Perkakas Rumah

12 Peti Ais Mini Terbaik Malaysia 2026 (Harga Murah & Berkualiti)

Saiz peti ais kecil sesuai untuk simpan Peti ais mini memang sesuai untuk simpan barangan kecil, ada juga peti sejuk mini digunakan dalam kereta. Ini harga peti sejuk mini atau peti ais mini Shopee.


Editor · Updated 12 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Peti Ais Mini Terbaik Malaysia 2026 (Harga Murah & Berkualiti)

Jawapan ringkas: peti ais mini terbaik di Malaysia bermula dari RM76.90 untuk jenis mudah alih 4L seperti Canel & Co Mini Fridge, sesuai untuk bilik sewa, meja pejabat atau dalam kereta. Kalau nak peti sejuk mini bar 50L untuk bilik tidur, contohnya Midea MDRD86FGG, harga di Shopee Malaysia sekitar RM350 hingga RM390. Secara keseluruhan, harga peti ais mini di Malaysia berkisar RM60 hingga RM450 bergantung saiz dan jenama (harga disemak 12 Ogos 2026).

Walaupun bersaiz mini tapi kewujudan peti ais ini sangat berguna untuk penyimpanan stok makanan peribadi seperti coklat, air tin, kek dan banyak lagi.

Lagipun peti ais kecil boleh dikatakan barang perlu ada terutama mereka yang menginap di bilik sewa atau para ibu yang menyusu badan untuk menyimpan stok susu mereka.

Harga peti sejuk mini atau harga peti ais 1 pintu tidak mahal dan tidak juga murah, tetapi berpatutan untuk dimiliki.

Kalau anda sedang mencari peti ais mini murah atau peti ais mini Shopee, anda berada di tempat yang betul.

Jadi jom kita lihat harga peti ais mini dengan saiz peti ais yang sesuai untuk kegunaan harian anda.


Senarai 12 Peti Sejuk Mini

Sharp Mini Bar Refrigerator SJM60MK
Peti ais mini terbaik secara keseluruhan 1 daripada 12
Sharp Mini Bar Refrigerator SJM60MK (50L)
Sharp
Dari RM609
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah dibuka
Manual defrost
Harga mahal
2 lagi
Terdapat bekas buat ais
Tempoh jaminan 12 bulan

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Jika rasa tak cukup dengan peti ais biasa di rumah, anda boleh dapatkan peti ais mini bar Sharp dan jadikannya sebagai peti ais kedua. 

Ciri-ciri:

Ini kerana saiz fridge mini 50ml ini dah memadai untuk simpan stok ekstra bahan mentah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan pencuci mulut seperti puding.

Nak jadikannya sebagai peti ais khas dalam bilik tidur untuk simpan yogurt, susu kotak, jus buah dan air mineral juga boleh. 

Jadi, tak perlu ke bangun menuju ke dapur jika anda haus pada waktu tengah malam. 

Ruang dalaman peti ais memang luas dan lengkap dengan rak bertingkat pada bahagian pintu peti. 

Tak ada masalah makanan dan minuman botol besar untuk disusun mengikut citarasa anda.

Bahagian kaki peti pula boleh dilaraskan mengikut keperluan pemilik peti sejuk. 

Review:

"Kompresor peti sejuk berfungsi dengan baik dan senyap. Saiznya yang kecil sesuai digunakan untuk letak dalam bilik. Selain boleh simpan buah dan kek, boleh juga guna untuk simpan susu badan ibu untuk bayi."

peti sejuk xiaomi
Peti sejuk mini portable 2 daripada 12
Baseus Mini Refrigerator
Baseus
Dari RM268
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah dibawa
Pemegang jenis kulit
Harga sedikit mahal
2 lagi
Boleh guna dalam kereta
Sesuai untuk simpan buah & minuman

Apa yang menarik perhatian tentang peti sejuk Baseus ialah reka bentuknya yang cukup cantik jika diletakkan di bilik tidur atau ruang tamu. 

Bahagian badannya direka dengan cermin pada bahagian depan untuk memudahkan anda lihat isi kandungan peti sejuk. 

Terdapat 2 pilihan saiz iaitu 8L dan 13L (sesuai untuk simpan produk skincare). 

Suhu peti sejuk kompak ini dari 25 darjah Celcius hingga serendah 14°C-16°C. 

