Kecantikan

Untuk Yang Miliki Kulit Kering, Gunakan 9 Produk Skincare Khas Dari Korea Ini

Produk penjagaan kulit Korea selalunya gunakan bahan selamat untuk semua jenis kulit. Ini senarai review produk skincare Korea terbaik untuk kulit kering.


Editor · Updated 2 Mar 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Untuk Yang Miliki Kulit Kering, Gunakan 9 Produk Skincare Khas Dari Korea Ini

Jika kita lihat, terdapat banyak jenis skincare keluaran Korea yang boleh didapati di negara kita hari ini. Produk penjagaan kulit dari Korea ini sememangnya terkenal dengan menggunakan bahan-bahan organik dan dijamin selamat untuk semua jenis kulit. 

Apakah jenis bahan yang sesuai bagi kulit kering?

Kandungan

Edisi kali ini, kita akan fokus kepada mencari skincare Korea khas untuk kulit kering. Terutamanya buat anda yang mempunyai kulit kering, haruslah berhati-hati dalam pemilihan produk dan bersesuaian untuk jenis kulit masing-masing. Cari produk yang mengandungi lembapan agar kulit tidak bertambah iritasi akibat kekeringan melampau. Ayuh, bertukarlah ke produk skincare dari Korea ini;

Cleanser Korea untuk mencerahkan kulit
Atasi kulit kering dan kusam dengan pencuci muka ini 1 daripada 9
The Face Shop Rice Water Bright Foaming Cleanser
Partnership with The Face Shop
Dari RM26.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Althea Malaysia

Kulit kusam akan membuatkan anda tampak tidak bermaya. Diperkaya dengan Rice Water dan Moringa Oil, pencuci muka ini mampu memutihkan serta mendetoksifikasi kotoran pada kulit wajah. Ianya bertekstur krim lembut, tidak akan mengeringkan kulit dan menjadikan kulit anda satu tona lebih cerah. 

Pencuci muka ini masih mampu mengekalkan lembapan dan memberi hidrasi ekstra buat kulit wajah anda sepanjang hari.

Toner khas buat kulit kering dan sensitif 2 daripada 9
Klairs Supple Preparation Toner
Partnership with Klairs
Dari RM66
Lihat harga di Lazada Malaysia

Menangani masalah kulit kering bukanlah mudah tambahan lagi jika ianya datang dengan pakej kulit sensitif. Dengan toner dari Klairs ini, anda tidak akan mengalami masalah yang sama lagi. Toner ini menyerap dengan cepat untuk menghidrat serta menenangkan kulit sensitif setelah membersih agar tidak berlaku iritasi. 

Plus point untuk toner pilihan pengguna ini, ianya bebas alkohol, ethanol, silikon dan paraben agar kulit tidak iritasi dan kemerahan.

Untuk kulit normal dan kering – beri lembapan ekstra 3 daripada 9
LANEIGE Water Bank Hydro Essence (70ml)
Partnership with
Dari RM190
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Essence yang diterbangkan khas dari Korea ini mengandung ekstrak sayur-sayuran, Green Mineral Water yang dijadikan sebagai pelembap tahan lama lebih daripada 12 jam. Dilengkapi dengan teknologi moisture bomb dan water zipper, essence ini memberi lembapan secara ekstra buat kulit kering anda. 

Dengan mengandungi ekstrak Kale, Garden Cress, dan Beetroot yang berfungsi untuk memberi anti-oksidan, kulit wajah anda akan tampak berseri dari jauh.

Serum pencerahan terbaik untuk kulit kering tanpa iritasi 4 daripada 9
Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Serum (50ml)
Partnership with Some By Mi
Dari RM49.10
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mengandungi bahan anti-radang
Mengandungi bahan Antioksida
Mengandungi alkohol
2 lagi
Mengandungi bahan anti-bakteria dan anti-mikrobial
Mengandungi pewangi (semulajadi)

Pemakaian serum adalah sangat penting bagi menambahkan segala kebaikan untuk kulit wajah. Some By Mi Miracle Serum ini diperkaya dengan ekstrak Centella Asiatica dan Tea Tree dapat menghapus sel-sel kulit mati serta memberi lembapan pada kulit wajah anda agar sentiasa kelihatan sihat dan segar. 

Terbaik buat kulit kering dengan pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi daripada menggunakan serum ini. Ianya mampu untuk melindungi parut jerawat, melawan pertumbuhan jerawat, liang pori tersumbat, memutihkan serta menghalang kedutan dan garis halus.

Harga sunblock yang berpatutan dan murah untuk kulit sensitif
Lindungi kulit daripada sinaran UV sambil menghapus jerawat 5 daripada 9
Cosrx Aloe Soothing Sun Cream 50ml
Partnership with Cosrx
Dari RM27.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai Titanium Oxide
Mengandungi ekstrak Aloe Vera
Mungkin membuatkan kulit wajah sedikit bersinar

Setiap kali keluar bersantai tidak kira samada ke shopping mall atau ke pantai, pastikan anda memakai krim pelindung matahari. Ianya berfungsi untuk melindungi kulit wajah anda daripada sinaran UVA dan UVB serta memberi lembapan buat kulit kering sepanjang hari tanpa menyebabkan kulit iritasi. 

Dengan mengandungi ekstrak Aloe Leaf dan bahan organik semulajadi yang lain, krim ini melegakan kulit kering dan berjerawat serta memberi keanjalan pada kulit agar tampil awet muda.

Hapuskan blackhead tanpa mengeringkan kulit dan tiada lagi kulit kusam 6 daripada 9
EUNYUL Blackhead Remover One Kill Stick
Partnership with
Dari RM28.90
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Blackhead merupakan satu kondisi kulit yang amat menjengkelkan kerana ianya membuatkan kulit terasa berpasir dan mempunyai bintik hitam. Tidak kisahlah anda mempunyai kulit kering, berminyak atau normal, produk ini sesuai untuk anda. Ianya mengandungi kanji jagung, kulit walnut dan serbuk silika untuk menanggalkan blackhead serta kulit mati.

Untuk kulit kering dengan masalah pori terbuka 7 daripada 9
Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask 100ml
Partnership with Innisfree
Dari RM57
Lihat harga di Shopee Malaysia

Penjagaan pori kulit muka amat penting kerana kebanyakan masalah kulit muka berpunca daripada pori yang kotor dan tidak dijaga. Mask Innisfree ini dapat membantu menghapuskan sebum, mencerahkan tona dan penjagaan rapi untuk pori agar tidak tersumbat dengan kotoran. 

Ianya bersifat melembap dan melembutkan kulit wajah. Mask ini akan menyerap sebum dan kotoran pada pori agar mineral dapat diserap dengan lebih baik ke dalam kulit.

Hapus solekan pada wajah tanpa mengeringkannya, sesuai untuk kulit remaja 8 daripada 9
BANILA Co. Clean It Zero Makeup Remover (100ml)
Partnership with
Dari RM77.86
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Hermo Malaysia

Pembersih wajah bentuk balm ini bertindak menghapuskan kotoran, menanggalkan solekan dan minyak yang melekat pada kulit wajah sekaligus. Ianya mengandungi ekstrak betik, herba dan Acreola untuk memastikan kulit anda bersih tanpa mengeringkannya. 

Kulit akan berasa lebih lembap. Sesuai untuk kulit remaja yang masih mempunyai kolagen original dalam lapisan kulit.

Untuk yang alami masalah kulit kering dan melawan penuaan 9 daripada 9
SULWHASOO Overnight Vitalizing Mask EX (120ml)
Partnership with
Dari RM206.29
Lihat harga di Lazada Malaysia

Peningkatan umur sering menjadikan kulit kurang anjal dan lesu. Tambahan pula dengan kulit kering, anda pasti akan tampak lebih tua daripada umur. Dengan mask Sulwahsoo yang diformulasi dengan herba perubatan Korea, mask ini menjanjikan kulit lebih bermaya dan sihat. Lapisan lembapan pada kulit akan tetap terpelihara agar kulit tidak kering dan nutrien dapat diserap dengan lebih baik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation