Teknologi

6 Smartphone Bateri Besar & Tahan Lama di Malaysia 2026

Memang banyak handphone bateri tahan lama dan handphone tahan lasak di pasaran. Jom lihat phone tahan lasak dengan bateri hp tahan lama.


Editor · Updated 13 Jun 2025

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

6 Smartphone Bateri Besar & Tahan Lama di Malaysia 2026

Nak cari smartphone bateri besar yang tahan lama korang boleh tengok je senarai dekat bawah ni.

Beli smartphone baru bukan sekadar lihat pada kamera, chipset, ruangan memori atau sistem audio semata-mata tapi bateri hp juga korang kena ambil kira.

Kandungan

Memang ada pelbagai kapasiti bateri telefon di pasaran, sehinggakan ada telefon bateri 7000mAh.

Kelebihan memiliki smartphone bateri terbesar bukan sahaja boleh guna telefon lebih lama tapi tidak perlu risau tentang masa pengecasan.

Kalau pilih handphone tahan lasak, pastikan korang pilih phone tahan lasak dengan bateri besar sekali.

Untuk tolong korang buat pilihan yang bijak, kitaorang senaraikan handphone bateri tahan lama dan sesuai dengan penggunaan harian atau bekerja.


Senarai 6 Smartphone Bateri Besar Paling Tahan Lama

POCO M6 Pro
Smartphone bateri besar terbaik secara keseluruhan 1 daripada 6
POCO M6 Pro
Xiaomi
Dari RM869
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Reka bentuk moden dan cantik
Bateri tahan lama
Pengecasan tidak laju
1 lagi
Kemampuan kamera daylight yang baik
  • Chipset: Mediatek Helio G99 Ultra
  • OS: Android 13, MIUI 14 for POCO
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch, AMOLED
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel
  • Bateri:  5000 mAh
  • Kamera: 64MP (lebar), 8MP (ultra-lebar), 2MP (makro) 16MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Telefon POCO M6 Pro dikuasakan oleh pemproses canggih Helio G99-Ultra, memberikan prestasi luar biasa untuk semua tugas harian anda, nak gaming pun tiada masalah!

Ciri-ciri:

Dengan konfigurasi CPU okta-core termasuk 2 x Arm Cortex-A76 dan 6 x inti Arm Cortex-A55, bersama dengan GPU ARM Mali-G57 MC2, rasai sendiri pengalaman grafik yang memukau dan kelancaran melakukan pelbagai multitask.

Dilengkapi dengan pilihan simpanan 8GB+256GB atau 12GB+512GB, serta boleh diperluaskan hingga 1TB, dan menggunakan RAM LPDDR4X yang dipadankan dengan UFS 2.2, POCO M6 Pro memastikan ruang yang mencukupi untuk aplikasi, video atau gambar dan pelbagai fail yang penting.

Nikmati paparan menakjubkan 6.67 inci FHD+ Flow AMOLED DotDisplay, dengan nisbah kontras tinggi 5,000,000:1 dan kecerahan setinggi 1300 nits. 

Dengan kadar segar sehingga 120Hz dan kadar sentuhan segera sehingga 2160Hz, nikmati interaksi yang lancar dan responsif.

Untuk kamera, dilengkapi dengan kamera belakang triple yang serba boleh iaitu kamera utama 64MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 8MP, dan kamera makro 2MP. 

Kamera depan 16MP pula memastikan anda sentiasa kelihatan cantik dalam swafoto dan panggilan video.

Review:

"Design lawa, daily use tiada masalah dan chipset pun memang power. Refresh rate pun laju sebab guna 120hz dan ada pengecasan pantas juga. Memang laju phone ni tarik WiFi."

vivo V50 5G
Smartphone bateri besar untuk live streaming 2 daripada 6
vivo V50 5G
Vivo
Dari RM1,599
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Kamera depan 50MP untuk streaming
Paparan AMOLED terang
Tidak menyokong eSIM
2 lagi
Ketahanan air & habuk IP68/IP69
Masalah bloatware
  • Cipset: Snapdragon® 7 Gen 3
  • OS: Android 15, MagicOS 9.0
  • RAM: 12GB
  • Storan: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz, 4500 nits (peak)
  • Resolusi: 2736 x 1264 (~400 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar) 50MP (ultra-lebar) 32MP (swafoto)

vivo V50 5G adalah pilihan terbaik untuk smartphone bateri besar untuk live streaming.

