Adakah anda bekerja dari rumah atau content creator yang mencari keyboard terbaik?

Kami faham kadang-kadang leceh nak scroll satu-satu, lihat features barangan teknologi ni.

Tapi kini anda boleh membuat pilihan yang tepat kerana pilihan keyboard terbaik dari senarai kami ini.

Jom lihat keyboard terbaik yang sesuai untuk jenis kegunaan harian anda.


Senarai 8 Keyboard Komputer Terbaik

Keyboard terbaik secara keseluruhan
Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard
Partnership with Logitech
Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard
Dari
RM145.00
Semak harga Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard di bawah:
Mempunyai sistem Bluetooth
Papan kekunci yang selesa
Ringan
Tidak mempunyai RGB backlighting
Tidak mempunyai macro keys

Sebab menjadi pilihan utama:

Nikmati kelancaran menaip seperti di komputer peribadi melalui telefon pintar anda dengan menggunakan keyboard ini.

Ciri-ciri:

Mudah untuk disambungkan dengan semua peranti yang memiliki sambungan Bluetooth selain boleh bertindak sebagai keyboard tanpa wayar yang paling efficient ketika ini

Selain itu, anda juga boleh sambungkan keyboard ini ke tiga peranti berbeza secara dalam satu masa. 

Maksudnya anda boleh gunakan di smartphone anda, tablet dan juga komputer secara serentak.

Untuk ketahanan bateri, anda tidak perlu risau kerana keyboard ini dikatakan mampu bertahan sehingga 2 tahun tanpa perlu menukar bateri baru. 

Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard ini sangat sesuai untuk digunakan ke pelbagai jenis peranti termasuklah peranti dari produk Apple.

Review:

“Saiz dia just nice, boleh masuk dalam bag so saya senang buat kerja kat mana-mana. Bunyi menaip pun tak bising,”

Keyboard untuk dota
Razer Deathstalker V2 Pro
Partnership with Razer
Razer Deathstalker V2 Pro
Dari
RM1,229.00
Semak harga Razer Deathstalker V2 Pro di bawah:
Sangat selesa
Sesuai untuk gaming
Jarak pergerakan yang lebih pendek
Harga agak mahal

Razer Deathstalker V2 Pro merupakan keyboard gaming paling terbaik kerana sepesifikasinya mesra pengguna.

Maksudnya jarak pergerakan antara kekunci lebih dekat sekaligus anda akan rasa lebih selesa semasa menaip. 

Selain itu, keyboard ini juga mempunyai 3 pilihan penyambungan, Bluetooth, wayar USB dan juga tanpa wayar 2.4GHz. 

Jadi anda boleh sambungkan keyboard ini ke 3 peranti lain secara serentak.

JIka harga tidak menjadi masalah, Razer Deathstalker V2 Pro wajar menjadi pilihan untuk kaki gamers di mana anda tidak akan terasa lenguh sepanjang masa tangan di keyboard.

Keyboard untuk mac
Apple Magic Keyboard
Partnership with Apple
Apple Magic Keyboard
Dari
RM318.90
Semak harga Apple Magic Keyboard di bawah:
Kecil dan padat untuk ruang yang terhad
Terdapat backlight
Warna putih cepat kotor

Keyboard dari Apple ini menawarkan feature Touch ID yang sangat sinonim dengan pengguna Apple. 

Selain itu, Apple Magic Keyboard ini menawarkan reka bentuk yang simple dan sangat sesuai bagi mereka yang sukakan gaya minimalis.

Tentang harga, jangan risau kerana harga yang diletakkan pada keyboard Apple ini berpatutan.

Bateri pada keyboard ini juga dikatakan mampu bertahan selama beberapa bulan. Jadi dalam masa setahun mungkin anda hanya perlu tukar bateri dua ke tiga kali sahaja.

Bentuknya yang kecil dan kompak membuatkannya senang dibawa ke mana sahaja. 

Paling best, anda juga tidak perlukan ruang yang besar untuk meletakkan keyboard ini.

Apple Magic Keyboard juga menawarkan smooth press serta bunyi yang minima.

Keyboard komputer unik
Logitech Craft
Partnership with Logitech
Logitech Craft
Dari
RM569.00
Semak harga Logitech Craft di bawah:
Berat dan solid
Sesuai untuk content creator
Tombol dial yang unik untuk kerja kreatif
Harga agak mahal

Keyboard Logitech Craft ini dikatakan direka khas untuk anda yang melakukan kerja sebagai content creator

Keyboard terbaik ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang solid dan kukuh, tapi juga sentuhan yang menarik.

Apa yang menarik adalah pada bahagian atas keyboard ini terdapat satu tombol dial yang unik. 

Tombol ini berfungsi untuk mempercepatkan aliran kerja-kerja kreatif sebagai content creator.

Memberikan pergerakan yang baik, lantunan yang bagus serta ketepatan yang terbaik semasa digunakan. 

Walaupun harganya sedikit mahal, tapi masih sebuah keyboard yang unik untuk dimiliki.

Keyboard mini
Logitech MX Keys Mini
Partnership with Logitech
Logitech MX Keys Mini
Dari
RM599.00
Semak harga Logitech MX Keys Mini di bawah:
Kekunci ergonomik
Reka bentuk menarik
Fungsi perisian dalaman terbaik
Penyambungan dengan Bluetooth sahaja

Logitech MX Keys Mini merupakan sebuah papan kekunci mini yang terbaik di pasaran sekarang. 

Ini kerana bentuknya bukan sahaja padat, tapi nipis dan ringan jadi sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.

Jadi jika anda merupakan pekerja yang banyak melakukan kerja secara hybrid dan banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, Logitech MX Keys Mini ini sangat sesuai untuk anda.

