberapa hari sahaja. 

Wajah akan kelihatan lebih bermaya, berseri dan lembut bersih dari segala kekotoran. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga kulit sensitif.

Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub
Scrub muka dengan gula, mengurangkan sebum berlebihan 9 daripada 10
Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub
Partnership with Freeman
Dari RM24.90
Kegunaan 2 dalam 1 mask
Dapat membersih lebihan minyak
Perlu tunggu mask kering
2 lagi
Mampu menyerap lebihan minyak
Mampu mengecilkan liang pori

Produk ini dengan fungsi 2-dalam-1 iaitu bertindak sebagai masker dan scrub wajah. Diformulasi dengan arang dan gula hitam untuk bertindak membersih dan mengurangkan sebum berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Ianya boleh digunakan untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif tanpa menyebabkan keradangan pada kulit.

Scrub muka dengan garam – multifungsi untuk wajah dan badan 10 daripada 10
ECO TAN by SONYA Organic Pink Himalayan Salt Scrub
Partnership with
Dari RM138

Produk ini dihasilkan dengan menggunakan barangan yang organik, bebas paraben, sulfates, haruman tiruan, silikon dan lain-lain lagi. Ianya berkesan untuk kegunaan wajah dan badan tanpa menyebabkan kerengsaan. Diperbuat daripada Pink Himalayan Salt, Lemongrass, minyak kelapa, minyak Macadamia dan Peppermint, ianya dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda. 

Usah risau kulit menjadi iritasi buat si kulit sensitif! Bahan-bahan yang terkandung dalam skrub ini diiktiraf dan dijamin selamat untuk pengguna kulit bermasalah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation