Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kembalikan Keseimbangan Kulit Anda Dengan 8 Toner Untuk Kulit Kombinasi

Tidak perlu pening untuk memilih lagi

Kulit kombinasi ialah gabungan antara wajah yang berminyak di bahagian T-Zone dan kering di bahagian pipi. Ini kadang-kala dapat mengelirukan pengguna untuk memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit mereka yang bercampuran ini.

Teknik yang sempurna untuk rutin penjagaan wajah adalah dengan menggunakan toner selepas mencuci muka. Tetapi….

Adakah toner bagus buat kulit jenis kombinasi?

Kesemua jenis kulit memerlukan toner untuk melengkapi rutin penjagaan wajah masing-masing. Ini kerana tujuan utama toner ialah untuk menghilangkan kesan-kesan kotoran atau lebihan produk pencuci wajah yang tidak dibasuh dengan bersih.

Ia juga memaksimakan keberkesanan produk yang lainnya supaya produk yang dioles dapat meresap dengan baik, tiada masalah pengumpulan sebum dan minyak dan juga tiada masalah liang pori tersumbat.

Toner yang sesuai untuk kulit kombinasi adalah bertujuan untuk mengimbangi atau mengawal T-zon yang berminyak dan dalam masa yang sama melembap serta menghidrat kawasan kulit yang kering. Ayuh lihat senarai dibawah untuk info lanjut;

Toner untuk kulit kombinasi murah – memenuhi keperluan dan bajet
Semak SYAHIRAH Korean Secret Hydrasoft harga dibawah:

Penyegar wajah tanpa alkohol dengan bahan kandungan yang diimport khas daripada Korea ini bukan sahaja membantu memberi 3 kali ganda hidrasi pada wajah, malah ianya juga membantu mengecilkan liang pori supaya dapat mengawal pengeluaran sebum dan minyak. Kulit wajah juga anda berasa segar dan bermaya dengan memudahkan penyerapan produk selanjutnya. 

Siapa saja yang tidak suka dengan produk berkualiti setaraf produk Korea namun berharga rendah seperti ini!

Toner untuk kulit kombinasi remaja – mengawal jerawat dan minyak
Semak NUTEEN Anti-Acne & Shine Toner (100ml) harga dibawah:

Toner ini diperbuat daripada bahan herba semulajadi seperti minyak Tea Tree bagi membantu membaiki penampilan jerawat yang seringkali melanda kulit wajah remaja akibat ketidakseimbangan hormon. Diperkaya juga dengan khasiat Witch Hazel, ianya membantu menenangkan kulit dan mengawal minyak di wajah. Amat sesuai digunakan oleh para remaja kerana harganya juga murah dan senang didapati di drugstore yang berdekatan.

Toner terbaik untuk kulit kombinasi dari Watsons
Semak NARUKO NRK Rose Astrigent Lotion (250ml) harga dibawah:

Toner daripada Naruko ini bukan sahaja mudah didapati dengan harga yang berpatutan, malah ianya sesuai digunakan untuk pemilik berkulit jenis kombinasi kerana rumusannya menggunakan ekstrak air mawar, Witch Hazel dan juga Zinc PCA Oil Control Factor yang membantu mengimbangi kadar pengeluaran sebum dan minyak. 

Dalam masa yang sama, ianya diperkaya dengan kompaun minyak botanikal semulajadi dan ekstrak rumpai laut bagi membantu dari segi kelembapan dan kekal menghidrat.

Hydrating toner untuk kulit kombinasi dengan kawalan anti minyak
Hada Labo
Terbaik untuk kulit kombinasi
Semak Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion 170ml harga dibawah:
add_circle menghalang jerawat muncul
add_circle mengawal minyak
add_circle efek cooling
remove_circle tidak cukup untuk menghidrat kulit kering
remove_circle hadrasi tidak tahan lama

Hada Labo ialah jenama toner penghidrat nombor 1 di Jepun. Namun, pasti pengguna yang alami masalah kulit jenis berminyak atau kombinasi ragu-ragu dengan produk ini yang menjanjikan lembapan pada wajah. Kini, Hada Labo muncul dengan rangkaian kawalan minyak yang diformulasi dengan ekstrak bunga Hatomugi, membantu mengawal pengeluaran minyak dan sebum di T-Zon. 

Namun, dengan bahan utamanya iaitu asid Hyaluronik, kulit akan terasa terhidrat dan melembap. Kulit anda akan tampil gebu dan lembap tanpa menyebabkannya menjadi melekit serta berminyak.

Toner untuk kulit kombinasi yang berjerawat dengan kebaikan asid
Pixi
Semak Pixi Glow Tonic harga dibawah:

Jika anda mempunyai masalah jerawat dan kulit kombinasi, cubalah menggunakan toner yang mempunyai Alpha Hydroxy Acid dan Beta Hydroxy Acid yang akan membantu menghakis dan mengikis lapisan kulit yang bermasalah secara lembut. Glow Tonic daripada Pixi yang amat popular dikalangan pengguna barat ini menjanjikan penghapusan sel kulit mati untuk mendedahkan lapisan kulit yang bersinar, berseri dan lembut. 

Formulanya yang bersifat hypoallergenic diperbuat daripada ekstrak botanikal termasuk Ginseng dan Aloe Vera untuk menenagkan kulit sensitif. Jadi anda tidak perlu risau kerana toner ini tidak akan memedihkan wajah anda.

Toner untuk kulit kombinasi yang sensitif – bebas alkohol dan pewangi
Semak MARIO BADESCU Witch Hazel & Rose Water Toner (236ml) harga dibawah:

Khasiat air mawar dan Witch Hazel merupakan isi kandungan utama di dalam toner Mario Badescu yang digemari ramai ini. Sesuai untuk kesemua jenis kulit, air mawar dan Witch Hazel adalah bahan yang kaya dengan natural astrigen bagi memastikan kawasan kulit bebas kotoran dan tidak akan mengeringkan kulit. 

Ekstrak Aloe Vera pula membantu menambah penghidratan yang menenangkan pada kulit anda agar tidak merengsa atau iritasi sepanjang hari.

Toner untuk kulit kombinasi terbaik dari Korea dengan kebaikan teh hijau
Innisfree
Semak Innisfree Green Tea Balancing Skin EX (200ml) harga dibawah:

Bahan yang digunakan didalam toner ini amat sesuai untuk kulit kombinasi kerana gabungan teh hijau dan bahan pelembap akan menjanjikan kawalan minyak, mengawal keseimbangan dan lembapan dalam kulit, memperbaiki masalah lebihan minyak serta membaiki penghadang lembapan di kawasan kulit yang kering.

Diterbangkan khas daripada kepulauan Jeju, daun teh hijau yang digunakan, ditanam khas untuk bahan proses produk ini dengan tujuan bagi menghidrat dan melembap dengan baik.

Toner terbaik untuk kulit kombinasi dan berminyak – formula menyegar anti-minyak
Laneige
Semak Laneige Fresh Calming Balancing Toner (250ml) harga dibawah:

Jika anda mempunyai kulit kombinasi yang lebih kepada arah berminyak, toner berasaskan ekstrak laici ini amat sesuai untuk anda. Toner ini menggunakan kebaikan ekstrak buah-buahan yang dapat membantu mengawal kadar minyak dan lembapan di dalam wajah serta menjadikan kulit lebih segar, tenang dan terhidrat.

Diperbuat daripada air laut dalam yang memberi sifat rengsangan rendah dan akan membantu mengimbangi kadar lembapan supaya tidak terlebih berminyak dan melekit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article