Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Microwave Oven Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama Bagus

Anda boleh panaskan makanan, panggang ayam dan buat kek juga!

Microwave oven untuk memasak atau untuk memanaskan makanan merupakan perkakas dapur yang perlu ada untuk percepatkan proses memasak. 

Produk ini sangat berguna untuk mereka yang sentiasa on the go dan mahu sediakan makanan dalam masa yang singkat. 

Dengan adanya oven and microwave yang bagus, pelbagai jenis sajian lazat dapat disediakan dengan cepat.

Selain boleh memanaskan lauk-pauk, turut dilengkapi beberapa fungsi lain seperti defrost makanan beku atau buat popcorn atau pizza segera. 

Ada pelbagai jenis microwave dengan review microwave oven terbaik anda boleh dapatkan dan pastikan anda beli microwave yang selamat.

Ini senarai jenama microwave terbaik dan harga microwave murah yang anda boleh dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 15 Microwave Oven Terbaik

Microwave oven terbaik secara keseluruhan
Pensonic 20L Microwave Oven PMW-2004
Pensonic
Pensonic 20L Microwave Oven PMW-2004
From
RM186.90
Check Pensonic 20L Microwave Oven PMW-2004 price below:
add_circle Rekaan sleek & kecil
add_circle 6 tahap kuasa
add_circle Voltan input 220V
add_circle Pemegang pintu microwave jenis tarik
remove_circle Kurang sesuai untuk keluarga besar

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Mahukan microwave oven yang mudah digunakan dan sesuai untuk keluarga kecil? Anda boleh pertimbangkan untuk guna ketuhar gelombang mikro Pensonic berkapasiti 20L ini. 

Ciri-ciri:

Jika anda gemar sediakan makanan secara meal-prep, alat ini perlu ada di dapur untuk memudahkan anda panaskan semula lauk yang telah dibekukan. 

Menarik lagi, fungsi defrost atau nyahbeku pada microwave ini boleh mencairkan ayam, daging atau makanan laut frozen dalam masa beberapa minit sahaja.

Pemasanya pula boleh pilih dari 0-30 minit dan boleh dilaras dengan mudah dan cepat.

Turut hadir dalam 2 pilihan warna iaitu putih dan hitam yang sekali gus membolehkannya menjadi dekorasi di atas kabinet dapur anda. 

Review:

"Mudah nak guna dan kepanasannya sesuai dan cepat. Tak payah lagi susah-susah panaskan lauk dengan dapur gas."

Microwave oven grill terbaik
Toshiba Deluxe Series Microwave Oven ER-SGS20(K)
Toshiba
Toshiba Deluxe Series Microwave Oven ER-SGS20(K)
From
RM249.90
Check Toshiba Deluxe Series Microwave Oven ER-SGS20(K) price below:
add_circle Kapasiti 20L
add_circle Ada fungsi gril
add_circle Senang dibersihkan
add_circle Paparan sentuh LED
add_circle Boleh nyah beku makanan ikut berat atau masa
remove_circle Tempoh jaminan hanya 1 tahun

Microwave Toshiba keluaran Jepun ini akan menjadi penyelamat ketika anda sibuk kerana pelbagai hidangan boleh disiapkan dengan lebih cepat dan mudah. 

Antaranya popcorn, kentang, pizza atau daging panggang dengan baik tanpa menjejaskan rasa makanan tersebut.

Selain itu, microwave ini juga boleh digunakan untuk panaskan semula lebihan lauk dan susu. 

Sangat mudah untuk guna ketuhar gelombang mikro ini sebab lengkap dengan 9 pilihan Auto Cooking Menu yang anda boleh pilih mengikut makanan.

Sesuai juga belikan microwave ini sebagai hadiah kahwin kepada rakan atau keluarga yang baru mendirikan rumah tangga. 

Review microwave oven terbaik ini sangat positif kerana bukan sahaja boleh memanaskan makanan, tapi boleh masak mee segera dengan cepat dan mudah.

Microwave oven untuk kesihatan
Samsung 23L (MG23K3513GK) Grill Microwave Oven with Healthy Steam
Samsung
Samsung 23L (MG23K3513GK) Grill Microwave Oven with Healthy Steam
From
RM394.00
Check Samsung 23L (MG23K3513GK) Grill Microwave Oven with Healthy Steam price below:
add_circle Fungsi Quick Defrost
add_circle Mod Eco untuk jimat tenaga
add_circle Fungsi Keep Warm
add_circle Boleh stim sayur
remove_circle Pilihan warna hitam sahaja
remove_circle Harga mahal

Microwave Samsung 23L ini membolehkan anda membuat pelbagai resepi sihat seperti dada ayam, daging kukus, dan fillet salmon dengan cepat. 

Ini kerana microwave ini mempunyai fungsi Healthy Steam supaya nutrisi makanan yang dimasak atu dipanaskan tidak berkurangan. 

Manakala fungsi Deodorization pula akan mengeluarkan bau yang tidak enak dihidu dari dalam microwave

Jadi, bau yang tidak menyenangkan tidak akan bercampur dengan makanan yang baru siap dimasak atau dipanaskan. 

Paling menarik, bahagian dalam microwave diperbuat daripada seramik yang tahan lasak, mudah dibersihkan dan tak mudah calar.

Microwave oven terbaik untuk roti
Panasonic Microwave Oven (20L) NN-ST25JBMPQ/NN-ST25JB
Panasonic
Panasonic Microwave Oven (20L) NN-ST25JBMPQ:NN-ST25JB
From
RM285.00
Check Panasonic Microwave Oven (20L) NN-ST25JBMPQ/NN-ST25JB price below:
add_circle Kuasa microwave 800W
add_circle Ringan, hanya 11kg
add_circle Boleh panaskan pasta seperti lasagna
add_circle Tahan lama
remove_circle Kapasiti kecil
remove_circle Tak sesuai untuk keluarga besar

Rutin membuat roti anda akan lebih mudah dan efisien dengan Panasonic Microwave Oven sebesar 20L ini.

Microwave oven ini direka untuk memudahkan rutin memasak anda dengan 9 menu automatik yang menawarkan pilihan memasak untuk pelbagai resipi, menjadikan persiapan makanan lebih mudah.

Dengan kuasa memasak sebanyak 800 watt, microwave oven ini memastikan masakan anda lebih cepat dan sekata.

Selain itu, fungsi Quick 30 akan memudahkan anda untuk memanaskan mana-mana makanan, dengan hanya menekan satu butang tanpa perlu membuat tetapan masa.

Ukuran luar microwave oven ini sebesar 443 x 330 x 258 mm, sesuai untuk ruang dapur yang sederhana.

Untuk ciri keselamatan, terdapat fungsi child lock safety yang mudah dihidupkan dengan hanya menekan butang start sebanyak 3 kali berturut-turut.

Microwave yang selamat
Midea Microwave Oven with Grill Function Digital MMO-EG925EXX
Midea
Midea Microwave Oven with Grill Function Digital MMO-EG925EXX
From
RM349.00
Check Midea Microwave Oven with Grill Function Digital MMO-EG925EXX price below:
add_circle Sukar dibuka oleh kanak-kanak
add_circle Paparan LED mudah dilihat
add_circle Mempunyai 8 auto menus
add_circle Ada fungsi gril
remove_circle Sukar dialihkan kerana berat

Dengan ciri Child Safety Lock pada pintu microwave, ketuhar gelombang mikro ini selamat digunakan di rumah yang ada kanak-kanak atau bayi. 

Untuk yang selalu tidak sempat nak masak gara-gara balik lambat dari pejabat, alat ini memang perlu ada di dapur sebab anda tidak perlu lagi masak nasi. 

Boleh panaskan sahaja nasi instant dan cairkan lauk frozen dalam microwave ini dengan fungsi defrost, lagi cepat dan mudah. 

Hadir juga dengan 11 pilihan tahap kuasa untuk memudahkan pengguna menyiapkan hidangan tengah hari atau makan malam. 

Popcorn, kentang, piza, sayur beku, air susu dan daging antara menu yang boleh disiapkan dengan microwave Midea.

Microwave murah Malaysia
Beko Microwave (20L/700W) BE-MOC20100S
Beko
Beko Microwave (20L:700W) BE-MOC20100S
From
RM242.00
Check Beko Microwave (20L/700W) BE-MOC20100S price below:
add_circle Kuasa 700W
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Ada fungsi defrost & Keep Warm
add_circle Tahap kuasa boleh diubah mengikut makanan
remove_circle Tidak mempunyai fungsi grill

Microwave untuk panaskan makanan jenama Beko terbaik digunakan oleh pelajar kolej yang tinggal di rumah sewa kerana berkapasiti 20L. 

Jadi, anda boleh hangatkan lauk terutamanya ketika bulan puasa untuk berbuka dan bersahur. 

Rekaannya yang kompak membolehkan pengguna meletakkannya di mana-mana termasuklah di dapur yang sempit. 

Paling menarik, microwave ini boleh digunakan untuk buat scrambled eggs dalam masa 45 saat saja tau! 

Microwave symbols yang ringkas pada alat ini juga sangat mudah untuk difahami dan digunakan. 

Mempunyai knob dan timer yang membolehkan anda mengawalnya secara manual. 

Pusingkan sahaja knob ke suhu dan masa yang sesuai kerana ada 5 tahap kuasa yang boleh dipilih.

Microwave untuk popcorn
Khind Microwave Oven (20L) MW2001D
Khind Microwave Oven (20L) MW2001D
From
RM255.00
Check Khind Microwave Oven (20L) MW2001D price below:
add_circle Boleh nyahbeku makanan dengan cepat
add_circle Ciri keselamatan child lock
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
remove_circle Kapasiti kecil
remove_circle Kurang sesuai untuk keluarga besar

Jika perlukan snek segera untuk menemani anda ketika menonton TV di rumah, anda boleh buat sendiri bertih jagung dengan microwave Khind. 

Penggunaan ketuhar gelombang mikro ini dijamin memudahkan kehidupan harian anda kerana mempunyai 6 butang Auto Cook Menu.

Jadi, anda boleh gunakannya untuk pizza, popcorn, kentang, makanan beku dan panaskan air minuman seperti teh. 

Menarik lagi, microwave oven terbaik dan murah ini boleh juga digunakan untuk panaskan lauk, pasta, mac and cheese atau instant rice.

Microwave oven terbaik low watt/watt rendah
Midea AM821C2RA(GN) 21L Digital Microwave Oven
Midea AM821C2RA(GN) 21L Digital Microwave Oven
From
RM279.00
Check Midea AM821C2RA(GN) 21L Digital Microwave Oven price below:
add_circle Rekaan unik & retro
add_circle Pemasa 95 minit
add_circle Mempunyai 8 auto menu
add_circle Boleh defrost makanan beku ikut berat/masa
remove_circle Kapasiti kecil, hanya 21L
remove_circle Tidak mempunyai fungsi grill

Microwave Midea yang comel ini sesuai dimiliki oleh anda yang mencari ketuhar gelombang mikro yang mempunyai watt yang rendah, serendah 800W sahaja. 

Selain boleh panaskan lebihan lauk semalam dan pasta, juga berguna untuk anda buat pizza dan popcorn bagi menemani anda ketika menonton filem di rumah.

Jika anda mempunyai anak kecil yang gemar mencuba, jangan lupa untuk manfaatkan ciri Child Safety Lock agar kanak-kanak tidak buka pintu microwave sesuka hati. 

Barulah tidak bahaya dan ibu juga boleh buat kerja lain sambil tunggu lauk dipanaskan tanpa perlu mengawasinya setiap saat.

Microwave oven terbaik untuk buat kek
Toshiba Microwave Oven (26L) Grill Convection Function MW2-AC26TF(BK)
Toshiba Microwave Oven (26L) Grill Convection Function MW2-AC26TF(BK)
From
RM669.00
Check Toshiba Microwave Oven (26L) Grill Convection Function MW2-AC26TF(BK) price below:
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Boleh panggang makanan
add_circle Bahagian dalam tahan calar
add_circle Mempunyai 10 auto cooking menu
add_circle Boleh defrost makanan beku ikut berat & masa
remove_circle Tempoh jaminan hanya 1 tahun

Dengan fungsi convection pada microwave Toshiba 26L ini, anda bukan sahaja boleh panaskan makanan, malah boleh bakar kek chiffon yang crispy di luar dan lembut di dalam. 

Mempunyai turntable bersaiz 315mm yang boleh memuatkan pinggan yang bersaiz 12 inci dengan mudah. 

Jadi, tidak perlu susah-susah pindahkan makanan ke dalam bekas kecil untuk menghangatkannya semula. 

Yang penting, turut direka dengan fungsi Position Memory di mana turntable akan kembali semula secara automatik ke posisi awal selepas siap masak.

Ciri ini akan membuatkan makanan yang dah siap boleh dikeluarkan dengan mudah dari microwave dan tangan anda juga selamat dari terpegang pinggan atau mangkuk panas.

Selain mempunyai 10 auto cooking menu, microwave ini juga boleh defrost makanan beku ikut berat dan masa yang sesuai mengikut jenis makanan.

Microwave yang tahan lama
Sharp Microwave Oven With Convection (32L) R859EBS R859 BS
Sharp Microwave Oven With Convection (32L) R859EBS R859 BS
From
RM969.03
Check Sharp Microwave Oven With Convection (32L) R859EBS R859 BS price below:
add_circle Kapasiti 32L sesuai untuk keluarga besar
add_circle Mengekalkan kehangatan makanan
add_circle Panel kawalan secara sentuhan
add_circle Boleh buat mee segera
add_circle Ciri Keep Warm
remove_circle Harga sangat mahal

Jika ada bajet lebih, apa salahnya labur untuk beli microwave oven untuk memasak pelbagai menu enak dari Sharp ini?

Lupakan microwave jenama lain yang basic kerana alat memasak ini boleh panggang, bakar kek, pai buah, buat bawang goreng serta kacang panggang dengan satu sentuhan sahaja. 

Anda nak panggang, rebus daging atau defrost makanan beku pun tiada masalah dengan jenama microwave terbaik ini.

Microwave oven untuk baking
Samsung 30L Grill Microwave Oven MG30T5018
Samsung 30L Grill Microwave Oven MG30T5018 1
From
RM598.00
Check Samsung 30L Grill Microwave Oven MG30T5018 price below:
add_circle Diluluskan SIRIM
add_circle Makanan masak sekata
add_circle Boleh gril & goreng pelbagai makanan
add_circle Ciri kunci keselamatan kanak-kanak
remove_circle Harga mahal
remove_circle Berat

Hadir dengan pelbagai warna menarik, microwave Samsung bukan hanya bakal meringkaskan tugas memanaskan lauk dan pasta.

Microwave ini akan memudahkan anda defrost roti dan pastri yang telah dibekukan tanpa menyebabkan menjejaskan rasa makanan tersebut.

Selain itu, microwave ini sangat mudah untuk dibersihkan juga kerana bahagian dalamnya diperbuat daripada seramik, 99.9% antibakteria serta tahan calar dan karat. 

Kalau anda gemar masak makanan dengan cepat, anda boleh sahaja nyah beku daging, ayam, ikan dan sayur untuk memudahkan proses memasak.

Suka manisan? Anda buat sahaja manisan menggunakan microwave ini kerana ia boleh bakar kek walnut, roti pisang, puding telur dan brownies.

Paling penting, microwave ini mempunyai ciri kunci keselamatan kanak-kanak jadi anda boleh tutup dan kunci apabila tidak menggunakannya. 

Microwave oven terbaik untuk rumah
Midea Microwave Oven (25L) EM825AGS -BK
Midea
Midea Microwave Oven (25L) EM825AGS -BK
From
RM266.75
Check Midea Microwave Oven (25L) EM825AGS -BK price below:
add_circle Ada tetapan nyah beku
add_circle Ciri child lock safety
add_circle Paparan LED
add_circle Kawalan elektronik
remove_circle Ada timer maksimum (99minit 99saat)

Jenama yang tidak asing lagi, microwave oven dari jenama Midea ini hadir dengan ciri-ciri elektronik terbaik dan mempunyai 11 tahap power.

