Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kekalkan Lembapan Berpanjangan Pada Kulit Dengan 8 Losyen Penjagaan Ini

Kulit terasa halus bagaikan kulit bayi

Selain perlindungan matahari, agen pelembab boleh dikatakan sebagai unsur yang paling penting dalam mana-mana rutin penjagaan kulit dan ianya didatangi dalam pelbagai bentuk serta tekstur. Losyen adalah salah satu rejim kecantikan yang wajib dipraktikan setiap orang demi menjaga kesihatan kulit anda. Kulit adalah organ terbesar pada tubuh kita, tahap kesihatan kulit bertindak balas dengan cara pemakanan, alam sekitar dan produk penjagaan kulit yang dipakai oleh seseorang.

Oleh itu, adalah amat penting untuk memakai losyen yang sesuai dengan keperluan kulit kita. Pastikan semasa memilih produk dan baca isi kandungannya terlebih dahulu supaya tidak tersalah beli. Takut tidak sesuai akan menyebabkan kulit menjadi iritasi atau merengsa. Dibawah ini adalah senarai losyen kulit terbaik untuk pelbagai kondisi kulit anda.

Terbaik untuk putihkan kulit dengan perlindungan dari sinaran UV
Eucerin
mulai
RM35.00
Semak EUCERIN White Therapy Body Lotion SPF7 (250ml) harga dibawah:

Losyen ini berfungsi untuk membaiki serta membaikpulih kulit rosak dan sensitif, menyerap jauh ke dalam lapisan kulit sambil mencegah segala masalah. Losyen ini diformulasi mengandungi gabungan unik ekstrak Licorice semulajadi yang mencerahkan tona kulit dengan efek tahan lama. Kandungan Vitamin E khas melindungi kulit daripada radikal bebas yang disebabkan oleh UV.

Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Dengan segala kebaikan, losyen ini mampu bertindak sebagai agen pencerah kulit yang dengan berkesan.

Losyen terbaik untuk membaikpulih kulit badan kering seperti tangan
Dove
mulai
RM65.00
Semak Dove Derma Series Dry Skin Relief Replenishing Body Lotion (250ml) harga dibawah:

Rangkaian losyen penjagaan kulit yang berfungsi untuk melembut dan melembapkan kulit dengan serta-merta daripada Dove ini. Losyen ini telah diuji secara klinikal dan ahli dermatologi, sesuai digunakan untuk kulit badan sebagai alternatif pelembap buat kulit kering terutamanya di bahagian tangan. 

Diperkaya dengan Kompleks AminoSilk dan pelembap yang kuat, losyen Dove ini dapat melegakan kulit gatal dan kering dengan segera. Ianya dapat melindungi kulit anda dari semasa ke semasa, menjadikannya salah satu losyen badan terbaik untuk kulit kering. Tidak melekit dan tekstur berkrim yang mudah serap, kulit anda akan terasa selesa. 

Dijamin Halal – losyen terbaik untuk memudar/menghilangkan parut
mulai
RM21.43
Semak ORANG KAMPUNG Gamat Lotion (100ml) harga dibawah:

Losyen daripada Orang Kampung ini adalah 100% produk tempatan yang bertindak untuk memulihkan luka dan parut dengan sempurna. Dirumus khas dengan kandungan gamat asli yang berfungsi untuk mempercepatkan penyembuhan luka luaran. Boleh juga dijadikan sebagai losyen untuk luka kesan terbakar serta mengatasi masalah jerawat dalam kulit. 

Gamat adalah bahan yang terkenal dan terbukti keberkesanannya untuk merawat luka dan parut. Dijamin Halal isi kandungannya, losyen ini mampu untuk melembut dan melicinkan kulit. Sesuai buat anda yang memiliki kulit kering dan sensitif.

Berkesan digunakan untuk kulit akibat sunburn dengan perlindungan ekstra
Vaseline
mulai
RM20.90
Semak VASELINE Intensive Care Lotion Aloe Soothe (400ml) harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mudah meresap
add_circle Bau segar & wangi
add_circle Sesuai juga untuk kulit stres
remove_circle Sedikit melekit

Diuji secara klinikal telah terbukti, losyen ini mampu untuk melembap secara mendalam bagi melegakan kulit kering dan keberkesanannya dapat dilihat dalam tempoh 3 minggu. Formula yang tidak berminyak ini menggabungkan ekstrak Aloe tulen dan titisan mikro Vaseline® Jelly untuk menjadikan kulit anda terasa lembap, sihat, segar dan licin.

Dengan menggabungkan penyembuhan titisan mikro Vaseline® Jelly dan lidah buaya, ianya mampu untuk menenangkan dan melegakan ketidakselesaan kulit bermaslaah. Losyen lidah buaya ini sesuai untuk melegakan kulit yang terbakar akibat pancaran matahari.

Terbaik dari drugstore – losyen pelembap semulajadi yang tidak merengsakan kulit
mulai
RM16.50
Semak PALMER’S Olive Butter Lotion (250ml) harga dibawah:

Losyen  ini diperkaya dengan bahan organik semulajadi seperti Virgin Olive Oil yang dapat menyerap ke dalam kulit lebih cepat bagi mengekalkan lembapan pada lapisan luaran kulit anda tanpa mengeringkannya. Dengan mengandungi Vitamin E, kulit anda akan membuatkan kulit terasa anjal. Tekstur berkrimnya pula mengandungi agen anti-penuaan yang dapat menghapuskan garis halus agar anda tampak awet muda.

Berkesan untuk digunakan sebagai pelembap, anda tidak perlu risau kulit merengsa atau iritasi kerana kandungannya. Tampil di khalayak ramai dengan penuh keyakinan! 

Mengandungi Vitamin E, sesuai untuk kulit yang kering dan mengalami kegatalan
mulai
RM19.90
Semak ROSKEN Skin Repair Dry Skin Lotion (250ml) harga dibawah:

Losyen ini terbukti secara klinikal bahawa ianya sesuai digunakan buat anda yang mengalami kulit kering dan sensitif. Gunakannya secara konsisten setiap hari untuk mencegah dan membantu meningkatkan penghidratan kulit anda sehingga 50%. Diformulasikan tidak berminyak, melegakan kegatalan dan kesan terbakar yang berkaitan dengan kulit kering serta sensitif. 

Diperkaya dengan Vitamin E, manfaat antioksidan membantu melindungi kulit dari faktor persekitaran. Membantu memulihkan lembapan yang hilang dan membentuk lapisan perlindungan untuk kulit agar sentiasa kekal terhidrat. 

Losyen sesuai untuk kaki – memulihkan kulit tapak yang pecah
mulai
RM22.90
Semak FREEMAN Bare Foot Hydrating Foot Lotion (150ml) harga dibawah:

Terdapat pelbagai penyebab utama kulit tapak kaki seringkali mengalami pecah seperti mandi air panas terlalu lama, tidak memakai alas kaki, berdir berjam-jam dan suhu/cuaca. Losyen dari jenama Freeman ini sesuai untuk anda kerana mengandungi ekstrak Peppermint dan Plum untuk membaikpulih tapak kaki yang pecah dengan memberikan lembapan berpanjangan. 

Minyak Tea Tree pula bertindak sebagai agen pembaikan kulit agar kembali menjadi lembut dan licin. Tidak diuji ke atas haiwan dan bebas paraben, sulfat, petroleum serta minyak mineral. Terbukti selamat digunakan untuk kaki anda serta tidak akan mengeringkan kulit di tapak kaki. 

Losyen dengan haruman yang mewangi sepanjang hari
INNISFREE
mulai
RM68.00
Semak INNISFREE My Perfumed Body Black Cherry Lotion (330ml) harga dibawah:

Losyen badan dengan haruman yang wangi dari Innisfree ini, khas diterbangkan dari Korea sentiasa menjadi pilihan para pengguna di luar sana. Bukan hanya wangiannya sahaja yang tahan lama, malahan ianya dapat memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari dengan kandungan dari Shea Butter, Mango Butter dan Cocoa Butter.

Tekstur lembap menembusi ke dalam kulit tanpa rasa melekit, meninggalkan kemasan bersih serta kesan pelembap yang berkekalan. Losyen badan ini juga mengandungi ekstrak ceri hitam membuatkan badan anda sentiasa berbau harum dari jauh. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

 

End of Article