Boleh muat hingga 8 tin minuman berisipadu 330ml, jadi nak simpan makanan seperti bento juga tiada masalah.  

hisense mini bar
Mini peti sejuk beku 3 daripada 12
Hisense Mini Bar 60L RR60D4
Hisense
Dari RM369
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terdapat rak botol 2 liter
Suhu peti boleh diubah
Harga mahal
2 lagi
Beroperasi dengan senyap
Boleh simpan buah & susu

Kini anda boleh simpan dan nikmati minuman kegemaran di dalam bilik tidur kerana peti ais kecil ini sesuai diletakkan di mana sahaja tanpa memakan ruang yang banyak. 

Ini kerana bahagian dalam peti ais Hisense berkapasiti 60L ini mampu memuatkan air kotak, botol mineral, coklat serta yogurt. 

Paling best, mempunyai ruang khas untuk sejuk beku, jadi anda boleh simpan barang makana seperti daging burger frozen atau aiskrim.

Jangan risau, makanan sejuk beku anda pasti dalam keadaan baik untuk tempoh masa yang lebih lama. 

Bahagian kakinya pula boleh diubah, oleh itu tiada masalah jika diletakkan di atas permukaan lantai yang tak rata sekali pun.

peti mini pensonic
Peti sejuk mini untuk simpan susu ibu 4 daripada 12
Pensonic Mini Bar With Freezer Compartment (45L) PMF-661
Pensonic
Dari RM464
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Anti kondensasi
Kaki peti boleh laras
Harga agak mahal
3 lagi
Kabinet tidak berkarat
Terdapat fungsi Semi-Auto Defrost
Mempunyai bekas buat ais

Peti sejuk saiz mini ini sesuai dimiliki oleh individu bujang yang nak jimat penggunaan tenaga di rumah kerana tidak menggunakan tenaga yang begitu banyak. 

Walaupun mampu menjimatkan penggunaan elektrik tapi peti ais Pensonic ini turut dilengkapi dengan ruang sejuk beku (freezer) yang bersuhu -1 hingga 1°C.

Bahagian ini sesuai dijadikan untuk simpan aiskrim atau daging supaya tahan lebih lama. 

Manakala suhu ruang dalaman peti untuk simpan minuman dan yogurt pula ialah dari 0-10°C.

Sesuai juga digunakan sebagai peti sejuk khas untuk simpan stok susu badan ibu untuk bayi anda.

SwissThomas Portable Car Freezer
Peti ais mini jimat elektrik 5 daripada 12
SwissThomas Portable Car Freezer
Dari RM199
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai 2 saiz
Terdapat 2 fungsi
Tidak boleh buat ais batu
3 lagi
Rak boleh ditanggalkan
Boleh simpan susu ibu
Pelbagai pilihan warna

Peti ais SwissThomas ini boleh digunakan di rumah atau diletakkan dalam kereta ketika pemanduan jauh kerana terdapat 2 jenis kabel adapter untuk rumah dan kereta. 

Selain sesuai untuk simpan buah dan minuman, peti ais mini ini juga boleh digunakan untuk simpan produk penjagaan kulit seperti serum dan face mask

Ciri lain lagi, mampu memuatkan sekitar 4-6 botol air mineral 550ml atau 8 hingga 15 tin air bergas 330ml. 

Peti sejuk berkapasiti 8 liter mempunyai suhu sejuk dari 12°C-16°C manakala peti berkapasiti 13.5L pula boleh sejukkan minuman hingga 2°C-5°C.

Alat ini menggunakan operasi semikonduktor yang jimat tenaga dan 100% mesra alam sekitar. 

Paling penting, ia tidak mengeluarkan bunyi yang kuat ketika sedang berfungsi.

Midea Mini Bar Refridgerator MDRD86FGG
Peti ais mini bar 6 daripada 12
Midea Mini Bar Refridgerator MDRD86FGG
Midea
Dari RM369
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh kawal suhu
Kapasiti peti 50L
Harga mahal
3 lagi
Terdapat bahagian chiller berasingan
Pintu peti boleh dibuka secara terbalik
Berat

Peti ais Midea ini pula sesuai dimiliki oleh pelajar universiti atau individu bujang yang menyewa bilik.

Ini kerana boleh digunakan untuk simpan minuman dan makanan seperti telur dan mentega dengan mudah. 

Malah direka dengan kaki yang boleh dilaraskan mengikut keperluan dan boleh juga digunakan untuk simpan produk-produk skincare seperti sheet masks. 

Peti ais ini juga nampak moden kerana berwarna kelabu, jadi sesuai dipadankan dengan semua jenis tema dapur atau bilik.

Propappa Mini Fridge
Peti sejuk mini dalam kereta 7 daripada 12
Propappa Mini Fridge
Partnership with
Dari RM87.10
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh guna di rumah & dalam kereta
Boleh simpan produk skincare
Tak begitu sejuk
1 lagi
Tidak berbunyi bising

Memang tak rugi kalau tak beli peti ais mini ini jika anda dan keluarga gemar minum minuman sejuk ketika dalam kereta untuk balik kampung. 

Mempunyai rak dua tingkat yang boleh memuatkan air tin, air mineral botol, buah-buahan atau yogurt. 

Terdapat dua pilihan saiz peti ais iaitu 8 liter dan 15 liter, jadi pilih sahaja ikut kegunaan harian.

Tak perlu risau jika peti ais tiba-tiba rosak sebab ia turut menawarkan tempoh jaminan selama 24 bulan.

Morgan 50L MMB-NB62LSL MINI BAR Refridgerator
Peti sejuk mini untuk simpan makanan 8 daripada 12
Morgan 50L MMB-NB62LSL MINI BAR Refridgerator
Morgan
Dari RM389
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kapasiti 50L
Bebas gas CFC
Harga sedikit mahal
2 lagi
Termostat boleh diubah
Tempoh jaminan 1 tahun

Ruangan dalaman peti sejuk mini Morgan bukan sahaja boleh memuatkan air tin dan air kotak malah terdapat ruang untuk simpan ais. 

Peti yang menggunakan kuasa 58W ini turut sesuai digunakan untuk simpan coklat, buah, puding, yogurt, susu dan produk skincare seperti face masks dan krim mata. 

Peti sejuk ini juga merupakan peti yang mesra alam kerana tidak membebaskan gas CFC (Chlorofluorocarbons).

8L Mini Fridge Mirror
Peti ais kecil untuk bilik 9 daripada 12
8L Mini Fridge Mirror
Dari RM655
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Portable
Rekaan menarik
Tak muat untuk simpan air mineral botol besar
2 lagi
Boleh guna untuk kereta
Boleh simpan buah & coklat

Kalau anda seorang kaki penjagaan skincare, memang wajib ada peti ais kecil dengan kapasiti 8L ini.

Peti ais ini boleh digunakan untuk simpan stok sheet masks, essence, serum dan pelbagai skincare lain lagi.

Jika tidak mahu simpan skincare, anda boleh simpan minuman dan makanan seperti air bergas, susu dan ubat-ubatan kerana suhu sejuknya 22°C-25°C. 

Alat ini turut beroperasi dalam keadaan senyap, jadi tak akan mengganggu tidur anda walaupun ia diletakkan di dalam bilik tidur atau asrama. 

Malah, bukan sekadar peti sejuk tapi juga mempunyai cermin pada pintunya yang sudah tentu akan menyenangkan rutin penjagaan wajah anda.

Midea Mini Bar Refrigerator (50L) Reversible Door MS-50V
Peti sejuk mini Midea 10 daripada 12
Midea Mini Bar Refrigerator (50L) Reversible Door MS-50V
Partnership with Midea
Dari RM379
Lihat harga di Shopee Malaysia
Terdapat bahagian chiller yang berasingan
Pintu peti boleh dibuka secara terbalik
Harga mahal
2 lagi
Suhu peti boleh diubah
Mesra alam sekitar

Ruang dapur rumah sewa atau asrama anda terhad? Usah risau, dapatkan peti ais mini bar Midea ini. 

Saiz peti ais yang sebesar 50L dah memadai untuk memuatkan makanan dan air terutamanya jika anda tinggal seorang diri. 

Tidak seperti jenama peti ais mini yang lain kerana mempunyai jaminan kerosakan pada compressor selama 5 tahun dan tempoh waranti penuh selama 1 tahun. 

Jadi, tak perlu risau tentang sebarang kerosakan yang bakal berlaku. 

Turut mempunyai kaki peti yang akan memastikan alat ini diletakkan dengan baik walaupun di atas permukaan yang tidak rata.

Canel & Co High Quality Mini Fridge
Peti sejuk mini murah 11 daripada 12
Canel & Co High Quality Mini Fridge
Canel & Co
Dari RM98.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh digunakan sebagai warmer juga
Tidak menghasilkan bunyi bising
Tiada fungsi membeku
1 lagi
Jimat tenaga

Mini fridge dari Canel & Co ini menawarkan pelbagai pilihan saiz, dari 8L hingga 25L, membolehkan ia disesuaikan mengikut ruangan rumah anda.

Peti sejuk mini ini sesuai untuk menyimpan minuman dan snek sejuk atau panas, sama ada di rumah, di pejabat, atau di dalam kereta.

Selain itu, ia beroperasi pada kuasa 100 watt dan menawarkan fungsi dwi sebagai penyejuk dan pemanas. 