Dikuasakan Snapdragon 7 Gen 3 dan 12GB RAM, telefon ini menawarkan prestasi pantas dan lancar untuk sesi streaming yang panjang.

Paparan AMOLED 6.55 inci dengan kecerahan 4500 nits memberikan visual yang terang dan jelas walaupun di luar rumah.

Bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 90W memastikan telefon ini dapat bertahan sepanjang sesi streaming tanpa gangguan.

Kamera depan 50MP yang dilengkapi dengan AI Aura Light menghasilkan selfie yang jelas dan terang, sesuai untuk sesi live streaming.

Kamera belakangnya pula dengan 50MP utama dan 50MP Ultra-Wide memberikan gambar berkualiti tinggi dan ketajaman yang menakjubkan.

Dengan IP68 dan IP69 kalis air dan habuk, anda boleh membawa telefon ini untuk streaming dalam pelbagai persekitaran.

Sistem Android 15 bersama MagicOS 9.0 memberikan pengalaman pengguna yang responsif dan mudah.

Dengan ciri-ciri ini, vivo V50 5G sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan telefon dengan bateri besar dan prestasi tinggi untuk live streaming.

REDMAGIC 9S Pro
Smartphone bateri besar untuk gaming 3 daripada 6
REDMAGIC 9S Pro
RedMagic
Dari RM3,899
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bateri besar 6500mAh
Pengecasan pantas 80W
Harga premium
2 lagi
Prestasi hebat dengan Snapdragon 8 Gen 3
Tiada sokongan untuk kad memori

 

  • Cipset: Snapdragon® 8 Gen 3
  • OS: Android 14, Redmagic OS 9.5
  • RAM: 12GB
  • Storan: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz, 1600 nits (peak)
  • Resolusi: 1116 x 2480 pixels (~400 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar) 2MP (makro) 16MP (swafoto)

Red Magic 9S Pro adalah pilihan terbaik untuk smartphone dengan bateri besar untuk gaming

Menggunakan Snapdragon 8 Gen 3 dan 12GB RAM, telefon ini menawarkan prestasi yang hebat untuk gaming berat dan multitasking.

Paparan AMOLED 6.8 inci dengan 120Hz refresh rate memberikan pengalaman visual yang lancar dan menarik, dengan kecerahan puncak sehingga 1600 nits untuk paparan yang jelas walaupun di bawah cahaya terang.

Dengan bateri 6500mAh dan pengecasan 80W, telefon ini memastikan anda dapat bermain sepanjang hari tanpa gangguan, dan pengecasan cepat membolehkan ia dicas penuh dalam hanya 35 minit.

Sistem penyejukan terbina dalam juga memastikan telefon kekal sejuk walaupun selepas sesi permainan yang panjang.

Kamera utama 50MP memberikan gambar dan video berkualiti tinggi, manakala kamera swafoto 16MP menghasilkan selfie yang jelas.

Rekaan RGB light strip dan aluminium frame memberikan sentuhan estetika yang menarik.

Dengan Android 14 dan Redmagic OS 9.5, telefon ini memberikan pengalaman pengguna yang responsif dan mudah digunakan.

 

Honor 400 5G
Smartphone bateri 6000mAh 4 daripada 6
HONOR 400 5G
Honor
Dari RM1,799
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kamera 200MP dengan OIS
Pengecasan pantas
Tidak ada jack audio 3.5mm
1 lagi
Dilengkapi NFC dan eSIM
  • Cipset: Snapdragon® 7 Gen 3
  • OS: Android 15, MagicOS 9.0
  • RAM: 12GB
  • Storan: 512GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz, 1000 nits HBM
  • Resolusi: 2736 x 1264 (~388 ppi)
  • Kamera: 200MP (lebar), 50MP (telefoto), 16MP (swafoto)

HONOR 400 5G adalah pilihan tepat untuk pengguna yang mencari smartphone dengan bateri 6000mAh dan prestasi tinggi.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon® 7 Gen 3 dan 12GB RAM, telefon ini memberikan pengalaman gaming dan multitasking yang lancar.

Paparan 6.55 inci AMOLED dengan resolusi 2736x1264 memastikan setiap visual tajam dan jelas, sementara kadar segar semula 120Hz menawarkan kelancaran tanpa gangguan.

Kamera utama 200MP membolehkan anda merakam gambar dengan kualiti tinggi, manakala bateri 6000mAh dan pengecasan pantas SuperCharge memastikan ia tahan lama sepanjang hari.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri ketahanan air dan debu IP66, menjadikannya lebih tahan lasak dalam pelbagai persekitaran.

Xiaomi 15 Ultra
Smartphone bateri besar kamera cantik 5 daripada 6
Xiaomi 15 Ultra
Xiaomi
Dari RM5,199
Lihat harga di Lazada
Juga di Shopee Malaysia
Dilengkapi kamera Leica sangat canggih
Cip Snapdragon 8 Elite yang padu
Harga premium, agak mahal
3 lagi
Paparan 120Hz, 3200 nits
Rakaman 8K dan Dolby Vision
Badan agak berat (226g)
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.73 inci
  • Resolusi: 1440 x 3200 piksel
  • Bateri: 5410 mAh (global), 6000 mAh (China)
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (telefoto), 200MP (periskop telefoto), 50MP (ultrawide), 32MP (swafoto)

Xiaomi 15 Ultra memang layak digelar smartphone terbaik untuk fotografi.

Dengan kamera utama 50MP 1 inci, 200MP periskop telefoto, 50MP telefoto, dan 50MP ultralebar, ia menawarkan pelbagai sudut dan hasil gambar luar biasa.

Sistem Leica dan rakaman 8K dengan Dolby Vision menjadikan pengalaman mengambil gambar dan video setaraf kamera profesional.

Bagi pencinta fotografi, ini adalah pilihan yang sukar ditandingi.

Realme 14T
Smartphone bateri besar untuk rider 6 daripada 6
Realme 14T 5G
Realme
Dari RM999
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bateri 6000mAh tahan lama
Pengecasan pantas 45W
Tiada jack audio 3.5mm
1 lagi
Skrin AMOLED 120Hz lancar
  • Cipset: MediaTek Dimensity 6300 (6 nm)
  • OS: Android 15, realme UI 6.0
  • RAM: 18GB (8GB + 10GB Dinamik)
  • Storage: 256GB UFS 2.2
  • Paparan: 6.67-inch AMOLED, 120Hz, 2000 nits HBM
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel (~386 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar), 2MP (kedalaman), 16MP (swafoto)

Realme 14T 5G sesuai untuk rider yang memerlukan telefon dengan bateri besar dan prestasi mantap.

Dilengkapi dengan 6000mAh dan pengecasan pantas 45W, telefon ini memastikan ia tahan lama sepanjang perjalanan.

Paparan 6.67 inci AMOLED dengan 120Hz sangat sesuai untuk navigasi lancar, sementara RAM 18GB dan storan 256GB menyokong multitasking tanpa gangguan.

Dilengkapi juga dengan IP69 kalis air dan debu, menjadikan ia pilihan terbaik untuk penggunaan harian, terutama di luar rumah.


Berapa Tahun Bateri Smartphone Boleh Bertahan?

Mungkin dulu kita susah nak cari smartphone yang mempunyai ketahanan bateri yang tinggi sebab itu aksesori seperti power bank akan di bawa ketika lakukan aktiviti di luar. 

Namun kini bateri berketahanan lama sudah menjadi salah satu ciri penting bagi kebanyakan smartphone di pasaran. 

