Kecantikan

8 Makeup Remover Wipes untuk Setiap Jenis Kulit Wanita Asia

Tak kira kulit kering atau berminyak, makeup remover wipes memang sesuai diguna. Ini senarai makeup remover wipes bagus dari jenama seperti Watsons & Biore.


Editor · 8 Oct 2019, 8:14pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Makeup Remover Wipes untuk Setiap Jenis Kulit Wanita Asia

Kehidupan seharian wanita pada hari ini menjadikan bersolek sebagai salah satu rutin harian. Makeup merupakan salah satu aksesori yang diperlukan untuk tampil menawan dan jelita, malah segelintir lelaki juga menggunakan solekan untuk berketerampilan baik terutamanya buat artis lelaki. 

Kandungan

Berkesankah menggunakan Makeup Wipes Remover?

Jawapannya, ya. Menggunakan Makeup Wipes Remover yang bersesuaian dengan jenis kulit mampu membersih wajah dari kesan solekan yang melekat pada kulit.

Pemilihan produk Makeup remover yang tepat amat penting bagi mendapatkan kesan yang efektif pada kulit muka.

Terdapat pelbagai jenis kulit wajah, misalnya kulit kering, berminyak, berjerawat dan pelbagai lagi. Jenis-jenis kulit wajah ini memerlukan produk yang bersesuaian dengan kulit agar dapat membersihkan kesan solekan dengan baik tanpa merosakkan kulit.

Ayuh, lihat jenis produk Makeup Remover Wipes yang terbaik mengikut jenis kulit wajah anda;

Makeup remover wipes dengan bahan organik sesuai untuk ibu hamil 1 daripada 8
IMAAN Make up Remover Wipes
Partnership with Imaan
Dari RM20.40
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Produk ini amat bagus umtuk ibu mengandung kerana tidak mengandungi sebarang alkohol, tetapi ianya mengandungi Vitamin E dan Aloe Vera dengan formula yang dipertingkatkan. Menggunakan bahan organik yang dijamin tidak akan memberi sebarang kesan kepada kandungan serta mampu untuk meremajakan kulit dan melembutkan. Kepada yang beragama Islam, produk ini merupakan produk mesra wudhu’ dan tidak menyebabkan kulit iritasi.

Makeup remover wipes yang Murah, berkualiti dan efektif 2 daripada 8
BIORE Clean Oil Cotton Wipes (10s)
Partnership with Biore
Dari RM5.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Produk ini membersih dan menyegarkan semula kulit wajah yang tidak bermaya. Biore Makeup Remover Wipes ini berfungsi dengan membersihkan muka secara mendalam dan kesan minyak serta sisa-sisa makeup. Dengan mempunyai teknologi kawalan sebum, ia menyegarkan kulit selepas setiap sapuan bagi melegakan kulit yang kusam dan berminyak supaya tampil segar.

Produk ini ideal untuk mencapai kemasan wajah matte, membersih kekotoran dan mengembalikan kulit tampak cerah serta berseri. Produk yang sangat murah dan sangat berkualiti untuk digunakan.

Makeup remover wipes untuk kulit kering, bagus untuk menghidratkan kulit 3 daripada 8
Elianto Organic Cucumber Make-up Cleansing Tissue
Partnership with Elianto
Dari RM16.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Produk ini menggunakan kandungan organik seperti ekstrak timun sejuk dan bahan organik untuk membersih dan menyegarkan kulit anda pada masa yang sama. Mempunyai tekstur yang lembut, dihasilkan untuk kekal hidrat dan berkesan menghilangkan kotoran dan solekan, termasuk maskara kalis air.

Ianya menjadikan kulit wajah anda tampil bersih dan lembut. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit kering agar kekal lembap dan hidrat.

Makeup remover wipes waterproof - membersih wajah secara menyeluruh 4 daripada 8
SILKYGIRL Pure Fresh Micellar Cleansing Wipes (20s)
Partnership with Silky Girl
Dari RM9.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Hermo Malaysia

Makeup remover wipes ini berfungsi untuk meninggalkan kulit berasa bersih dan lembap. Molekul Micellar tertarik pada kotoran dan minyak, jadi mereka mampu menarik keluar kekotoran daripada solekan tanpa mengeringkan kulit.

Pada masa yang sama, ekstrak Aloe Vera berfungsi untuk melegakan, melembap dan memperbaiki kulit. Mampu untuk menanggalkan makeup yang kalis air secara menyeluruh.

Makeup remover wipes untuk kulit kombinasi, kekal segar dan licin 5 daripada 8
NIVEA 3-in-1 Refreshing Cleansing Wipes (25s)
Partnership with Nivea
Dari RM19.89
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Produk Nivea ini boleh digunakan harian untuk menghapus solekan jenis kalis air dan maskara. Berfungsi dengan pembersihan menyeluruh dan melembap secara mendalam, cara yang ideal untuk menyegarkan kulit dalam satu langkah mudah. 

Formulanya menyegarkan yang mengandungi Vitamin E, ringan kepada kulit dan mempunyai kelembapan NIVEA lebih banyak berbanding sebelum ini. Keserasian kulit diuji dan diluluskan secara othalmologi sesuai untuk kulit normal dan kombinasi.

Makeup remover wipes untuk kulit sensitif bagi mengelakkan iritasi 6 daripada 8
HIMALAYA Purifying Neem Facial Wipes (25s)
Partnership with Himalaya
Dari RM14.90
Lihat harga di Lazada Malaysia

Produk Himalaya ini sangat lembut pada kulit dan tidak beralkohol dengan rumusan lembut yang ringan dapat membersihkan kulit supaya ianya bersih dan sihat. Produk ini diperkaya dengan kandungan Neem dan daun Turmeric yang terkenal dengan sifat-sifat antibakteria. Ianya juga dapat menyegarkan kulit dan membantu dengan mudah menghapuskan kesan solekan yang melekat pada kulit wajah. 

Produk ini sangat baik bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana kandungannya sangat organik.

Makeup remover wipes untuk kulit berminyak - mengawal sebum berlebihan 7 daripada 8
SIMPLE Oil Balancing Cleansing Wipes (25S)
Partnership with Simple
Dari RM18
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Makeup remover wipes ini terdiri daripada gabungan sempurna dari pembersih yang mampu lembutkan kulit muka dan Zinc PCA yang berkesan untuk menyegarkan kulit dan mengawal sinaran berlebihan di wajah kerana kulit berminyak. 

Produk ini sangat baik digunakan oleh mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan sensitif bagi membersihkan solekan dan mengawal sebum berlebihan.

Makeup remover wipes terbaik untuk kulit berjerawat - elakkan infeksi 8 daripada 8
The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wipes (25s)
Partnership with The Body Shop
Dari RM49
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Produk Body Shop ini merupakan makeup remover wipes yang dapat menghapus kotoran dan melembap kulit dalam satu langkah. Dirumus dengan perlindungan Vitamin E, minyak Wheatgerm dan minyak Tea Tree. Produk ini sesuai untuk kulit berjerawat yang ditapis dengan minyak pokok teh. 

Dalam satu langkah mudah sahaja kulit wajah anda bersih dan tidak perlu membilas dengan air.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation