Kenyataannya, ampoule ini sama sahaja seperti serum. Disediakan di dalam bentuk cecair jernih yang penuh dengan kebaikan pati aktif di esktrak untuk merawat pelbagai masalah dan jenis kulit. Tetapi, apa yang mungkin anda tidak tahu ialah kandungan bahan aktif di dalam ampoule sebenarnya berganda dan memberi konsentrasi yang tinggi berbanding produk penjagaan wajah yang lain, bahkan dari serum. Apa yang pasti, ianya tiada bahan pengawet atau kimia berbahaya.
Untuk kamu yang mempunyai masalah kulit kering, disarankan untuk menambah ampoule ke dalam rutin penjagaan kulit harian anda. Ini kerana kebanyakan ampoule menggunakan ekstrak herba semula jadi bagi merawat kondisi kulit. Jadi bagi anda yang alami masalah kulit kering, usah risau lagi. Ianya tidak akan membuatkan kulit terasa merengsa atau iritasi sepanjang penggunaannya. Nak tahu yang mana satu sesuai buat kamu? Teruskan membaca.
SKIN1004 Madagascar Centella-Asiatica 100 Ampoule adalah antara produk kecantikan yang perlu dicuba sekiranya anda mempunyai masalah jerawat. Ianya sangat lembut dan diperbuat dari ekstrak Centella Asiatica yang mengandungi 30% Asiaticoside, 30% Asiatic Acid dan 40% Madecassic Acid untuk meremaja serta mencerahkan tona kulit tidak sekata.
Ampoule ringan ini boleh digunakan dalam beberapa cara, sama ada dicampur ke dalam krim pelembap, tuangkan pada kapas atau campur dengan air sebagai setting spray. Cubalah sekarang!
Diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan, Beautee Vitamin C Ampoule halal ini bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya. Produk ini kaya dengan kandungan Vitamin C, memberi rawatan terbaik untuk menyingkir bintik-bintik hitam, jerawat serta sel kulit mati. Seperti yang anda ketahui, kandungan Vitamin C adalah amat penting di dalam produk kecantikan kerana ianya berfungsi sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas.
Dalam masa hanya 2 minggu, kulit anda akan nampak lebih cerah dan licin. Tiada lagi kulit wajah kelihatan kusam.
Cosrx Centella Blemish Ampoule direka khusus buat yang berkulit kering serta sensitif. Dengan mengandungi air daun Centella Asiatica, ia berupaya mengurangkan masalah kulit, melegakan tekanan dan membentuk lapisan perlindungan secara semula jadi. Centella Asiatica Leaf Water biasanya digunakan sebagai ubat herba dalam perubatan dan secara saintifik telah terbukti untuk menyediakan penghidratan dan menggalak komposisi kolagen.
Pastikan anda guna secara konsisten untuk mendapat hasil keberkesanan yang diingini. Ikut aturan langkah yang disyorkan.
Dengan kandungan Jeju Lava Seawater, Antioxidative dan Volcanic Bedrock, ampoule dari Innisfree ini menjadi penyelamat untuk memberi tenaga penghidratan secara mendalam. Ia mengembalikan keseimbangan kulit dan menghidrat secara terus ke dasar kulit. Sekiranya kamu mempunyai masalah kulit kering, ampoule ini mampu mengekalkan suhu malar dan tahap pH tanpa mengira keadaan cuaca.
Gunakan ampoule ini untuk merawat kondisi kulit kering akibat pencemaran alam sekitar. Kulit kembali cerah dan berseri dalam hanya beberapa kali sahaja penggunaannya.
Ampoule mampu milik yang boleh didapati dari drugstore ini mengandungi bahan aktif dalam mengatasi masalah kulit kering tanpa menyebabkan iritasi. Diformulasi dari bahan anti-oksidan dan anti-pencemaran (anti-pollution) di dalamnya pula bermanfaat untuk melicin dan menenangkan kulit. Kulit anda akan kekal terhidrat sepanjang masa.
Dalam pada masa yang sama, ampoule ini akan menghapus sel-sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan kulit, sekaligus menghasilkan kulit wajah lebih sihat dan bermaya. Gunakannya selepas memakai toner untuk mendapatkan hasil lebih ‘lumayan’.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!