Teknologi

10 Kamera DSLR Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)

Kamera DSLR terbaik kami: Canon EOS R6 Mark II pada RM7,769.70, atau pilihan bajet Canon EOS 1300D dari RM1,498.90. Disemak 17 Sep 2026 di Shopee & Lazada.


Editor · Updated 17 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Kamera DSLR Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)

DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex dan selalunya kamera untuk fotografi dan videografi yang digunakan oleh mereka yang profesional dan juga beginner.

Bagaimanapun untuk memilih jenis kamera DSLR terbaik atau kamera paling bagus dan sesuai bukanlah satu perkara yang mudah.

Kandungan

Ini kerana, anda memerlukan pengetahuan tentang spesifikasi setiap jenama kamera dan jenis kamera DSLR yang sesuai dengan penggunaan serta level anda.

Tapi, jika anda seorang yang mahir dan profesional, sebaiknya gunakan kamera yang bagus untuk foto yang boleh merakam gambar dengan sempurna atau boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

Jadi untuk memudahkan anda, kami menyenaraikan harga kamera DSLR dan juga kamera DSLR profesional terbaik.

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan kami ialah Canon EOS R6 Mark II, RM7,769.70 di Shopee Malaysia (harga disemak 17 September 2026), sesuai untuk fotografer dan videografer yang mahu prestasi profesional penuh, bukan untuk pengguna santai kerana harganya tinggi. Jika bajet lebih terhad, Canon EOS 1300D (bundle baharu, bukan terpakai) pada RM1,498.90 adalah pilihan permulaan yang lebih berpatutan.


Senarai 10 Kamera DSLR Profesional Terbaik

Pilihan Pantas Ikut Keperluan

Klik nama kamera untuk terus ke kad produk penuh, harga dan butang beli.

Terbaik Secara Keseluruhan: Canon EOS R6 Mark II

Sensor penuh, prestasi profesional, RM7,769.70 (disemak 17 Sep 2026).

Terbaik untuk Bajet Bawah RM2,000: Canon EOS 1300D

DSLR baharu termurah dalam senarai ini pada RM1,498.90, sesuai untuk permulaan.

Terbaik untuk YouTuber: Canon EOS 800D DSLR

Skrin sentuh 3 inci dan autofokus tajam untuk video, RM1,338.90.

Terbaik untuk Beginner: Nikon D3500

Ringan dan mudah dikendalikan pengguna baru, RM1,298.90.

Terbaik untuk Live Streaming: Nikon D780

Video 4K jelas dalam cahaya malap, RM12,399.00.

Terbaik untuk Wedding: Canon EOS M50 Mark II

Mudah alih dan pantas untuk acara sepanjang hari, RM2,998.90.

Terbaik untuk Low Light: NIKON Z30 Mirrorless Camera

Sesuai untuk penggambaran indoor dan waktu malam, RM2,819.00.

Terbaik untuk Videografi: Sony ZV-1 II

Padat, mudah dibawa untuk vlog harian, RM3,464.10.

Terbaik untuk WiFi: Canon EOS 90D DSLR

Pindah fail terus ke telefon tanpa kabel, RM4,948.00 (turun daripada RM6,699 bulan lalu).

Terbaik untuk Mic Input: SONY ZV E10

Port mic khusus untuk audio jelas semasa rakaman, RM2,599.00 (turun daripada RM2,999).

Canon EOS R6 Mark II
Kamera DSLR terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
Canon EOS R6 Mark II
Dari RM7,769.70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh rekod video 4K 60fps tanpa crop
Mampu buat video slow motion 180fps
Harga mahal
1 lagi
Prestasi AF ditambah baik

Sebab menjadi pilihan utama:

Kamera DSLR ini mempunyai keupayaan merakam gambar dan video yang sangat baik, serta mampu mengambil gambar secara burst dengan pantas.

Ciri-ciri:

Ia mempunyai sensor CMOS full-frame 24.2MP yang terbaik bagi memastikan kualiti gambar yang memukau mampu merakam setiap butiran dengan tepat.

Selain itu, kamera DSLR ini boleh merekod video RAW 6K 60p dengan output HDMI dan video 4K serta mempunyai fleksibiliti dalam pemprosesan selepas setiap rakaman. 

Kamera ini mempunyai kebolehan mengambil gambar burst dengan pantas dan dikatakan boleh mengambil gambar burst sebanyak 40 frames dalam satu saat.

Kamera keluaran tahun 2022 ini juga turut mempuyai teknologi 8-stop image stabilization system di mana ia memberi kebolehan untuk anda mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan yang rendah.

Review:

“Saya sangat sukakan kamera ini kerana ia memberikan kebolehan autofokus yang baik untuk saya mengambil gambar subjek yang sedang bergerak laju.”

Price
RM7,769.70
Kamera DSLR murah
Termurah bawah RM2,000 2 daripada 10
Canon EOS 1300D
Canon
Dari RM1,498.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga berpatutan
Kualiti gambar dan video yang baik
Model lama
1 lagi
Mudah digunakan oleh beginner

Kamera DSLR ini mampu menghasilkan kualiti gambar setanding dengan kamera mahal.

Malah, mudah dipelajari dan dikendalikan oleh photographer amatur atau entry level. 

Spesifikasinya dilengkapi sensor APS-C 18MP dan mampu merekod video 1080p pada kelajuan 30fps.

Bahagian shutter speed pula boleh mencapai sehingga 1/4000 second dengan ISO diantara 100 hingga 6400.

Berat kamera termasuk bateri hanya 485gram dan mempunyai paparan LCD untuk tetapan dan melihat hasil gambar.

Jika anda baru nak berjinak dalam dunia fotografi, kami sarankan untuk mula dengan kamera Canon EOS 1300D ini agar anda dapat belajar dari awal sebelum menjadi profesional.

Price
RM1,498.90
Canon EOS 800D DSLR Camera
Kamera DSLR untuk youtuber 3 daripada 10
Canon EOS 800D
CANON
Dari RM1,338.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Skrin sentuh boleh putar sesuai untuk vlog dan selfie
Autofokus Dual Pixel yang pantas semasa mod Live View
Berat sedikit lebih tinggi berbanding model mirrorless setanding

Buat penggemar videografi atau yang ingin menjadi youtuber, kamera ini merupakan pilihan terbaik.

Ini kerana kamera ini dilengkapi dengan skrin sebesar 3 inci untuk anda melihat paparan video.

Tambahan lagi dengan auto fokus dual piksel 45 point, membolehkan anda mengambil video dengan lebih tajam walaupun dalam keadaan bergerak.

Sebagai pelengkap kepada aktiviti videografi, kamera ini juga mempunyai auto-face detection dan built-in microphone.

Kami yakin dengan speksifikasi ini pasti dapat membuat penggambaran anda menjadi awesome!

Price
RM1,338.90
Kamera DSLR untuk live streaming 4 daripada 10
Nikon D780 DSLR Camera
Nikon
Dari RM12,398.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Kualiti video dan gambar yang baik
Spesifikasi tinggi
Tiada built in flash
1 lagi
Ada wifi

Nikon D780 merupakan kamera yang mempunyai speksifikasi agak tinggi dimana sesuai untuk kegunaan fotografi majlis perkahwinan yang berkonsepkan live streaming.

Disamping itu, kamera ini mempunyai ciri burst shooting 7pfs dan 12pfs untuk live view. 

Dan kualiti rakaman videonya juga boleh mencecah sehingga 4K Full HD yang mana dapat memberi kualiti video yang terbaik.

Kamera ini juga dilengkapi dengan WiFi untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pemindahan data atau membuat live.

Walaupun tidak mempunyai built-in flash tapi anda boleh lekatkan lampu flash pada bahagian atas kepala kamera sebab mempunyai tapak flash.

Price
RM12,398.90
Nikon D3500 DSLR Camera
Terbaik untuk Beginner 5 daripada 10
Nikon D3500
Nikon
Dari RM1,298.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ringan dan mudah untuk beginner mutlak
Jangka hayat bateri sangat panjang, sesuai untuk seharian di luar
Tiada skrin sentuh atau skrin boleh putar

Direka khas untuk mereka yang baru menceburi bidang ini kerana mudah untuk dikendali bagi mereka di tahap entry level.

Spesifikasi kamera DSLR ini mempunyai sensor DX 24.2 MP boleh memberikan hasil gambar menarik walau dalam keadaan gelap.

Shutter speed boleh mencapai sehingga 1/1400 dengan ISO 100-26500 dan turut dilengkapi dengan guide dan special effect.

Kamera in jugai berkemampuan merakam video 1080p serta mempunyai bluetooth.

Memang sesuai untuk beginner atau untuk kegunaan casual semasa pergi bercuti.

Price
RM1,298.90
Canon EOS M50 Mark II
Kamera DSLR terbaik untuk wedding 6 daripada 10
Canon EOS M50 Mark II
Dari RM2,990
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga mampu milik
Autofokus yang baik
Bateri cepat habis
1 lagi
Sesuai untuk fotografi santai

Canon EOS M50 Mark II hadir dalam saiz yang agak kompak berbanding DSLR yang lain.

Selain itu, ia mempunyai kemampuan autofokus yang baik serta feature pengesanan wajah yang canggih yang boleh membuatkan gambar anda mudah diambil dalam pelbagai situasi.

Kamera ini turut mempunyai skrin sentuh yang fleksibel bagi memastikan anda mempunyai kawalan dan view yang optimum untuk pengambil gambar dari pelbagai sudut.

EOS M50 Mark II juga menyokong pengambilan video 4K, membolehkan anda membuat video berkualiti tinggi dengan butiran yang luar biasa.

Bagaimanapun, disebabkan kamera ini adalah jenis mirrorless, jadi ketahanan bateri DSLR ini tidak tahan lama.

Price
RM2,990
sony_zv1_11
DSLR terbaik untuk videografi 7 daripada 10
Sony ZV-1 II
Sony
Dari RM3,464.10
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Wide-angle zoom lens
Terdapat built-in mic
Harga mahal
3 lagi
Kualiti gambar dan video terbaik
Fungsi autofokus dan suis bokeh
Skrin sentuh boleh dilipat ke sisi

Kamera Sony ZV-1 II menawarkan wide-angle zoom lens 18-50mm dengan kecerahan f/1.8-4 yang sangat sesuai untuk vlogger dan content creator.

Menariknya, kamera yang ringan dan kecil ini boleh digunakan dengan hanya satu tangan dan mampu merekodkan video hadapan dalam kumpulan yang kecil.

Fungsi autofokus yang diperbarui menyokong multiple face recognition, memastikan semua orang berada dalam fokus, terutamanya dalam ruang yang sempit.

Di dalamnya, ZV-1 II dilengkapi dengan sensor CMOS Exmor RS 1" sebesar 20.1MP dan pemproses imej BIONZ X yang menawarkan prestasi yang cepat, sensitiviti ISO dari 125 hingga 12800 untuk video dan pegun, serta bokeh yang besar.

Ciri-ciri lain termasuk Real-Time Tracking & Eye AF untuk fokus yang cepat dan tepat serta penjejak subjek, bersama dengan penstabilan imej mod Aktif untuk menstabilkan rakaman dan mengurangkan gegaran kamera.

Tambahan lagi, terdapat skrin sentuh LCD 3" yang boleh dilipat ke sisi, built-in mic, Cinematic Vlog Setting, S&Q Shoot Mode, dan tetapan Product Showcase.

Price
RM3,464.10
canon eos
Kamera DSLR terbaik dengan wifi 8 daripada 10
Canon EOS 90D DSLR
Canon
Dari RM4,948
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terdapat bluetooth
Rakaman video 4K30p UHD & HD Penuh 120p
Saiz yang agak besar dan berat
3 lagi
Skrin sentuh
Boleh menjejak subjek yang bergerak
Sesuai dalam cahaya malap

Kamera Canon EOS 90D DSLR dengan Lensa 18-135mm dilengkapi dengan sensor CMOS APS-C 32.5MP yang memberikan kualiti imej yang lebih tajam dan resolusi tinggi.

Selain itu, kamera ini mempunyai sensitiviti ISO 25600 dan bunyi yang rendah sesuai untuk pelbagai keadaan dan situasi.

Anda juga boleh merekod video UHD 4K30p dan Full HD 120p serta mengambil gambar dengan kelajuan hingga 10 fps.

Tambahan pula, ia dilengkapi Sistem AF 45 titik cross-type untuk mengesan subjek bergerak dalam pelbagai keadaan cahaya, manakala sistem Dual Pixel CMOS AF 5481 memperbaiki kualiti fokus dan semula jadi dalam rakaman live-view dan filem. 

Kamera ini juga mempunyai pelbagai sudut touchscreen LCD untuk memudahkan kawalan dan kemampuan Wi-Fi serta Bluetooth untuk berkongsi gambar dan video secara dalam talian.

Price
RM4,948
sony_ezv_10
Kamera DSLR dengan mic input 9 daripada 10
SONY ZV E10
Sony
Dari RM2,599
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Rakaman bunyi yang jelas
Terdapat built-in mic & windshield
Tiada built in flash
2 lagi
Suis bokeh
Mempunyai port USB Type-C

Bagi mereka yang masih mencari kamera dengan pelbagai ciri berguna, sama ada untuk merakam video atau menangkap gambar, dapatkan je kamera Sony ZV-E10.

Kamera ini dilengkapi dengan sensor APS-C 24.2MP, mikrofon 3-kapsul arah, autofocus dan menawarkan skrin pelbagai sudut yang sangat sesuai untuk video selfie dan low-angle shooting.

Turut dilengkapi dengan beberapa ciri khas untuk vloggers, seperti mod Product Showcase yang secara automatik menfokuskan kepada produk di depan kamera, serta mod Background Defocus yang mengaburkan latar belakang untuk menonjolkan subjek anda.

ZV-E10 juga mampu menghasilkan kualiti imej yang terbaik, dengan kemampuan rakaman video 4K hingga 30p dan video Full HD hingga 120p untuk efek pergerakan perlahan.

Terdapat juga pelbagai mod penggambaran termasuk mod Creative Style & Picture Effect untuk membantu anda mencipta kandungan yang unik dan menarik.

Jangan risau, mikrofon dalam kamera ini mampu menangkap bunyi yang jelas, walaupun dalam persekitaran yang bising.

Price
RM2,599
nikon z30
DSLR terbaik untuk low light 10 daripada 10
NIKON Z30 Mirrorless Camera
Nikon
Dari RM2,819
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai lampu tally
Port mikrofon luar
Harga mahal
3 lagi
Bertahan sehingga 2 jam
Terdapat Wind Muff
Boleh berfungsi sebagai webcam

Nikon Z30 adalah kamera mirrorless yang sesuai untuk pemula jurugambar dan live streamer yang mencari kamera yang ringan, mudah digunakan, dan menghasilkan gambar serta video berkualiti tinggi. 

Ia mempunyai banyak ciri dari model 'DX' Nikon yang sedia ada, tetapi dengan lebih tumpuan kepada gambar pegun dan video.

Selain itu, kamera ini dilengkapi sensor APS-C 20.9MP, video 4K 30p hingga Full HD 120p, Video 1080 hingga 120fps (sebagai slow-mo), penstabilan imej digital e-VR, self-timer, sesuai dengan pelbagai aplikasi konferens web dan kira-kira 2 jam rakaman video.

Skrin kamera ini juga boleh disentuh sepenuhnya, mempunyai built-in presets & filters serta boleh mengambil gambar dengan kelajuan hingga 11 fps.

Inilah kamera terbaik untuk vlogging dan fotografi harian anda!

Price
RM2,819

Jadual Perbandingan Ringkas

Perbandingan Ringkas (harga disemak 17 Sep 2026)
ProdukHarga (RM)Terbaik UntukVideo
Canon EOS R6 Mark II7,769.70Keseluruhan / profesional4K
Canon EOS 1300D1,498.90Bajet bawah RM2,0001080p
Canon EOS 800D DSLR1,338.90YouTuber4K
Nikon D35001,298.90Beginner1080p
Nikon D78012,399.00Live streaming / low light4K
Canon EOS M50 Mark II2,998.90Wedding4K
NIKON Z30 Mirrorless2,819.00Low light4K
Sony ZV-1 II3,464.10Videografi / vlog4K
Canon EOS 90D DSLR4,948.00WiFi4K
SONY ZV E102,599.00Mic input4K

Bagaimana Kami Memilih Kamera DSLR Ini

Kami menyemak harga dan prestasi jualan 10 model ini terus daripada penyenaraian Shopee dan Lazada rasmi pada 17 September 2026, mengutamakan kedai berdaftar dengan rating sekurang-kurangnya 4.5 bintang dan waranti Malaysia. Kami tidak membeli atau menguji unit fizikal untuk panduan ini; ulasan produk berdasarkan spesifikasi rasmi jenama dan maklum balas pembeli sedia ada di platform tersebut.

Apa Komponen Utama Kamera DSLR?

Bagi mereka yang baru saja berjinak dalam dunia fotografi, anda perlu tahu komponen utama kamera DSLR.

Barulah tak lost bila guna kamera jenis ini. Jom lihat komponen utama yang ada di kamera DSLR.

Kanta/lensa (Lens) – Berperanan membentuk imej ke filem

Aperture – Mengukur keluasan iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka bermakna lebih banyak cahaya yang masuk. 

Aperture besar diwakili oleh nombor kecil seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor besar seperti f/16.

Shutter – Merupakan sebuah tingkap yang  akan terbuka apabila setiap butang pengatup shutter ditekan untuk  mengambil gambar. 

Pengatup berperanan untuk mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera.

Pelepas Shutter  – Butang pelepas shutter untuk mengambil gambar

Kawalan kelajuan Shutter – Kelajuan diukur dengan pecahan per saat seperti: 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500 dan  1/1000 sesaat. 

1/1000 merupakan kelajuan paling cepat berbanding 1/30.

Viewfinder – Tingkap penilik pandangan sebagai frame gambar.

LCD Screen - Untuk melihat paparan gambar dan tetapan kamera

Shutter Release - Komponen tombol yang kebiasaannya bercirikan half-press (tekan separuh untuk fokus) dan full-press (tekan penuh untuk rakam).

FlashLight Plug - Komponen plug untuk meletakkan FlashLight.

Tripod Plug - Komponen plug untuk meletakkan tripod.

Memory Slot - Komponen untuk memasukkan Memory Card.

Battery Slot - Komponen untuk memasukkan Battery.

Dial Mode - untuk menentukan kaedah melaraskan kawalan ke atas proses rakaman foto.

Walaupun simbol yang digunakan berbeza dari satu jenama ke jenama yang lain, fungsi yang disediakan hampir sama. 

Jom kita lihat pula apa beza DSLR dengan Mirrorless kamera menerusi penerangan video di bawah.


Gambar Kamera DSLR

Berbanding kamera biasa, kamera DSLR mampu menghasilkan gambar yang lebih tepat dan jelas kerana menghasilkan kualiti resolusi yang lebih tinggi. 

Kamera DSLR juga boleh menghasilkan gambar mengikut kehendak pengguna bergantung pada skill pengguna. 

Kamera jenis ini juga mempunyai sensor dan daya ketahanan yang tinggi berbanding kamera digital biasa.

Jadi jom lihat perbezaan kamera DSLR Canon dan Nikon menerusi video di bawah.


Apa Fungsi Tripod DSLR?

Tripod fotografi mempunyai kaki tiga dan diperbuat daripada aluminium, gentian karbon, keluli kayu atau plastik. 

Tripod berfungsi untuk mengehadkan pergerakan kamera dan memberikan kestabilan kepada kamera dalam penghasilan gambar.

Malah untuk mengelakkan pergerakan secara sengaja atau tidak sengaja yang boleh mencacatkan kualiti imej atau video.

Kebiasaannya apabila menangkap gambar dalam kelajuan shutter yang rendah, bantuan tripod diperlukan untuk mengelakkan daripada imej menjadi kabur sekiranya berlaku pergerakan.

Dalam masa sama, tripod juga membantu untuk photographer mendapatkan rangka imej yang lebih tepat.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation