Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Pewangi Bilik Tidur Terbaik di Malaysia 2024 (Tahan Lama)

Alami perbezaan di bilik tidur anda dengan haruman yang menyegarkan.

Ruangan bilik merupakan satu kawasan privasi bagi setiap individu terutama bagi pasangan suami isteri untuk melakukan aktiviti 'sihat'.

Jadi, bau dalam bilik merupakan salah satu faktor untuk mendapatkan keselesaan bersama.

Kami juga yakin, mereka yang tidak berkahwin lagi juga ingin ruangan bilik yang wangi.

Apa kata jom kita lihat senarai jenis pewangi bilik tidur terbaik yang membuatkan ruangan menjadi selesa.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Pewangi Bilik Tidur Terbaik

Pewangi bilik terbaik secara keseluruhan
Glade Scented Gel 180g
Glade
Glade Scented Gel 180g
mulai
RM8.90
Semak Glade Scented Gel 180g harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Tidak menggunakan bateri
add_circle Bau tahan agak lama
remove_circle Perlu elak tempat bersuhu tinggi

Sebab menjadi pilihan utama:

Produk terbaik daripada Glade ini pula sesuai dimiliki oleh sesiapa yang mempunyai bajet terhad untuk beli pewangi bilik.

Selain harganya yang murah, saiznya juga sangat kompak.

Ciri-ciri:

Ia boleh diletakkan di mana-mana ruang yang terhad di rumah, pejabat, bilik atau kolej seperti dalam almari, laci, rak kasut dan atas meja dalam bilik tidur.

Nak letak dalam kereta pun tiada masalah. 

Antara pilihan wangian yang ada ialah lemon, lavender, Morning Freshness, Ocean Escape, Tropical Blossoms, Cool Air dan Floral Perfection.

Pilih sahaja bauan mana yang menjadi kegemaran anda. 

Dijamin bilik tidur akan jadi lebih wangi lepas ini.

Masa berehat juga akan menjadi lebih tenang. 

Kekuatan bau wanginya juga boleh diubah dengan cara menaikkan atau menurunkan penutup bahagian atasnya. 

Review: 

"Memang suka bauan Lavender untuk diletakkan dalam bilik. Bila letak dalam ruang yang ada aircond, lagi kuat baunya. Harga pun murah."

Pewangi bilik aromaterapi
LOVELY LACE Scents Reed Diffuser
Lovely Lace
LOVELY LACE Scents Reed Diffuser
mulai
RM61.20
Semak LOVELY LACE Scents Reed Diffuser harga dibawah:
add_circle Mesra alam sekitar
add_circle Boleh juga diletakkan dalam tandas
add_circle Mewangikan bilik tidur
remove_circle Harga mahal

Sesekali apa salahnya berbelanja lebih untuk dapatkan pewangi rumah yang berjenama dan bagus? 

Kalau ada bajet ekstra, anda boleh dapatkan diffuser dari Lovely Lace ini. 

Setiap pembelian anda akan dapat kuantiti sebanyak 200ml dan mampu bertahan selama 2-3 bulan.

Sesuai diletakkan di mana-mana ruang seperti ruang tamu, dapur dan pejabat. 

Apa yang menariknya, selamat digunakan kerana tiada risiko kebakaran seperti pewangi jenis lilin. 

Direka dalam bekas kaca yang sangat cantik sekali gus boleh dijadikan sebagai hiasan rumah dan bilik. 

Terdapat 9 pilihan bauan harum yang boleh dipilih, antaranya Teddy Hug, Rose, Oriental Forest, Ocean Breeze dan Lavender. 

Biarkan pewangi ini dalam ruangan di rumah selama 12-24 jam untuk dapatkan bau yang harum maksima.

Pewangi bilik automatik
Bliesematic Set Automatic Spray
Bliesematic Set Automatic Spra
mulai
RM25.00
Semak Bliesematic Set Automatic Spray harga dibawah:
add_circle Anti bakteria
add_circle Boleh refill
add_circle Jenis spray automatik
add_circle Bau segar tahan lama
remove_circle Harga agak mahal

Sekiranya anda sedang mencari pewangi bilik yang mudah digunakan, produk jenama Bliese ini merupakan pilihan tepat kerana jenis semburan automatik. 

Jadi, tak perlu susah-susah spray secara manual setiap kali ada bau yang kurang menyenangkan dalam bilik. 

Terdapat beberapa jenis haruman, antaranya Tropical Spa iaitu bau campuran floral dan buah sitrus yang akan menenangkan minda dan tidur juga akan jadi lebih lena. 

