Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
blender portable

14 Portable Blender Terbaik 2024 (Untuk Smoothie, Daging dll.)

Kisar makanan dan minuman anda dengan lebih mudah dan pantas.

Kami faham, disebabkan kekangan masa ramai di antara anda mencari barangan yang mudah dikendalikan supaya dapat menjimatkan masa.

Lebih-lebih lagi berkaitan dengan perkakas dapur atau barangan untuk kegunaan harian.

Salah satunya adalah blender portable yang digunakan untuk mengisar buah, bahan masakan atau apa saja kegunaan mengikut kesesuaian.


Senarai 14 Blender Portable Terbaik

Blender terbaik secara keseluruhan
HiBlendr™ Portable Blender
Semak HiBlendr™ Portable Blender harga dibawah:
add_circle Mudah dicuci
add_circle Botol bebas BPA
add_circle Boleh kisar buah beku & makanan bayi
add_circle Ada sistem keselamatan
remove_circle Harga terlalu mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Blender portable dan ringan HiBlendr sangat terbaik untuk buat minuman sejuk seperti jus, susu kocak, smoothies atau coconut shake dalam masa 40 saat.

Ciri-ciri;

Rekaannya yang seperti botol minuman sangat cantik serta moden dan paling best.

Terdapat 3 pilihan warna botol blender menarik untuk semua iaitu biru, putih dan merah jambu. 

Bilahnya yang diperbuat dari stainless steel yang tidak mudah berkarat dan mampu menghancurkan ais. 

Memandangkan boleh digunakan hingga 12 atau 15 kali untuk kisar makanan setiap kali selepas dicas penuh dengan kabel USB, jadi boleh jimat elektrik juga. 

Review;

Cawan blender jenis plastik tebal, tapi masih ringan untuk dibawa ke mana-mana. Berfungsi dengan baik untuk buat smoothie dengan buah pisang, kurma, oats dan susu almond. Bahan-bahan semua tercampur dengan baik,’

Portable Blender Baby Food Processor
Semak Portable Blender Baby Food Processor harga dibawah:
add_circle Boleh bawa kemana saja
add_circle Bilah pengisar tahan karat
add_circle Mudah dikendalikan
remove_circle Perlu dicaj
remove_circle Tidak mempunyai steamer

Walaupun perlu dicaj selama 2 jam tapi bateri dapat bertahan selama 30 hari, itu sudah cukup untuk anda mengisar makanan bayi anda.

Saiz bekas isipadu 350ml menjadikan pengisar makanan bayi ini mudah di bawa ke mana saja.

Ciri lain lagi, bahagian bilah pengisar jenis tahan karat jadi kualiti makanan bayi anda terjaga.

Malah, bukan saja boleh mengisar selain daripada makanan bayi seperti cili, bawang, halia, buah dan lain-lain lagi.

Cara pengendalian juga mudah, hanya tekan satu butang untuk mengisar makanan dan bekas mudah di cuci. 

MMX Kelen Munoz Personal Portable Blender (600ml)
Semak MMX Kelen Munoz Personal Portable Blender (600ml) harga dibawah:
add_circle Bebas BPA
add_circle Kapasiti 600ml
add_circle Ada pengesahan SIRIM
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Waranti hanya 1 tahun

Gemar buat sendiri protein shake atau jus buah segar untuk sarapan setiap hari? Blender portable Kelen Munoz ini memang untuk anda. 

Saiz blender ini kompak menjadikan anda mudah bawa ke mana saja termasuk ke pejabat atau melancong. 

Paling bagus, mampu kisar ais dan buah-buahan yang dibekukan menjadi smoothies kerana bilahnya jenis stainless steel tajam. 

Sesuai juga digunakan untuk buat sos salad atau kisar makanan bayi. Kalau anda kreatif dalam mencipta resepi, mungkin boleh cuba guna alat ini untuk buat aiskrim juga.

Powerful Portable Blender Juicer
Semak Powerful Portable Blender Juicer harga dibawah:
add_circle Mudah dicuci
add_circle Boleh hancurkan ais
add_circle Bilah stainless steel
remove_circle Tempoh jaminan hanya 1 bulan
remove_circle Kapasiti hanya 350ml

Blender portable ini boleh dicas menggunakan USB, jadi memang terbaik untuk anda yang terlalu sibuk untuk bersarapan setiap pagi. 