Selain itu, ia turut mempunyai ciri keselamatan child lock safety bagi menghindari kejadian tidak diingini semasa anak anda tidak diawasi.

Turut mempunyai tetapan 8-Auto Menu yang anda boleh pilih untuk memanaskan atau nyah beku, atau juga untuk memasak pop corn, pizza dan juga kentang.

Semua ini boleh dilakukan dengan hanya menekan butang tetapan dan anda boleh lihat tetapan anda pada paparan LED yang tersedia.

Jangan risau microwave oven dari Midea ini hadir dengan jaminan 1 tahun daripada pengeluar, jadi boleh digunakan dengan selamat.

Microwave oven untuk memanggang
Toshiba Microwave Oven (20L) MW-MG20P(BK)
Toshiba
Toshiba Microwave Oven (20L) MW-MG20P(BK)
From
RM249.00
Check Toshiba Microwave Oven (20L) MW-MG20P(BK) price below:
add_circle Boleh guna untuk grill
add_circle Kapasiti besar (20L)
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Tiada paparan LED

Jika anda mencari microwave oven yang mempunyai fungsi untuk memanggang atau grill, anda boleh dapatkan microwave oven dari jenama Toshiba ini. 

Kuasa memanggang pada microwave oven ini adalah sebanyak 1000W, cukup kuat untuk memanggang seekor ayam sehingga empuk dan enak.

Selain itu, ia turut mempunyai fungsi defrost yang boleh digunakan dengan mudah, serta terdapat turntable berukuran 255mm yang cukup untuk meletakkan sekeping pinggan makan.

Pastikan anda membaca buku manual terlebih dahulu dan faham dengan lebih jelas cara untuk menggunakan microwave oven ini agar makanan dapat dipanaskan atau dimasak dengan betul.

Microwave oven murah terbaik
Sharp Microwave Oven 20L - R207EK
Sharp
Sharp Microwave Oven 20L - R207EK
From
RM239.00
Check Sharp Microwave Oven 20L - R207EK price below:
add_circle Jimat elektrik
add_circle Harga murah
add_circle Jaminan 1 tahun daripada pengeluar
remove_circle Tidak ada fungsi grill
remove_circle Hanya untuk reheat dan defrost sahaja

Microwave oven jenama Sharp ini direka untuk kecekapan dan fungsi, ia mempunyai kapasiti 20 liter dan kuasa 800W, menawarkan prestasi yang dipercayai untuk reheat dan defrost makanan anda.

Dengan mod energy saving, ia memastikan penggunaan tenaga yang optimum semasa beroperasi, manakala saiz piring putar 255mm memuatkan pelbagai saiz hidangan dan memastikan makanan anda dipanaskan dengan sekata.

Tambahan lagi, microwave oven ini dilengkapi dengan Pengawalan Sentuhan Asas untuk operasi yang mesra pengguna, dan mempunyai 2 Menu Auto dan 2 Menu Penghangatan Semula Auto.

Anda juga akan dapat jaminan selama 1 tahun daripada Sharp Malaysia, jadi boleh guna microwave oven ini dengan selamat.

Bagaimanapun, microwave oven ini hanya untuk tujuan menghangatkan semula dan nyah beku makanan, ia tidak mempunyai fungsi grill.

Microwave oven terbaik untuk cookies
Haier Microwave Oven 20L (HMD-MY720)
Haier
From
RM296.00
Check Haier Microwave Oven 20L (HMD-MY720) price below:
add_circle Jaminan 12 bulan
add_circle Dilengkapi 5 tetapan
add_circle Pemanasan sekata
remove_circle Timer maksimum 30 minit sahaja

Jenama yang sering kita nampak kalau mahu membeli peralatan atau perkakas rumah, microwave oven dari Haier ini mempunyai kapasiti yang agak besar iaitu sebanyak 20L.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan 5 tetapan pemanasan yang anda boleh tetapkan dari suhu rendah sehinggalah ke suhu yang paling tinggi.

Jadi makanan anda tidak terlebih masak jika anda dapat menetapkan ke suhu yang rendah.

Ia juga mempunyai fungsi defrost yang membolehkan anda defrost makanan seberat 1kg, bolehlah defrost ayam dalam kuantiti yang banyak.

Turut mempunyai fungsi timer yang boleh ditetapkan sehingga 30 minit, jadi mudah jika anda mahu masak menggunakan microwave oven ini atau untuk buat cookies.


Bagaimana Cara Pilih Microwave Oven?

Adakah anda keliru nak pilih microwave oven yang sesuai untuk keperluan anda sehinggakan masih tercari-cari yang mana produk yang sesuai? 

Jangan risau, kami ada beberapa tips yang boleh membantu anda memilih microwave oven.

  • Saiz dan kapasiti

Microwave oven ada dalam pelbagai saiz dan kapasiti, jadi pastikan anda memilih saiz yang sesuai untuk ruang dapur anda.

Jika anda sering memasak untuk keluarga yang ramai, pilih microwave oven dengan kapasiti besar.

  • Jenis pemanas

Terdapat dua jenis pemanas dalam microwave oven - pemanas solo dan pemanas grill.

Pemanas solo biasanya digunakan untuk memanaskan makanan atau memasak makanan segera.

Manakala pemanas grill digunakan untuk memanggang makanan seperti ayam, ikan dan daging. 

  • Kemudahan penggunaan

Pastikan oven microwave yang anda pilih mudah digunakan, contohnya tombol-tombolnya mudah digunakan dan mudah dibersihkan.

  • Keselamatan & ciri tambahan

Pilih model yang mempunyai kawalan suhu yang baik dan ada sistem kawalan untuk mencegah kemungkinan kebakaran atau letupan.

Tambah lagi, pilih ciri-ciri tambahan yang berguna untuk anda seperti pengunci keselamatan, fungsi grill, pilihan bahasa, defrost, timer atau program khusus.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Microwave Oven?

Microwave oven merupakan alat dapur yang sangat popular dalam kalangan orang ramai.

Salah satu kelebihan utama microwave oven adalah masa memasak lebih cepat jadi akan menjimatkan masa anda.

Dalam masa beberapa minit sahaja, makanan anda siap dimasak dan ini sangat membantu untuk mereka yang sibuk atau tidak mempunyai banyak masa untuk memasak.

Bukan itu sahaja, perkakas dapur ini juga boleh menghangatkan makanan yang telah dimasak dengan cepat dan mudah.

Microwave oven juga sangat mudah digunakan, anda hanya perlu menekan beberapa butang sahaja dan orang yang tidak berpengalaman dalam memasak pun boleh guna.

Penggunaan microwave oven juga dapat mengurangkan penggunaan minyak dalam proses memasak, jadi sesuai untuk mereka yang ingin mengamalkan diet dan kekal sihat.

Tapi, terdapat juga beberapa kekurangan utama dalam penggunaan microwave oven seperti kualiti makanan yang dimasak dengan microwave oven mungkin kurang.

Ini kerana pemanasan makanan dalam microwave oven boleh menyebabkan kehilangan nutrisi dan vitamin tertentu.

Mungkin akan terjadi terutamanya jika makanan dipanaskan terlalu lama atau menggunakan suhu yang terlalu tinggi.

Rasa dan tekstur makanan juga tidak sama seperti apa yang anda masak dengan kaedah tradisional. 


Apakah Perbezaan Antara Microwave, Oven & Microwave Oven? 

Dari segi luaran, microwave, oven dan microwave oven nampak macam sama kerana semuanya direka dengan bentuk segi empat tepat.

Tapi tahukah anda, alat-alat ini menggunakan sistem yang berlainan malah kegunaannya juga tidak sama. 

Jom kita lihat apa perbezaan ketiga-tiga perkakas dapur ini.

  • Oven 

Oven biasanya mempunyai elemen logam atau arus elektrik sebagai sumber haba untuk memasak makanan yang isi tebal sehingga ke dalam. 

Ketuhar juga memiliki tolok suhu supaya anda boleh pilih suhu yang sesuai untuk memasak sesuatu makanan seperti kek atau roti. 

Pemilihan suhu ini bagi memastikan makanan tidak terlebih masak atau kurang masak.

Oven juga lengkap dengan dua alat pemanas di bahagian atas dan bawah.  

Jika plug disambung, arus elektrik akan mengalir dan elemen pemanas ini akan menjana haba.  

Selain itu, ketuhar juga menggunakan sistem kipas agar haba dapat diedarkan secara sama rata ke seluruh ruang bagi memastikan makanan masak sekata. 

Ketuhar ini dikenali sebagai convection oven

Kelebihan utama oven ialah boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis masakan kerana boleh mengawal suhu. 

  • Microwave 

Microwave pula menggunakan radiasi selamat untuk memanaskan makanan. 

Alat ini dilengkapi dengan peranti elektron yang dikenali sebagai magnetron yang akan menjana radiasi gelombang mikro. 

Kemudian, akan menyebabkan molekul dalam makanan untuk berpusing dan bergetar, sekali gus haba akan terhasil. 

Untuk pengetahuan semua, microwave juga lazimnya direka dengan pinggan bulat yang boleh berpusing (turntable) agar makanan cepat masak dengan sekata.

Penggunaan microwave juga lebih mudah dan ringkas berbanding oven dan anda juga tidak perlu panaskannya terlebih dahulu sebelum masukkan makanan.

Jom tonton butiran terperinci tentang microwave menerusi video youtube berikut.

  • Microwave oven 

Mungkin ada yang beranggapan microwave oven tidak ada beza dengan microwave atau oven biasa tapi sebenarnya ada beza.

Microwave oven boleh dikatakan 'raja' bagi segala oven sebab mampu beroperasi seperti oven dan microwave.

Maksudnya anda boleh membakar, panggang, memanas atau masak kek tapi harga sedikit mahal memandangkan fungsinya 2 dalam 1.

Tapi, apa yang menjadi kekeliruan rekaan badan microwave dan microwave oven sama saja. Macam mana nak tahu bezanya?

Selalunya, microwave oven akan ada perkataan COMBI yang bermaksud gabungan.

Sebelum beli nanti, pastikan semak dulu ada atau tidak perkataan ini okay?


Bagaimankah Cara Panaskan Oven?

Sebenarnya microwave oven tidak perlu dipanaskan sebelum digunakan tapi bagi penggunaan setengah ketuhar atau oven perlu dipanaskan terlebih dahulu. 

Preheat ketuhar ialah sebuah proses di mana anda perlu panaskannya tanpa memasukkan apa-apa makanan di dalamnya 10 minit sebelum anda masukkan bahan ke dalam ketuhar. 

Ini adalah untuk memastikan suhu dalam oven cukup panas kerana masa dan suhu yang tidak sesuai boleh mempengaruhi rasa dan tekstur makanan. 

Jika makanan atau adunan yang hendak dimasak atau dibakar berada di dalam ketuhar yang sejuk, bakteria akan mudah membiak. 

Jika langkah anda tidak buat langkah ini, berkemungkinan besar kek tidak akan dimasak dengan sempurna.

Oleh itu, jom ikuti cara yang kami kongsikan ini untuk panaskan oven

  1. Keluarkan rak pembakar dari dalam oven. 
  2. Tetapkan suhu ikut dalam perkongsian resepi kek yang anda dicuba. 
  3. Pilih mod baking atau pembakaran.
  4. Tetapkan pemasa ke 10 minit.

Selepas timer dah tamat, masukkan adunan atau doh ke dalam oven untuk mulakan pembakaran. 


Bagaimanakah Cara Guna Microwave Oven Untuk Bakar Kek?

Mungkin ada yang belum tahu microwave oven boleh digunakan untuk membuat kek.

Tapi, anda perlu ingat bahawa fungsi untuk buat kek dengan alat ini adalah sedikit terbatas.

Sesetengah microwave oven dilengkapi dengan mod convection jadi jika mod ini dipilih, ia akan mula berfungsi seperti oven.

Oleh itu, sebelum bakar kek, microwave oven perlu dipanaskan terlebih dahulu. 

Ada juga microwave yang mempunyai fungsi preheat tapi kalau alat anda belum tiada ciri ini, jangan risau sebab anda boleh pilih suhu seperti dalam resepi selama dua minit. 

Namun, kalau guna microwave jenis convention, masa pembakaran kek akan berkurang dan tidak lama seperti guna oven. 

Anda nak resepi mudah? Jom cuba resepi mug cake yang dikongsikan di YouTube ini. 


Microwave Boleh Bakar Kek?

Teringin nak buat kek sendiri di rumah tapi tiada ketuhar, hanya ada microwave?

Tidak perlu tunggu lama semata-mata nak kumpul duit beli oven lain pun sebab ada sesetengah microwave boleh digunakan untuk bakar kek.

Tapi bukan semua jenis kek boleh dibakar guna alat ini.

Antara kek yang boleh dibuat ialah kek mug dan kek span biasa dengan microwave.

Cari sahaja resepi yang sesuai dengan penggunaan microwave anda di internet. Selamat mencuba!


Ada Berapa Jenis Microwave Oven?

Tahukah anda microwave oven ini ada lebih dari 5 jenis, tapi yang utama dalam pasaran adalah 5 jenis sahaja seperti dibawah. 

    • Built in microwave oven boleh membuat pelbagai jenis makanan, size yang besar memerlukan ruangan khas untuk di letakkan. Pintunya pula adalah seperti oven yang perlu ditarik dari atas ke bawah.
    • Over-the-counter microwave oven, juga dipanggil gabungan hud gelombang mikro merupakan pilihan terbaik untuk dapur anda kerana ianya dapat membersih bauan asap pada udara akibat dari pemanasan yang berlaku,
    • Countertop microwave oven menjadi pilihan ramai kerana ianya hanya perlu diletakkan pada permukaan rata dan tidak memerlukan ruangan yang banyak. 
    • Under-counter microwave oven menjadi pilihan kerana memudahkan anda untuk melihat makanan tersebut tanpa perlu mengeluarkan makanan darinya.
    • Convection microwave oven merupakan pilihan terbaik untuk masa yang singkat dalam menyediakan makanan. Ini kerana convection microwave oven mempunyai kipas membantu pengaliran udara membolehkan anda untuk membakar, memanggang sama seperti full size convection oven.

    Jadi sebelum membuat pembelian microwave oven anda perlu tahu jenis yang macam mana sesuai dengan rumah anda atau dengan keperluan penggunaan harian anda.


    Apa Tips Pembelian Microwave Oven dan Kebaikan Penggunaan Microwave Oven ?

    Bagi anda yang ingin memilih microwave oven untuk dapur anda, pastikan size yang dibeli itu tidak terlalu kecil untuk memudahkan pelbagai jenis juadah dapat dibuat.

    Lihat pada kemampuan microwave oven itu dan suhu nya.

    Seperti penerangan sebelum ni, adalah lebih baik anda memilih microwave oven yang mempunyai kipas kerana ianya bagus untuk pengaliran udara. 

    Kebaikkan bagi penggunaan microwave oven ini pula ada beberapa kebaikkan:

    • Penggunaan microwave oven ini adalah cepat dan mudah, anda hanya perlu setkan masa dan dalam beberapa saat sahaja makanan anda siap untuk dimakan.
    • Jika anda ingin nyahbeku lauk yang ada di dalam peti sejuk, ianya selamat malah sewaktu proses nyahbeku, bakteria yang ada mampu dimatikan.
    • Mudah untuk dibersihkan, yang anda perlukan adalah sponge atau kain yang lembap dan lap pada bahagian dalamnya.
    • Jika sebelum ini anda memerlukan masa yang lama untuk menyediakan sesuatu juadah, dengan adanya microwave oven semua jenis juadah boleh siap dalam masa yang singkat.
    • Ia juga serba boleh. Bukan hanya untuk lauk sahaja, anda boleh menyediakan pelbagai jenis juadah seperti sayur, popcorn, kek dalam satu alat sahaja.

    Artikel Berkaitan

    End of Article