Korang yang tengah cari laptop sesuai untuk student dan tertanya-tanya apakah spec laptop untuk student yang sesuai, tengok je senarai laptop harga mampu milik bawah ni.
Ada banyak laptop terbaik pelajar, laptop murah dan berkualiti yang dijual di pasaran untuk menepati piawaian penggunaan pelajar.
Jangan risau, sebab korang boleh dapat harga laptop murah dari pelbagai jenama laptop terbaik untuk pelajar universiti.
Kalau tak jumpa kedai laptop murah di luar untuk beli laptop university student Malaysia, lihat je senarai di bawah.
Ini senarai harga laptop terkini dan murah untuk korang yang nak beli laptop untuk student, laptop paling murah yang korang boleh dapatkan dan tentu sekali recommended laptop untuk student.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 10 Laptop Murah Untuk Pelajar

- OS: Windows 11 Home
- RAM: 8GB DDR4
- Storage: 512GB SSD
- Paparan: 15.6 inci FHD (1920 x 1080)
- Kamera: 720p HD
- Grafik: Intel® HD Graphics
- CPU: Intel® Celeron® N4500 (4 nm)
Sebab menjadi pilihan utama:
ASUS Vivobook Go 15 adalah pilihan laptop yang sangat sesuai untuk pelajar yang mencari peranti dengan harga berpatutan dan menawarkan prestasi yang baik untuk keperluan harian.
Boleh dikatakan laptop Vivobook Go 15 ini sebagai laptop all-rounder untuk pelajar sekolah dan juga universiti.
Ciri-ciri:
Dengan skrin 15.6 inci FHD (1920 x 1080) yang menawarkan paparan terang dan jelas, laptop ini dilengkapi dengan pemproses Intel® Celeron® N4500 yang cukup untuk tugas asas seperti menaip, melayari internet dan menonton video.
Ditambah dengan 8GB DDR4 RAM dan 512GB SSD, peranti ini memberikan kelajuan yang memadai untuk multitasking ringan tanpa gangguan.
Walaupun dilengkapi dengan grafik Intel® HD, ia masih mampu memberikan pengalaman visual yang baik untuk tugas biasa.
Dengan bateri 42WHrs, pelajar boleh menggunakan laptop ini sepanjang hari tanpa perlu risau kehabisan bateri.
Sistem operasi Windows 11 Home membolehkan korang mengakses aplikasi-aplikasi pelajar yang biasa digunakan dan dengan Office Home and Student 2021 sudah termasuk, pelajar boleh terus buat kerja dengan dokumen tanpa perlu membeli software tambahan.
Ditambah dengan port USB-C dan HDMI, laptop ini memberi fleksibiliti untuk menyambung ke pelbagai peranti tambahan.
ASUS Vivobook Go 15 adalah pilihan terbaik bagi pelajar yang mengutamakan prestasi dan harga yang berpatutan.
Review:
"Beli laptop untuk kegunaan nak sambung belajar and buat kerja office je. Okay sangat laptop ni. Performance lancar dan memang sesuai untuk student. Speaker pun kuat dan RAM 8GB memang cukup je."

- OS: Windows 11 Home
- Grafik: Intel® UHD Graphics
- RAM: 8GB DDR4
- Storage: 512GB SSD M.2 NVMe™ PCIe® 3.0
- Skrin: 14 inci Full HD
- CPU: Intel® Celeron® N4500 Processor
Asus Vivobook Go N4500 adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang mencari laptop dengan prestasi kukuh untuk coding dengan harga berpatutan.
Dikuasakan dengan pemproses Intel® Celeron® N4500, kelajuan hingga 2.8 GHz, laptop ini memberikan prestasi yang cukup baik untuk tugasan harian seperti pengaturcaraan, penyuntingan dokumen dan surfing internet.
Dilengkapi dengan 8GB RAM DDR4 yang pantas dan 512GB SSD, ia memberikan ruang yang luas untuk menyimpan projek-program besar dan memastikan kelancaran dalam multitasking.
Paparan 14 inci Full HD dengan teknologi anti-glare memastikan pengalaman visual yang selesa, terutamanya semasa sesi pengaturcaraan yang panjang.
Sistem operasi Windows 11 Home dan Microsoft Office Home & Student 2021 turut disertakan, menjadikan peranti ini lebih siap untuk penggunaan produktif seharian.
Dengan harga yang berpatutan dan sokongan yang baik untuk keperluan asas pengaturcaraan, Asus Vivobook Go N4500 adalah pilihan yang bijak untuk pelajar atau profesional yang baru bermula dalam bidang teknologi.

