Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ac ruang tamu

13 Aircond Terbaik Untuk Ruang Tamu di Malaysia 2024

Bersantai di ruang tamu, tiada lagi masalah boleh pilih aircond ikut kesesuaian.

Kalau musim panas, pasti membuatkan ramai rasa kurang selesa lebih lagi jika bahang waktu petang masih kekal dalam rumah sehingga malam.

Tambah pula jika orang berkunjung ke rumah, bertambah kuat rasa bahang rumah ketika itu dan semestinya jalan penyelesaian utama adalah pasang aircond di ruangan rumah!

Tapi, mana satu jenama aircond terbaik yang ada hoursepower aircond paling sejuk atau penghawa dingin untuk ruang tamu?

Jadi jom kita lihat senarai jenis aircond terbaik, harga aircond paling bagus dan kedudukan sesuai untuk pasang aircond.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 13 Aircond Terbaik Untuk Ruang Tamu

Aircond ruang tamu terbaik secara keseluruhan
Mitsubishi 2.5HP R32 Deluxe Inverter Aircond - MSY-GR24VF
Mitsubishi
Mitsubishi 2.5HP R32 Deluxe Inverter Aircond - MSY-GR24VF
From
RM3,354.70
Check Mitsubishi 2.5HP R32 Deluxe Inverter Aircond - MSY-GR24VF price below:
add_circle Ruangan cepat sejuk
add_circle Beroperasi secara senyap
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Aircond inverter jenama Mitsubishi ini sesuai untuk digunakan pada ruangan ruang tamu yang besar kerana memiliki 2.5 HP.

Ciri-ciri:

Dengan 2.5 HP ini, penggunaan elektrik sebanyak 2.0 kW dan boleh dikatakan jimat elektrik.

Seperti jenama aircond inverter terbaik yang lain, aircond Mitsubishi model ini beroperasi secara senyap dengan jumlah bunyi 18dB.

Ciri lain yang terdapat pada aircond ini adalah teknologi sleep mode dan fast cooling.

Jadi, anda tidak perlu menunggu lama untuk ruangan yang menjadi sejuk.

Paling penting, memiliki rawatan anti karat.

Maksudnya, komponen yang terdedah dengan hakisan bahan kimia dan mudah karat dapat dilindungi.

Disebabkan mempunyai rawatan anti karat, jenama Mitsubishi model ini jangka hayatnya tahan lebih lama.

Jangan risau, aircond ini mempunyai warranty selama 7 tahun untuk bahagian compressor dan 2 tahun untuk General Part.

Review:

"Antara jenama paling boleh dipercayai. Aircond saiz compact dan paling best ni aircond inverter. Aircond sejuk dan setakat ni okay sangat."

Aircond 1hp untuk ruang tamu
Haier R32 Smart DC Inverter Clean Air Conditioner (1.0hp) HSU-09VNR18
Haier
From
RM926.00
Check Haier R32 Smart DC Inverter Clean Air Conditioner (1.0hp) HSU-09VNR18 price below:
add_circle Jaminan kompressor maksimum 10 tahun
add_circle Mudah untuk dipasang
add_circle Aliran udara yang kuat
add_circle Menapis habuk dengan baik
add_circle Melawan dan menghapus sehingga 99% bakteria
remove_circle Tidak sesuai untuk ruang sempit

Aircond jenama Haier model HSU-09VNR18 dilengkapi dengan ciri asas seperti Energy Saving dan Turbo Mode. 

Istimewa tentang aircond ini, mempunyai teknologi Smart Cleaning yang memberi udara bersih secara automatik. 

Malah sistem PID Inverter Control pula dapat memantau suhu bilik supaya aircond tidak menggunakan tenaga elektrik yang berlebihan. 

Senang kata aircond ini merupakan jenis aircond rumah yang terbaik untuk dipasang lama. 

Fungsi Turbo Airflow akan memberi aliran udara lebih kuat daripada aircond konvensional lain. 

Sangat sesuai diletakkan di ruang yang agak luas seperti ruang tamu atau master bedroom

Walaupun hanya 1.0HP, tapi tetap dapat menyejukkan bilik dalam masa beberapa minit sahaja. 

Jangan risau, terdapat jaminan motor aircond selama 10 tahun dan 3 tahun untuk jaminan am.

Aircond yang mesra alam
Hisense R32 Non-Inverter Air Cond (AN10DBG)
Hisense
From
RM899.00
Check Hisense R32 Non-Inverter Air Cond (AN10DBG) price below:
add_circle Harga murah
add_circle Jimat elektrik
add_circle Mod senyap (28db)
add_circle Waranti kompressor 5 tahun
remove_circle Waranti am hanya 2 tahun

Hisense R32 Non-Inverter Air Cond ini sesuai untuk anda yang mempunyai bajet rendah untuk memiliki penghawa dingin. 

Jenama Hisense model AN10DBG sesuai diletakkan di ruang tamu rumah anda.

Lengkap dengan ciri-ciri yang mampu menyejukkan ruang bilik yang luas dengan pantas. 

Saiz bilah kipas aircond sepanjang 16 meter diikuti dengan aliran 4D air flow.

Maksudnya, aircond ini bijak mengimbangi suhu bilik supaya anda kekal selesa.

Penghawa dingin ini turut dilengkapi dengan mod tidur, mod pintar, mod hidup semula secara automatik dan pemasa 24 jam.

Bukan itu sahaja, penggunaan gas R32 menjadikan aircond ini sebuah penghawa dingin jimat elektrik dan mesra alam. 

Para tetamu boleh menikmati udara yang bersih dan segar kerana aircond murah ini dipasang dengan dua jenis penapis khas.

Aircond 2hp untuk ruang tamu
Daikin SMARTO Premium R32 Inverter
Daikin
Daikin SMARTO Premium R32 Inverter
From
RM2,049.00
Check Daikin SMARTO Premium R32 Inverter price below:
add_circle Mempunyai penapis
add_circle Gas R32
add_circle 5 Star Energy Saving
add_circle Mempunyai sambungan Wifi
add_circle Jenis inverter
remove_circle Harga mahal

Penghawa dingin Daikin ini antara yang terbaik untuk sebuah aircond bersaiz 2 horse power(HP).

Aircond jenis inverter yang canggih dengan sistem sambungan WiFi yang menggunakan sistem Smart Control dimana anda tidak perlu lagi menggunakan alat kawalan jauh. 

Anda boleh mengawal suhu, kelajuan dan mode kipas dari telefon pintar sahaja. 

Selain itu, model aircond SMARTOR Premium Inverter memperkenalkan fungsi aircond yang boleh berfungsi sebagai air purifier

Malah  memberi udara yang nyaman dan bersih dengan tiga penapisan terbaik iaitu Gin-Ion Blue Filter, PM2.5 Filter dan Streamer Discharge Unit. 

Kelebihan kuasa 2.0 HP aircond ini memberi aliran udara sejuk yang menyeluruh ke dalam ruangan rumah anda dengan baik.

Sangat sesuai untuk ruang yang luas seperti bilik mesyuarat, surau, master bedroom dan kedai atau butik pakaian. 

Walaupun aircond ini memiliki saiz yang besar tapi kadar penggunaan tenaga masih lagi rendah dengan kadar 420 watt hingga 2,200 watt untuk penyejukan 19,000 (Btu/h). 

Aircond besar untuk ruang tamu
LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 2.0HP S3-Q18KL3WA
LG
LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 2.0HP S3-Q18KL3WA
From
RM2,968.00
Check LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 2.0HP S3-Q18KL3WA price below:
add_circle Jaminan kompressor 10 tahun
add_circle Sistem senyap (32-45 dBa)
add_circle 70% jimat elektrik
remove_circle Harga mahal

Kalau anda suka on aircond setiap masa memang wajib pilih aircond jimat elektrik dari LG ini. 

Model khas ini mampu menjimatkan 70% elektrik dan 40% lebih pantas menyejukkan ruang utama. 

Sesuai dengan kapasiti 2.0HP yang kuat tapi tetap dengan kawalan tenaga elektrik sekadar 220 - 240 voltan. 