Selain itu, ada juga pilihan wangian Vanilla Bouquet (ekstrak vanila dan bunga melur), Fairy Breezy (campuran bunga lili dan jasmin) dan Cherry Blossom. 

Paling best, pewangi ini turut diformulasikan dengan aromaterapi yang akan memberikan ketenangan dalam rumah anda.

Jangan risau, pewangi ini tahan lama ia hingga 3000 semburan iaitu kira-kira 60 hari.

Spray pewangi bilik
Air Wick Freshmatic Automatic Spray Starter Air Refreshener
Air Wick Freshmatic Automatic Spray Starter Air Refreshener
mulai
RM21.70
Semak Air Wick Freshmatic Automatic Spray Starter Air Refreshener harga dibawah:
add_circle Rekaan cantik
add_circle Sembur secara automatik
add_circle Hilangkan bau kurang menyenangkan
remove_circle Perlu refill

Kebanyakan pewangi tidak bertahan lama namun pewangi dari Air Wick ini mampu bertahan sehingga 60 hari. 

Mempunyai beberapa pilihan wangian yang boleh anda pilih, antaranya citrus, Aqua Floral, Cherry Blossom, Lavender dan Fresh Water. 

Menariknya lagi, kekuatan bau wangiannya boleh diubah mengikut keperluan dari tahap rendah ke tahap tinggi. 

Kalau bilik berbau makanan sebab makan dalam ruang tersebut, bolehlah set bau ke tahap yang paling kuat agar bau tidak menyenangkan tersebut cepat hilang. 

Boleh letakkan pewangi automatik ini di atas rak, kabinet atau almari.

Nak gantung pada dinding atau letakkan di dalam tandas dan ruang tamu juga boleh.

Pewangi bilik untuk bayi
Natural Healing Room Spray & Linen Spray
Natural Healing Room Spray & Linen Spray
mulai
RM21.06
Semak Natural Healing Room Spray & Linen Spray harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan pening kepala
add_circle Tanpa alkohol
add_circle Tahan lama
add_circle Nyah bau busuk
remove_circle Hanya 100ml sahaja

Untuk ibu bapa yang inginkan pewangi bilik yang selamat digunakan untuk bilik tidur anak, kami sarankan produk Natural Healing.

Ini kerana selamat untuk kanak-kanak. Jadi, anda boleh sembur pewangi ini seluruh kawasan rumah. 

Kalau nak wangikan almari baju dengan pewangi ini juga tiada masalah. 

Bukan itu sahaja, produk beraroma ini juga boleh disembur untuk hilangkan bau yang tidak menyenangkan pada permaidani, tuala, langsir, cadar atau mana-mana fabrik. 

Terdapat beberapa wangian segar yang boleh dipilih iaitu English Pear & Freesia, French Lime Blossom dan Aesop’s Tacit. 

Untuk pastikan bau wangi lagi kuat, anda digalakkan untuk semburkan pewangi ini dalam ruang atau bilik yang ada aircond.

Pewangi bilik jenis gel
Aerofume Scented Gel Air Freshener
Aerofume Scented Gel Air Freshener
mulai
RM10.90
Semak Aerofume Scented Gel Air Freshener harga dibawah:
add_circle Tahan hingga 7 minggu
add_circle Selamat untuk kanak-kanak & bayi
add_circle Tiada bahan toksik
remove_circle Hanya ada 4 pilihan wangian

Bagi anda yang mencari pewangi bilik jenis gel, boleh cuba gel haruman dari Aerofume.

Bukan sahaja dapat mengharumkan bilik namun dengan pilihan wangian serai, dapat mengurangkan kehadiran nyamuk dalam bilik. 

Barulah tidur akan jadi lebih nyenyak dan selesa tanpa gigitan nyamuk. 

Selain itu, terdapat juga pilihan wangian lain seperti Aqua Flora, Lavender dan Rose.

Semua bauan ini telah diformulasikan dengan minyak pati semula jadi dan sesuai diletakkan di dalam kereta, ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan rak kasut. 

Kekuatan bau pewangi juga boleh diubah ikut keperluan harian anda.

Pewangi bilik vanilla
Lampu Cherita Scented Candle (Homemade Malaysia Product)
pewangi bilik
mulai
RM24.77
Semak Lampu Cherita Scented Candle (Homemade Malaysia Product) harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Sumbu diperbuat daripada kapas
add_circle Tanpa pewarna
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Kurang sesuai bilik besar

Keletihan selepas pulang dari tempat kerja akan hilang serta merta dengan nyalaan lilin wangi Lampu Cherita ini. 

