Teknologi

7 Smart Watch Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia 2026

Smartwatch (Jam Pintar) bukan saja ada untuk orang dewasa tapi ada juga untuk keselematan kanak-kanak. Jom tengok senarai smart watch kanak-kanak terbaik.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Smart Watch Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia 2026

Mungkin segelintir ibu bapa merasakan penggunaan smart watch pada si kecil tidak penting.

Tapi sebenarnya, ada banyak kebaikan antaranya boleh akses dimana keberadaan anak anda jika mereka tiba-tiba hilang depan mata.

Kandungan

Jadi jom lihat pilihan jam tangan smart watch untuk anak dari senarai kami ini. Banyak yang terdapat ciri-ciri seperti smart watch 4G dan sebagainya.


Senarai 7 Smart Watch Kanak-Kanak di 2026

amazfit bip u pro
Smartwatch kanak-kanak terbaik secara keseluruhan 1 daripada 7
Amazfit Bip U Pro
Partnership with Amazfit
Dari RM178
Notifikasi untuk panggilan telefon, SMS dan aplikasi
Kalis air
Tidak boleh buat panggilan telefon
1 lagi
Ada GPS
  • OS: RTOS
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.43 inci, IPS LCD
  • Bateri: tahan sehingga 9 hari
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: Bluetooth

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan adanya GPS, anda akan berasa selamat anak-anak memakai jam ini. 

Ciri-ciri:

Amazfit Bip U Pro hadir dengan saiz skrin sebesar 1.43 inci dan menggunakan skrin jenis IPS LCD. 

Resolusinya adalah sebanyak 320x302 dan menyokong sambungan ke bluetooth dan mempunyai GPS. 

Saiz bateri pada jam pintar ini adalah sebanyak 230 mAh, dan cara pengecasan menggunakan 2-pins POGO pin.

Kebiasaannya dengan pengecasan penuh, smart watch kanak-kanak ini mampu bertahan sehingga 9 hari.

Ini kerana smartwatch terbaik secara keseluruhan adalah kerana harganya tidak terlalu mahal tapi masih dilengkapi dengan feature kesihatan yang baik. 

Review:

“Anak saya suka merayau bila pergi mall. Pakaikan jam ni, senang nak track dia dekat mana,”

Garmin Vivofit Jr 3
Smartwatch untuk tangan kecil 2 daripada 7
Garmin Vivofit Jr 3
Partnership with Garmin
Dari RM312.65
Jangka hayat bateri sehingga setahun
Reka bentuk dan corak menarik
Tiada GPS
2 lagi
Kalis air
Tiada touch screen
  • OS: Proprietery
  • Keserasian sistem operasi: iOS & Android
  • Paparan: 0.56 inci x 0.56 inci
  • Bateri: Tahan sehingga setahun
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: Bluetooth

Jam pintar Vivofit Jr 3 dari jenama Garmin ini merupakan jam pintar bersaiz kecil yang sesuai untuk kanak-kanak. 

Jika anda mempunyai anak yang aktif atau mahu galakkan anak anda bersenam, Vivo Jr 3 memang sesuai untuk anak anda.

Smartwatch ini mempunyai feature yang dapat menggalakkan anak-anak anda melakukan senaman. 

Bagi jam pintar ini, ibu bapa atau penjaga mempunyai kawalan penuh untuk mengawasi aktiviti anak-anak. 

Selain itu, smart watch kanak-kanak ini juga menawarkan pelbagai pilihan corak dan warna yang menarik.

Sebahagian corak jam pintar ini adalah dari watak adiwira dari filem-filem Marvel.

Walaupun Vivofit Jr 3 tidak memiliki GPS dan skrin sesentuh tapi tetap merupakan smart watch kanak-kanak yang menarik untuk anak kekal aktif.

VTech Kidizoom DX3
Smartwatch pintar kamera 3 daripada 7
VTech Kidizoom DX3
Partnership with
Dari RM368
Ada game
Boleh rakam dan ambil gambar
Tiada GPS
2 lagi
Selesa di pakai
Tidak kalis air
  • Keserasian sistem operasi: iSO & Android
  • Paparan: 1.44 inci
  • Bateri: 2 minggu
  • Penarafan IP: Tiada

VTech telah mencipta jam tangan pintar kanak-kanak terbaik, yang mempunyai banyak ciri hebat dengan harga yang berpatutan.

Apa yang menarik, VTech Kidizoom DX3 ini mempunyai kamera untuk mengambil foto dan video. 

Selain itu, smart watch kanak-kanak ini turut memuatkan pelbagai permainan yang boleh dimain di jam tersebut.

Bagi menambahkan lagi personaliti, terdapat lebih 50 muka jam dengan kesan 3D yang berbeza-beza. 

Bagaimanapun, jam pintar ini tidak memiliki ketahanan air. Jadi perlu berhati-hati ketika anak-anak bermain air.

Apple Watch SE
Smartwatch anak GPS 4 daripada 7
Apple Watch SE
Partnership with Apple
Dari RM999
Reka bentuk premium
Harga berpatutan dari Apple
Ketahanan bateri yang kurang
  • OS: watchOS 7.0
  • Keserasian sistem operasi: iOS
  • Paparan: 1.78 inci
  • Storan dalaman: 32GB
  • Bateri: Tahan sehingga 2 hari
  • Penarafan IP: Kalis air kedalaman 50 meter 
  • Penghubungan: Bluetooth, Wi-Fi

Apple Watch SE ini dilengkapi dengan teknologi canggih seperti membuat panggilan telefon, jejak kecergasan dan kesihatan, dan feature keselamatan. 

Bukan itu sahaja, smartwatch ini juga mempunyai tetapan keluarga yang membolehkan anda mengawal penggunaan jam pintar ini terhadap anak-anak anda. 

Tetapan keluarga ini juga mempunyai GPS tracker yang membolehkan anda mengawasi pergerakan anak-anak. 

Jadi, anda rasa lebih selamat bila mengetahui keberadaan anak-anak anda dan mempunyai ciri kalis air pada kedalaman 50 meter.

Tambahan lagi, Apple Watch SE ini mempunyai storan dalaman dan mampu menyimpan gambar, rakaman audio, atau lagu-lagu di dalamnya. 

Bagaimanapun, harga jam pintar dari Apple ini melebihi RM1,000. Jika anda mempunyai bajet lebih, bolehlah dapatkan Apple Watch SE.

fitbit
Smartwatch anak anti air 5 daripada 7
Fitbit Ace 3 Activity Tracker
Partnership with Fitbit
Dari RM348
Bateri tahan lama
Tali jam tangan yang selesa dan tahan lasak
Tidak banyak game
2 lagi
Menjadikan aktiviti senaman menyeronokkan
Skrin hitam dan putih
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.47 inci, OLED
  • Bateri: Tahan sehingga 8 hari
  • Penarafan IP: Kalis air kedalaman 50 meter 
  • Penghubungan: Bluetooth

Fitbit Ace 3 fokus dengan fungsi kegunaan sukan dan hadir dengan tawaran dua warna, hitam dan juga ungu. 

Saiz skrin pada Fitbit Ace 3 ini adalah sebesar 1.47 inci dengan fungsi skrin sesentuh dan jumlah piksel 240x240.

Bagaimanapun, paparan skrin bukanlah jenis berwarna tapi visual hitam dan putih. 

Untuk feature mempunyai jejak fitness dan kesihatan, hadir dengan pedometer, pengawasan waktu tidur, dan mod sukan termasuk berlari, berbasikal dan berenang. 

Bagaimanapun, tidak mempunyai sesor degupan jantung. 

Fitbit Ace
Smartwatch anak murah (di bawah RM100) 6 daripada 7
Fitbit Ace
Partnership with
Dari RM89.60
Harga murah
Bateri tahan lama
Reka bentuk kurang sesuai untuk kanak-kanak
1 lagi
Sesuai untuk kanak-kanak 8 tahun ke atas
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.4 inci, OLED
  • Bateri: Tahan sehingga 5 hari
  • Penarafan IP: IPX7 (tidak sesuai untuk berenang)
  • Penghubungan: Bluetooth

Jam pintar dari Fitbit ini hadir dengan skrin jenis OLED 1.4 inci dan baterinya pula dikatakan boleh bertahan sehingga 5 hari.

