Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Miliki Kulit Wajah Licin Bagaikan ‘Glass-Skin’ Dengan 9 Skincare Dari Watsons Diterbangkan Khas Dari Korea

Tak perlu lagi naik kapal terbang untuk beli skincare dari sana

“10 Step Korean Skincare Routine” ataupun 10 langkah rutin penjagaan wajah Korea telah menjadi fenomena global, yag berasaskan obsesi budaya Korea dengan kulit yang sihat dan kecantikan semulajadi. Rutin ini terkenal di Malaysia lewat tahun lepas dan masih menjadi kegilaan para wanita seluruh dunia yang berlumba-lumba menginginkan kulit sihat, cerah dan gebu seperti wanita Korea. Namun, rutin ini mengajar serta memberi tips kepada anda tentang penggunaan produk yang betul untuk keperluan kulit masing-masing dan cara meggunakannya dalam langkah yang betul. 

Kini, kebanyakan produk jenama Korea telah mula mendapat tempat di drugstore kegemaran seperti Watsons. Bagaimana ingin mengetahui produk jenama Korea apa yang sesuai dengan keperluan kulit anda? Senarai dibawah akan dapat membantu anda serba-sedikit;

Krim pelembap untuk menghapuskan cela seperti kulit berjeragat
SOME BY MI Miracle Cream(50ml)
SOME BY MI
mulai
RM62.00
Semak SOME BY MI Miracle Cream(50ml) harga dibawah:

Produk daripada Some By Mi ini sesuai untuk kulit berjeragat kerana ianya di dalam bentuk krim pelembap yang bukan sahaja membantu menghakis sel kulit mati dengan lembut, malah memberikan lembapan yang maksimum supaya kulit tidak pedih dan sensitif ketika asid-asid di dalam produk ini menjalankan kerja-kerja pembaikan mereka. 

Diperkaya dengan AHA, BHA, PHA dan ekstrak Centella Asiatica, kulit anda akan menjadi lebih cerah, bebas jeragat dan bintik hitam. Kulit terasa lebih lembut, anjal dan bebas cela.

Mask muka terbaik menghalang pembentukan jerawat
JAYJUN 3 Step Collagen Skin Fit Mask
mulai
RM11.70
Semak JAYJUN 3 Step Collagen Skin Fit Mask harga dibawah:

Kolagen akan memastikan kulit sentiasa terbaiki dalam kadar yang pantas. Maka, kulit berjerawat  juga mudah dibaikpulih dan tidak akan meninggalkan parut. Face mask ini amat sesuai untuk mengurangkan cela dan jerawat pada muka, sekaligus menganjalkan serta melembutkan kulit wajah dalam masa hanya beberapa hari sahaja. 

Fungsi face maskini bukan sekadar hanya untuk jerawat malahan ianya juga terbaik sebagai produk anti-penuaan kerana khasiat anti-oksidannya yang akan membaiki kesan penuaan pra-matang.

Sunscreen untuk melindungi kulit berminyak dari sinaran UV
THANK YOU FARMER Sun Project Shimmer SPF30 PA+++ (40ml)
mulai
RM73.50
Semak THANK YOU FARMER Sun Project Shimmer SPF30 PA+++ (40ml) harga dibawah:

Thank You Farmer amat terkenal dengan produk mereka yang menggunakan 100% bahan botanikal semula jadi bebas kimia. Dengan bertekstur ringan, sunscreen ini mampu menyediakan lembapan dan mengekalkan hidrasi pada kulit. Bahan yang terkandung di dalam sunscreen ini tidak akan membuatkan kulit merengsa atau iritasi. 

Dengan mengandungi ekstrak semulajadi seperti phyto-oligo, inca omega oil, Niacinamide dan Shea Butter, ianya dapat mencerahkan dan memberi kesegaran pada kulit wajah. Sunscreen ini juga dapat melindungi kulit wajah anda 100% daripada sinaran UVA dan UVB.

Serum untuk kulit bermasalah flek atau bintik hitam
Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop (35ml)
Klairs
Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop (35ml)
mulai
RM75.50
Semak Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop (35ml) harga dibawah:
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle tidak berminyak
add_circle sesuai untuk beginner atau mereka yang tidak pernah menggunakan serum vitamin c
add_circle tidak menyebabkan iritasi
remove_circle Botol lutsinar yang boleh mempercepatkan proses oxidation- produk akan berubah warna dan tidak lagi berkesan
remove_circle Tekstur agak melekit
remove_circle Harga yang sedikit mahal

Flek hitam ataupun freckles bukanlah sesuatu yang biasa dijadikan sebagai ‘beauty mark’ kerana di Asia, flek hitam ialah satu cela yang membuatkan tona kulit tidak sekata dan kelihatan bercapuk. Serum terkenal daripada Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang menyediakan penghantaran aktif L-Ascorbic Acid kepada kulit dan antioksian yang terbukti secara saintifik untuk membantu melindungi kulit dari kerosakan UV.

Ianya mampu untuk menentang radikal bebas yang merosakkan kulit, meransang pengeluaran kolagen dan memperbaiki tona dan tekstur kulit. Sesuai untuk kulit paling sensitif seperti ekzema dan psoraisis.

Essence vitamin yang berkesan untuk mencerahkan kulit kusam
MAMONDE Vital Vitamin Essence(100ml)
mulai
RM135.00
Semak MAMONDE Vital Vitamin Essence(100ml) harga dibawah:

Diperkaya dengan ekstrak bunga Bitter Orange dan 7 Vitamin Complex, essence ini direka khas buat kulit kusam dan keletihan. Essence ini akan mengecas kesegaran pada kulit supaya kulit serta merta kelihatan ‘hidup’ dan cerah. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat memberi kelembapan untuk supaya kulit kekal cerah, glowingdan berseri dari dalam. 

Inilah produk yang akan memberikan anda kesan kulit glass-skin seperti wanita Korea yang mempunyai kulit cerah dan licin!

Toner ‘exfoliating’ ajaib untuk kulit berpigmentasi
BY WISTHREND Mandelic Acid 5% Skin Prep Water (120ml)
mulai
RM79.00
Semak BY WISTHREND Mandelic Acid 5% Skin Prep Water (120ml) harga dibawah:

Kebanyakan toner exfoliate menggunakan bahan yang kasar dan akan memedihkan muka. Toner daripada By Wishtrend ini mengandungi Mandelic Acid 5% iaitu salah satu ramuan AHA yang mempunyai saiz molekul tidak akan menyebabkan kulit merengsa dan sesuai digunakan setiap hari. Toner ini juga membantu produk lain menyerap dengan lebih berkesan dan mendalam.

Ianya melindungi pigmentasi pada kulit serta membaiki tona dan teksturnya. Toner ini juga diperkaya dengan Vitamin B5, yang berfungsi sebagai humectant untuk meningkatkan keupayaan kulit bagi mengekalkan penghidratan.

Pelembap emulsion sesuai untuk kulit kombinasi
HANURSINBIHAN King’s Berry Age Return Emulsion
mulai
RM70.00
Semak HANURSINBIHAN King’s Berry Age Return Emulsion harga dibawah:

Jika anda mempunyai kulit kombinasi, T-Zone anda seringkali berminyak digabungkan dengan kawasan pipi yang kering, pelembap jenis emulsion ini adalah terbaik. Emulsion ialah pelembap yang tidak pekat dan likat, ringan serta bertekstur gel. Sesuai untuk digunakan oleh kulit kombinasi kerana ia tidak akan membuatkan bahagian T-Zone anda menghasilkan minyak berlebihan tetapi masih melembap kawasan wajah yang kering dengan berkesan.

Dengan mengandungi 88% ekstrak Aronia, ianya memberi kelembapan yang secukupnya agar kulit kekal terhidrat. Melegakan ketengangan kulit serta menaikkan kembali seri wajah.

Tiada lagi masalah pori besar dengan pencuci muka dari Korea ini
YADAH Pore Refining Foam Cleanser(150ml)
mulai
RM23.40
Semak YADAH Pore Refining Foam Cleanser(150ml) harga dibawah:

Pencuci muka jenis berbusa dari jenama Yadah ini, menggunakan pendekatan semulajadi seperti kebaikan putih telur untuk memerangkap segala sisa kotoran dan sebum di dalam liang pori terbuka. Ianya bertujuan untuk membersihkan pori tersumbat sebelum mengecilkan pori-pori tersebut. Tekstur pencuci muka ini sangat lembut akan memerangkap minyak dan sebum lebihan tanpa membuatkan kulit rasa kering dan tegang.

Ianya berkesan untuk membuang kotoran dan menenangkan kulit sensitif dengan menggunakan air bunga Nelumbo Nucifera yang akan melicinkan kulit dan perbaiki tekstur kulit wajah agar kekal seri dan bermaya.

Masker lumpur baik untuk kegunaan remaja alami kulit berjerawat
Secret Nature Volcanic Ash Pore Pack
Secret Nature
mulai
RM40.60
Semak Secret Nature Volcanic Ash Pore Pack harga dibawah:

Masker ini amat sesuai untuk kulit remaja yang berjerawat kerana ianya senang digunakan. Sesuai juga digunakan sebagai rawatan kulit jerawat kerana mempunyai bahan aktif yang akan serta-merta menyerap minyak, mengecutkan jerawat, menghilangkan parut dan menyedut segala kotoran pada liang pori untuk menghalang bakteria penyebab jerawat daripada menempel pada kulit.

Dengan 8 jenis bahan semula jadi seperti brokoli, Aloe Vera, Green Tea, bunga Lili, Centella Asiatica, Cypress, lobak merah dan Portulaca Orelacea yang akan membantu dalam melembapkan, menenangkan, menganjalkanserta mencerahkan kulit.

Disclaimer: The pricing shown is just a good indication of how much these products are worth. The prices could change based on the e-commerce promotions that are going on. If some of the products are not available, do email us at [email protected]. Thank you!

End of Article