Memang patut dimiliki oleh anda yang sibuk bekerja atau belajar kerana bau wangian pandannya boleh menenangkan. 

Diperbuat daripada 100% lilin berasaskan soya, produk ini juga bebas daripada bahan phthalate yang bahaya untuk kesihatan. 

Selain itu, waktu pembakaran lilin ialah antara 50-70 jam.

Namun, diingatkan untuk tidak menyalakannya melebihi 4 jam dalam satu-satu masa. 

Terdapat banyak pilihan bauan unik lain selain vanila, antaranya pandan, coklat, Gardenia, Milky Almond, Coffee, Sea Salt, Green Tea dan banyak lagi. 

Pengguna juga perlu sentiasa mengawasi lilin jika sedang dinyalakan agar tidak berlaku sebarang kejadian buruk seperti kebakaran.

Untuk keselamatan gunakan candle warmer.

Pewangi bilik tidur murah
Farcent Scented Gel Diamond Air Freshener
Farcent Scented Gel Diamond Air Freshener
mulai
RM3.80
Semak Farcent Scented Gel Diamond Air Freshener harga dibawah:
add_circle Boleh letak dalam kereta juga
add_circle Saiz kecil, mudah dipindahkan
add_circle Tahan 2-6 minggu
remove_circle Rekaan kurang menarik
remove_circle Bau mungkin tak begitu kuat

Bajet anda terhad untuk beli pewangi bilik berjenama?

Usah risau, cuba dapatkan pewangi bilik tidur jenis gel yang dikeluarkan oleh Farcent ni. 

Terdapat beberapa pilihan haruman menarik yang boleh dipilih seperti arang, oren, buah pic, lavender dan lemon. 

Bukan sahaja dapat menyegarkan bau bilik, malah selamat digunakan kerana telah mendapat perakuan antarabangsa daripada International Fragrance Association. 

Pewangi 70g ini sesuai diletakkan di mana-mana sahaja termasuklah di bilik tidur, ruang tamu, bilik belajar, tandas dan rak kasut. 

Barulah bau kepam stokin akan diganti dengan bau harum pewangi Farcent.

Pewangi bilik Ambi Pur
Ambi Pur Effects Air Freshener Aerosol Lavender Vanilla (275g)
Ambi Pur Effects Air Freshener Aerosol Lavender Vanilla (275g)
mulai
RM17.76
Semak Ambi Pur Effects Air Freshener Aerosol Lavender Vanilla (275g) harga dibawah:
add_circle Menyegarkan bau kediaman & bilik
add_circle Boleh guna untuk dapur
add_circle Harga masih mampu milik
add_circle Bau campuran lavender & vanila
remove_circle Pilihan bauan terhad
remove_circle Jangan letak di tempat bersuhu tinggi

Memandangkan bilik tidur merupakan sebuah ruangan peribadi untuk kita berehat, mestilah kita tak mahu ada gangguan bau yang tidak menyenangkan.

Kalau boleh, bau harum untuk dapatkan tidur yang berkualiti. 

Jadi, penyembur wangian Ambi Pur adalah pilihan yang tepat kerana diperbuat daripada teknologi Air Effects’ OdorClear yang akan menyingkirkan sebarang bau busuk dalam rumah atau bilik. 

Hasilnya, bau wangi dan bau busuk dalam rumah tidak akan bercampur dan ia tidak akan memeningkan kepala. 

Bagusnya lagi, pewangi Ambi Pur ini boleh disembur di mana-mana sahaja untuk membuat tempat itu berbau harum.

Pewangi bilik Downy
Ambi Pur Room Fresh Gel Downy Premium Parfum
Ambi Pur Room Fresh Gel Downy Premium Parfum
mulai
RM10.49
Semak Ambi Pur Room Fresh Gel Downy Premium Parfum harga dibawah:
add_circle Bau wangi
add_circle Tahan lama
remove_circle Kurang sesuai untuk ruangan besar

Hadir dalam dua varian iaitu passion dan mystique, pilih je nak suasana romantis atau misteri.

Setiap bekas mengandungi 180g gel yang mampu memberikan kesegaran sehingga 30 hari.

Dengan formulasi premium daripada Downy, gabungan bunga-bungaan dan aroma eksotik ni boleh meningkatkan mood anda terutamanya bila sampai rumah lepas habis kerja.

Sesuai untuk diri sendiri atau pun sebagai hadiah untuk rakan dan keluarga.

Pewangi bilik gantung
Ambi Pur Hang It Easy Small Space Freshener (4.5ml x 2)
Ambi Pur Hang It Easy Small Space Freshener (4.5ml x 2)
mulai
RM11.90
Semak Ambi Pur Hang It Easy Small Space Freshener (4.5ml x 2) harga dibawah:
add_circle Tak buat kepala pening
add_circle Boleh letak dalam tempat tertutup
remove_circle kurang sesuai ruangan besar

Pewangi ini menggunakan teknologi terkini supaya ruangan anda seperti almari, laci, kereta, bilik air dan bilik tidur sentiasa berbau wangi.

Saiznya yang kecil membolehkan anda menggantung atau meletakkannya di mana-mana sahaja.

Pilihan wangiannya pun pelbagai seperti fruity, lavender, floral dan citrus.

Mudah nak guna, cuma tanggalkan foil aluminium, lepas tu gantung atau letak di tempat yang anda ingini.

Pewangi bilik peach
W.Dressroom Dress & Living Clear Perfume
W.Dressroom Dress & Living Clear Perfume
mulai
RM14.90
Semak W.Dressroom Dress & Living Clear Perfume harga dibawah:
add_circle 99.9 % disahkan anti-bakteria
add_circle Menghilangkan bau serta-merta
add_circle Banyak pilihan wangian
remove_circle Mengandungi alkohol

Dengan formulasi 99% anti-bakteria, anda akan dapat menikmati persekitaran yang bersih dan segar.

Setiap botol perfume bilik mempunyai nombor unik, menggambarkan kepelbagaian wangian yang dapat memenuhi pelbagai jenis cita rasa anda.

Kualiti wangian yang tahan lama akan memberikan aroma yang lembut dan menyenangkan secara berterusan.

Sembur terus pada fabrik atau ruang pada jarak 20-30 cm.

Koleksi wangian dari Korea ini sesuai digunakan untuk katil, pakaian, kereta, bilik tidur, bilik mandi, pejabat atau sebagai hadiah istimewa.

Pewangi bilik tidur elektrik
HiQiLi 400-1000ml Aroma Diffuser Humidifier Aromatherapy
pewangi bilik
mulai
RM80.00
Semak HiQiLi 400-1000ml Aroma Diffuser Humidifier Aromatherapy harga dibawah:
add_circle 7 Warna LED
add_circle Waterless auto shut-off
add_circle Boleh melembapkan udara
add_circle Hapuskan bau busuk
remove_circle Tiada minyak pati disertakan

Ingin mewujudkan suasana yang menenangkan di dalam bilik anda? Beli je pewangi ruangan ni!

Dengan kapasiti 400ML - 1000ML, pewangi bilik ini menawarkan anda lebih banyak waktu untuk menikmati keharuman.

Menariknya, alat ini hadir dengan 7 pilihan lampu LED berwarna-warni yang boleh dilaraskan atau dimatikan jika ingin tidur.

Dilengkapi ciri waterless auto shut-off yang akan mematikan peranti secara automatik apabila air habis atau waktu yang ditetapkan tamat.

Selain memberikan wangian yang menyenangkan, alat ini juga boleh meningkatkan kelembapan udara dan mengurangkan jangkitan kulit.

Sesuai digunakan di pelbagai tempat termasuk salon kecantikan, spa, bilik yoga, bilik tidur, ruang tamu, lobi hotel, bilik bayi dan banyak lagi.

Pewangi bilik tahan lama
Pristine Reed Diffuser Hotel Series
Pristine Reed Diffuser
mulai
RM69.90
Semak Pristine Reed Diffuser Hotel Series harga dibawah:
add_circle Tahan sehingga 4-6 minggu
add_circle Bau yang tahan lama
add_circle Banyak pilihan wangian
remove_circle Tidak boleh bakar

Bagi yang nak rasa suasana rumah ala-ala hotel boleh dapatkan pewangi bilik ini.

Hanya masukkan lidi buluh ke dalam botol dan biarkan minyak wangi menyerap ke dalam buluh.

Dalam masa 12 jam, anda akan dapat menikmati keharuman yang memenuhi ruang anda.

Untuk hasil yang lebih wangi, anda boleh membalikkan lidi buluh dari semasa ke semasa.

Setiap set Pristine Reed Diffuser Hotel Series mengandungi 5 batang buluh dan satu botol minyak wangi pra-isi (50ml).

Bau yang menenangkan dan boleh mengurangkan stress selepas balik kerja.


Cara Wangikan Bilik Tidur Secara Semula Jadi 

Bilik tidur yang selesa itu bukan sekadar bersih dan kemas, malah berbau wangi.