Sesuai untuk kana-kanak untuk memakainya ke sekolah selama 5 hari seminggu. 

Fitbit Ace ini juga boleh dikatakan kalis air seperti air hujan, peluh dan percikan air tapi tidak sesuai untuk digunakan semasa berenang.

Keserasian sistem operasi pula, ianya boleh digunakan bersama telefon Android atau pun iPhone. 

Smart watch kanak-kanak Fitbit ini juga dikatakan dibina untuk kegunaan kanak-kanak kerana mempunyai tetapan ibu bapa membolehkan mengawasi aktiviti anak.

Antara fungsi lain adalah seperti pengawasan waktu tidur dan waktu bermain.

Mudah kata, pengawasan aktiviti harian anak-anak anda hanya di hujung jari saja. 

Huawei Honor Band 6
Smartwatch anak perempuan 7 daripada 7
Honor Band 6
Partnership with Huawei
Dari RM145
Bateri tahan lama
Warna menarik sesuai untuk anak perempuan
Tiada GPS dan kamera
1 lagi
Kalis air
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.47 inci
  • Bateri: Tahan sehingga 14 hari
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: Bluetooth

Jam pintar Honor Band 6 ini dikatakan sesuai untuk anak-anak remaja kerana rekaannya membuatkan anak anda kelihatan lebih matang dipakai oleh anak remaja.

Warna yang ditawarkan juga menarik seperti hitam, kelabu, dan merah jambu. Pilih saja!

Bagi yang ada anak perempuan, memang sesuai ambil warna merah jambu, atau lebih spesifik warna coral pink.

Feature pengawasan yang ada pada smartwatch ini seperti pengawasan senaman, berenang, berbasikal dan berlari.

Tambahan lagi, terdapat fungsi senaman bebas seperti yoga dan lain-lain. 

Paparan skrin padan jam pintar Honor Band 6 ini juga boleh dikatakan agak cerah. 

Selain itu, ketahanan baterinya juga boleh tahan sehingga 14 hari tanpa cas. 

Fungsi menarik yang turut ada pada jam pintar ini adalah fungsi remote photo shooting di mana anak anda boleh menekan butang ambil gambar daripada jam sahaja. 

Dengan fungsi yang pelbagai, tentu anak remaja anda suka memakai jam pintar Honor Band 6 ini. 

Selain anda boleh awasi anak anda, anak anda juga seronok menggunakan smart watch kanak-kanak ini. 


Kelebihan Jam Pintar Kanak-Kanak

Menang tak dinafikan teknologi jam tangan pintar sekarang bukan sekadar menjadi keperluan buat orang dewasa, tapi boleh menjadi keperluan untuk kanak-kanak.

Ini kerana fungsi-fungsi yang ada pada smart watch kanak-kanak ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka. 

Jadi, apa antara kelebihan yang paling besar jam pintar kanak-kanak ini?

  • Mengesan pergerakan anak-anak

Melalui fungsi GPS pada jam tangan pintar, kini anda boleh mengawasi pergerakkan anak-anak anda. 

Tapi anda perlu pastikan anda membeli smart watch kanak-kanak yang mempunyai fungsi GPS seperti Apple Watch SE.

Dengan adanya GPS ini, anda mampu memastikan keselamatan anak-anak anda terjamin daripada insiden seperti kes penculikan.

  • Tracker kecergasan

Bagi ibu bapa yang risaukan anak-anak terlalu kerap bermain game di rumah, pasti mahukan anak-anak tetap kekal aktif di luar rumah.

Dengan adanya jam tangan pintar, anda boleh galakkan anak-anak untuk melakukan aktiviti di luar rumah.

Sesetengah smart watch kanak-kanak mempunyai feature bersukan yang menyeronokkan.

  • Butang Panik

Sekali lagi kita tentu risau akan keselamatan anak-anak kita di luar rumah. 

Sebahagian jam tangan pintar di pasaran menawarkan fungsi seperti butang panik. 

Jadi anak anda hanya perlu menekan butang panik sahaja sekiranya merasakan diri dalam bahaya.

Kemudian, anda akan terus menerima notifikasi menerusi telefon memaklumkan dengan situasi anak anda.


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation