Penjagaan kulit muka adalah satu kewajiban tidak kira kepada lelaki mahupun perempuan. Pasti anda pernah mendengar rutin penjagaan muka dengan 10 langkah bukan? Didalam 10 itu termasuklah serum, toner, pelembap, pencuci, scrub dan banyak lagi. Satu produk yang tidak kurang penting tetapi jarang sekali kita dengar adalah ampoule. Ianya semakin berleluasa digunakan untuk penjagaan kulit wajah. Datang daripada keluarga serum tetapi konsentrasi bahan yang digunakan untuk membuat ampoule adalah lebih tinggi.
Ampoule dicipta khas untuk berlainan masalah kulit wajah. Bahan yang terkandung dalam ampoule ini biasanya diformulasi untuk anti-penuaan. Fungsinya adalah untuk menutup dan menyamar liang pori sehingga kulit wajah anda tampil bebas cela. Ayuh kita lihat jenis/produk ampoule yang boleh anda cuba hari ini;
Ampoule ini boleh membantu mencegah jerawat serta mengurangkan penghasilan minyak pada kulit wajah. Ianya mengandungi 72.6% Galato Mice yang menyumbang nutrisi pada kulit anda. Produk ampoule daripada jenama ini boleh memudarkan parut jerawat sekaligus melembapkan wajah. Ampoule yang mengandungi bahan berkonsentrasi tinggi begini boleh membersihkan kulit dan memberi hasil kulit wajah lebih sihat.
Terbaik untuk anda yang ingin mengurangkan garis halus, ampoule ini mengandungi bahan sesuai untuk melawan anti-penuaan dengan mengembalikan keanjalan kulit wajah.
Ampoule daripada BNH ini mengandungi Vitamin C yang baik untuk kulit wajah. Vitamin C boleh mengecilkan pori serta membuang toksik daripada kulit wajah. Selain itu, ampoule ini mengandungi bahan purifikasi serta astringen dimana ianya boleh meratakan kulit wajah terutamanya yang mempunyai bekas-bekas jerawat atau pori terbuka.
Khas buat anda yang mempunyai kulit wajah berminyak, gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil terbaik.
Sesuai untuk kesemua jenis kulit terutamanya buat anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, ampoule ini amat berbaloi untuk dimiliki. Walaupun konsentrasi bahannya agak tinggi, ianya tetap lembut di wajah serta tidak menyebabkan iritasi. Ampoule ini mampu untuk membantu mencerah, melembap memperbaharui sel pada kulit muka.
Dengan mengandungi ekstrak Centella Asiatica, ianya berkesan untuk membantu memulihkan kulit yang rosak akibat pencemaran atau keadaan sekeliling. Anda boleh memilih untuk menggunakannya sebagai mask atau dicampur dengan krim muka.
Ampoule ini direka khas untuk anda yang memiliki kulit berminyak tetapi mahu mencerahkan kulit wajah. Untuk proses pencerahan yang lebih cepat ampoule ini diperbuat daripada 4% Niacinaminde dan 100% asid Hyaluronic asli. Ianya amat berkesan untuk memudarkan bintik hitam dan tanda awal pigmentasi.
Disamping mencerahkan wajah, ampoule Yadah ini tetap akan melembapkan kulit wajah agar kekal terhidrat sepanjang hari. Anda akan tampil bagaikan selebriti wanita Korea.
Menggunakan ekstrak timun laut sebagai bahan utama, ampoule Holo ini bebas daripada paraben, sulfat, silikon dan alkohol yang boleh merengsakan kulit wajah. Ampoule ini kaya dengan kolagen, vitamin serta 18 jenis asid amino, baik untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat. Ianya boleh membantu mengurangkan inflamasi, menegangkan tekstur kulit serta meratakan tona kulit.
Bagi anda yang mempunyai masalah penuaan kulit wajah, cubalah ampoule khas ini. Ianya terbukti mengurangkan kedutan serta boleh menyekatakan tona kulit. Dengan menggunakan teknologi CellActive, ampoule ini membantu memperlahankan proses penuaan kulit wajah. Ianya akan bertindak menegangkan kembali kulit dan membaikpulih kulit secara keseluruhan agar anda tampil muda sentiasa.
Jika anda mempunyai kulit berminyak, usah risau. Ampoule ini juga mampu untuk mengurangkan minyak agar kulit sentiasa kelihatan seri dan bermaya sepanjang hari.
Dengan mengandungi partikel emas 24K, ampoule ini adalah teman baik anda untuk mendapatkan kulit wajah yang kekal sihat. Ianya memastikan kuit sentiasa lembap dan terpelihara dari kekeringan serta memberi hasil kulit tampak gebu dan muda. Ampoule ini membaikpulih sel kulit muka serta menggalakkan pertumbuhan sel baru untuk mencegah kedutan.
Peptida emas membantu memberikan wajah anda bertambah glowing dan cerah. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang mempunyai kulit berminyak.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!