Dicirikan motor dual inverter, penghawa dingin ini menjanjikan kepada bunyi kipas senyap, cepat sejuk dan tahan lasak. 

Malah diberi lagi 10 tahun jaminan kompresor untuk memastikan setiap pengguna aircond LG merasai kualiti hebat ini. 

Anda juga boleh memilih 4 pilihan ayunan kipas supaya setiap sudut bilik dan ruang rumah kekal dengan udara yang nyaman serta bersih. 

Aircond inverter
Panasonic CS-XU13XKH-1 (1.5HP)
Panasonic
Panasonic CS-XU13XKH-1
From
RM2,390.00
Check Panasonic CS-XU13XKH-1 (1.5HP) price below:
add_circle Ruangan cepat sejuk
add_circle Mempunyai nanoe™ X yang efektif
add_circle Dapat mengurangkan habuk
remove_circle Harga mahal

Aircond inverter jenama Panasonic mempunyai teknologi nanoe™ X dimana dapat memberi perlindungan pada udara yang tercemar serta dapat menghilangkan bau. 

Dengan ada teknologi ini, peralihan udara dalam rumah menjadi lebih bersih dan berkesan untuk menghalang penyebaran bakteria.

Selain itu, aircond ini bercirikan kawalan pusat yang mudah dan hanya memerlukan peranti mudah alih yang mempunyai aplikasi Comfort Cloud.

Aplikasi ini dapat bantu anda:

  1. Mengawal semua ciri penyaman udara dari jauh.
  2. Memantau penggunaan tenaga secara komprehensif.
  3. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.

Menariknya lagi, teknologi Eco mode dengan kawalan A.I memberikan penjimatan tenaga sehingga 20%.

Manakala, teknologi iAUTO-X pula memberikan 25% penyejukan pantas dengan penggunaan Panasonic Thermal Enhancement Technology (P-TECh).

Teknologi ini membolehkan compressor mencapai frekuensi dengan pantas daripada permulaan sekaligus memberikan penyejukan serta merta walaupun hari yang panas terik.

Aircond terbaik dan murah
Pensonic Air Cooler PAC-105M
Pensonic
Pensonic Air Cooler PAC-105M
From
RM255.00
Check Pensonic Air Cooler PAC-105M price below:
add_circle Harga murah
add_circle Mempunyai penapis habuk
add_circle 3 pilihan kelajuan angin
remove_circle Bunyi aliran air agak kuat
remove_circle Aliran angin atas-bawah dilakukan secara manual

Siapa sangka jenama Pensonic menyediakan pilihan penghawa dingin yang kurang dari RM500. 

Model Pensonic Air Cooler PAC-105M boleh dikatakan pembelian berbaloi kerana dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih pada sesebuah penghawa dingin portable

Bahagian dalam aircond mempunyai penapis jenis honeycomb bertindak untuk menyerap haba panas pada aliran air. 

Ciri fungsi ini menjadikan udara pada bilik anda kekal lembap dan sejuk sepanjang penggunaan.

Selain itu, dilengkapi penapis habuk bagi memastikan ruang udara kekal bersih tanpa sebarang bakteria atau hama. 

Anda juga boleh mengubah kelajuan angin pada tiga tahap dan mengikut tiga jenis mood yang disediakan iaitu humidity, cool and fresh air. 

Paling menarik, setiap pembelian portable aircond Pensonic diberi dua buah penyejukkan ais untuk diletakkan di dalam bekas puntuk mengisi air aircond

Paling penting, bunyi kipas juga tidak terlalu bising dan walaupun saiz aircond portable kecil tapi tetap memberikan kesejukan yang kuat.  

Aircond yang sesuai untuk ruang tamu
Sharp Air Conditioner (1.5 HP) AHA12WCD R32
Sharp Air Conditioner (1.5 HP) AHA12WCD R32
From
RM1,439.00
Check Sharp Air Conditioner (1.5 HP) AHA12WCD R32 price below:
add_circle Kapasiti sejuk 12500btu/h
add_circle Fungsi self-cleaning
add_circle Timer - 12 jam
add_circle Harga murah
remove_circle 3 Star Energy Saving

Sharp merupakan antara jenama aircond yang terbaik dan sering kali menjadi pilihan pengguna di Malaysia. 

Model aircond Sharp ini dengan pelbagai teknologi penyejukan terkini supaya dapat memberi suhu yang nyaman pada ruang tamu anda. 

Fungsi jimat elektrik, operasi turbo, mod eco dan self diagnose antara kelebihan yang ada pada penghawa dingin ini.

Anda juga  boleh mengubah suhu bilik serendah 14℃ dan sudah tentu aliran udara boleh diatur mengikut tiga jenis aliran. 

Rekaan aircond yang moden ini amat sesuai untuk dipasang samada di bilik atau ruang tamu. 

Aircond untuk ruang tamu besar
Midea Inverter Aircond R32 Xtreme Series 2.5HP - MSXS-CRDN8
Midea
Midea Inverter Aircond R32 Xtreme Series 2.5HP - MSXS-CRDN8
From
RM2,688.00
Check Midea Inverter Aircond R32 Xtreme Series 2.5HP - MSXS-CRDN8 price below:
add_circle Jenis inverter
add_circle Jimat elektrik
add_circle Kapasiti keluasan 10,910Btu
add_circle Mempunyai ionizer
remove_circle Harga mahal

Horse power aircond Midea ini cukup besar iaitu 2.5hp dimana amat sesuai untuk diletakkan di ruang tamu yang luas. 

Biarpun horse power yang besar tapi anda boleh jimat elektrik sehingga 60% kerana dibantu motor inverter, gas R32 mesra alam dan operasi tenaga voltan rendah. 

Model penghawa dingin ini juga menjanjikan bunyi operasi yang senyap, cepat sejuk dan unit luar yang tahan lama serta lasak. 

Menariknya lagi, anda boleh mengawal suhu dan tetapan masa aircond dari telefon pintar kerana dilengkapi WiFi dan aplikasi khas dari Midea. 

Aircond cantik untuk ruang tamu
Samsung S-Essential 1.0HP R32 Non Inverter Air Conditioner AR09TGHQABUNME
Samsung S-Essential 1.0HP R32 Non Inverter Air Conditioner AR09TGHQABUNME
From
RM838.00
Check Samsung S-Essential 1.0HP R32 Non Inverter Air Conditioner AR09TGHQABUNME price below:
add_circle Harga murah
add_circle Ada timer & fungsi restart
add_circle Pelbagai mod sejuk
add_circle Mempunyai penapis jenis HD
add_circle Gas R32
remove_circle Energy Star 3

Aircond rumah terbaik dari Electrolux model ESMR09CRR-B3 dilengkapi dengan kuasa motor hebat 1.0HP. 

Aircond ini dapat menjamin kebersihan udara dan pembebasan dari pembiakkan kulat pada bahagian dalam aircond

Sistem The X-Fan secara automatik dapat menyingkir lebihan lembapan apabila aircond ditutup. 

Sekaligus dapat mengelakkan bakteria dan bau hapak naik pada permukaan aircond

Manakala, alat kawalan jauh dengan fungsi I-Feel pula dapat mengawal suhu aircond dengan menilai suhu badan anda. 

Jadi anda perlu kekal bersama remote control untuk mendapat rasa sejuk yang nyaman.  

Spesifikasi lain bagi aircond Electrolux ialah menggunakan gas R32, motor aircond yang senyap (31-42 dBa) dan material gelung Blue Fin tahan lasak.

Paling penting, penggunaan tenaga elektrik rendah akan memberikan penjimatan yang lebih optimum!

Aircond portable untuk ruang tamu
MORGAN MAC-COOL1A
Morgan
Morgan air cooler
From
RM309.00
Check MORGAN MAC-COOL1A price below:
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle Penapis kalis habuk
add_circle Fungsi 3 dalam 1
add_circle Jimat elektrik
remove_circle Saiz kecil

Aircond jenama Morgan ini sangat efisien dari segi tenaga dan mempunyai kapasiti tangki air sebesar 5L untuk kesegaran yang tahan lama tanpa perlu kerap mengisi air.

