Kecantikan

15 Minyak Wangi Lelaki Terbaik di Malaysia 2026 (Tahan Lama)

15 minyak wangi lelaki terbaik di Malaysia, pilihan keseluruhan Jo Malone English Pear & Freesia RM173.00 (disemak 24 Sep 2026), tahan lama seharian.


Editor · Updated 24 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Minyak Wangi Lelaki Terbaik di Malaysia 2026 (Tahan Lama)

Jawapan ringkas: Jo Malone English Pear & Freesia 100ml (RM173.00, harga disemak 24 September 2026) ialah minyak wangi lelaki terbaik secara keseluruhan di Malaysia, sesuai untuk kegunaan harian dengan bau segar yang tahan lama. Jika bajet lebih rendah, Szindore Millionaire Perfume pada RM59.00 turut menawarkan bau tahan lama pada harga jimat.

Bukan sahaja paras rupa yang memainkan peranan untuk mencerminkan gaya yang menarik bagi setiap lelaki. 

Kandungan

Tetapi, bau minyak wangi lelaki tahan lama juga menjadi faktor penting untuk melengkapkan rupa yang kemas, menarik dan sejati bagi lelaki. 

Jom kita tengok senarai jenama minyak wangi lelaki terbaik yang telah kami semak harganya!


Senarai 15 jenis Minyak Wangi untuk Lelaki

Terbaik untuk lelaki merokok: Givenchy Gentlemen EDP 100ML

gentlemen givency perfume
Sesuai Perokok 1 daripada 15
Givenchy Gentlemen EDP 100ML
Dari RM339
Wangi
Tahan lama
Harga mahal

Bagi anda yang ingin rasa seperti lelaki bertuxedo bergaya, mewah dan macho, beli je minyak wangi lelaki paling top ni.

Baunya manis sensual dan seperti namanya gentleman, wangian ini akan memikat sesiapa sahaja yang mendekati.

Paling penting, minyak wangi ini tahan sehingga 8 jam pada pakaian.

Jadi, tak perlu risau bau badan yang tidak enak ketika menghadiri majlis atau mesyuarat penting bila tertinggal perfume kat rumah.

Jika anda suka Dior Homme Intense ini adalah salah satu yang perlu dipertimbangkan dalam koleksi minyak wangi anda.

Terbaik untuk paling wangi: Armaf Club De Nuit Intense Man Le Parfum (150ml)

Armaf Club De Nuit Intense Man Le Parfum (150ml)
Paling Wangi & Tahan 2 daripada 15
Armaf Club De Nuit Intense Man Le Parfum (150ml)
Dari RM264
Wangi & tidak menusuk hidung
Tahan sehingga 12 jam
Mahal
1 lagi
Botol cantik

Salah satu minyak wangi lelaki yang disukai wanita dan baunya tidak terlalu kuat atau menyengat hidung.

Awal-awal baunya seperti buah lemon dan sitrus yang fresh, tetapi berubah menjadi bau lembut dan maskulin.

Botol minyak wangi nampak mahal dan boleh dijadikan hadiah untuk suami tersayang.

Menurut pengguna, bau minyak wangi ini dupe kepada perfume Aventus Creed dan lepas basuh wangian masih melekat pada baju.

Malah, ada juga yang guna perfume dari pukul 10 malam, esoknya masih bau.

Terbaik untuk hadiah rakan lelaki: Acqua Di Gio Eau de Toilette By Giorgio Armani For Him

Acqua Di Gio Eau de Toilette By Giorgio Armani For Him
Hadiah Rakan Lelaki 3 daripada 15
Acqua Di Gio Eau de Toilette By Giorgio Armani For Him
Dari RM159.90
Bebas minyak, paraben & sulfat
Sesuai untuk lelaki 25 tahun ke atas
Bau seperti penyegar udara

Acqua Di Gio Giorgio Armani sesuai untuk anda yang suka cologne yang kuat kerana ia tidak terlalu kuat walaupun ia adalah jenis EDT.

Minyak wangi lelaki segar dan maskulin yang menimbulkan kesan seperti di dalam air di tengah. 

Minyak wangi floral tapi mempunyai haruman woody, bunga hyacinth ini dibuka dengan semburan calabrian bergamot, neroli dan green tangerine yang menyegarkan.

