Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Buatkan "Minced Meat" Secara Homemade Dengan 7 Pengisar Daging Ini

Alatan yang membuatkan masakan anda setaraf chef profesional

Kebanyakan kita berasakan mengisar daging adalah sesuatu yang remeh dan ada ketikanya menyusahkan. Ramai yang lebih gemar membeli sahaja daging yang telah dikisar walaupun harganya agak mahal berbanding harga daging biasa. Namun begitu, tahukah anda jika anda memiliki pengisar daging pastinya memudahkan lagi kerja, menjimatkan wang dan semestinya menjamin kualiti serta mutu masakan anda kerana mampu menyediakan daging kisar yang anda yakin betul-betul segar.

Apa kata miliki pengisar daging anda sendiri untuk kegunaan di rumah mahupun untuk  perniagaan anda. Berikut kami senaraikan pengisar daging yang terbaik yang ada di pasaran Malaysia.

Pengisar daging bersaiz mini – murah dan jimat ruang penyimpanan
Semak KENWOOD Food Mincer harga dibawah:

Pengisar daging Kenwood ini adalah pengisar daging mini yang terbaik untuk kegunaan anda. Hanya mempunyai 2 kawalan kelajuan, mata kisar keluli yang tajam serta mempunyai sistem yang menghalang aktiviti lain semasa mesin sedang mengisar daging. Pengisar daging ini ternyata memberi kepuasan kepada penggunanya serta selamat digunakan.

Pengisar daging terbaik di pasaran – berkualiti tinggi dan digemari ramai
Semak KHIND FPC500 Food Processor harga dibawah:

Pengisar daging Khind ini ternyata kualitinya adalah terbaik untuk anda miliki dan antara jenama yang sering menjadi pilihan pengguna. Pengisar daging ini dilengkapi dengan 4 bilah pisau pengisar dan mempunyai 2 jenis kelajuan yang boleh dikawal kehalusan kisarannya. Bilah pisau pengisar diperbuat daripada keluli tahan karat ini sangat tajam dan dapat memberi hasil kisaran yang memuaskan.

Pengisar daging yang lebih sesuai untuk mengisar daging ayam
Semak TEFAL Chopper TEF-DPA171 harga dibawah:

Pengisar Tefal La Moulinette Chopper DPA171 ini adalah apa yang anda perlukan untuk memasak. Ia didatangi dengan mata pisau keluli tajam dan sesuai digunakan untuk mengisar daging ayam. Kelajuannya yang efisien dan mudah untuk dicuci, ia memudahkan kerja-kerja memotong dan mengisar seperti bawang dan sayur-sayuran. 

Mangkuk pengisarnya yang kecil membolehkan ia digunakan untuk mengisar bahan untuk dijadikan sebagai cecair.

Pengisar daging yang kuat dan tahan lasak – untuk kegunaan lebih lama
Semak PHILIPS HR2710 Meat Grinder harga dibawah:

Pengisar daging Philips ini mempunyai rekabentuk kompak dan berkuasa tinggi. Ia mempunyai motor yang berkuasa untuk mengisar daging sehingga berat 1.7kg/min. Reka bentuk mesin ini jenis kompak membantu anda menjimatkan ruang terhad serta motornya berkualiti tinggi membolehkan daging dikisar dengan kuantiti yang banyak.  Ianya juga mudah untuk dicuci dan dibawa kemana sahaja.

Pengisar daging jenis manual – sediakan makanan dengan lebih mudah
Semak TUPPERWARE Fusion Master Meat Grinder harga dibawah:

Pengisar daging jenama Tupperware ini adalah pengisar manual yang tidak menggunakan tenaga elektrik untuk mengisar. Mata kisarnya yang diperbuat daripada keluli tahan karat ternyata mampu menghasilkan kualiti kisaran yang memuaskan. 

Untuk ibu ayah yang mempunyai anak-anak yang gemar memakan nugget, burger, spaghetti bolognaise dan sausage, pengisar ini sangat berguna untuk penyediaan makanan kegemaran anak-anak.

Pengisar daging elektrik – sangat efisien dan kisarannya lebih halus
Semak PANASONIC MK-MG1500 Meat Grinder harga dibawah:

Pengisar daging Panasonic ini adalah di antara pengisar daging elektrik yang terbaik yang berada di pasaran. Anggaran berat dalam 3.7kg, pengisar daging ini mampu mengisar daging sebanyak 90kg dalam masa sejam dengan efisyen. Pengisar daging Panasonic ini didatangi dengan 3 jenis pisau pengisar untuk kisaran halus, sederhana dan kasar. 

Pengisar daging terbaik untuk kegunaan pada industri makanan
Semak POWERLINE Meat Grinder Mincer harga dibawah:

Bagi anda yang mahu memulakan perniagaan melibatkan penggunaan daging kisar seperti pembuatan burger atau nugget, pengisar daging Powerline ini boleh menjadi satu pelaburan yang menguntungkan untuk jangkamasa panjang. Mampu mengisar sebanyak 13kg daging dalam masa seminit, pengisar daging ini diperbuat dari besi keluli berkualiti tinggi melalui proses kawalan haba yang tepat. Ini membuatkan pengisar daging ini tahan lasak dan tahan lama. 

Pisau pengisarnya yang diperbuat daripada keluli tahan karat juga tahan lama dan lasak serta mampu menghasilkan mutu kisaran yang berkualiti.


Artikel Berkaitan

End of Article