Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Pedih Kerana Jerebu? 10 Produk Untuk Mengurangkan Seksaan Dari Cuaca Teruk

Sesaknya nafas dengan jerebu ini!

Seperti yang kita dapat lihat kebelakangan ini, beberapa buah negeri di Malaysia sudah diselimuti jerebu tebal. Seperti sudah menjadi satu musim yang wajib setiap tahun pasti Malaysia juga akan turut terkena tempiasnya. Jerebu secara amnya merupakan fenomena atmosfera dimana habuk, asap dan partikel kering terapung di udara sehingga menjejaskan kejelasan langit serta tahap kebersihan udara.

Apa sebenarnya punca jerebu di Malaysia?

Penyebab utama jerebu di Malaysia hari ini adalah sikap ketidakprihatinan negara jiran yang melakukan pemotongan dan pembakaran tanah gambut sehingga habuknya ditiup angin, lalu memasuki ruangan udara kita. Hal ini membuatkan kebanyakan negeri di Malaysia memperolehi indeks pencemaran udara yang tidak sihat. Justeru, untuk memastikan agar kesihatan kita sentiasa berada di tahap optimum pada musim jerebu ini, kami bawakan beberapa ‘must-have item’ untuk anda;

Face mask untuk menghalang daripada menghirup udara kotor
Semak 3 Layers Anti-Haze Face Mask harga dibawah:

Pastikan anda keluar rumah dengan mengenakan face mask ini terlebih dahulu. Diperbuat daripada kapas yang berkualiti tinggi serta sesuai untuk ke semua jenis kulit, mask muka ini boleh menghalang dari debu dan partikel kotor memasuki sistem respiratori. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur juga!

Wet wipes pilihan ramai dengan agen anti-bakteria
Dettol
Semak Dettol Anti-Bacterial Wet Wipes harga dibawah:

Lap tangan, muka malahan sekitar kawasan wajah anda bagi memastikan tiada debu dan bakteria yang melekat. Tidak kiralah di pejabat, kedai makan, tandas mahupun di rumah, anda harus mengelapnya untuk elakkan daripada terkena jangkitan virus. Jenama Dettol ini sudah terkenal dengan bahan anti-bakterianya.

Tisu ini lembut dan dibasahkan dengan air tapisan bersih agar tidak merengsa kulit. Ianya juga bebas alkohol serta mempunyai wangian lembut sesuai untuk seisi keluarga.

Kelembapan kulit terjamin – tiada lagi masalah kulit semasa jerebu!
Semak VASELINE Healthy White Lotion Aloe Soothe (400ml) harga dibawah:

Salah satu item penting juga adalah losyen badan. Ianya mengandungi ekstrak Aloe Vera yang akan memberi lembapan pada kulit sehingga ke dasar. Disamping itu, Vaseline bertekstur jelly ini akan membantu memulih kulit kering dari dalam sekaligus memberi lapisan pelindungan.

Losyen yang tidak berminyak ini adalah antara pilihan dan barangan wajib yang harus anda miliki untuk hadapi musim jerebu.

Elakkan masalah mata kering semasa musim jerebu ini
Semak ROHTO Dry Aid Eye Drops (13ml) harga dibawah:

Menghadapi masalah mata kering bukanlah perkara yang menyenangkan. Mata akan merasa kasar dan kelihatan kemerahan. Ubat titik mata atau eye drops ini mempunyai lapisan minyak untuk mengelakkan penyejatan berlaku pada air mata. Ianya juga mempunyai lapisan mucin bagi memastikan air mata sentiasa berada di lapisan atas, sekaligus memberi keselesaan yang berpanjangan.

Bawa kemana sahaja agar kekal hidrat sepanjang hari!
Semak TUPPERWARE Water Tumbler (1.5L) harga dibawah:

Tumbler Tupperware ini mudah untuk dimana-mana kerana ianya mempunyai pouch bertali yang mudah digalas. Kini, anda tidak punya alasan lagi untuk tidak meminum air setiap masa. Udara dan cuaca yang kering sebegini memerlukan kita untuk sentiasa kekal hidrat.

Pastikan anda meminum air mengikut sukatan yang digalakkan untuk mengelak dari masalah bibir kering atau kurang air dalam badan.

Untuk pengaliran udara yang lebih optimum
Semak KHIND 10” Exhaust Fan harga dibawah:

Exhaust fan selalunya dipasang di dapur rumah. Ianya membantu mengeluarkan udara panas dari dalam agar udara di dalam rumah kekal nyaman. Exhaust fan Khind ini dilengkapi casing PP anti-debu, menghalang debu dari luar tidak mengalir masuk ke dalam rumah. Ianya juga menggunakan motor berkuasa tinggi untuk memberi prestasi yang lebih baik.

Membantu melembapkan udara sekeliling supaya anda kekal segar
Semak DEERMA Air Humidifier F600 (5L) harga dibawah:

Pada musim jerebu, udara sekeliling akan menjadi lebih kering dan pedih pada kulit. Justeru, anda harus memiliki sebuah air humidifier untuk memberi lembapan pada udara di rumah. Air humidifier ini dicipta untuk bebas dari radiasi membuatkan ianya selamat digunakan sekiranya ada ibu mengandung serta bayi di dalam rumah anda.

Air humidifier ini dapat membantu mengurangkan kondisi kulit kering, selesema dan batuk akibat jerebu.

Air purifier dengan mode bebas jerebu
Semak SHARP Japan Plasmacluster Air Purifier FPF40LW (30m²) harga dibawah:

Air purifier Sharp ini menggunakan teknologi plasmacluster berkuasa tinggi untuk menapis partikel kotor dalam udara. Ianya mempunyai reka bentuk yang simple dan kompak sesuai untuk digunakan di rumah. Air purifier ini jimat tenaga dan beroperasi dengan senyap. Mempunyai mod jerebu, air purifier ini memberi indikasi tentang tahap kebersihan udara di sekeliling kita.

Aircond mudah alih sesuai untuk ruang peribadi kegemaran anda
Semak MIDEA 1.0HP Portable Aircond harga dibawah:

Dilengkapi dengan VC Filter untuk menapis udara serta sistem self evaporation, aircond portable ini adalah ‘must-have item’ untuk setiap rumah. Ianya mudah untuk dikendali serta reka bentuknya standard memudahkan ianya dipindahkan dari satu bilik ke bilik yang lain. Juga lengkap dengan sleep mode, tidur anda pasti lebih selesa.

Aircond pilihan terbaik
ELECTROLUX
Semak ELECTROLUX Air Conditioner harga dibawah:

Aircond Electrolux ini dilengkapi penapis Bio HEPA, HD serta Vitamin C untuk membasmi bakteria dan virus merbahaya agar udara yang anda hirup lebih segar dan bersih. Ciri ini amat penting bagi mengelakkan anda daripada terkena masalah kesihatan ekoran jerebu. Aircond ini juga didatangi I Feel Technology dan ECO Sleep Mode untuk suasana yang lebih selesa.

Penghawa dingin ini amat berbaloi untuk dimiliki kerana ianya menjimatkan penggunaan tenaga.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih! 

End of Article