Warna botol biru laut yang terang digabungkan dengan haruman manis bunga melati, rock rose, rosemary, fruity persimmon dan kehangatan nilam Indonesia mencipta wangian lelaki yang segar dan sensasi.

Perfume ini seperti bau angin laut yang menyegarkan dan memberi aura ketenangan.

Sesuai untuk majlis khas, semasa keluar di masa lapang, dan aktiviti harian serta salah satu cadangan hadiah untuk rakan lelaki kerana ia tidak terlalu mahal.

Terbaik untuk remaja: Calvin Klein CK One Eau de Toilette For Unisex

Calvin Klein CK One Eau de Toilette For Unisex
Sesuai Untuk Remaja 4 daripada 15
Calvin Klein CK One Eau de Toilette For Unisex
Dari RM260
Bau seperti selepas mandi
Sesuai untuk cuaca panas & aktiviti outdoor
Bukan untuk semua orang

CK One EDT adalah wangian kontemporari dengan penampilan baru yang menyegarkan, clean, pure dan boleh dipakai seharian.

Minyak wangi yang ringan, tidak menyengat dan relaxing ini dapat disembur dengan banyak ke seluruh badan kerana hanya berbau dengan jelas apabila dekat dengan pemakainya.

Mempunyai aroma buah dan segar pada kulit, bau minyak wangi terlaris ini seperti selepas mandi atau berada di bawah air terjun.

Sesuai untuk pemakai lelaki dan wanita dari pelbagai usia yang sensitif terhadap minyak wangi.

Berikan cologne ini sebagai hadiah untuk Hari Guru dan Hari Pekerja.

Terbaik untuk solat: Hugo Boss Perfume Eidtion 100ml

hugo boss perfume
Sesuai Untuk Solat 5 daripada 15
Hugo Boss Perfume Eidtion 100ml
Dari RM359
Tanpa alkohol
Tanpa pewangi

Minyak wangi lelaki premium yang mencerminkan watak pemimpin berwibawa seperti seorang bos.

Keteguhan, kehangatan dan karismanya disampaikan melalui bau minyak wangi Boss.

Menampilkan wangian woody-amber dengan mandarin zesty dan herba pedas.

Kemudian ia terus membawa haruman konkrit orris dan akar pokok ara yang mendalam, melambangkan karisma dan kewibawaan pemakainya.

Pada dasarnya, terdapat kayu cedar dan vegetal leather accord yang memberikan kehangatan dan tahan lama.

Belikan minyak wangi Boss ini sebagai hadiah krismas untuk bos anda dan disyorkan untuk setiap lelaki yang masih lagi mencari perfume.

Ia maskulin dan unik, sedikit pedas dan berkayu tetapi tidak manis. Sapukan minyak wangi ini di lutut dan siku untuk lebih tahan lama.

Malah kereta anda turut berbau harum untuk masa yang lama selepas keluar.

Terbaik untuk bau lembut: Versace Eau Fraiche Eau de Toilette For Him

Versace Eau Fraiche Eau de Toilette For Him 1
Bau Lembut 6 daripada 15
Versace Eau Fraiche Eau de Toilette For Him
Dari RM139
Tahan 6 -7 jam
Wangian sangat ringan dan floral
Harga agak mahal
3 lagi
Tanpa minyak, paraben & sulfat
Sesuai untuk aktiviti luar
Terlalu manis untuk sesetengah individu

Versace Pour Homme ialah versi Lelaki Versace ikonik yang maskulin tapi lebih lembut dan halus.

Wangian Versace yang segar dan seksi ini sesuai untuk lelaki kontemporari yang lebih introspektif. 

Menggabungkan buah-buahan halus berperisa dengan daun hijau dan nodes musk, ambar dan kayu sycamore, menghasilkan aroma yang tidak terlalu mengoda, sesuai untuk gaya lelaki masa kini. 

Wangian berbau segar ini disukai oleh banyak wanita kerana terasa seperti pelukan hangat di bawah sinar matahari. 

Versace Pour Homme juga tahan lama dan tidak terlalu kuat, sangat sesuai untuk kegunaan seharian. 