- OS: Windows 11 Home
- Grafik: Intel® UHD Graphics
- RAM: 8GB LPDDR5-4800
- Storage: 512GB SSD M.2 2242 PCIe® 4.0x4 NVMe®
- Skrin: 15.6 inci Full HD
- CPU: Intel® Core™ i3-N305 Processor
Lenovo IdeaPad Slim 3 adalah pilihan hebat untuk mereka yang mencari laptop untuk programming pada harga yang berpatutan.
Menggunakan Intel® Core™ i3-N305 Processor, laptop ini cukup pantas untuk menjalankan aplikasi pengaturcaraan dan menyokong keperluan multitasking.
Dilengkapi dengan 8GB LPDDR5 RAM dan 512GB SSD, ia menawarkan ruang yang cukup untuk menyimpan fail dan perisian tanpa menyebabkan masalah lag.
Paparan 15.6 inci Full HD memberikan visual yang jelas dan nyaman untuk sesi coding yang panjang.
Sistem operasi Windows 11 Home dan MS Office Home & Student 2021 sudah dipasang, memudahkan korang untuk terus produktif tanpa perlu risau tentang pemasangan perisian tambahan.
Dengan bateri yang tahan lama dan sokongan Wi-Fi 6, Lenovo IdeaPad Slim 3 memberikan pengalaman yang lancar dan stabil, sesuai untuk programmer yang mencari peranti mudah alih dengan ciri-ciri asas tetapi berkuasa untuk pengaturcaraan.

- OS: Windows 10 Pro
- Grafik: Intel® UHD Graphics
- RAM: 8GB DDR4
- Storage: 256GB SSD
- Skrin: 14 inci FHD IPS
- CPU: Intel® Core™ i7 10610U Processor
HP EliteBook 830 G7 adalah pilihan laptop terbaik bagi pelajar perakaunan yang memerlukan peranti kompak dan berprestasi tinggi untuk tugas harian.
Dikuasakan pemproses Intel® Core™ i7 10610U 10th Gen, ia memberikan kelajuan yang lancar dan responsif, sesuai untuk aplikasi perakaunan dan analisis data.
Dengan 8GB RAM dan 256GB SSD, korang dapat menikmati prestasi yang cepat serta ruang penyimpanan yang cukup untuk menyimpan pelbagai dokumen dan perisian perakaunan.
Paparan 14 inci FHD IPS memastikan gambar jelas dan tajam, memberikan pengalaman visual yang baik semasa kerja dengan spreadsheet atau melihat laporan.
Bateri yang tahan lama, bersama sambungan Wi-Fi 6, memastikan pelajar dapat bekerja dengan lancar sepanjang hari.
Ditambah dengan ciri keselamatan seperti HP Sure Start Gen6 dan HP Privacy Camera, ia memberikan perlindungan tambahan untuk keselamatan data.
Reka bentuk yang ringan dan mudah alih memudahkan korang membawa laptop ini ke mana sahaja, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk pelajar yang memerlukan laptop yang efisien dan selamat.

- OS: Windows 10 Home
- Grafik: AMD Radeon™ Graphics
- RAM: 8GB DDR4 Dual-channel RAM
- Storage: PCIe NVME SSD 256GB/512GB
- Skrin: 14.0”
- CPU: AMD Ryzen™ 5 3500U/AMD Ryzen™ 5 4500U
HONOR MagicBook 14 AMD merupakan sebuah Ultrabook yang direka untuk kualiti tinggi dan prestasi cemerlang.
Dibina dengan reka bentuk badan aluminium, laptop ringan dan padat ini menawarkan profil nipis dengan hanya 15.9mm, dan berat 1.38kg.
Paparan Full HD memberikan pengalaman visual yang memukau dengan nisbah skrin-ke-tubuh 84% dan 100% sRGB high gamut untuk warna-warna yang jelas dan vibrant.
Penjagaan mata adalah keutamaan, dan MagicBook 14 memberikan keutamaan dengan teknologi TÜV Rheinland Flicker-free dan Low Blue Light, selain teknologi DC dimming untuk keselesaan mata semasa penggunaan yang berpanjangan.
Dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 5 5500U dengan Grafik AMD Radeon™, memori dual-channel berkelajuan tinggi, dan PCIe NVMe SSD, laptop ini memberikan prestasi yang mengagumkan, masa boot yang lebih pantas, dan muatan aplikasi hampir segera.
Sistem penyejukan pula menampilkan dua paip haba dan kipas bersaiz besar, menguruskan haba dengan cekap sambil mengekalkan tahap bunyi yang rendah.
Produktiviti korang tentu tidak terganggu dengan spesifikasi prestasi tinggi, dan ciri-ciri ergonomik untuk pengalaman pengguna yang tiada tandingannya.