Untuk saiz aircond ini, sesuai untuk bilik berkeluasan 20-25m² akan terasa sejuk dan selesa.

Ada 3 pilihan kelajuan dan ada 2 pek penyejuk tambahan yang anda boleh masukkan ke dalam pembeku dan menggunakannya ketika diperlukan. 

Dilengkapi penapis honeycomb yang tahan lama dan tahan habuk, di mana ciri ini akan memberikan udara yang lebih segar dan bersih.

Turut mempunyai teknologi 3 dalam 1 sebagai penghawa dingin, penapis udara dan penyejuk, aircond ini memberikan kualiti udara yang optimum di rumah anda.

Dengan dimensi 365X315X785mm, penghawa dingin ini sesuai diletakkan di ruang tamu, bilik tidur atau bilik kerja. 

Aircond terbaik dan jimat elektrik
Coway Penyaman Udara Jimat Elektrik 5 Filter Inverter
Coway Penyaman Udara Jimat Elektrik 5 Filter Inverter
From
RM130.00
Check Coway Penyaman Udara Jimat Elektrik 5 Filter Inverter price below:
add_circle Penapisan 5 langkah
add_circle Jimat elektrik
add_circle Bunyi rendah
add_circle Mod auto clean
remove_circle Pakej bayaran bulanan

Nak cari aircond rumah tanpa perlu service sendiri? Tak perlu lagi susah-susah panjat tangga atau hadap habuk kerana pihak Coway akan uruskan semuanya. 

Menawarkan 7 langkah service yang membolehkan anda merasai udara sejuk yang bersih dan menjimatkan elektrik dengan bermodalkan serendah RM100 sebulan sahaja. 

Dengan 5-step filtration dan fungsi self-cleaning, aircond Coway boleh menghapuskan bakteria dengan cara heat sterilisation

Bukan itu sahaja, terdapat juga ciri auto mode, eco mode, sleep mode, 4-way auto swing, ‘I feel’, dan banyak lagi. 

Alami aliran udara semula jadi yang lembut, selesa dan menyejukkan dengan mod gentle wind.

Walaupun perlu membayar secara bulanan, tapi jimat elektrik dan berbaloi.

Aircond mini untuk ruang tamu
Acson Portable Air-Conditioner (WiFi MOVEO)
Acson Air Conditioner
From
RM1,800.00
Check Acson Portable Air-Conditioner (WiFi MOVEO) price below:
add_circle Swing udara fleksibel
add_circle Paparan LED
add_circle Penapis tahan lama dan mudah diakses
add_circle Penyejukan cepat
add_circle Kawalan penyejukan pintar
remove_circle Berat
remove_circle Harga sedikit mahal

Penghawa dingin Acson memberikan penyejukan cepat dengan aliran udara yang kuat dan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa pemasangan tetap.

Terdapat dua mod aliran udara yang boleh anda pilih iaitu: direct cooling airflow dan swing mode.

Skrin LED pula memaparkan data penting seperti tetapan suhu, mod, pemasa, WiFi, dan kelajuan tahap kipas.

Dilengkapi Double Condenser Technology yang menyejat semua air berlebihan dan fungsi Power Failure Memory yang mengingati tetapan terakhir sekiranya berlaku kegagalan kuasa secara tiba-tiba.

Jangan risau, tidur malam anda tidak akan terganggu kerana mod tidur akan mengurangkan kecerahan skrin.

Ia juga mempunyai penapis yang mudah dikeluarkan, dibersihkan, dan dipasang.

Dengan aplikasi Easy Touch, anda boleh menukar mod dan suhu penghawa dingin dari sofa.


Kelebihan dan Kekurangan Setiap Jenis Penghawa Dingin

Hebat macam mana sekalipun penghawa dingin yang anda beli, pasti akan ada kekurangan.

Jadi perlu pertimbangkan sebaik mungkin sebelum membeli aircond.

Berikut adalah senarai kelebihan dan kekurangan setiap jenis aircond.

  1. Split AC
  • Kelebihan:
    1. Lebih efisien dan lebih senyap daripada jenis aircond lainnya.
    2. Lebih fleksibel dalam pemasangan kerana unit indoor dan outdoor terpisah.
    3. Lebih mudah maintain dan tidak memerlukan penyelenggaraan berkala.
  • Kekurangan:
    1. Lebih mahal daripada jenis AC lainnya.
    2. Memerlukan pemasangan yang lebih rumit dan perlu dipasang oleh juruteknik profesional.
    3. Unit indoor memerlukan ruang khusus dan perlu dipasang di dinding atau syiling.
  1. Window AC
  • Kelebihan:
    1. Mudah dipasang.
    2. Harga lebih murah.
    3. Lebih efisien berbanding portable aircond.
  • Kekurangan:
    1. Tidak efisien untuk ruangan yang sangat besar.
    2. Memerlukan penyelenggaran yang kerap.
    3. Perlu menebuk lubang dinding.
  1. Portable AC
  • Kelebihan:
    1. Mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain.
    2. Tidak memerlukan pemasangan yang rumit.
    3. mempunyai pelbagai saiz dan model.
  • Kekurangan:
    1. Lebih mahal daripada window aircond dengan kapasiti yang sama.
    2. Kurang efisien daripada jenis aircond lainnya.
    3. Biasanya lebih bising daripada jenis AC lainnya.
  1. Central AC
  • Kelebihan:
    1. Lebih efisien daripada jenis aircond yang lain.
    2. Dapat mengawal suhu di sesebuah ruang.
    3. Tidak memerlukan unit indoor tambahan.
  • Kekurangan:
    1. Memerlukan installation yang rumit dan perlu dipasang oleh teknikal yang professional.
    2. Memerlukan penyelenggaraan kerap untuk ketahanan penjagaan jangka masa panjang.
    3. Lebih mahal daripada jenis aircond yang lain.

Berapa Horse Power (HP) Aircond Untuk Ruang Tamu?

Mungkin ada lagi yang tidak tahu apa maksud HP yang ada pada aircond.

HP bermaksud horsepower atau dalam Bahasa Malaysia, kuasa kuda. 

Jadi nak pilih 1hp atau 1.5hp atau 2.0hp bergantung kepada saiz atau ruang yang ingin anda pasang aircond

Tapi, aircond saiz 1hp sudah cukup untuk ruang seperti bilik tidur atau ruang bersaiz kecil.

 1.5hp dan 2.0hp sesuai untuk ruangan besar kerana menggunakan kuasa yang banyak untuk menyejukkan ruang.

Anda juga boleh mengira ukuran bilik yang terdedah dengan sinaran matahari atau tidak seperti:

  • Panjang (kaki) x Lebar (kaki) x 80 -  ruang yang terkena cahaya matahari.
  • Panjang (kaki) x Lebar (kaki)  x 70 - ruang yang terlindung dari cahaya matahari.

Kemudian dari jawapan kiraan diatas, anda boleh tentukan horse power yang sesuai dengan ukuran ruang tamu atau bilik anda:

  • 1hp - 10,000 - 11,000
  • 1.5hp - 12,000 - 15,000
  • 2hp - 16,000 - 20,000
  • 2.5hp - 21,000 - 26,000 

Untuk memahami lebih terperinci, boleh tonton video berikut.


Apakah Tips Pasang Aircond Ruang Tamu?

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu ketika mengambil keputusan untuk memasang aircond di ruang tamu.

  • Cari kedudukan aircond yang terbaik bagi memastikan aliran udara berjalan dengan lancar. 
  • Pastikan unit aircond luar tidak terdedah dengan apa-apa kebocoran atau dipasang jauh dari tempat air terkumpul seperti takungan air hujan
  • Sebaiknya pilih horse power aircond yang sesuai dengan saiz ruang tamu anda. 
  • Jarak pasang aircond dan siling ruang tamu anda sekurang-kurang 7.5cm atau lebih. Lakukan ukuran dan pengubahsuaian bilik jika perlu untuk pemasangan aircond

Apa Tempat Sesuai Letak Aircond Di Ruang Tamu?

Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk meletakkan penghawa dingin di ruang tamu.