Suhu dalaman boleh diturunkan sehingga 20°C untuk tujuan penyejukan atau dinaikkan kepada kira-kira 65°C untuk tujuan pemanasan.

Sementara itu, ia tidak menghasilkan bunyi yang bising bagi memastikan gangguan yang minima.

Hulmers - 15L Portable Mini Fridge
Peti sejuk mini mudah alih 12 daripada 12
Hulmers 15L Portable Mini Fridge
Hulmers
Dari RM227.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kapasiti storage besar (15L)
Boleh digunakan dalam kereta
Harga sedikit mahal
2 lagi
Mempunyai fungsi panas
bahagian pintu menggunakan tampered glass

Hulmers 15L Portable Mini Fridge mempunyai kapasiti penyimpanan sebesar 15 liter yang luas, sesuai untuk menyimpan kosmetik, topeng muka, makanan, dan minuman, menjadikannya ideal untuk berkelah, semasa perjalanan jalan hari raya, dan lain-lain.

Ia boleh dengan mudah menyimpan sehingga 6 botol air mineral 550ml, 15 tin minuman ringan 330ml, atau 6 botol kaca 576ml, memenuhi pelbagai keperluan.

Dilengkapi dengan motor dwi teras, peti sejuk mini ini menawarkan penyejukan yang kuat dan penyebaran haba yang cekap, memastikan barang-barang anda kekal pada suhu yang diinginkan.

Ia dilengkapi dengan dua kabel untuk digunakan di dalam kereta dan rumah, menjadikan ia lebih fleksibel dan mudah digunakan di mana sahaja.

Selain itu, ia turut mempunyai fungsi pemanasan, menjadikan ia sebuah peti ais mini serba guna dan praktikal. 

Reka bentuknya pula kelihatan moden, ringan, dan kompak, manakala operasi semikonduktor yang canggih memastikan kecekapan tenaga dan tidak bising semasa digunakan.


Apa Kebaikan Peti Sejuk Mini?

Walaupun saiznya kecil dan mampu memuatkan minuman atau makanan dalam kuantiti yang sedikit, tapi banyak kelebihan memiliki peti sejuk mini ini.

Jangan risau, tak akan menjadikan ruang lebih sempit kerana saiz yang kecil ini masih dapat menjimatkan ruang terutama jika anda tinggal di bilik sewa. 

Selain itu, peti sejuk mini juga bagus kerana:

  • Sesuai diletakkan di ruang pantri pejabat agar pekerja boleh simpan minuman sejuk dan bekal makanan tengah hari supaya tak basi.
  • Sesuai diletakkan dalam bilik tidur sebagai peti ais kedua kediaman untuk simpan minuman (tak perlu ke dapur pada waktu tengah malam jika dahaga).
  • Mudah dibawa bersama jika berpindah kediaman kerana jenis portable
  • Harga jauh lebih murah berbanding peti ais saiz biasa.
  • Kos penyelenggaraan lebih rendah & mudah.
  • Lebih mudah dicuci kerana saiz kecil.
  • Rekaan cantik & estetik.
  • Jimat tenaga.

Tips Pilih Peti Ais Mini

Baru bercadang nak dapatkan peti ais mini untuk rumah atau ruang pejabat anda? Ada beberapa tips yang perlu anda tahu sebelum membeli peti ais bersaiz kecil ini.

  • Keperluan/Saiz

Rancang dahulu keperluan untuk memiliki peti sejuk kecil ini. Adakah ia untuk tujuan penyimpanan makanan atau barang kosmetik.

Peti sejuk saiz kecil ini juga sesuai diletakkan di bilik tidur, laman rumah atau sebagai peti sejuk tambahan di dapur.

  • Kegunaan Elektrik

Sama seperti perkakasan dapur yang lain, sebaiknya anda pilih peti sejuk kecil yang mempunyai penjimatan tenaga.

Oleh kerana kapasiti kecil dan penggunaan teknologi penyejukan yang sederhana, penggunaan tenaga elektrik lebih rendah daripada peti sejuk biasa. 

Peti sejuk mini 50L mempunyai penggunaan kuasa sekitar 50W, dan jenis 90L mempunyai 64W.

  • Harga

Saiz yang kecil menjadikan harga peti ini lebih murah dan berpatutan. Anda boleh dapat harga peti sejuk kecil kurang daripada RM500 bergantung pada jenama dan saiz peti.

Namun begitu, kebanyakan kedai elektronik tidak menjual peti ais kecil tetapi anda masih boleh dapatkannya dari penjual atas talian.


Artikel Berkaitan

Kandungan

Lagi daripada ProductNation