Namun, pakaian kotor dan sampah boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan.

Jom ikuti tip mudah yang kami kongsikan untuk mewangikan bilik dengan bajet rendah.

  • Pewangi fabrik

Campurkan 1/4 cawan pewangi fabrik, 4 sudu baking soda, dan 1 cawan air panas. 

Biarkan bahan-bahan ini larut selama 30 minit.

Kemudian, tuang larutan tersebut ke dalam botol semburan dan anda boleh gunakan di seluruh ruangan rumah.

  • Daun pandan

Selain memberikan aroma wangi dalam masakan, daun pandan juga boleh digunakan sebagai wangian semula jadi.

Hanya dengan meletakkan hirisan daun pandan di dalam bilik tidur, almari pakaian atau laci, nikmati haruman semerbak yang boleh bertahan sehingga dua minggu.

Malah serangga seperti lipas pun tidak menyukainya.

  • Minyak pati

Sediakan beberapa lidi buluh, balang kecil dan minyak pati wangian kegemaran anda seperti lavender atau lemon. 

Tuangkan minyak pati ke dalam balang dan isikan selebihnya dengan baby oil biasa serta masukkan lidi buluh.

Lidi itu akan menyerap minyak wangi dan meninggalkan bau yang cukup nyaman.

  • Campuran bahan semula jadi

Campurkan hirisan oren, kulit kayu manis, bunga cengkih, kulit oren, buah cranberry, bunga lawang, dan air serta didihkan dengan api sederhana. 

Dalam beberapa minit, ruangan akan dipenuhi aroma hangat yang menyegarkan.

  • Serai wangi

Serai wangi atau citronella sering digunakan dalam minyak pati semula jadi.

Selain memberikan aroma menyegarkan, serai wangi juga boleh menghalau nyamuk dan serangga lain.

  • Kelopak bunga mawar

Diracik halus dan campurkan dengan daun pandan menjadi bunga rampai.

Masukkan campuran ini ke dalam bekas unik untuk dijadikan potpourri.


Boleh Tak Pewangi Hilangkan Bau Busuk Dalam Bilik Tidur? 

Fungsi utama pewangi bilik adalah untuk mengharumkan bilik terutama bilik yang mengeluarkan bau stor, perabot atau masam.

Tapi jika bilik anda terdapat bau yang tidak menyenangkan seperti bau bangkai haiwan, pewangi bilik tidak mampu untuk menghilangkan bau tersebut sepenuhnya.

Untuk menghilangkan bau busuk tersebut, anda perlu cari puncanya dan buang bangkai itu  terlebih dahulu.

Bersihkan tempat yang kotor dan kemudian, barulah anda boleh gunakan pewangi bilik untuk mewangikan semula ruang bilik. 

Apa pun, jom kita lihat video ini untuk mengetahui cara hilangkan bau busuk dengan menggunakan cara DIY.


Cara Guna Pewangi Bilik

Pewangi bilik mempunyai pelbagai bentuk. Ada yang jenis spray, gel atau bentuk lilin. 

Cara menggunakan semua jenis pewangi ini sangat mudah.

Jika pewangi jenis spray, anda hanya perlu sembur pewangi itu ke ruang udara bilik tidur. 

Jika pewangi bilik jenis gel pula, anda perlu tarik penutup bekas pewangi tersebut hingga ke atas kemudian, bau wangi akan merebak ke ruang udara bilik. 

Manakala, untuk pewangi jenis lilin, hanya perlu nyalakannya seperti anda nyalakan lilin biasa. 

Cuma, pewangi bilik jenis ini lebih sesuai digunakan di ruangan yang ada aircond kerana baunya akan jadi lebih kuat. 


Adakah Pewangi Lilin Bersifat Toksik? 

Sebuah kajian telah dilakukan oleh European Candle Association pada 2007 di mana mereka memeriksa lilin untuk mengetahui adakah kandungan bahan kimia beracun di dalamnya. 

Pada akhir kajian, mereka mendapati lilin-lilin berkenaan melepaskan bahan kimia pada tahap yang selamat apabila dibakar. 

Cuma, selagi ia digunakan dalam kuantiti yang sederhana, lilin terbabit tidak akan membahayakan kesihatan kita. 

Namun, lebih baik kalau anda guna lilin yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti lilin soya, lilin kelapa, lilin lebah dan lilin kelapa sawit.

Ini kerana tidak melepaskan bahan kimia bahaya dalam jumlah yang banyak. 


Artikel Berkaitan

End of Article