Jika sebelum ini kebanyakkan smartphone mempunyai kapasiti bateri bawah 3000 mAh dan hanya mampu bertahan sehingga ke petang, tapi kini tidak lagi. 

Banyak smartphone di pasaran yang menawarkan kapasiti bateri sehingga 5000 mAh dan ianya mampu bertahan lebih daripada sehari dan mampu sehingga 2 hari. 

Itu antara ketahanan minimum bagi bateri berkapasiti besar. 

Dari segi jangka hayat bateri, bergantung kepada penggunaan kita dan cara kita mengecas smartphone tersebut.

Jangka hayat bateri smartphone yang dijaga dengan baik boleh mencecah sehingga 5 tahun ke atas. 

Jika sering digunakan secara berat seperti bermain game dan ditambah lagi digunakan semasa sedang mengecas, jangka hayat bateri smartphone tersebut mungkin akan merosot sehingga 20% dalam tempoh setahun. 

Sekiranya prestasi bateri smartphone anda sudah merosot, anda akan dapat melihat perbezaannya seperti tidak lagi mampu bertahan lama ketika bermain game

Buat pengguna iPhone, anda dapat melihat penurunan kapasiti bateri smartphone anda pada tetapan battery health.

Sekiranya anda melihat prestasi telefon pintar anda sudah menurun, boleh tukar sahaja bateri baru untuk kembalikan semula prestasinya. 


Tanda-Tanda Bateri Smartphone Rosak

Selepas membeli sebuah smartphone baru, tentu kita mahu menjaganya sebaik mungkin.

Antara komponen yang sering diberi perhatian dari segi penjagaan adalah bateri.

Memang ramai yang sakit hati bila bateri phone cepat habis, bateri kong atau bateri phone tidak dapat dicas.

Untuk anda yang tertanya-tanya apakah tanda-tanda bateri phone sudah rosak, di sini kami kongsikan kepada anda tanda-tandanya.

Bagi pengguna Android mahupun iPhone, kesemua tanda-tanda ini adalah sama sahaja.

  • Bateri telefon cepat habis dan panas

Ini mungkin terjadi kepada ramai orang bila penggunaan telefon tidak lagi seperti baru beli dahulu.

Kalau sebelum ini telefon boleh bertahan sepanjang hari tanpa dicas, tapi kini tak sampai separuh hari telefon anda dah nak habis. 

Selain itu, perhatikan juga suhu telefon anda semasa bermain phone.

Jika semasa bermain phone ianya cepat panas, maknanya telefon anda ada masalah bateri overheat lebih lagi semasa bermain game, rasa panas di telefon seperti rasa nak meletup!

Cara untuk kurangkan overheat, anda kena kerap clear aplikasi supaya bateri sentiasa stabil.

  • Telefon mati sebelum bateri kosong

Pernah tak anda mengalami masalah di mana telefon anda mati semasa bateri anda belum berada pada kosong lagi? Ataupun mati walaupun bateri masih banyak. Bila dihidupkan semula, phone anda mengeluarkan logo “battery low”.

Jika sering terjadi kepada telefon anda, maka sudah pasti bateri anda bermasalah dan perlu diganti baharu.

Lebih parah, jika tidak mahu bateri turun mendadak, anda terpaksa menggunakan powerbank ke mana sahaja anda pergi.

  • Bateri telefon kembung

Ini merupakan petanda yang sangat jelas bahawa anda perlu menukar bateri smartphone anda dengan segera.

Jika dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada telefon anda dan boleh merosakkan skrin.

Kebanyakkan telefon sekarang menggunakan built-in bateri.

Jadi bila bateri kembung, ruang tempat bateri akan menjadi penuh sehingga menolak bahagian skrin dan secara tak langsung, skrin akan tercabut atau pecah.

Anda boleh lihat tanda lain bateri rosak menerusi video ringkas dibawah.


Pilihan Terbaik

Bagi tahun 2026 boleh dikatakan senarai ini merupakan pilihan smartphone dengan bateri terbaik:


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation