Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Krim Muka Dari Jenama Wardah - Rahsia Kejelitaan Wanita

Jangan abaikan pemakaian krim muka!

Semua orang mahu tampil cantik, bukan? Sehingga ada yang sanggup membahayakan kesihatan tanpa memikirkan efeknya pada kemudian hari. Sebenarnya, untuk kekal cantik, cukuplah dengan pemakanan yang sihat dan memakai produk kecantikan wajah yang natural dan selamat digunakan. Contohnya, seperti jenama Wardah. Keunggulan jenama Wardah pasti sudah tidak asing lagi pada pendengaran penggemar produk penjagaan kulit.

Produk kecantikan kelahiran Indonesia ini sangat dikenali sebagai jenama kosmetik halal yang sudah pun mencipta nama di pasaran antarabangsa. Muncul dengan konsep halal, jenama ini telah menyediakan variasi set penjagaan kulit dan di antaranya adalah krim muka. Tidak hairan jika kepelbagaian produk yang disediakan dari jenama ini telah mendapat tempat di hati setiap pengguna. Berminat ingin tahu? Kenali keistimewaan krim yang sesuai buat kondisi kulit anda.

Krim muka untuk whitening, menjaga kulit dari radikal bebas
WARDAH White Secret Day Cream (17ml)
From
RM36.00
Check WARDAH White Secret Day Cream (17ml) price below:

Wardah White Secret Day Cream antara krim muka yang membantu mencerahkan kulit wajah yang memudar akibat polusi cuaca dan pencemaran alam sekitar. Produk ini memiliki bahan aktif untuk menjaga lembapan kulit secara mendalam.

Kaya dengan kandungan seperti Silver Vine, Niacinamide dan Skin Awakening System, kini kulit anda akan kekal terhidrat. Gunakan secara konsisten untuk menaikkan seri wajah agar kelihatan lebih bermaya.

Krim muka dengan ekstrak Witch Hazel, mengawal penghasilan minyak
WARDAH Everyday Beauty Balm BB Cream Oil Control (30ml)
WARDAH
From
RM16.11
Check WARDAH Everyday Beauty Balm BB Cream Oil Control (30ml) price below:

Khusus buat kamu yang mempunyai wajah berminyak, Wardah menyediakan Everyday Beauty Balm BB Cream dengan kawalan minyak yang mengandungi Witch Hazel, Aloe Vera dan asid Hyaluronik bagi membantu mengawal penghasilan sebum berlebihan. Selain itu, tambahan Water Break Technology pula berfungsi dengan sempurna untuk merawat kulit wajah anda.

Didatangi dalam kemasan dua tona berbeza, formulanya yang tahan lama akan menyamarkan kesan ketidaksempurnaan demi penampilan lebih menawan. Usah bimbang! Krim muka ini juga selamat digunakan sebagai make-up base.

Tenangkan kulit sensitif cenderung jerawat dengan krim muka ini
WARDAH Nature Daily Seaweed Intensive Night Cream
From
RM13.70
Check WARDAH Nature Daily Seaweed Intensive Night Cream price below:

Seharian melakukan aktiviti luar pastinya membuatkan kulit wajah tampak keletihan. Pada waktu malam, rawat kulit anda dengan krim muka Nature Daily Seaweed Intensive Cream. Produk ini membantu mencuci kandungan toksik dan sisa kotoran yang terkumpul pada permukaan kulit selepas terdedah dengan pelbagai pencemaran.

Ia juga mengandungi kandungan Balancing Seaweed dan ekstrak timun yang dikenali dapat membantu mengembalikan kondisi normal kulit. Sesuai buat kamu yang memiliki kulit jerawat dan sensitif.

Krim muka malam dengan ekstrak Apel - mencegah proses penuaan
WARDAH Renew You Anti Aging Night Cream
WARDAH
From
RM41.30
Check WARDAH Renew You Anti Aging Night Cream price below:

Wardah Renew You Anti-Aging Night Cream ini merupakan produk khas buat kamu yang inginkan kulit yang sentiasa tampak sihat dan awet muda. Krim malam ini kaya dengan ekstrak semula jadi seperti Silver Vine, Edelwiss, Centella Asiatica serta Apel yang mampu melawan proses penuaan dan kedutan.

Bukan itu sahaja, ia juga bermanfaat sebagai antioksidan dan merawat sel kulit mati dengan melalui proses regenerasi kulit secara mendalam. Gunakan krim ini sebelum tidur selepas mencuci muka supaya ianya dapat bergerak aktif membaikpulih kerosakan pada kulit anda.

Krim muka sesuai buat para remaja, melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB
WARDAH Lightening Day Cream
WARDAH
WARDAH Lightening Day Cream
From
RM20.00
Check WARDAH Lightening Day Cream price below:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Untuk kulit kombinasi & berminyak
add_circle Mengandungi SPF 30
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit sensitif

Krim muka Lightening Day Cream ini bertujuan untuk merawat dan mencerahkan kulit wajah. Dirumus dengan SPF 30 PA+++ yang tinggi, produk ini membantu memproses regenerasi kulit serta menghalang pancaran terik matahari dari merosakkan kulit.

Diperkaya dengan Vitamin B3, E dan ekstrak Licorice bagi menambah nutrisi pada kulit terutamanya buat kulit yang masih belum bermasalah. Untuk remaja yang inginkan kulit bersih, sihat dan cerah, cuba krim muka ini. Hanya sapukan sahaja pada muka selepas setiap cucian.

DD Cream sesuai untuk kulit wajah dengan kandungan SPF yang tinggi
WARDAH C Defense with Vitamin C Cream (20ml)
From
RM11.40
Check WARDAH C Defense with Vitamin C Cream (20ml) price below:

Krim wajah multifungsi C-Defense DD Cream +SPF30 ini sesuai dijadikan pilihan untuk merawat pelbagai kondisi kulit. Buat kamu yang ingin mendapatkan manfaat Vitamin C, produk ini kaya dengan antioksidan serta SPF 30 yang mampu melindungi wajah dari pengaruh buruk sinar UV.

Produk ini juga boleh digunakan setiap hari sebagai sunscreen, make-up base atau pelembab wajah. Sangat multifungsi, bukan?

Krim mata berfungsi untuk mencerah dan menghapuskan garis halus
WARDAH White Secret Brightening Eye Cream (10ml)
From
RM30.00
Check WARDAH White Secret Brightening Eye Cream (10ml) price below:

Wardah White Secret Brightening Eye Cream mengandungi White-Adenosine Complex dan Vitamin B3 yang bermanfaat untuk membantu mencerah kulit di sekeliling kawasan mata akibat lingkaran hitam dan eye bag. Dengan asid Hyaluronik yang terdapat di dalamnya, krim ini memberi hidrasi kulit secara optimal sehingga kulit di bahagian mata anda terjaga keanjalannya.

Kini, mata anda akan tampak lebih bermaya dan awet muda. Selamat tinggal eye bag!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article