Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Segarkan Kulit Letih dan Kusam Dengan 7 Essence Untuk Kulit Kombinasi

Kulit lebih licin dan bersih dengan rutin penjagaan yang betul.

Essence sememangnya sangat penting sebagai penyegar untuk kulit yang mengandungi nutrisi, vitamin, antioksidan serta mineral yang dapat membantu pelembap anda diserap masuk ke dalam kulit dengan lebih baik. Tidak kira anda memiliki jenis kulit kombinasi , kering, berminyak ataupun biasa penggunaan essence ini juga penting dan anda juga perlu memilih essence yang bersesuaian dengan anda. Tetapi harus diingati bahawa terdapat 1 lagi faktor yang perlu diambil kira selain berfungsi sebagai pelembap asas kulit wajah.

Pilihlah essence yang akan memberikan kesan berpanjangan buat kulit anda. Cuba dahulu ke atas kulit samada sesuai ataupun tidak kerana ianya mempengaruhi keadaan kulit anda dan hasil akhirnya nanti. Untuk kulit kombinasi, oleh kerana anda mempunyai 2 jenis kulit iaitu kering dan berminyak, ikuti list dibawah untuk mengetahui produk bersesuaian agar tidak perlu membeli 2 produk yang berbeza kegunaannya;

Essence terbaik untuk menghapus penuaan (anti-aging) – kulit kekal awet muda
L’OREAL PARIS Skin Expert Revitalift Micro-Essence Water (130ml)
From
RM46.16
Check L’OREAL PARIS Skin Expert Revitalift Micro-Essence Water (130ml) price below:

Kulit lebih anjal dan juga dapat menghilangkan tanda-tanda penuaan dengan essence yang diformulasi daripada ekstrak Centella Asiatica ini. Ianya dapat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memperbaiki kulit anda. 

Bukan hanya itu, hasilnya kulit anda akan kelihatan lebih cerah, licin dan menyerlah. Essence ini memiliki tekstur yang sangat ringan dan tidak melekit pada kulit wajah. Jadi, anda tidak akan berasa rimas memakainya sepanjang hari. 

Essence berkualiti bagus untuk mencerahkan kulit kombinasi
GARNIER Light Complete Super Essence (30ml)
From
RM31.90
Check GARNIER Light Complete Super Essence (30ml) price below:

Garnier bukan sahaja memberi hasil wajah anda kelihatan cerah tetapi ia juga memastikan bintik hitam pada kulit wajah tidak lagi kelihatan. Ianya diformulasi dari bahan tinggi dengan Vitamin C untuk mendapatkan kulit cerah yang anda inginkan. 

Penyerapan essence yang bukan sahaja mudah malah ia mampu menyerap cepat ke dalam kulit sehingga ke lapisan terakhir. Kini dengan Garnier, wajah anda tampil lebih cerah berseri 10 kali ganda dari sebelumnya.

Terbaik untuk menutup liang pori yang terbuka luas
Nutox Renewing Treatment Essence
Nutox
From
RM71.60
Check Nutox Renewing Treatment Essence price below:

Essence daripada jenama Nutox ini, memastikan kulit anda kelihatan lebih cantik dan muda remaja. Ianya membantu dalam melembap dan memperbaiki tekstur kulit anda agar tampil bermaya sepanjang masa. 

Inyaa turut membantu melicinkan kulit akibat kewujudan jerawat dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat agar bebas dari garis penuaan atau liang pori terbuka. Tiada lagi masalah kulit kusam dan keletihan. Oleh itu, anda perlu mencuba kehebatan essence ini sendiri. 

Essence untuk masalah kulit cenderung jerawat (acne prone), murah dan bagus
NANOWHITE Fresh Aqua Sleeping Essence (40ml)
From
RM18.80
Check NANOWHITE Fresh Aqua Sleeping Essence (40ml) price below:

Bagi kulit kombinasi, masalah utama anda adalah pada Zon-T. Nah, essence ini sesuai untuk kulit anda.  Diperkaya dengan bahan seperti rumpai laut merah, Vitamin C, minyak Tea Tree dan alga laut, ianya berkesan untuk 2 jenis kulit yang berbeza. 

Gunakan essence ini di waktu malam sebelum anda tidur kerana ianya mampu membantu memperbaiki masalah kulit seperti kulit cenderung jerawat ataupun kusam. Bukan sahaja itu, malah ia turut memastikan kulit anda kekal lembap dan tidak berminyak. Rasai essence ini sendiri untuk dapatkan kulit yang lebih cerah dan bebas jerawat.

Khas dari Korea, beri kesegaran berpanjangan untuk kulit kombinasi
INNISFREE Jeju Lava Seawater Essence (50ml)
From
RM126.00
Check INNISFREE Jeju Lava Seawater Essence (50ml) price below:

Innisfree menghasilkan essence berformula dari air laut Lava yang diambil khas dari Kepulauan Jeju. Essence dari produk ini mampu memberi rasa kesegaran pada kulit sambil mengekalkan kelembapan yang diperlukan. Ianya juga bertindak sebagai agen penghapus tanda penuaan agar kulit anda berasa lebih tegang, bersih dan awet muda. 

Sensasi penyejukkan yang ada dalam essence ini membuatkan wajah kelihatan segar dan bermaya tanpa perlu anda risau tentang kekusaman.

Untuk anda yang mengalami masalah berminyak dan jerawat
COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml)
COSRX
From
RM45.00
Check COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml) price below:
add_circle Tanpa alkohol
add_circle Memperbaiki tekstur kulit
add_circle Dapat memberi kelembapan wajah
add_circle Mengurangkan kemerahan
remove_circle Mengandungi pewangi

Cosrx diformulasi dari mucin siput iaitu baik dalam memastikan keanjalan kulit agar kelihatan lebih muda dari umur sebenar. Ianya juga essence yang tidak melekit pada kulit tetapi memastikan wajah anda mendapat nutrisi yang diperlukan oleh kulit untuk menjadikannya lebih sihat dan memperbaiki kulit akibat kesan jerawat. 

Essence dari jenama ini juga mampu untuk membantu memudarkan parut dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat, sekaligus mengurangkan masalah kulit berminyak. 

Essence dari jenama lokal untuk kulit kombinasi – Halal dan tidak melekit
NURISH Organiq Brightening Face Essence (20ml)
From
RM29.80
Check NURISH Organiq Brightening Face Essence (20ml) price below:

Essence berjenama lokal ini memiliki tekstur ringan dan tidak menyebabkan rasa melekit pada kulit. Ia mengandungi ekstrak bunga Raya dan Kemboja dalam jumlah yang tinggi iaitu khas berfungsi untuk menghilangkan bintik hitam dan tona kulit tidak sekata. 

Ianya memberikan nutrisi yang perlu oleh kulit anda serta menjadikan wajah kelihatan licin dan berseri. Hasilnya, memberi kesegaran pada kulit. Essence ini juga tidak akan membuatkan wajah anda terasa iritasi dengan tambahan haruman dari ekstrak bunga-bungaan yang menyenangkan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article