Selain itu, kekunci pada keyboard ini juga dikatakan ergonomik dimana dapat memastikan hujung jari anda berada pada tempatnya dan  lebih selesa semasa menaip. 

Logitech MX Keys Mini ini juga menggunakan bahan binaan yang terbaik. Tidak mudah calar atau rosak walaupun sudah dibawa di dalam bag ke banyak tempat.

Lebih menarik, keyboard ini boleh disambungkan ke 3 peranti berbeza dalam satu masa.

Keyboard mechanical
Razer Pro Type Ultra
Partnership with Razer
Razer Pro Type Ultra
Dari
RM769.00
Semak harga Razer Pro Type Ultra di bawah:
Kekunci mekanikal yang senyap
Sambung ke pelbagai peranti secara nirwayar
Harga yang mahal

Razer Pro Type Ultra mungkin hadir dengan harga yang agak mahal, tapi sebuah keyboard mekanikal yang berbaloi untuk dibeli.

Dengan kekunci yang senyap, serta kekunci mekanikal yang sekata, anda akan dapat feedback pada sentuhan yang smooth tanpa menghasilkan bunyi yang kuat. 

Jadi anda tidak mengganggu orang di sebelah semasa menggunakan keyboard ini.

Selain itu, keyboard ini mempunyai features yang pelbagai dimana boleh sambung ke tiga peranti serentak,

Malah mempunyai wrist pad untuk meletakkan pergelangan tangan anda dengan selesa.

Semasa menggunakan keyboard ini secara nirwayar, ia boleh tahan sehingga 214 jam melalui Bluetooth dan 207 jam melalui dongle 2.4GHz. 

Jika anda tidak mahu memikirkan isu bateri habis, anda juga boleh menggunakannya secara wayar.

Keyboard komputer murah
Logitech Signature K650
Partnership with Logitech
Logitech Signature K650
Dari
RM246.00
Semak harga Logitech Signature K650 di bawah:
Selesa digunakan
Butang senyap mudah dicapai
Sangat mampu milik
Tidak ada backlight

Papan kekunci Logitech Signature K650 ini mempunyai butang kekunci yang diselaraskan bagi memberikan tindak balas taktil yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, memberikan prestasi keseluruhan yang serupa dengan papan kekunci mekanikal. 

Selain itu, keyboard terbaik ini juga mempunyai feature yang menarik iaitu butang mute untuk mic pada kekuncinya. 

Jadi anda tidak akan panik mencari butang mute semasa sedang online meeting

Tapi keyboard ini hanya sesuai untuk tujuan kerja sahaja. Kerja yang dilakukan pula adalah kerja pejabat yang biasa dan bukan untuk kerja design atau content creator

Untuk tujuan gaming, sangat tidak disarankan menggunakan keyboard ini.

Harga yang murah membuatkan satu pembelian yang tidak merugikan.

Keyboard untuk Dota
Razer Huntsman V2 Analog
Partnership with Razer
Razer Huntsman V2 Analog
Dari
RM1,243.55
Semak harga Razer Huntsman V2 Analog di bawah:
Sentuhan kekunci terbaik
Pergerakan kekunci yang selesa
Terbaik untuk gaming
Harga sangat mahal

Razer Huntsman V2 Analog mempunyai papan kekunci jenis mekanikal dengan bunyi klik yang ringan.

Dengan menggunakan teknologi optikal terkini menjadikani anda rasa selesa bermain game dengan keyboard ini.

Selain itu, memiliki tempat rehat pergelangan tangan yang ergonomik. Tentu anda tidak risau bermain game atau menaip terlalu lama sehingga menyebabkan lenguh tangan.

Walaupun harga keyboard terbaik ini agak mahal, tapi hadir dengan pelbagai feature yang menarik. 

Antaranya termasuk feature penetapan sendiri pergerakan kekunci dan pengaktifan kekunci dual-step

Jika anda mencari keyboard gaming terbaik untuk bermain game seperti Dota, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk membeli keyboard terbaik dari Razer ini.


Berapa Jenis Keyboard Yang Ada?

Untuk kegunaan harian, terdapat sekurang-kurangnya 8 jenis keyboard yang boleh didapati di pasaran sekarang. Anda perlu tahu apakah tujuan penggunaan keyboard anda sebelum membuat pembelian.

Antara jenis keyboard di pasaran adalah seperti keyboard gaming, mekanikal, wireless, hibrid, MMO gaming, Bluetooth, ergonomik, dan juga one-handed keyboard. Setiap jenis keyboard ini menawarkan fungsi berbeza dan khusus untuk jenis penggunaan. 

Bagi keyboard gaming, antara ciri penting yang ada adalah RGB lights. Selain itu, sesetengah keyboard gaming juga mempunyai butang ekstra untuk kegunaan sesetengah gaming mood.

Jenis keyboard nirwayar dan bluetooth pula kedua-duanya mempunyai ciri yang sama, iaitu penyambungan tanpa wayar. Perbezaannya pula adalah cara dia disambungkan ke peranti. Ini kebiasaannya mempengaruhi tahap responsif keyboard tersebut terhadap peranti.

Jenis ergonomik pula kebiasaannya terdapat pada keyboard gaming kerana tempoh bermain game yang lama. Keyboard bukan gaming juga turut menawarkan jenis ergonomik untuk keselesaan membuat kerja.

Jadi, terpulang pada keperluan masing-masing untuk menggunakan keyboard yang sesuai dengan cara penggunaan. Yang penting anda tidak tersalah membeli keyboard.

Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui cara pilih dan beli barangan pc dengan betul.


Artikel Berkaitan