Jadi, tidak hairanlah wangian ini sering menjadi pilihan wanita untuk kekasih, bestfriend lelaki atau suami mereka.

Terbaik untuk cikgu: Montblanc Legend Eau De Parfum

Montblanc Legend Eau De Parfum 1
Sesuai Untuk Cikgu 7 daripada 15
Montblanc Legend Eau De Parfum
Dari RM275
Bau tidak kuat
Bau earthy & woody, floral
Tidak sesuai untuk majlis rasmi
2 lagi
Tidak menyegat hidung
Tahan 6-8 jam

Mont blanc Legend Night Eau de Parfum adalah varian terbaru Montblanc Legend, minyak wangi lelaki ikonik dengan watak yang kuat, tegas dan meyakinkan. 

Legend Night mengekalkan aroma Montblanc Legend yang asli, tetapi diperkaya dengan sentuhan violet segar, Magnolia magnet yang elegan dan gabungan kulit kayu. 

Formulanya lebih pekat untuk kesan yang lebih tegas dan maskulin. Mempunyai aroma Fougere aromatik berkayu yang sesuai dipakai dari siang hingga malam. 

Botolnya pula kelihatan elegan dengan mendedahkan lacquering dalaman hitam berseri dan emas halus pada lambang Montblanc.

Minyak wangi lelaki ini tahan lama dan dikhaskan untuk lelaki berkarisma, yakin dan memberi inspirasi.

Sesuai untuk minyak wangi harian ke pejabat atau menghadiri mesyuarat kerana baunya tidak terlalu kuat namun manly.

Terbaik untuk lelaki berpeluh: Chanel Allure Homme Edition Blanche

Chanel Allure Homme Edition Blanche
Lelaki Aktif & Bersukan 8 daripada 15
Chanel Allure Homme Edition Blanche
Dari RM21
Bauan kekal lama
Bauan segar lebih kepada lemon
Harga mampu milik

Minyak wangi Chanel Allure Homme Edition Blanche menawarkan wangian sitrus segar dan moden, jadi sangat sesuai untuk lelaki yang bertenaga dan yakin.

Menggabungkan nodes segar lemon dan bergamot pada awalnya dengan cendana, vetiver dan vanila Madagascar.

Gabungan itu mencipta aroma maskulin yang kreatif dan menyegarkan.

Minyak wangi berjenama 100% asli yang telah diisi semula dalam botol langsing yang elegan dengan reka bentuk minimalis.

Memudahkan anda mencuba pelbagai pilihan wangian lain tanpa perlu membeli sebotol perfume besar yang mahal.

Dengan saiz travel-friendly, anda boleh letak dalam beg makeup, beg gym, dompet atau dibawa ke mana sahaja.

Tersedia dalam pilihan 1ml, 2ml, 5ml dan 8ml dengan harga berpatutan serta boleh guna sehingga 120 kali semburan.

Terbaik untuk harga murah: Szindore Millionaire Perfume by Emajie

Szindore Millionaire Perfume by Emajie
Murah Tahan Lama 9 daripada 15
Szindore Millionaire Perfume by Emajie
Dari RM59
Bau wangi
Tahan sehingga 8 jam
1 lagi
Botol cantik

Szindore Millionaire, dupe Paco Rabanne 1 Million minyak wangi yang popular untuk lelaki.

Minyak wangi edisi terhad ini mempunyai kepekatan tinggi untuk kemewahan, bauan kuat dan tahan lebih lama.

Mandarin dan buah anggur memberikan komposisi pengenalan yang segar kepada komposisi hangat dan mewah dengan kayu manis dan mawar.

Cendana, kulit, iso e super, dan nilam membentuk base notes wangian, memberikan kesan maskulin dan mewah.

Sangat sesuai untuk lelaki masa kini yang gentleman.

Terbaik untuk hantaran: Jo Malone London Lime Basil & Mandarin Cologne 100ml

Jo-Malone-London-Lime-Basil-Mandarin-Cologne
Hantaran & Hadiah 10 daripada 15
Jo Malone London Lime Basil & Mandarin Cologne 100ml
Dari RM510
Sesuai untuk lelaki & perempuan
Tahan lama
Harga agak mahal

Mencari minyak wangi tahan lama dengan wangian citrus dan herba? Beli je Jo Malone Lime Basil & Mandarin.