- OS: Windows 10 Home (64bit)
- Grafik: Intel® UHD Graphics 600
- RAM: 4GB, 1x4GB, DDR4, 2400MHz
- Storage: 256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
- Skrin: 15.6”
- CPU: Intel® Celeron® Processor N4020
Laptop Dell ini menggunakan sistem operasi Windows 10 Home, namun masih lagi mengekalkan prestasi penggunaan terbaik dengan kemas kini keselamatan secara berkala.
Dengan RAM 4G dan juga storan dalaman 256GB, cukup untuk penggunaan yang sederhana dan juga untuk bisnes.
Selain itu, mempunyai numeric pad bagi memudahkan korang memasukkan segala nombor dengan pantas dan mudah.
Paling bagus, harga laptop ini juga sangat murah dan tidak sampai RM2,000, jadi memang sesuai sekiranya korang baru nak mulakan bisnes.
Selain mempunyai pemprosesan yang bagus, bateri laptop ini juga antara yang terbaik dan juga tahan lama untuk korang gunakan dalam tempoh yang panjang.
Saiz skrin laptop ini adalah sebesar 15.6 inci, cukup besar untuk penggunaan harian.
Untuk grafik, jangan risau korang akan dapat Intel® UHD Graphics 600 yang boleh memainkan video beresolusi tinggi, jadi lebih mudah untuk korang cari idea dalam video.

- OS: Windows 10 Home Edition
- Grafik: Intel UHD
- RAM: 8GB
- Storage: 256GB
- Skrin: 14 inci
- CPU: Intel Core i3-1005G1 (10th Gen)
Infinix Inbook X1 adalah sebuah laptop yang mempunyai prestasi yang cukup baik dengan pemprosesan Intel Core i3 dan RAM 8GB, serta storan SSD 256GB.
Laptop ini dilengkapi dengan pelbagai jenis port seperti USB-C, HDMI, WiFi 6.0, Bluetooth 5.1 dan jack headset serta mikrofon.
Ini menjadikannya sebuah laptop terbaik serba guna dan sesuai digunakan untuk kerja harian.
Manakala saiz skrin 14-inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixels pada laptop ini sesuai untuk tujuan kerja dan juga hiburan seperti menonton video atau movie.
Bateri dengan kapasiti 55 Wh membolehkan pengguna menggunakan laptop ini selama 6 hingga 7 jam.
Bagaimanapun, laptop ini mungkin kurang sesuai untuk kerja berat seperti edit video atau untuk main game terkini.
Ini kerana tiada GPU tersendiri yang boleh menawarkan prestasi grafik yang lebih baik.

- OS: Windows 11 Home
- Grafik: AMD Radeon™ Graphics
- RAM: 8GB
- Storage: 512GB
- Skrin: 15.6 inci
- CPU: AMD Ryzen 5 7520U
Kalau korang merupakan seorang pelajar engineering, Acer Aspire 3 mungkin merupakan laptop yang sesuai untuk korang.
Hadir dengan prosesor AMD Ryzen 5 7520U, 8GB LPDDR5 onboard RAM, dan SSD PCIe NVMe 512GB yang cekap.
Laptop ini dapat menangani aplikasi dan program yang paling berat dengan mudah.
Selain itu, display IPS Full HD 15.6 inci dengan Acer ComfyView™ LED-backlit memberikan korang sudut pandang yang luas hingga 170 darjah.
Terdapat juga webcam HD 720p, speaker Acer, mikrofon dual dan sokongan untuk Bluetooth 5.2 bagi memastikan korang sentiasa ada connection di mana sahaja.
Dengan jaminan Acer selama 2 tahun dan Jaminan Pelancong Antarabangsa untuk tahun pertama, korang pasti berasa tenang dan tidak risau jika berlaku apa-apa masalah.
Acer Aspire 3 sememangnya recommended sebagai laptop untuk student yang sedang atau bakal masuk dalam bidang engineering.

