Kecantikan

Kembalikan Keseimbangan Kulit Anda Dengan 8 Toner Untuk Kulit Kombinasi

Toner kulit kombinasi dapat mengimbangi T-zon berminyak & melembap kulit kering. Ini senarai jenama toner yang bagus untuk kulit kombinasi remaja & dewasa.


Editor · 26 Sep 2019, 7:20pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Kembalikan Keseimbangan Kulit Anda Dengan 8 Toner Untuk Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi ialah gabungan antara wajah yang berminyak di bahagian T-Zone dan kering di bahagian pipi. Ini kadang-kala dapat mengelirukan pengguna untuk memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit mereka yang bercampuran ini.

Teknik yang sempurna untuk rutin penjagaan wajah adalah dengan menggunakan toner selepas mencuci muka. Tetapi….

Kandungan

Adakah toner bagus buat kulit jenis kombinasi?

Kesemua jenis kulit memerlukan toner untuk melengkapi rutin penjagaan wajah masing-masing. Ini kerana tujuan utama toner ialah untuk menghilangkan kesan-kesan kotoran atau lebihan produk pencuci wajah yang tidak dibasuh dengan bersih.

Ia juga memaksimakan keberkesanan produk yang lainnya supaya produk yang dioles dapat meresap dengan baik, tiada masalah pengumpulan sebum dan minyak dan juga tiada masalah liang pori tersumbat.

Toner yang sesuai untuk kulit kombinasi adalah bertujuan untuk mengimbangi atau mengawal T-zon yang berminyak dan dalam masa yang sama melembap serta menghidrat kawasan kulit yang kering. Ayuh lihat senarai dibawah untuk info lanjut;

Toner untuk kulit kombinasi murah – memenuhi keperluan dan bajet 1 daripada 8
SYAHIRAH Korean Secret Hydrasoft
Partnership with
Dari RM10.54

Penyegar wajah tanpa alkohol dengan bahan kandungan yang diimport khas daripada Korea ini bukan sahaja membantu memberi 3 kali ganda hidrasi pada wajah, malah ianya juga membantu mengecilkan liang pori supaya dapat mengawal pengeluaran sebum dan minyak. Kulit wajah juga anda berasa segar dan bermaya dengan memudahkan penyerapan produk selanjutnya. 

Siapa saja yang tidak suka dengan produk berkualiti setaraf produk Korea namun berharga rendah seperti ini!

Toner untuk kulit kombinasi remaja – mengawal jerawat dan minyak 2 daripada 8
NUTEEN Anti-Acne & Shine Toner (100ml)
Partnership with
Dari RM10.20

Toner ini diperbuat daripada bahan herba semulajadi seperti minyak Tea Tree bagi membantu membaiki penampilan jerawat yang seringkali melanda kulit wajah remaja akibat ketidakseimbangan hormon. Diperkaya juga dengan khasiat Witch Hazel, ianya membantu menenangkan kulit dan mengawal minyak di wajah. Amat sesuai digunakan oleh para remaja kerana harganya juga murah dan senang didapati di drugstore yang berdekatan.

Toner terbaik untuk kulit kombinasi dari Watsons 3 daripada 8
NARUKO NRK Rose Astrigent Lotion (250ml)
Partnership with
Dari RM28.71

Toner daripada Naruko ini bukan sahaja mudah didapati dengan harga yang berpatutan, malah ianya sesuai digunakan untuk pemilik berkulit jenis kombinasi kerana rumusannya menggunakan ekstrak air mawar, Witch Hazel dan juga Zinc PCA Oil Control Factor yang membantu mengimbangi kadar pengeluaran sebum dan minyak. 

Dalam masa yang sama, ianya diperkaya dengan kompaun minyak botanikal semulajadi dan ekstrak rumpai laut bagi membantu dari segi kelembapan dan kekal menghidrat.

Terbaik untuk kulit kombinasi
Hydrating toner untuk kulit kombinasi dengan kawalan anti minyak 4 daripada 8
Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion 170ml
Partnership with Hada Labo
Dari RM52.05
menghalang jerawat muncul
mengawal minyak
tidak cukup untuk menghidrat kulit kering
2 lagi
efek cooling
hadrasi tidak tahan lama

Hada Labo ialah jenama toner penghidrat nombor 1 di Jepun. Namun, pasti pengguna yang alami masalah kulit jenis berminyak atau kombinasi ragu-ragu dengan produk ini yang menjanjikan lembapan pada wajah. Kini, Hada Labo muncul dengan rangkaian kawalan minyak yang diformulasi dengan ekstrak bunga Hatomugi, membantu mengawal pengeluaran minyak dan sebum di T-Zon. 

Namun, dengan bahan utamanya iaitu asid Hyaluronik, kulit akan terasa terhidrat dan melembap. Kulit anda akan tampil gebu dan lembap tanpa menyebabkannya menjadi melekit serta berminyak.

Toner untuk kulit kombinasi yang berjerawat dengan kebaikan asid 5 daripada 8
Pixi Glow Tonic
Partnership with Pixi
Dari RM65

Jika anda mempunyai masalah jerawat dan kulit kombinasi, cubalah menggunakan toner yang mempunyai Alpha Hydroxy Acid dan Beta Hydroxy Acid yang akan membantu menghakis dan mengikis lapisan kulit yang bermasalah secara lembut. Glow Tonic daripada Pixi yang amat popular dikalangan pengguna barat ini menjanjikan penghapusan sel kulit mati untuk mendedahkan lapisan kulit yang bersinar, berseri dan lembut. 

Formulanya yang bersifat hypoallergenic diperbuat daripada ekstrak botanikal termasuk Ginseng dan Aloe Vera untuk menenagkan kulit sensitif. Jadi anda tidak perlu risau kerana toner ini tidak akan memedihkan wajah anda.

Toner untuk kulit kombinasi yang sensitif – bebas alkohol dan pewangi 6 daripada 8
MARIO BADESCU Witch Hazel & Rose Water Toner (236ml)
Partnership with
Dari RM90

Khasiat air mawar dan Witch Hazel merupakan isi kandungan utama di dalam toner Mario Badescu yang digemari ramai ini. Sesuai untuk kesemua jenis kulit, air mawar dan Witch Hazel adalah bahan yang kaya dengan natural astrigen bagi memastikan kawasan kulit bebas kotoran dan tidak akan mengeringkan kulit. 

Ekstrak Aloe Vera pula membantu menambah penghidratan yang menenangkan pada kulit anda agar tidak merengsa atau iritasi sepanjang hari.

Toner untuk kulit kombinasi terbaik dari Korea dengan kebaikan teh hijau 7 daripada 8
Innisfree Green Tea Balancing Skin EX (200ml)
Partnership with Innisfree
Dari RM68

Bahan yang digunakan didalam toner ini amat sesuai untuk kulit kombinasi kerana gabungan teh hijau dan bahan pelembap akan menjanjikan kawalan minyak, mengawal keseimbangan dan lembapan dalam kulit, memperbaiki masalah lebihan minyak serta membaiki penghadang lembapan di kawasan kulit yang kering.

Diterbangkan khas daripada kepulauan Jeju, daun teh hijau yang digunakan, ditanam khas untuk bahan proses produk ini dengan tujuan bagi menghidrat dan melembap dengan baik.

Toner terbaik untuk kulit kombinasi dan berminyak – formula menyegar anti-minyak 8 daripada 8
Laneige Fresh Calming Balancing Toner (250ml)
Partnership with Laneige
Dari RM108

Jika anda mempunyai kulit kombinasi yang lebih kepada arah berminyak, toner berasaskan ekstrak laici ini amat sesuai untuk anda. Toner ini menggunakan kebaikan ekstrak buah-buahan yang dapat membantu mengawal kadar minyak dan lembapan di dalam wajah serta menjadikan kulit lebih segar, tenang dan terhidrat.

Diperbuat daripada air laut dalam yang memberi sifat rengsangan rendah dan akan membantu mengimbangi kadar lembapan supaya tidak terlebih berminyak dan melekit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation