Bukan senang untuk mencuci sisa make up. Anda haruslah berhati hati ketika mencuci muka, di kawasan sekeliling mata dan juga bibir. Bagaimana jika hadirnya satu produk menggabungkan semua proses ke dalam satu langkah yang dipanggil Micellar Water? Micellar Water diperbuat dari micelles, iaitu molekul berukuran kecil yang berfungsi sebagai magnet untuk menyedut segala kekotoran, minyak serta sisa make up di wajah. Namun, jangan pula keliru, micellar water ini bukanlah toner, milk cleanser mahupun facial wash.
Mungkin nampak seperti air biasa tetapi apabila bersentuhan dengan kulit wajah anda, teksturnya terasa sangat berbeza. Lembut, ringan dan tidak memiliki sebarang alkohol tambahan, air magis ini membantu dalam menjaga keseimbangan fisiologi kulit wajah anda. Gunakan ia sebagai perawatan dasar di siang hari dan rawatan penutup sebelum tidur. Selamat mencuba!

Garnier Micellar Water dihasilkan khas dengan teknologi micellar untuk membersih secara mendalam, menanggalkan makeup jenis waterproof dan membersih liang-liang tersumbat akibat sisa kotoran solekan, minyak dan habuk. Diformulasi untuk memberi kesegaran, hidrasi dan mencerahkan kulit wajah selepas beberapa kali penggunaan.
Hadir dalam 3 jenis botol dan fungsi kegunaan, micellar water dari Ganier ini adalah cara mudah untuk menghapuskan solekan di kawasan mata dan bibir hanya dalam satu langkah tanpa perlu membilas. Tidak mengandungi haruman dan sebum berlebihan. Hasilnya: kulit lebih bersih, licin dan segar sepanjang hari.

Safi Micellar Natural Cleansing Water merupakan produk pembersih muka lembut berasaskan air yang jernih serta mampu untuk menanggalkan solekan dan kotoran degil dengan efektif tanpa bilasan. Diformulasi dengan 100% bahan aktif semula jadi bagi mengekalkan lembapan, keanjalan serta menyihatkan kulit secara semulajadi.
Hadir dalam 3 pilihan di pasaran; Rose, Timun dan juga daun Neem, produk ini tidak memedihkan kulit wajah serta selamat digunakan terutama pada bahagian sensitif seperti mata dan bibir. Ianya juga telah diuji secara dermatologi, bebas daripada SLES/SLS , minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben serta Propylene Gylcol.

Buat anda yang memiliki kulit sensitif dan inginkan kelegaan berpanjangan, cuba Simple Micellar Cleansing Water ini. Dirumus khas untuk yang berkulit sensitif, ia diperkaya dengan bahan-bahan multi vitamin seperti Chamomilla Recutita Flower, Niacinamide serta Vitamin B3 dan C. Produk ini juga membantu menghilangkan kesan-kesan toksik pencemaran yang terdapat pada wajah, meninggalkan kulit anda kekal terhidrat sepanjang hari.
Tidak mengandungi sebarang pewangi dan pewarna tiruan mahupun bahan kimia keras yang boleh mengganggu kelembutan kulit anda. Terbukti secara efektif, micellar water ini membantu meningkatkan kualiti dan hidrasi kulit anda sehingga 90%!

Produk terbaik buat anda yang mengalami masalah kulit berminyak atau kombinasi. Selain berfungsi sebagai pembersih makeup, ia mengandungi Uji Green Tea Essence yang menghilangkan kotoran minyak degil serta kotoran yang tersumbat tanpa menjengkelkan kulit. Micellar water ini juga membantu menutup liang pori dan selamat digunakan di sekitar mata dan bibir.
Tanpa pewangi tiruan dan alkohol, produk ini mempunyai Essence White Cocoon dan asid Hyaluronik sebagai agen pencerah kulit. Sesuai buat anda yang berkulit berminyak, gunakan dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang.

Nivea Pearl White Micellair Micellar Water berfungsi dengan sempurna sebagai pembersih asas solekan. Ia dihasil menggunakan air micellar yang diproses secara perlahan dan berkesan menghilangkan kotoran, debu dan solekan di wajah, mata serta bibir tanpa perlu membilas atau menggosok dengan kasar. Teksturnya yang lembut dan tidak berminyak membolehkan kulit anda bernafas walaupun sedang dicuci.
Micellar water ini juga tidak mengandungi sebarang molekul berbahaya seperti paraben, alkohol atau silikon. Kulit anda akan kelihatan lebih cerah, anjal serta berseri. Produk ini sesuai buat anda yang berkulit normal, berminyak mahupun cenderung jerawat.

Hada Labo 3 ini 1 Micellar Cleansing Water dirumus dengan teknologi pembersihan tinggi yang cepat larut, menghilangkan makeup kalis air, minyak berlebihan dan sisa kotoran pada kulit. Digabungkan dengan asid Hyaluronik, penyerap yang berfungsi serentak untuk mengikat molekul air ke sel-sel kulit, memastikan kulit sentiasa lembap, lembut dan tidak kering sepanjang hari.
Mengandungi Triple Anti-Pollution bagi membantu melindungi kulit daripada pencemaran udara yang berbahaya dan membentuk halangan pelindung terhadap zarah-zarah pencemar. Bebas dari 7 bahan; wangian, pewarna, alkohol, minyak mineral, paraben, Methylisothiazolinone (MIT) dan silikon.

Walaupun dengan solekan kalis air, Laneige Perfect Makeup Cleansing Water ini mencuci segala kotoran, minyak dan sebagainya hanya dengan sekali sapuan. Mengandungi tahap pH 5.5 - 6.5, ia terdiri daripada tiga komponen; Polyglyceryl-6 Tricaprylate, Polyglyceryl-10 Laurate, dan Polyglyceryl- 10 Dimer Dilinoleyl yang digunakan dalam minyak pembersihan yang tipikal.
Juga kaya dengan ekstrak Mint Vinegar, ia menghalang pengeluaran sebum yang berlebihan dan meneutralkan kelembapan kulit agar terasa segar sentiasa. Produk ini akan memastikan kulit anda bebas dari segala kotoran dan ketidakselesaan.

Reishi dikenali sebagai ‘Cendawan Keabadian’ dipercayai mempunyai sifat-sifat anti penuaan dan sangat terkenal digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menyembuhkan, meningkatkan kesihatan dan membantu kulit agar nampak kekal awet muda. Dirumus dengan gabungan Meil’s Mega Mushroom, Cordyceps, Honey dan Plus Sea Buckthorn, micellar water dari jenama Origins ini memberi penghidratan serta merta terutama buat anda yang memiliki kulit kering dan sensitif.
Tambahan lagi, ianya membantu mengurangkan kesan kemerahan dan menjadikan kulit lebih kuat terhadap penuaan akibat polusi atau pencemaran udara.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!