Lagipun selepas dicas penuh, blender ini mampu mengisar hingga 12 cawan jus atau smoothies. 

Bolehlah anda buat milk shakes atau minuman diet walaupun ketika dalam perjalanan untuk ke pejabat. 

Saiznya yang kecil seperti botol minuman juga memudahkan pemiliknya untuk simpan blender ini dalam beg gim atau cup holder dalam kereta. 

Boleh juga digunakan untuk kisar buah-buahan beku, sayur atau makanan bayi sepantas 40 saat.

Samu Giken Portable USB Electric Fruit Juicer (SG-PB130)
Semak Samu Giken Portable USB Electric Fruit Juicer (SG-PB130) harga dibawah:
add_circle Saiz kecil & portable
add_circle Boleh kisar sayur & buah
add_circle Boleh dibersihkan secara automatik
add_circle 3 pilihan warna, merah jambu, hijau & biru
remove_circle Perlu dicas dengan USB selama 2-4jam

Blender portable Samu Giken sesuai dimiliki oleh anda yang mahu mulakan gaya hidup sihat. 

Ini kerana dengan kapasiti blender 300ml, ia boleh kisar buah, sayur dan ais menjadi smoothies. 

Selepas dicas penuh, blender ini mampu mengisar hingga 15 cawan jus buah cuma digalakkan untuk potong buah atau sayur kecil-kecil agar lebih mudah dikisar. 

Selamat digunakan oleh seisi keluarga kerana cawan blender diperbuat daripada bahan yang sama yang digunakan untuk hasilkan botol susu bayi.

Deroma KingKay Rechargeable Juice Cup Blender KB50
Semak Deroma KingKay Rechargeable Juice Cup Blender KB50 harga dibawah:
add_circle Bilah pengisar tajam (stainless steel)
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Boleh kisar ais
add_circle Saiz portable
remove_circle Kapasiti hanya 300ml

Blender portable Deroma ini boleh kisar hingga 8 cawan jus selepas dicas penuh. 

Anda boleh buat smoothies, jus buah segar, susu kocak dan ice blended dengan blender ini. 

Cuma memerlukan masa selama 3 jam untuk dicas hingga penuh kerana blender ini menyokong ciri fast charging

Manakala hanya 45 saat diperlukan untuk buah-buahan siap dikisar. Cepat kan? 

Tapak blender ini direka agar tidak mudah tergelincir ketika diletakkan di atas permukaan seperti meja atau kabinet. 

Mudah disimpan dalam beg tangan kerana saiznya slim dan ringan.

Blender penjimatan elektrik
MBH VITABLEND Portable Blender Juice
Semak MBH VITABLEND Portable Blender Juice harga dibawah:
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Ringan (hanya 450g)
add_circle Kapasiti isipadu 300ml
add_circle Muat dalam cup holder kereta
remove_circle Perlu potong buah kecil-kecil sebelum kisar

Kisar buah atau sayuran dengan mudah menggunakan portable blender MBH ini. 

Ciri blender ini adalah bilahnya diperbuat dari stainless steel dan mampu mengisar ais. Jadi, boleh buat ice blended sendiri. 

Anda boleh jimat elektrik kerana boleh digunakan hingga 10 kali untuk kisar makanan setiap kali selepas dicas penuh dengan kabel USB. 

Erti kata lain, tak perlu cas portable blender dengan kerap. 

Selamat digunakan untuk semua kerana cawan blender diperbuat daripada plastik bergred makanan dan bebas BPA.

Xiaomi Portable Fruit Juice Blender MJZZB01PL
Semak Xiaomi Portable Fruit Juice Blender MJZZB01PL harga dibawah:
add_circle Bilah stainless steel
add_circle Muat dalam beg tangan
add_circle Mudah dibawa ke mana-mana
add_circle Boleh buat jus & susu kocak
remove_circle Harga mahal

Anda boleh buat smoothies atau protein shakes tak kira di mana anda berada sama ada di gym atau pejabat dengan menggunakan blender buah Xiaomi jenis portable ini. 

Blender ini berkapasiti 300ml dan ringan, hanya 548 gram. Walaupun ringan tapi minuman diet anda boleh disiapkan dalam masa 40 saat sahaja. 

