Kecantikan

Sempurnakan Solekan Wajah Anda Dengan 7 Contour Stick Dari Drugstore Ini

Contour stick tak wajib diguna tapi ada kelebihan. Ini senarai contour stick drugstore untuk pemula & professional yang boleh dijumpa di drugstore terdekat!


Editor · 9 Aug 2019, 7:56pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Sempurnakan Solekan Wajah Anda Dengan 7 Contour Stick Dari Drugstore Ini

Tidak dinafikan, contour stick bukanlah sesuatu yang wajib untuk digunakan dalam rutin solekan anda. Seperti produk yang lain, contour stick juga mempunyai pelbagai formula dan rumusan yang memberikan kemasan berbeza pada kulit wajah. Dan produk contour stick jenama drugstore ini juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan contour stick yang berkualiti dalam lingkungan harga yang rendah dan mampu milik. 

Terdapat pelbagai jenis produk dan jenama yang ada di drugstore sesuai buat kulit anda. Tidak semestinya yang mahal itu memberi hasil lumayan buat kulit wajah. Jangan dilihat melalui jenama sahaja. Yang penting, haruslah mengikut kemampuan anda semasa membelinya. Senarai dibawah ini terdapat beberapa produk pilihan dari drugstore terkenal di seluruh Malaysia. Jom lihat yang mana satu pilihan anda;

Kandungan
Contour stick dengan formula berkrim, meluncur lembut di wajah 1 daripada 7
W7 Contour Stick - Deep
Partnership with
Dari RM33.21
Lihat harga di Guardian Malaysia

Kebanyakan produk solekan berstail ‘stick’ lazimnya mempunyai tekstur yang kering dan likat serta sesuai digunakan oleh kulit wajah berminyak. Namun, contour stick daripada W7 ini mempunyai formula yang lebih berkrim dan lembut. Rumusannya berkrim meluncur lembut pada wajah tanpa perlu melakukan teknik blending. 

Dilengkapi dengan highlighter di bahagian hujung, menjadikan produk ini pilihan utama yang sesuai untuk dibawa dimana saja.

Contour stick dwi-fungsi, lengkap dengan highlight serbuk mutiara 2 daripada 7
Silky Girl Photosharp Contour & Highlight Stick
Partnership with Silky Girl
Dari RM18.99
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dengan formula photo sharp, produk ini memberikan anda solekan tepat yang sesuai digunakan untuk berselfie. Bentuk contournya yang seperti gincu bibir, membuatkan teknik contour wajah anda lebih tepat dan highlighternya pula bertekstur serbuk mutiara yang digunakan cukup untuk memberikan anda glowy look tanpa membuatkan wajah anda kelihatan bercapuk.

Cool tone contour stick untuk menyembunyikan cela di wajah 3 daripada 7
L’OREAL Lightouring Dual Stick
Partnership with
Dari RM33.45
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dikenakan sebelum foundation, contour stick bertona sejuk unik ini membantu menyembunyikan cela dan kesan parut di wajah untuk kesan solekan full coverage. Bukan sekadar digunakan untuk ‘color correct’ wajah anda, namun dengan memposisikan warna contour 2 tona ini dengan betul pada wajah, anda akan mempunyai bentuk wajah yang seakan diukir. 

Teknik ini akan menyerlahkan lagi ciri-ciri muka anda untuk kesan kompleksi yang dimensional.

Berformula tahan lama dan bebas minyak, contour stick pilihan ramai 4 daripada 7
IN2IT Highlight & Shading Stick
Partnership with
Dari RM32.90
Lihat harga di Watsons Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika anda mempunyai kulit berminyak, produk solekan jenis stick ini amatlah sesuai dengan anda kerana kebanyakannya mengandungi formula bebas minyak. Jika anda menggunakan sebarang solekan berbentuk stick, ianya akan meluncur diatas kulit dengan lebih mudah dan sempurna. 

Jenama IN2IT ini pula bukan sahaja sesuai untuk kulit berminyak kerana ianya berformula bebas minyak, namun contour stick ini tahan lama sehingga 12 jam dan tidak akan comot jika disentuh.

Bergaya ala wanita kota London dengan contour stick murah dan berkualiti ini 5 daripada 7
RIMMEL Insta Duo Contour Stick
Partnership with
Dari RM23.12
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Contour stick murah daripada Rimmel London ini bukan sahaja memberi anda peluang untuk memilik gaya wanita London yang high fashion, namun ianya amat mudah dikendalikan untuk memberi anda contour wajah yang runcing, hidung mancung dan dagu tirus supaya anda dapat memilih angle dengan baik semasa selfie. 

Diformulasi khas untuk kegunaan bergambar, wajah anda tampak lebih ‘Insta-worthy’ dengan contour stick yang dilengkapi dengan highlighter mewah ini!

Bentuk contour unik untuk penggunaan yang mudah bagi pemula 6 daripada 7
Maybelline Face Studio V-Face Duo Stick
Partnership with
Dari RM39.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Hermo Malaysia

Rekaan contour stick ini yang tirus dan tajam dirumus khas bagi mencapai wajah berbentuk V-Shape yang akan menyembunyikan dagu berlapis anda itu. Didatangi juga dengan highlighter yang akan menaikkan seri wajah anda semasa memakainya. Contour stick ini juga amat sesuai buat pemula kerana ianya senang digunakan dan teksturnya juga mudah untuk melakukan teknik blending.

Contour stick waterproof - sesuai semasa musim panas 7 daripada 7
WET N WILD Dual Ended Contour Stick
Partnership with
Dari RM72.59
Lihat harga di Watsons Malaysia

Padankan solekan kalis air anda dengan produk Wet n Wild yang tidak akan pudar walaupun terkena air kerana formulanya diperbuat daripada wax yang akan melindungi solekan daripada comot dan menghilang. Sesuai digunakan semasa musim panas, jika berpeluh kulit wajah anda tidak akan kelihatan bercapuk dan comot.

Kini, tiada lagi alasan untuk kelihatan pucat tanpa solekan pada hari cuti musim panas untuk melakukan aktiviti di taman tema air, bersantai di kolam renang mahupun berjemur di tepi pantai.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation