Bila berbicara tentang Korea, ramai yang terfikir tentang K-Pop dan membayangkan kemulusan wajah selebriti mereka. Selain daripada muzik dan juga drama yang mula menjadi trend di antara para remaja Malaysia, rutin rejimen penjagaan wajah mereka juga tidak kurang hebatnya. Manakan tidak, penjagaan kulit orang Korea sememangnya mengetengahkan tentang kepentingan hidrasi dan kebersihan secara mendalam. Memang cemburu bila melihat kulit wanita Korea, kan. Tetapi, apa sebenarnya yang tersimpan disebalik rahsia kecantikan mereka?
Wanita Korea sangat mengutamakan produk yang mengandungi bahan-bahan organik dan semulajadi atau vegan, pendek kata bebas dari bahan kimia merbahaya yang cenderung kepada kerosakan kulit. Namun, dengan puluhan variasi jenama Korea yang terdapat di pasaran pada hari ini, penting juga bagi kita untuk memilih produk yang ikut bajet. Pilihan produk terbaik diterbangkan khas dari Korea ini semuanya berharga di bawah RM50.

Foam Cleanser dari Innisfree ini akan memastikan kulit anda terasa lebih bersih dan terhidrat selepas satu cucian. Dengan bantuan busa yang padat di dalamnya, ia diformulasi dengan ekstrak khas Green Tea dari pulau Jeju bagi memerangkap sisa kotoran dan minyak yang tersumbat, jauh hingga ke liang pori.
Foam Cleanser ini juga mempunyai kandungan Amino Acid yang tinggi, sangat bagus untuk penghidratan dan lembapan. Tekstur pencuci muka ini juga lembut, buat yang memiliki masalah kulit berminyak, cuba foam cleanser ini.

Terima kasih kepada kebaikan kandungan gula hitam organik, Shea Butter dan Lanolin, skrub muka ini dapat membantu mencerahkan wajah juga menyediakan nutrisi yang secukupnya buat kulit anda. Bukan itu sahaja, ia membersih kotoran sambil menyejukkan, menyuburkan kulit wajah dan menghalang kulit dari kekeringan akibat dehidrasi.
Bebas paraben, alkohol, minyak mineral serta mempunyai tahap pH 5 - 5.6. Kini, anda tidak perlu lagi risau tentang masalah kulit kering atau mengelupas. Sebaliknya, kulit akan terasa lebih lembut, licin dan terhidrat selepas memakai Black Sugar Face Scrub dari jenama SkinFood ini.

Dengan kandungan Snail Secretion Filtrate, Bee Venom serta variasi bahan semulajadi, Benton Snail Bee Content Skin Toner dapat membaiki kerosakan pada wajah seperti parut jerawat dan bintik hitam. Ianya mampu menghasilkan kolagen dan memberi keanjalan pada kulit wajah anda. Ekstrak Arbutin yang terdapat di dalam toner ini juga dapat melawan penampilan penuaan selepas beberapa kali penggunaan.
Toner dari jenama Banton ini telah diuji secara klinikal, selamat untuk semua jenis kulit terutama buat anda yang jenis sensitif atau cenderung jerawat.

Face mask dari jenama Secret Nature ini amat sesuai untuk kulit remaja yang mempunyai kondisi kulit kombinasi. Ia boleh digunakan sebagai rawatan kulit jerawat, mengecutkan liang pori dan menghalang pembentukan bakteria yang boleh menyebabkan irritasi atau bintik hitam. Anda tidak perlu bimbang tentang petumbuhan jerawat lagi kerana Volcanic Ash Pore Pack ini mempunyai bahan-bahan semula jadi seperti Aloe Vera, Green Tea, Brocolli dan sebagainya.
Ianya akan membantu dalam melembap, menenangkan serta menjaga keanjalan kulit wajah anda. Produk ini boleh dijumpai di kedai farmasi seperti Watson.

Katakan selamat tinggal pada panda eye dengan Clinelle Eye Bright Eye Cream. Ia merupakan cecair penghidratan tanpa minyak yang dirumus dengan ramuan botani untuk meningkatkan keanjalan kulit dengan segera sambil mengurangkan garis halus dan kedutan yang terdapat di lingkaran mata.
Krim mata ini mengandungi bahan seperti Borage Oil dan Bio Phytex yang unggul untuk memulih dan mengekalkan penghidratan optimum dalam kulit secara intensif. Jenama Clinelle diformulasi dan dihasilkan menggunakan kemajuan teknologi terkini dalam penjagaan kulit dari makmal di seluruh dunia termasuk Korea, Amerika Syarikat, Itali dan Perancis.

Seperti yang anda ketahui, buah delima sememangnya bagus untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran. Kini, anda boleh dapatkan kebaikan menyeluruh buah delima di dalam Pomegranate Urban Shield Serum dari jenama Pure Beauty. Ia melindungi kulit anda sepenuhnya dari pencemaran dan penuaan.
Serum yang mengandungi bahan antioksida seperti buah delima dan Anti Aging release ini juga akan melindungi wajah anda daripada pigmentasi, bintik-bintik awal penuaan, bintik hitam, garis halus dan keksusaman. Ini kerana disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari. Lindungi kulit anda sebelum terlambat.

Dengan mengandungi 91.3% ekstrak akar Milk Vetch, essence ini dapat memberi kesegaran dan tenaga ekstra buat kulit anda sambil membaikpulihnya dari kerosakan. Ianya mengekalkan kesegaran dalam kulit agar kulit anda menjadi lebih anjal dan kekal awet muda. Bebas dari bahan tiruan seperti pengawet dan pewarna, essence ini terbaik unutk kulit remaja yang masih belum rosak akibat penggunaan bahan kimia dalam sesuatu produk.
Dijamin tidak menyebabkan kulit iritasi, produk ini juga bebas hypoallergenic.

Cosrx Cooling Aqua Facial mist ini mengandungi Aloe Barbadensis Leaf Water dan Centella Asiatica Leaf Water, yang telah ditapis bagi mengekalkan lembapan dan ketegangan kulit wajah anda secara berpanjangan, agar kulit nampak lebih sihat dan awet muda. Intipati Fruit Extract serta Lemon Peel Oil juga dapat memperbaiki dalaman sel kulit yang rosak akibat pendedahan melampau di bawah sinaran terik matahari.
Bahan-bahan aktif semulajadi di dalamnya akan menembusi sehingga ke dasar kulit dan membantu menghilangkan kesan pigmentasi yang tinggi.

Sekiranya anda mencari sunblock Korea yang sesuai dengan kondisi kulit kombinasi, Yadah Oh My Sunscreen ini mungkin menjadi pilihan terbaik. Ia menawarkan perlindungan dari sinar UV serta membantu dalam memberi efek pencerahan semula jadi tanpa merosakkan kondisi kulit.
Ia akan menghidrat kawasan kering dalam pada masa yang sama, mengawal akses minyak dan menutup liang pori. Sunblock dengan harga mampu milik ini amat sesuai sekali buat para remaja kerana ia menjaga kulit tanpa menyebabkan kesan peluh atau iritasi. Teksturnya yang lembut, sangat efektif bagi mengekalkan lembapan buat kulit.

Etude House Cica Balance 5.5 Lip and Eye Remover ini membersih dan menghilangkan asas solekan tanpa merosakkan kualiti kulit. Diperkaya dengan agen penyucian seperti Chamomile dan Madecassoside, ia mengawal kuantiti sebum, sekali gus memberi kesegaran pada kulit wajah.
Remover mampu membuang semua jenis solekan walaupun waterproof, membersih dan pada masa yang sama, menghidrat tanpa meninggalkan rasa pedih pada mata atau bibir. Anda tidak perlu risau kerana pencuci makeup ini bebas dari sebarang pewarna tiruan, alkohol serta paraben. Sesuai dan selamat digunakan pada semua jenis kulit, walaupun berkulit yang paling sensitif.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!