  • Pencahayaan

Sebaiknya, letak aircond pada dinding yang tidak menghadap cahaya matahari langsung dan kawasan yang teduh.

Ini akan membantu menjaga suhu ruang tamu tetap sejuk dan mengurangkan tekanan pada aircond.

  • Aliran udara lancar

Pilih kawasan yang membolehkan udara diedarkan dengan sekata di seluruh ruang tamu tanpa halangan perabot atau terlalu dekat dengan dinding.

Jangan terlalu hampir dengan karpet atau langsir yang menjadi punca habuk dan berdebu.

  • Keselamatan pengguna

Pilih ketinggian yang sesuai dan tidak menghalang pergerakan tetamu.

Nasihat kami pilih aircond inverter untuk mengelakkan bunyi bising yang mengganggu ketenangan rumah dan lebih menjimatkan elektrik.

Jangan lupa pilih tempat yang mudah diakses untuk memudahkan penjagaan dan penyelenggaraan aircond.

  • Kadar penggunaan

Pastikan bahawa kedudukan aircond memberikan penyejukan yang seimbang ke seluruh ruang tamu.

Letakkan di bahagian paling kerap digunakan tetamu seperti ruang duduk.


Apa Perbezaan Antara Aircond Inverter Dan Non Inverter?

Aircond inverter mempunyai teknologi inverter yang mengawal penyejukan dengan lebih efisien berbanding aircond non-inverter.

Kompresor inverter beroperasi pada kelajuan berubah-ubah mengikut beban pendinginan yang diperlukan.

Manakala, non-inverter pula hidup dan mati pada satu kelajuan tetap sahaja dan suhunya juga tidak konsisten serta sedikit perlahan mencapai suhu sasaran.

Oleh itu, aircond inverter lebih menjimatkan elektrik kerana menggunakan kurang tenaga untuk menghasilkan sejuk yang sekata.

Ia juga lebih senyap dan selesa kerana kurang getaran dan hentaman kuat pada pam dan kompresor semasa beroperasi.

Selain itu, aircond inverter juga lebih pantas mencapai dan mengekalkan suhu ditetapkan.

Unit dalaman hampir tidak perlu berhenti dan boleh memberikan suhu rendah berterusan walaupun ruangan kecil.

Walaupun harga pembelian aircond inverter adalah lebih tinggi, kos operasi jangka panjangnya lebih rendah, lebih cekap tenaga dan tidak perlu penyelenggaraan yang lebih kerap.


Apa Perbezaan Antara Air Cooler Dan Aircond?

Air cooler menggunakan prinsip penyejatan air untuk menurunkan suhu bilik.

Udara akan ditarik masuk melalui salur masuk dan disejatkan dengan air sebelum dilepaskan semula ke bilik.

Proses ini sekali gus menurunkan suhu dan meningkatkan kelembapan udara.

Namun, air cooler perlu isi air atau pek ais untuk kekal sejuk dan tidak boleh capai suhu rendah secara konsisten.

Manakala bagi air cond pula, pendinginan berlaku melalui kitaran tertutup yang melibatkan penyejukan berteknologi tinggi dan pertukaran haba antara unit dalam dan luar.

Ia lebih berkesan menurunkan suhu bilik sehingga 16-24 darjah Celsius.

Dari segi kos, air cooler jauh lebih murah berbanding air cond. Penggunaan kuasa elektriknya juga lebih rendah.

Kos penyelenggaraan air cooler juga lebih minimum kerana reka bentuknya yang lebih kecil dan portable.

Walau bagaimanapun, air cooler hanya sesuai untuk ruangan bersaiz kecil hingga sederhana sahaja.

Keberkesanannya juga terhad dalam menurunkan suhu ambien sehingga 25-30 darjah Celsius sahaja.

Ia juga boleh meningkatkan kelembapan udara dalaman yang memudaratkan kesihatan.

Secara ringkasnya, air cooler jauh lebih murah, senang maintain dan tiada kos pemasangan, manakala air cond pula lebih berkesan dalam fungsi asasnya untuk mendinginkan ruang dalaman yang lebih luas.


Artikel Berkaitan

End of Article