- OS: Windows 11 Home
- Grafik: Intel UHD Graphics
- RAM: 8GB DDR4-3200 RAM
- Storage: 512GB NVMe SSD PCIe Gen4
- Skrin: 14 inci
- CPU: Intel Core i3-1315U
MSI Modern 14 adalah sebuah laptop ringan yang direka untuk pelajar yang ingin melakukan tugasan assignments atau untuk bermain game selepas itu.
Dengan berat hanya 1.29kg, laptop ini ringan untuk dibawa ke mana sahaja.
Hadir dengan Windows 11 Home sebagai sistem operasi dan penyimpanan 512GB NVMe SSD PCIe Gen4, laptop ini memastikan pengalaman pengguna yang pantas dan cekap.
Jaid, memang sure tidak akan lag bila guna laptop MSI Modern 14 ini.
Paparan 14-inci memberikan visual yang jelas dan pemproses Intel Core i3-1315U dan memori DDR4 8GB mampu melancarkan sebarang multitask.
Laptop ini turut dilengkapi dengan grafik Intel UHD untuk tugas harian dan dilengkapi dengan keyboard putih satu warna.
Tambahan lagi, menyediakan warranty selama 2 tahun dan boleh didapati dalam pilihan warna hitam atau putih.
Apakah Tips Beli Laptop Untuk Student?
ikut tips penting ini untuk bantu pelajar membuat keputusan yang bijak ketika membeli laptop.
1. Nilai keperluan sendiri
Fikirkan macam mana korang akan gunakan laptop tu, sama ada untuk tugasan, pembentangan, atau perisian tertentu. Pilih spesifikasi yang sesuai dengan kegunaan tersebut.
2. Bateri tahan lama
Pastikan laptop boleh bertahan seharian tanpa perlu dicas kerap, terutama jika banyak kelas atau belajar di luar.
3. Spesifikasi penting
Pilih prosesor yang baik (sekurang-kurangnya Intel i5 atau Ryzen 5), RAM sekurang-kurangnya 8GB dan storan SSD untuk prestasi lancar.
4. Bandingkan harga
Laptop mahal tak semestinya terbaik. Bandingkan model dan baca ulasan sebelum beli untuk elak terbeli yang tak berbaloi.
5. Faktor tambahan
Pertimbangkan juga saiz, berat dan jaminan untuk keselesaan jangka panjang.
Laptop yang sesuai bantu pelajar belajar lebih efisien. Pilih berdasarkan keperluan, bukan jenama semata-mata.
Adakah Laptop Refurbished Bagus?
Laptop refurbished adalah peranti terpakai yang dijual semula selepas melalui proses baik pulih atau pembersihan oleh syarikat atau pengeluar.
Ia biasanya datang dari pejabat yang menaik taraf peranti selepas 2–3 tahun.
Walaupun bukan baru, laptop ini masih berfungsi dengan baik dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan kosmetik.
Jaminan juga biasanya disertakan, walaupun tempohnya berbeza-beza.
Secara ringkas, laptop refurbished boleh jadi pilihan yang bagus kalau korang nak jimat kos tanpa kompromi besar pada prestasi.
Bagaimanakah Cara Pilih Laptop Yang Betul Bersesuaian Dengan Keperluan?
Memilih laptop yang sesuai penting untuk pastikan tugasan harian berjalan lancar, terutama bagi pelajar dan pengguna yang aktif.
Berikut faktor utama yang perlu dipertimbangkan:
-
Bajet – Sesuaikan pilihan dengan kemampuan. Tidak perlu mahal, asalkan memenuhi keperluan asas. Banyak pilihan bagus di bawah RM2,000 seperti Asus, Dell, HP, atau Lenovo.
-
Spesifikasi – Periksa spesifikasi seperti prosesor, RAM, storan, paparan dan sistem operasi agar selari dengan jenis kerja.
-
Rekaan – Pilih laptop ringan dan kukuh, mudah dibawa, serta sesuai untuk jangka masa panjang.
-
Multifungsi – Jika kerap gunakan perisian berat seperti Photoshop bersama tugasan biasa, pilih laptop 2-dalam-1 atau yang menyokong multitasking tinggi.
-
Jaminan – Pastikan jaminan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk perlindungan jangka panjang. Elakkan beli refurbished jika tidak pasti.
Korang boleh juga bawa teman yang arif semasa membeli untuk dapat pandangan kedua.