Penggunaan frezer biasanya di restoran, kedai makan atau pusat penjualan makanan sejuk beku.

Tapi kini kebanyakan kediaman juga mempunyai freezer untuk menyimpan aiskrim atau daging mentah dalam kuantiti yang banyak.

Lagipun, harga yang ditawarkan tidak mahal dan saiz freezer muat untuk diletakkan dalam rumah.

Jadi, bagi yang ingin memiliki freezer, jom lihat senarai jenama freezer terbaik dan jimat elektrik.


Senarai 10 Freezer Terbaik & Jimat Elektrik

Freezer terbaik secara keseluruhan
Morgan 100L Dual Function Chest Freezer (MCF-1158L)
Partnership with Morgan
Dari
RM599.00
Semak harga Morgan 100L Dual Function Chest Freezer (MCF-1158L) di bawah:
Sejukbeku makanan lebih pantas
Ruangan yang luas
Mudah untuk dikendali dan dibersihkan
Tidak sesuai untuk ruang dapur terhad

Chest freezer ini mempunyai fungsi dual iaitu menyejukkan dan membekukan makanan mengikut kesesuaian pengguna. 

Takat suhu freezer Morgan ini 2ºC ~ 8ºC (fridge) dan -10ºC ~ -24ºC (freezer).

Jadi boleh digunakan sebagai peti ais sejuk yang biasa. 

Saiz freezer yang sederhana sangat baik untuk kegunaan rumah atau kedai makan kecil-kecilan. Ia juga memuatkan sehingga 100 liter bahan makanan dan sebagainya. 

Compressor ini juga berkuasa tinggi bagi memastikan makanan cepat beku dan diberi jaminan penggunaan selama 5 tahun. Serta jaminan 1 tahun untuk bahagian freezer yang lain. 

Mini freezer
Quirky Cow Portable Mini Freezer
Partnership with
Freezer jenis portable – mudah dibawa kemana sahaja
Dari
RM125.00
Semak harga Quirky Cow Portable Mini Freezer di bawah:
Portable, mudah dialih dan dipasang
Kapasiti 4L sesuai untuk minuman tin dan kotak
Jimatkan penggunaan tenaga elektrik
Tidak sesuai menyimpan barangan basah

Dengan peti beku mini ini, bukan sahaja ringan malah mudah untuk dibawa kerana saiz yang kecil. 

Kecil bukan sebarang kecil, peti beku ini sesuai buat anda yang ingin menikmati minuman kegemaran tidak kira sama ada untuk dibawa berkelah atau bagi perjalanan jauh.

Anda boleh memuatkan 6 tin minuman dan isipadu makanan sehingga 4 liter. 

Freezer dengan watt rendah
Snow Chest Freezer 100L (BDW100)
Partnership with Snow
Freezer auto defrost dengan watt rendah
Dari
RM750.00
Semak harga Snow Chest Freezer 100L (BDW100) di bawah:
Ciri-ciri pembekuan lebih cepat
Mudah dibersihkan
Lengkap dengan roda mudah alih
Saiz agak berat

Produk dari Snow merupakan jenama lokal daripada Malaysia dan terkenal kemampuan membeku makanan dengan cepat.

Malah peti ini dikatakan mesra alam kerana beroperasi dengan teknologi terbaru dimana menggunakan watt rendah untuk penjimatan elektrik. 

Saiz freezer ini kecil dan sesuai untuk isi rumah yang tidak ramai.

Disebabkan mempunyai roda bahagian bawah jadi peti ais ini dialihkan.

Malah dilengkapi door lock bagi memastikan keselamatan pengguna.

Diperbuat daripada keluli tahan karat untuk memastikan ketahanannya lebih kuat daripada terhakis dan juga mudah untuk dibersihkan.

Freezer untuk simpan susu ibu
Midea 130L Chest Freezer (WD-130WA)
Partnership with Midea
Dari
RM494.00
Semak harga Midea 130L Chest Freezer (WD-130WA) di bawah:
Jimatkan penggunaan elektrik
Sesuai untuk menyimpan barangan basah & susu ibu
Lengkap dengan roda mudah alih
Saiz peti berat

Barangan yang disimpan dengan betul dan sempurna dapat memastikan makanan anda terjaga kesegarannya.

Peti sejuk beku ini sesuai untuk penyimpanan barangan basah atau susu ibu kerana mampu membeku sehingga ke suhu -24 darjah selsius.

Peti sejuk beku ini mempunyai roda, membolehkan anda mengalih kedudukannya mengikut kemahuan.

Bagi mengelakkan daripada kemunculan bakteria, sebaiknya peti ini dibersihlkan dengan kerap.

Freezer untuk frozen food
Butterfly 116L Chest Freezer (BCF-WG 101)
Partnership with Butterfly
Dari
RM799.00
Semak harga Butterfly 116L Chest Freezer (BCF-WG 101) di bawah:
Dijamin selamat dengan door key lock
Lengkap dengan roda mudah alih

Kapasiti chest freezer ini agak kecil berbanding jenama yang lain kerana memuatkan hanya 116L.

Tapi freezer ini mempunyai sistem keselamatan iaitu key lock jadi tidak mudah dibuka oleh aanak kecil.

Lengkap juga dengan roda untuk memudahkan anda mengubah alih kedudukan chest freezer ini pada sudut yang diingini.