Sangat mudah juga untuk dibersihkan, hanya perlu tambah air bersih dan tekan butang kuasa 2 kali untuk memulakan mod self-cleaning

Boleh cas dengan kabel USB menggunakan mana-mana peranti yang menyokong USB seperti power bank, komputer atau pengecas telefon.

Delfino Baby Barista Mini Blender USB Rechargeable
Semak Delfino Baby Barista Mini Blender USB Rechargeable harga dibawah:
add_circle Boleh kisar bijirin beras
add_circle Dicas guna kabel USB
add_circle Cawan bebas BPA
add_circle Kapasiti 550ml
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tak sesuai untuk kisar buah bertekstur keras
remove_circle Ambil masa 8 jam untuk bateri penuh

Menyediakan makanan sihat bakal jadi lebih mudah dengan blender mini Baby Barista ini.

Bukan sahaja mampu mengisar sayur, malah boleh juga kisar buah-buahan yang dibekukan.

Antara makanan yang boleh dikisar dengan blender mini ini ialah oats, pisang, buah naga, kiwi dan mangga yang dipotong kecil. 

Minuman kegemaran anda seperti susu kocak dan smoothies kini boleh disediakan dengan pantas dan boleh diminum ‘on the go’. 

Untuk pengetahuan, selepas dicas penuh, portable blender ini boleh mengisar makanan hingga 10 kali.

Paling best, nak buat sos salad, protein shake, jus segar, puri buah atau makanan bayi dengan blender ini juga tiada masalah.

Aicook x Maidronic 450ml Portable Blender
Semak Aicook x Maidronic 450ml Portable Blender harga dibawah:
add_circle Ada 6 bilah stainless steel
add_circle Pelbagai pilihan warna
add_circle Kapasiti 450ml
add_circle Cas guna USB
remove_circle Buah perlu dipotong kecil-kecil sebelum dikisar

Blender ini perlu dicas selama 3-5 jam sebelum boleh digunakan dan mampu kisar buah dan sayur hingga lumat dan semestinya boleh menyediakan jus buah dan smoothies.

Sangat mudah digunakan untuk buat minuman sihat. Caranya;

  1. Masukkan buah atau sayur dalam botol blender
  2. Tambahkan ais atau susu hingga penuh 80% kapasiti blender. 
  3. Kemudian, tekan butang kuasa blender sebanyak 2 kali.

Nak bersihkannya juga senang kerana ia boleh dicuci secara automatik.

Qbrand Mini Blender With 3 Blades Wireless
Semak Qbrand Mini Blender With 3 Blades Wireless harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Boleh kisar makanan bayi
add_circle Tidak menggunakan wayar
add_circle Motor berkuasa tinggi (28000 RPM)
remove_circle Tak boleh kisar biji kopi & kacang soya
remove_circle Tak boleh guna untuk buat jus

Kami sarankan anda yang bujang atau gemar berkhemah untuk dapatkan blender mini Qbrand ini. 

Ini kerana memiliki saiz yang kecil dan ringan memudahkan anda untuk bawanya ke mana-mana. 

Sebelum digunakan, perlu dicas selama 2 jam dan selepas bateri penuh, anda boleh kisar makanan hingga 30 kali. 

Bilahnya yang tajam dan tak mudah karat juga mampu mengisar daging, cili dan bawang putih hingga lumat. 

Namun ingat, tak sesuai untuk kisar makanan keras seperti ais dan makanan beku.

Deerma NU06 Mini Portable Electric Juicer
Semak Deerma NU06 Mini Portable Electric Juicer harga dibawah:
add_circle Mudah dicuci
add_circle Botol bebas BPA
add_circle Boleh cas dalam kereta
add_circle Tidak menggunakan wayar
add_circle Terdapat butang keselamatan
remove_circle Buah perlu dipotong sebelum kisar
remove_circle Tidak boleh kisar daging & kacang

Dengan blender portable Deerma, abda tak perlu lagi habiskan duit untuk beli jus mangga segar di kedai sebab anda boleh buat sendiri dengan mudah tak kira dimana saja. 

Selain boleh kisar buah dan sayur, portable blender terbaik ini juga mampu menghancurkan ais untuk buat ice blended atau coconut shake

Mudah dibawa ke mana-mana kerana kecil dan ringan, jadi sesuai dimiliki oleh golongan sibuk atau yang sering bercuti atau ke gym untuk buat protein shake sendiri. 

Jangan lupa untuk cas alat blender ini selama 3 jam dengan USB supaya mesin berfungsi dengan baik. 

Turut mempunyai tapak yang tak mudah menggelongsor.

Gaabor 300ml Juicer Cordless Juice N Go GF-M40A
Semak Gaabor 300ml Juicer Cordless Juice N Go GF-M40A harga dibawah:
add_circle Kuasa 40W
add_circle Kapasiti 300ml
add_circle Ada ciri Self Clean
add_circle Boleh kisar buah dalam 35 saat
remove_circle Harga sedikit mahal

Rekaan blender portable terbaik jenama Gaabor ini sangat moden dan estetik kerana berwarna putih seperti botol tumbler. 

Jadi, tiada masalah jika anda nak minum secara terus dari botol blender selepas siap buat jus buah segar. 

Perlu dicas menggunakan kabel USB Type-C, jadi lepas dicas penuh, anda boleh guna tanpa wayar dan mampu buat hingga 10 cawan jus. 

Turut dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti anti gelincir dan cekap pegangan. Hanya perlu tekan butang sebanyak 2 kali untuk mula guna alat ini. 

Mata pisaunya pula tahan karat dan sangat tajam untuk kisar buah dan oat jadi smoothies.

SwissThomas Portable Juicer Blender Ice (500ml)
Semak SwissThomas Portable Juicer Blender Ice (500ml) harga dibawah:
add_circle Boleh kisar ais
add_circle 2 tahun waranti
add_circle Kapasiti 510ml
add_circle Plastik bebas BPA
add_circle Ringan, hanya 0.5kg
remove_circle Harga agak mahal

Alat pengisar buah portable ini dilengkapi dengan pemegang dan tapak anti gelincir, jadi mudah dibawa ke mana-mana terutamanya oleh anda yang sentiasa sibuk. 

Direka dengan 6 bilah pengisar stainless steel yang cukup tajam untuk kisar buah, sayur, susu dan air hingga lumat menjadi smoothies atau jus buah. 

Turut mempunyai ciri keselamatan seperti sensor sentuhan dan suis kuasa yang perlu ditekan 2 kali sebelum ia mula berfungsi. 

Blender SwissThomas ini juga ada lampu indikator yang akan bertukar warna merah ketika dicas atau jika makanan diisi terlalu banyak. 

Manakala lampu biru pula menandakan sudah dicas penuh dan paling penting tidak berbunyi bising ketika mengisar makanan.


Bagaimana Cara Pilih Portable Blender Terbaik?

Dengan pelbagai jenis dan jenama portable blender yang ditawarkan di pasaran, sudah semestinya membuatkan anda keliru dengan pengisar portable mana yang patut dibeli. 

Jangan pening kepala lagi, ikuti saja tips yang kami kongsikan ini. 

  • Jangka tahan bateri 

Kebanyakan blender portable perlu dicas menggunakan kabel USB. 

Jadi, ketahui berapa lama blender tersebut boleh digunakan setiap kali selepas dicas penuh. 

  • Kuasa blender 

Ketahui juga berapa kuasa atau Revolutions Per Minute (RPMs) yang dimiliki oleh blender. 

Ini kerana jika anda suka buat ice blended, anda sudah semestinya memerlukan portable blender yang mampu menghancurkan ais yang keras. 

  • Saiz 

Saiz blender jenis portable adalah jauh lebih kecil daripada blender biasa. J

adi, lihat berapa kapasiti liter yang mampu ditampung oleh portable blender agar boleh isi isipadu smoothies anda. 

Pastikan memiliki ciri ringan dan saiz yang memudahkan anda untuk menyimpan di dalam beg. Barulah boleh buat jus buah walaupun ketika berkhemah dalam hutan kan. 

  • Bunyi bising atau tidak 

Jangan lupa untuk ketahui juga sama ada blender portable pilihan anda mengeluarkan bunyi terlalu bising atauk tidak ketika sedang mengisar. 

Ini kerana dikhuatiri bunyinya boleh mengganggu orang di sekeliling.

  • Mudah dibersihkan 

Jika anda gemar membuat smoothies atau protein shake sendiri untuk diminum ketika waktu rehat bekerja amatlah penting untuk anda miliki portable blender yang mudah dicuci di pantri pejabat. 


Artikel Berkaitan

End of Article