Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Smartphone gaming terbaik

9 Handphone Gaming Terbaik 2025 (PUBG, Mobile Legends, Genshin Impact)

Kaki gamers kena tahu cara betul pilih phone sesuai untuk main game.

Korang nak cari telefon gaming terbaik, boleh tengok senarai gaming phone lengkap daripada kitaorang ni.

Semua range harga ada, yang penting kitaorang tak selek!

Inovasi teknologi sekarang membolehkan kita main game hanya menggunakan smartphone tidak kira di mana kita berada.

Bagaimanapun, korang kenalah tahu telefon pintar yang mana sesuai untuk bermain game sebab tak semua boleh dijadikan gaming phone.

Tapi macam mana nak tahu handphone gaming yang mana satu sesuai digunakan untuk main game atas talian?

Jom lihat senarai phone gaming terbaik sediakan khas untuk kaki gamers.

Mungkin harga telefon dalam senarai ni agak 'keras' tapi ada je telefon gaming bajet yang kitaorang letak.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Senarai 9 Smartphone Gaming Terbaik

Smartphone gaming terbaik secara keseluruhan
POCO X7 Pro
Xiaomi
Xiaomi Poco X7 Pro
From
RM1,699.00
Check POCO X7 Pro price below:
add_circle Kamera utama 50MP OIS
add_circle Bateri besar tahan lama
add_circle Skrin AMOLED sangat jelas
remove_circle Tiada pengecasan tanpa wayar
  • Chipset: Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4 nm)
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.67 inci
  • Resolusi: 1220 x 2712 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra lebar) 20MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

POCO X7 Pro menggabungkan prestasi moden dengan reka bentuk yang praktikal, menjadikannya pilihan seimbang untuk anda yang menghargai telefon laju dan style.

Dengan spec yang ada, telefon ini sangat sesuai dijadikan sebagai telefon gaming terbaik secara keseluruhan.

Ciri:ciri:

Dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 8400 Ultra, ia memberikan prestasi yang lancar, terutamanya untuk gaming berat dan multitasking.

Dengan RAM 8GB atau 12GB dan storan hingga 512GB, korang tak perlu risau tentang lagging atau ruang simpanan.

Paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1220 x 2712 piksel dan kadar segar semula 120Hz memastikan visual yang tajam dan lancar, sesuai untuk pengalaman gaming yang terbaik.

Bateri 6000mAh pula memastikan jangka masa permainan lebih panjang tanpa gangguan, manakala kamera 50MP dan lensa sudut lebar memberi hasil gambar yang memukau.

Dengan sokongan 5G dan Android 15 yang responsif, ia juga sangat sesuai untuk kegunaan harian selain gaming.

Ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik, POCO X7 Pro menyerlah dalam reka bentuk dan prestasi.

Review:

"Cip Dimensity 8400 Ultra memberikan prestasi yang sangat lancar untuk gaming, dan bateri 6000mAh membuatkan saya tak risau untuk cas sepanjang sesi gaming panjang."

Handphone bagus untuk gaming
realme 14 5G
realme
realme 14 5G
From
RM1,294.00
Check realme 14 5G price below:
add_circle Cipset Snapdragon 6 Gen 4 untuk prestasi stabil
add_circle Skrin AMOLED 120Hz sesuai untuk gaming
add_circle Bateri besar 6000mAh
add_circle GT Mode yang optimasi prestasi untuk game
remove_circle Kualiti zum sangat terhad
remove_circle Harga agak tinggi berbanding pesaing terdekat
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4 (4nm)
  • OS: Android 15, Realme UI 6.0
  • RAM: 12GB + hingga 14GB RAM tambahan
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.673 inci AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (belakang) 16MP (swafoto)

Cipset Snapdragon 6 Gen 4 (4nm) bukan sekadar cukup, ia direka untuk memberi prestasi tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih efisien.

Selain itu, dengan GT Mode, segala sumber sistem akan difokuskan sepenuhnya untuk gaming tanpa gangguan.

Realme 14 5G direka bukan untuk peminat fotografi, tetapi untuk mereka yang lebih gemar bermain game di telefon.

Dengan cipset Snapdragon 6 Gen 4 dan mod khas GT Mode, telefon ini mampu menjalankan game popular dengan lancar dan stabil.

Skrin AMOLED 120Hz pula menambah kelancaran semasa bermain dan menonton video.

Bateri pula, 6000mAh memastikan pengalaman gaming lebih lama tanpa perlu kerap dicas.

Bagaimanapun, kamera pada telefon ini biasa-biasa je – cukup untuk kegunaan ambil gambar secara santai, tetapi bukan untuk pengguna yang gemar fotografi.

Jika mahu telefon dengan kamera lebih mantap, Realme 14 Pro+ 5G adalah pilihan yang lebih sesuai.

Tapi kalau mahu fokus mobile gaming, Realme 14 sudah memadai.

Handphone gaming dan kamera terbaik
iPhone 16 Pro Max
Apple
iPhone 16 pro max
From
RM5,999.00
Check iPhone 16 Pro Max price below:
add_circle Paparan Super Retina XDR
add_circle Video 4K 120fps Dolby Vision
add_circle Cip A18 Pro untuk gaming lancar
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Harga mahal
remove_circle telefon agak berat
  • Cipset: Apple A18 Pro (3 nm)
  • OS: iOS 18
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.9 inci LTPO Super Retina XDR OLED
  • Resolusi: 1320 x 2868 piksel
  • Bateri: Li-Ion, tidak boleh ditanggalkan
  • Kamera: 48MP (lebar), 12MP (telefoto), 16MP (swafoto)

iPhone 16 Pro Max menawarkan prestasi luar biasa dengan reka bentuk titanium yang tahan lasak dan paparan 6.9 inci Super Retina XDR OLED yang jelas dan terang.

Dikuasakan oleh cip A18 Pro, telefon ini mengendalikan ciri-ciri foto dan video canggih, termasuk kawalan kamera yang membolehkan pengguna merakam gambar dengan ketepatan tinggi.

Kamera belakang 48MP dengan lensa Ultra Wide dan 5x telefoto memberikan hasil foto yang menakjubkan, sementara keupayaan video 4K 120fps Dolby Vision memberikan pengalaman rakaman video profesional.

Dilengkapi dengan prestasi hebat, iPhone 16 Pro Max juga menawarkan jangka hayat bateri yang lebih panjang dengan 33 jam main video dan pengecasan pantas menggunakan USB-C atau MagSafe.

Dengan iOS 18, korang boleh sesuaikan skrin utama, cari foto kegemaran dengan lebih cepat dan menambah kesan animasi dalam iMessage.

Selain itu, ciri keselamatan seperti Pengesanan Kemalangan memastikan korang sentiasa selamat.

Sesuai untuk gaming dan fotografi, iPhone 16 Pro Max adalah telefon pintar serba lengkap.

Handphone gaming bateri besar
Realme 14 Pro
Realme
Realme 14 Pro
From
RM1,499.00
Check Realme 14 Pro price below:
add_circle Cip Dimensity 7300 berkuasa
add_circle Cooling System yang mantap
add_circle Paparan OLED 120Hz
add_circle Bateri 6000mAh tahan lama
remove_circle Tiada bicu audio 3.5mm
remove_circle Pilihan warna terhad
  • Cipset: Mediatek Dimensity 7300 Energy
  • OS: Android 15, Realme UI 6.0
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.77 inci
  • Resolusi: 1080 x 2392 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar), 2MP (depth), 16MP (swafoto)

Realme 14 Pro adalah pilihan tepat sebagai handphone gaming bateri besar dengan cip Dimensity 7300 Energy, paparan OLED 120Hz dan bateri 6000mAh yang tahan lama.

Gabungan ini memastikan sesi gaming berjalan lancar tanpa gangguan.

Sistem penyejukan 6000mm² VC Cooling System yang lebih besar 33% daripada sistem biasa, serta lapisan grafit 13,487mm², memastikan telefon kekal sejuk walaupun semasa sesi gaming yang panjang.

Kamera utama 50MP Sony OIS (IMX882) menghasilkan gambar terang dan stabil, sementara rakaman video 4K menawarkan kualiti tinggi.

Kamera depan 16MP AI Beauty juga menghasilkan selfie yang lebih natural.

Dengan 12GB RAM, speaker stereo dan ketahanan IP68/IP69, Realme 14 Pro adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan prestasi gaming berkualiti dengan ketahanan bateri terbaik, serta kualiti kamera yang mantap.

Handphone terbaik untuk mobile legend
Nubia Neo GT 3
Redmagic
Nubia Neo GT 3
From
RM1,199.00
Check Nubia Neo GT 3 price below:
add_circle Performance cip Dimensity 9200 mantap
add_circle Paparan AMOLED 120Hz
add_circle Bateri 6000 mAh tahan lama
add_circle Sistem penyejukan terbaik untuk gaming
remove_circle Kamera swafoto 20MP kurang canggih

 

  • Cipset: Mediatek Dimensity 9200 (4 nm)
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 12GB (extendable dynamic RAM)
  • Storage: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz, 1000 nits HBM
  • Resolusi: 1080 x 2392 (~386 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 20MP (swafoto)

Nubia Neo 3 GT merupakan telefon pintar yang direka khas untuk para gamers yang mahukan prestasi tinggi.

Dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 9200 dan 12GB RAM (dengan RAM dinamik 12GB), telefon ini menjanjikan pengalaman gaming yang lancar dan multitasking yang mudah.

Skrin AMOLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz memberikan paparan yang jelas dan terang, ideal untuk permainan seperti Mobile Legends.

Kamera utama 50MP memastikan gambar yang tajam dan berkualiti tinggi, sementara kamera 8MP ultra-lebar dan kamera swafoto 20MP menawarkan kualiti gambar yang menarik.

Telefon ini juga dilengkapi dengan bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 45W, memastikan korang boleh bermain lebih lama dengan masa pengecasan yang minimum.

Ditambah pula dengan sokongan 5G dan sistem penyejukan yang hebat, Nubia Neo 3 GT mampu menangani permainan berintensiti tinggi tanpa prestasi yang terjejas.

Dengan semua ciri ini, ia adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yang mencari handphone terbaik untuk Mobile Legend.

 

Handphone gaming grafik terbaik
Asus ROG Phone 9 Pro
Asus
Asus ROG Phone 9 Pro
From
RM5,199.00
Check Asus ROG Phone 9 Pro price below:
add_circle Paparan 185Hz AMOLED
add_circle Cip Snapdragon 8 Elite prestasi mantap
add_circle Pengecasan 65W cepat dan cekap
remove_circle Harga agak premium

 

  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm)
  • OS: Android 15, One UI 6
  • RAM: 12GB
  • Storan: 256GB
  • Paparan: 6.78 inci LTPO AMOLED, 185Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel (~388 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar), 32MP (telefoto), 13MP (ultra-lebar)

ROG Phone 9 Pro merupakan pilihan utama bagi gamers yang mementingkan grafik terbaik dan prestasi luar biasa.

Dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite dan GPU Adreno 830, telefon ini memastikan pengalaman gaming yang lancar dan tanpa gangguan.

Dengan paparan LTPO AMOLED 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 185Hz, setiap aksi dalam permainan akan kelihatan lebih tajam dan jelas.

Ditambah dengan kecerahan puncak 2500 nits, telefon ini berfungsi dengan baik walaupun di bawah cahaya matahari yang terang.

Kamera utama 50MP dengan penstabilan gimbal OIS menjadikan setiap gambar dan video lebih stabil dan terperinci, sementara lensa telefoto 32MP memberikan zum optikal 3x yang sangat berguna untuk rakaman jarak jauh.

Sistem pengecasan 65W dan bateri 5800mAh memastikan korang boleh terus bermain tanpa gangguan dan pengecasan pantas membolehkan korang kembali ke permainan dalam masa yang singkat.

ROG Phone 9 Pro boleh dilihat sebagai telefon gaming yang sangat sesuai untuk mereka yang mengutamakan grafik, kelajuan dan prestasi cemerlang.

 

Handphone gaming bateri tahan lama
RedMagic 10 Pro
RedMagic
RedMagic 10 Pro
From
RM3,999.00
Check RedMagic 10 Pro price below:
add_circle Cip Snapdragon 8 Elite untuk gaming terbaik
add_circle Sistem penyejukan terbaik
add_circle Bateri 6500mAh tahan lama
add_circle Pengecasan pantas 80W
remove_circle Kualiti kamera tidak konsisten
remove_circle Audio kurang bass
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm)
  • OS: Android 15, Redmagic OS 10
  • RAM: 12GB
  • Storan: 256GB
  • Paparan: 6.85 inci AMOLED, 144Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel (~431 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (ultra-lebar), 2MP (makro)

REDMAGIC 10 Pro adalah pilihan utama untuk gamer yang mencari telefon pintar dengan prestasi tinggi dan bateri tahan lama.

Dengan cip Snapdragon 8 Elite dan RAM 12GB, telefon ini memberikan pengalaman gaming yang lancar tanpa gangguan.

Paparan AMOLED 6.85 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits memastikan visual permainan jelas dan tajam, walaupun di bawah cahaya matahari.

Ia dilengkapi dengan sistem penyejukan terbina yang berfungsi dengan kipas penyejuk untuk memastikan telefon tetap sejuk walaupun ketika bermain permainan berat.

Bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W memastikan anda tidak perlu risau tentang kehabisan kuasa semasa sesi gaming panjang.

Kamera belakang 50MP memberikan hasil gambar yang sangat tajam, manakala kamera depan 16MP di bawah skrin memberikan selfie yang jelas.

Dengan reka bentuk badan aluminium dan kaca, REDMAGIC 10 Pro bukan sahaja kuat dan tahan lama, tetapi juga bergaya.

Ini adalah telefon yang sesuai untuk mereka yang memerlukan prestasi tinggi dan ketahanan bateri yang luar biasa.

Handphone gaming untuk kanak-kanak
Samsung Galaxy S25
Samsung
Samsung Galaxy S25
From
RM3,999.00
Check Samsung Galaxy S25 price below:
add_circle Skrin Dynamic AMOLED 6.2 inci, 120Hz, jelas dan lancar
add_circle kualiti kamera terbaik untuk fotografi
add_circle Cip Snapdragon 8 Elite 3nm, prestasi tinggi
add_circle Sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6, NFC dan 5G
remove_circle Bateri 4000mAh agak kecil untuk penggunaan berat
remove_circle Tiada slot kad memori luaran

 

  • Cipset: Qualcomm Snapdragon SM8750-AB 8 Elite (3nm)
  • OS: Android 15, One UI 7
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB / 512GB
  • Paparan: 6.2-inch AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 (~386 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar), 10MP (telefoto), 12MP (swafoto)

Samsung Galaxy S25 adalah pilihan yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang memerlukan telefon pintar dengan prestasi baik untuk bermain permainan dan penggunaan harian.

Dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon SM8750-AB 8 Elite dan 12GB RAM, telefon ini menawarkan pengalaman permainan yang lancar dan responsif.

Paparan 6.2 inci memberikan visual yang jelas dan tajam, sementara kamera belakang 50MP dan 10MP memastikan gambar yang jelas, menjadikannya pilihan tepat untuk menangkap gambar dalam aktiviti harian.

Dengan storan sehingga 512GB, ia menawarkan ruang yang mencukupi untuk menyimpan aplikasi permainan dan data peribadi.

Selain itu, dengan bateri 4000mAh dan pengecasan 25W, ia memastikan penggunaan lebih lama tanpa gangguan.

Dengan sistem operasi Android 15 dan One UI 7, Galaxy S25 memberikan antaramuka yang mesra kanak-kanak, memudahkan mereka mengakses aplikasi dan permainan kegemaran mereka.

 

Handphone gaming tahan lasak
HONOR 400 Pro
HONOR
HONOR 400 Pro
From
RM2,699.00
Check HONOR 400 Pro price below:
add_circle Paparan 120Hz yang lancar
add_circle Pengecasan 100W pantas
add_circle Reka bentuk tahan lasak (IP68/IP69)
add_circle Bateri 6000mAh tahan lama
remove_circle Tiada sokongan kad memori luar
remove_circle Tiada bicu audio 3.5mm
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm)
  • OS: Android 15, MagicOS 9.0
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.7-inch AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 2800 x 1280 (~386 ppi)
  • Kamera: 200MP (lebar), 50MP (telefoto), 2MP (makro)

HONOR 400 Pro adalah pilihan tepat bagi mereka yang mencari handphone gaming tahan lasak dengan prestasi cemerlang.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite dan 12GB RAM (dengan 12GB RAM Dinamik), ia mampu memberikan pengalaman gaming yang lancar dan cepat.

Paparan AMOLED 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz menawarkan visual yang tajam dan jelas, sesuai untuk sesi permainan yang panjang.

Kamera belakang 200MP dan kamera depan 50MP memastikan gambar dan video yang sangat jelas.

Bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 100W memastikan korang boleh bermain tanpa gangguan sepanjang hari.

Disokong oleh pengisian tanpa wayar 50W, ia memastikan kemudahan pengecasan tanpa perlu kabel.

Selain itu, reka bentuk tahan lasak dengan penarafan IP68 dan IP69 memastikan ia tahan terhadap debu dan air, sesuai untuk digunakan dalam pelbagai keadaan.

Dilengkapi dengan sistem penyejukan, telefon ini sesuai untuk mereka yang ingin bermain permainan dengan grafik tinggi dan tanpa terjadinya masalah pemanasan.


Apakah Tips Beli Gaming Smartphone Terbaik?

  • Untuk memilih handphone gaming terbaik, fokus pada beberapa perkara utama.
  • Pertama, pastikan CPU telefon cukup berkuasa seperti Snapdragon 8 Elite untuk prestasi tanpa lag.
  • Selain itu, GPU seperti GPU Turbo 2.0 juga penting untuk grafik game yang lancar.
  • Pastikan juga telefon mempunyai sistem penyejukan yang baik untuk mengelakkan kepanasan.
  • Akhir sekali, pilih telefon dengan bateri besar untuk sesi gaming yang lebih lama.

Bagaimana Mencari Spesifikasi Handphone Gaming Terbaik?

Pilih handphone dengan chipset berkuasa seperti Snapdragon 8 ke atas atau Mediatek Helio G90 untuk prestasi lancar.

Pastikan juga ada sistem penyejukan seperti liquid cooling atau supercool.

Pilih RAM 4GB ke atas dan storan lebih 128GB.

Untuk pengalaman terbaik, pilih paparan dengan refresh rate 144Hz.


Apakah Aksesori Terbaik Untuk Meningkatkan Pengalaman Bermain Game Pada Smartphone?

  • Pengawal Permainan - Pengawal bluetooth tanpa wayar memberikan kawalan lebih tepat, seperti pengawal Xbox atau PlayStation.

  • Headset Permainan - Audio berkualiti tinggi dengan mikrofon terbina untuk komunikasi jelas dan pengalaman bunyi dalam permainan.

  • Gaming Grip Cases - Kes ergonomik untuk keselesaan dan pegangan yang lebih baik semasa bermain.

  • Papan Kekunci Permainan - Sambungkan papan kekunci untuk kawalan lebih tepat, sesuai untuk permainan strategi atau simulasi.

  • Gaming Mouse - Memberikan kawalan lebih tepat berbanding skrin sentuh, sesuai untuk permainan strategi atau MOBA.

  • Powerbank Mudah Alih - Pastikan telefon sentiasa dicaj semasa sesi permainan panjang tanpa gangguan.

  • Kipas Penyejuk/Pad Penyejuk - Membantu menyejukkan telefon untuk prestasi yang optimum semasa sesi permainan sengit.

  • Pelindung Skrin dan Kit Pembersihan - Lindungi skrin daripada calar dan pastikan paparan jelas semasa bermain.


Pilihan Terbaik

Bagi tahun 2025, boleh dikatakan senarai ini merupakan pilihan smartphone terbaik untuk tujuan gaming:


Artikel berkaitan

End of Article