Freezer untuk daging
Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey Color
Partnership with Elba
Sesuai untuk menyimpan barangan basah seperti ayam dan daging
Dari
RM699.00
Semak harga Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey Color di bawah:
Material keluli besi tahan karat
Makanan yang disimpan tidak mudah tercemar
Kapasiti 130L, sesuai untuk perniagaan
Tiada bahagian cooler

Jika anda suka menyimpan barangan basah untuk jangka masa yang lebih lama, peti sejuk beku ini terbaik untuk anda.

Ini kerana peti beku dari jenama Elba ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan membuang bau busuk.

Kapasiti ruangan juga besar untuk mereka yang gemar menyimpan barangan dengan banyak. 

Apa yang lebih menarik, bahagian dalam peti beku ini diperbuat daripada keluli tahan karat agar makanan yang disimpan tidak tercemar dengan bakteria. 

Freezer yang jimat elektrik
Berjaya Premium 330L Chest Freezer (BJY-CFSD400A-R6)
Partnership with Berjaya
Dari
RM1,031.00
Semak harga Berjaya Premium 330L Chest Freezer (BJY-CFSD400A-R6) di bawah:
Sesuai untuk perniagaan
Eco-friendly dan bebas CFC
Sistem operasi senyap
Harga mahal

Freezer dengan kapasiti besar sehingga 330 liter ini sesuai digunakan untuk anda yang menjalankan perniagaan seperti restoran atau jualan makanan sejuk beku.

Ini kerana freezer ini boleh beku hingga takat -25 darjah celsius, bagi memastikan makanan dapat disimpan untuk jangka masa yang panjang. 

Freezer ini beroperasi secara senyap, mesra alam dan menjimatkan tenaga elektrik walaupun bersaiz besar 330 liter. 

Bahkan ia juga lengkap dengan sistem pintu dan kunci keselamatan. 

Freezer dengan pintu di atas
Toshiba 249L Chest Freezer (CR-A249M)
Partnership with Toshiba
Dari
RM1,545.00
Semak harga Toshiba 249L Chest Freezer (CR-A249M) di bawah:
Kapasiti lebih 200L untuk kegunaan perniagaan
Boleh menyimpan makanan untuk jangka masa yang lama
Mampu untuk menyahbau
Harga mahal

Chest freezer daripada jenama Toshiba ini mempunyai sistem multifungsi iaiti 2-dalam-1.

Mampu berfungsi sebagai freezer dengan mod peti sejuk dan berkapasiti melebihi 200L.

Jangan risau, sesuai pelbagai makanan frozen dan juga barangan basah. 

Freezer ini juga jenis non-CFC yang memberi jaminan makanan anda selamat untuk disimpan dalam jangka masa yang lama serta eco-friendly.


Apa Beza Freezer & Peti Sejuk?

Terdapat beberapa perbezaan dan fungsi antara freezer dan peti sejuk yang membolehkan anda membuat perbandingan antara keduanya.

Freezer kebiasaannya bersuhu negatif 18 degree celcius untuk menyimpan barangan basah di seperti ayam, daging, ikan dan makanan sejuk beku (frozen food) untuk tempoh yang lebih lama berbanding peti sejuk.

Jika anda ingin membeli peti sejuk beku pastikan daya ketahanannya lebih lama dan menjimatkan penggunaan tenaga.

Setiap peti sejuk beku mempunyai kelebihan tersendiri dan juga berlainan kapasiti untuk menampung jumlah makanan yang sedikit atau banyak.


Cara Memilih Freezer

  • Kapasiti

Bergantung kepada keperluan stok makanan yang anda ingin simpan/sejuk beku. Terdapat beberapa pilihan freezer yang mengikut ukuran kapasiti. Samada untuk stok harian iaitu keluarga atau stok besar seperti stok untuk restoran. 

Anda boleh pilih dari saiz 200 liter hingga 1000 liter dan pastikan ia mampu menampung penggunaan seperti 5 hingga 25 kilogram/sehari. 

Namun waspada, sebaiknya pilih saiz freezer setanding dengan horse power (hp). Jika tidak, makanan anda tidak dapat disejuk beku dengan baik. 

  • Mempunyai 'Energy Saving'

Antara faktor yang paling utama ketika membeli alat eletroknik ialah dari segi penjimatan bil elektrik. Cuba cari jenama freezer yang telah mendapat lable 'Energy Saving' atau lengkap dengan sistem low energy.

  • Pilihan suhu pembekuan

Jangan lupa dengan pilihan suhu sejuk bekuan yang membolehkan anda defrost ais didalam freezer. Cara sebegini memudahkan untuk proses pembersihan freezer.

Malah terdapat juga frezeer yang mampu tahan sejuk sekurangnya dua hari walaupun dimatikan suis. Sekaligus dapat menjimatkan elektrik. 

  • Bajet

Tepuk dada, tanya selera. Memiliki sebuah peti sejuk beku bergantung kepada keperluan dan bajet masing-masing.

Jika anda punya bajet yang lebih, sebaiknya pilih jenama yang telah mendapat pengesahan dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan lakukan berbanding harga serta fungsi freezer. 

Tak semua freezer yang mahal berkualiti, begitu juga sebaliknya. Jom kita tonton video tip beli freezer.


Artikel Berkaitan