Menawarkan bau yang menyegarkan dan selalu menjadi kegemaran, jenama minyak wangi terkenal ini mempunyai aroma khas oren mandarin, yang ditambahkan dengan sentuhan basil dan thyme putih.

Gabungan mandarin cerah dan tart, basil dicampur dengan lada, dan amberwood benar-benar mencipta komposisi aroma yang unik, segar dan mengkhayalkan.

Jo Malone Lime Basil & Mandarin sangat sesuai dilapisi English Pear & Freesia menghasilkan aroma sitrus yang menyegarkan.

Dibungkus dalam kotak krim elegan khas Jo Malone bersama dengan reben.

Terbaik keseluruhan: Jo Malone English Pear & Freesia 100ml

jo malone english pear & freesia
Keseluruhan Terbaik 11 daripada 15
Jo Malone English Pear & Freesia 100ml
Dari RM173
Bau segar, buah, bunga & manis
Sesuai dipakai wanita & lelaki
Harga sangat mahal

Sebab menjadi pilihan:

Jo Malone English Pear & Freesia minyak wangi premium yang wangi dengan bunga pir dan freesia yang lembut dan menyegarkan, sangat sesuai dipakai oleh lelaki kontemporari.

Ciri-ciri:

Direka oleh Christine Nagel, pakar minyak wangi terkenal di dunia. English Pear & Freesia menggabungkan pir masak dan kelopak freesia putih yang wangi.

Sementara itu, mawar liar dan rhubarb hijau memberikan sentuhan masam dan segar yang seimbang. 

Bau asas perfume ini juga terdapat amberwood, nilam dan white musk yang hangat dan lembut melekat pada kulit.

Keseluruhan komposisi mencipta aroma minyak wangi yang mewah dan memukau. 

Dibungkus dengan cantik dalam botol tandatangan Jo Malone bersama-sama dengan reben yang cantik, sesuai sebagai hadiah atau untuk kegunaan peribadi.

Review:

“Spray sikit dah wangi. Saya mencuba sampel terlebih dahulu dan baunya sangat sedap, saya jatuh cinta. Ia meningkatkan keyakinan anda. Hadiah untuk diri sendiri dan saya suka perfume ini!”

Terbaik untuk tahan lama: Versace Eros Men Eau De Parfum

Versace-Eros-Men-Eau-De-Parfum
Tahan Lama 12 daripada 15
Versace Eros Men Eau De Parfum
Dari RM449
Tidak memeningkan kepala
Tahan lama
Bau wangi susah dihilangkan

Versace Eros Eau de Parfum adalah minyak wangi maskulin yang penuh dengan daya tarikan yang mencerminkan keyakinan dan daya tarikan lelaki moden.

Minyak wangi ini mempunyai reka bentuk botol geometri biru dan emas, perincian Medusa serta Greca yang menarik.

Terdiri daripada unsur citrus dan pudina yang menyegarkan, diikuti dengan bunga geranium dan epal hijau, serta kacang tongka, cedar, dan vanila yang hangat dan menggoda.

Aroma minyak wangi ini bersifat magnet dan bersemangat. Sesuai untuk dipakai oleh lelaki berkarisma semasa acara rasmi atau hari istimewa.

Harumannya yang tahan lama pasti meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa sahaja yang menghampiri.

Walaupun basuh pakaian, wangian Versace Eros masih ada lagi bau.

Terbaik untuk lelaki: Versace Eros Flame EDP Original 100ml

versace eros flame perfume
Pilihan Terbaik 13 daripada 15
Versace Eros Flame EDP Original 100ml
Dari RM406.43
Tahan lebih 8 jam
Original
Bau susah dihilangkan
3 lagi
Kualiti sama seperti baru
Bau yang menggoda
Senang dipakai

Inilah minyak wangi lelaki Eros Flame 2018 edition dari Versace, dengan aroma Woody Spicy yang maskulin dan kuat.

Minyak wangi tester ini mempunyai sentuhan segar buah oren mandarin, rosemary dan lemon pada awalnya, kemudian bertukar ke aroma rempah seperti lada hitam, geranium dan mawar.

Pada base notes terdapat vanila, cendana, Tonka Bean, Texas Cedar, Oakmoss dan Patchouli yang hangat.

Bagi anda yang suka minyak wangi gaya sitrus dan berkayu, minyak wangi ini pilihan yang selamat. Minyak wangi tahan lama sehingga 8-9 jam dan meninggalkan wangian yang kuat.

Walaupun pembungkusan berbeza, kualiti minyak wangi adalah sama seperti versi asli.

Tom Ford Beauty Oud Wood Eau De Parfum
Paling Popular 14 daripada 15
Tom Ford Beauty Oud Wood Eau De Parfum
Dari RM124
Bau tahan lama
Ada antioksidan
Harga mahal
2 lagi
Bebas paraben
Bau manis

Bahan minyak wangi ini mempunyai antioksidan dan sangat sesuai bagi kulit sensitif kerana bebas paraben.

Siapa sahaja tidak kenal dengan jenama dari Tom Ford, malah bauan perfume lelaki sememangnya menjadi pilihan utama kaum lelaki. 

Bauan ‘Tobacco Oud’ sedikit kuat seterusnya mampu memukau orang sekeliling anda. 

Seperti biasa, perfume atau pewangi ini perlu di spray pada bahagian kulit untuk kekal lama. 

Paling penting, selamat untuk digunakan oleh mereka yang memiliki kulit sensitif.

Jika anda sukakan bauan yang tidak keras dan manis, anda boleh cuba dapatkan perfume ini.

Terbaik untuk kemewahan: Dior Sauvage Eau De Parfum

CHRISTIAN DIOR - Sauvage Eau De Toilette Spray
Mewah & Mahal 15 daripada 15
Dior Sauvage Eau De Parfum
Dari RM169
Perfume pilihan ramai
Tahan lama
Harga mahal
3 lagi
Bau segar
Sesuai untuk aktiviti indoor
Stok terhad

Perfume dari Dior Sauvage ini memang tengah hangat dalam pasaran Malaysia kerana ramai lelaki memilih untuk menggunakan bauan ini. 

Tapi ingin diingatkan, jika anda beli yang tiruan bauan tidak sama dan bauan tidak melekat lama seperti yang original. 

Walaupun harga sedikit mahal, tapi perfume ini tahan lama dan anda tidak perlu pakai banyak kerana baunya kuat.

Oleh kerana minyak wangi ini sesuai untuk aktiviti indoor, kami tidak sarankan anda untuk pakai ketika berpeluh kerana mungkin boleh mengubah bau asal perfume ini. 

Perfume ini lebih sesuai untuk anda pakai ketika hadiri majlis keraian yang tidak mengeluarkan peluh yang banyak.


Cara Pilih Perfume Yang Sesuai

Penggunaan perfume sememangnya dapat mengurangkan bau badan yang tidak menyenangkan terutamanya mereka yang aktif bersukan dan kerap berpeluh.  

Tambah lagi, meningkatkan mood, aura positif dan keyakinan diri sekaligus membuat si pemakai menjadi perhatian umum.

Ikuti je tips di bawah untuk memilih minyak wangi terbaik:

  • Jenis aroma pilihan

Antara kategori minyak wangi termasuk aroma floral, spicy, sweet, fresh, fruity, dan woody. Setiap jenis ini unik dan berpotensi membuat anda merasakan emosi yang berbeza. Pilih sahaja mana-mana aroma yang sesuai dengan citarasa dan aktiviti harian.

  • Ketahanan wangian minyak wangi

Pilih perfume yang kekal lebih lama di badan dan beberapa semburan di pergelangan tangan dan leher sudah cukup. Jadi, anda tidak perlu kerap menyemburkan perfume pada pakaian.

  • Pertimbangkan tujuan

Sebagai contoh, perfum yang lebih ringan, lembut dan segar lebih sesuai untuk kegunaan siang hari atau pejabat, manakala aroma yang lebih kuat, manis, hangat dan mewah boleh dikhaskan untuk majlis-majlis khas, dating atau dinner.

  • Pertimbangkan personaliti

Adakah anda mencari perfume yang lebih maskulin dan profesional, atau sesuatu yang lebih kasual dan sporty? Hadkan carian mengikut ciri tersebut atau lagi mudah lihat bagaimana anda berpakaian atau vibe diri sendiri. 

  • Pertimbangkan cuaca

Sesetengah jenis wangian lebih sesuai untuk cuaca panas, sementara yang lain untuk waktu malam atau hari hujan. Ini kerana ada wangian manis yang boleh meloyakan jika berada di bawah terik matahari. 

  • Uji dan eksperimen dengan wangian berbeza sebelum beli

Ini kerana minyak wangi yang sama dapat berbau berbeza pada orang yang berlainan kerana variasi kimia badan. Cuba setiap wangian sehingga anda menemui wangian terbaik dan dapatkan botol yang lebih kecil atau sampel. 

  • Pertimbangkan umur 

Lelaki muda lebih gemar memilih minyak wangi yang fresh, youthful dan fruity, sementara mereka yang bekerja pula lebih gemar memilih jenama terkenal kerana minyak wangi lebih tahan lama.

  • Pertimbangkan natural scent 

Setiap orang mempunyai bau badan semula jadi yang unik. Pilih minyak wangi yang selaras dengan bau semula jadi anda supaya tahan lebih lama dan wangiannya lebih menonjol.

Malah, beri perhatian kepada perfume notes iaitu aroma individu yang membentuk wangian keseluruhan.

Nota teratas adalah yang pertama anda bau, middle notes adalah jantung wangian, dan base notes adalah yang kekal pada kulit.

Semasa anda mencuba wangian, perhatikan notes yang anda suka dan tidak suka.


Kenapa Perlu Menggunakan Wangian Atau Perfume?

Wangi atau perfume ini keperluan atau kemahuan? 

Bergantung pada situasi yang anda ada ketika itu, kita disarankan menggunakan pewangi sebab bau badan seseorang itu berbeza. 

Ada yang jenis tidak berbau, ada yang jenis berbau jadi pemakaian minyak wangi satu step kebersihan diri dan kekemasan pilihan sendiri.

Jadi menggunakan pewangi ini bagus untuk meningkatkan keyakinan diri, malah memberikan tanggapan baik pada orang tentang diri kita.

Satu lagi sebab utama, adalah bau badan dan mungkin sebenarnya kita sendiri tidak perasan yang badan kita berbau. 

Jadi sentiasalah menggunakan pewangi badan atau perfume untuk mengelakkan masalah bau badan. 

Bagaimanapun, kalau pakai perfume sahaja tapi kebersihan diri tidak terjaga , tidak bagus juga.

Jadi pilih perfume yang anda suka dan gunakannya sebaik mungkin! Selamat mencuba.

Cara Kami Pilih Senarai Ini

Kami menyemak harga dan spesifikasi setiap minyak wangi lelaki terus daripada penyenarai rasmi Shopee dan Lazada pada 24 September 2026. Pemilihan mengutamakan jenis aroma, ketahanan (tahan lama vs sederhana), kesesuaian majlis (harian, kerja, majlis khas) dan nilai harga berbanding isipadu, bukan pendapat peribadi editor.

Soalan Lazim

Apakah jenis minyak wangi yang tahan lama?

Minyak wangi berasaskan Eau de Parfum (EDP) seperti Jo Malone English Pear & Freesia dan Montblanc Legend biasanya lebih tahan lama berbanding Eau de Toilette (EDT) kerana kepekatan minyak wangi yang lebih tinggi.

Apakah minyak wangi lelaki yang paling mahal?

Dalam senarai ini, Jo Malone London Lime Basil & Mandarin Cologne 100ml pada RM510.00 adalah yang paling mahal, diikuti Hugo Boss Perfume Edition 100ml pada RM359.00.

Apakah minyak wangi terbaik di Malaysia?

Bergantung pada keperluan. Jo Malone English Pear & Freesia sesuai untuk kegunaan harian dan majlis rasmi, manakala Szindore Millionaire Perfume menawarkan pilihan tahan lama pada harga yang lebih berpatutan.

Apakah parfum lelaki yang disukai wanita?

Wangian segar dan ringan seperti Acqua Di Gio dan Versace Eau Fraiche sering disebut sebagai pilihan popular kerana baunya tidak terlalu kuat, sesuai untuk pertemuan jarak dekat.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation