Mesin pengering baju merupakan salah satu mesin penting untuk dimiliki setiap rumah untuk proses pencucian baju.
Ini kerana faktor cuaca negara kita tidak menentu lebih-lebih lagi musim tengkujuh, baju memang susah nak kering.
Dengan adanya dryer yang bagus, anda boleh mengeringkan baju anda hanya menerusi suhu mesin pengering baju.
Malangnya, ada yang tidak tahu mana satu dryer machine terbaik sebab terdapat banyak jenis dryer yang dijual dan pelbagai jenama dryer terbaik.
Tentunya dengan bajet yang agak besar, anda mahukan dryer paling bagus dan paling berbaloi untuk dibeli.
Jadi, kami akan bantu anda senaraikan beberapa senarai jenama dryer yang bagus serta harga mesin pengering baju terbaik.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Mesin Pengering Baju Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Mesin Electrolux Vented Dryer EDV-854J3WB 8.5KG merupakan antara dryer machine terbaik.
Ciri-ciri:
Ini kerana mempunyai smart sensor yang dapat mengesan tahap kelembapan cucian dan tidak semua dryer ada teknologi ini.
Dengan teknologi ini, secara tidak langsung mesin secara automatik akan berhenti berpusing sebaik sahaja cucian kering.
Sekaligus anda dapat mengurangkan 6% penggunaan elektrik berbanding dryer biasa.
Jadi, anda tidak perlu update sama ada sudah kering atau tidak.
Penggunaan sensor ini juga dapat mengekalkan kualiti fabrik lebih lama, maksudnya pakaian anda tidak cepat rosak serta dapat mengekalkan 80% warna baju walaupun terkena suhu panas.
Peratusan bacaan ini telah disahkan dan dikaji oleh pihak UL.
Tambah pula, mesin pengering ini telah diprogramkan berpusing berselang seling mengikut arah jam dan berlawanan bagi mengelakkan pakaian berpintal antara satu sama lain
Malah peratusan menunjukkan kedutan dapat dikurangkan sebanyak 32% dan peratusan bacaan ini disakan dan dikaji oleh THTI.
Menariknya tentang mesin ini, anda boleh memilih jenis pengeringan kerana mesin ini mempunyai 3 jenis pengeringan berbeza;
- Extra Dry
- Cupboard Dry
- Iron Dry
Spek produk:
- Jenis pengering: Venting dryer
- Lebar x Tinggi x Kedalaman: 596.5mm x 850mm x 625mm
- Electronic Control Panel dengan LED
- Warna: Putih
- Menggunakan Reverse Tumbling Technology
Review:
"Electrolux ni bila kering dia akan set sendiri masa untuk stop kalau dah kering. Masa akan berubah ikut kadar kelembapan kain. Memang sangat bagus."
Disebabkan mesin ini mempunyai teknologi SENSE DRY, jadi proses pengeringan lebih cepat.
Malah, fabrik tidak mudah reput dan dalam masa yang sama dapat memastikan pakaian tidak terlalu kering sehingga keras.
Menariknya lagi, mesin berkapasiti 7 kg ini mempunyai 16 jenis program dimana setiap program mempunyai fungsi yang berbeza dan anda hanya pusingkan saja knob mengikut pilihan anda.
Selain itu, mesin ini juga mempunyai sistem anti-kedut untuk cucian kering dan bahagian skrin mesin ini mempunyai LED digital untuk memaparkan sistem dengan jelas.
Bagi keselamatan pula, mesin ini mempunyai butang sistem child lock supaya kanak-kanak tidak mudah membuka mesin pengering ketika mesin sedang berjalan.
Mesin pengering LG jenis TrueSteam and Sensor Dry TD-C8066WS ini mampu mengenal pasti kelembapan pakaian secara automatik.
Dalam masa yang sama, dapat mengekalkan kualiti fabrik dan memberikan proses pengeringan sangat efisien.
Uniknya lagi, mesin ini mempunyai sistem Smart Diagnosis dimana anda boleh connected dengan telefon pintar untuk mengenal pasti masalah mesin yang dihadapi.
Bagaimanapun pihak LG tidak menjamin ketepatan masalah yang dinyatakan.
Mesin pengering ini mempunyai sistem Two-way Tumbling dimana akan berpusing berselang seling mengikut arah jam dan berlawanan bagi mengelakkan pakaian berpintal antara satu sama lain dan berkedut.
Sistem ini hanya untuk kegunaan 4 program saja; Cotton, Easy Care, Mixed Fabrics dan Refresh.
Selain daripada sistem hebat, mesin ini mempunyai 8 jenis sensor canggih dan setiap sensor itu fungsinya berbeza.
Mesin ini menggunakan teknologi A+++ Energy Efficiency dimana dapat mengurangkan penggunaan elektrik walaupun kapasiti mesin pengering ini mampu memuatkan sebanyak 8kg.
Selain itu, mesin ini boleh memanaskan kain selama 180 minit.
Tapi jangan risau, kepanasan automatik dikawal mengikut kesesuaian kelembapan kain supaya kain tidur mudah reput, berpintal mahupun kedut.
Apa yang menariknya lagi, mesin ini mempunyai sistem The Quick Dry 35' dimana dapat mengeringkan pakaian dalam masa 35 minit dengan kepanasan yang tinggi dalam kuantiti kain yang sedikit. Jimat masa!
Malah, penggunaan penapis pada mesin ini adalah penapis 2 dalam 1 yang mana dapat mengoptimumkan prestasi pengeringan dengan baik.
Mesin pengering berjenama Midea ini menggunakan teknologi Heat Pump Drying di mana proses pengeringan bermula dengan pengumpulan haba dari udara sekeliling yang kemudian dimampatkan untuk meningkatkan suhu pengeringan.
Teknologi ini terbukti menjimatkan tenaga dan masa kerana ia mengguna semula haba yang dihasilkan sepanjang proses pengeringan.
Teknologi ini memastikan suhu tidak mencecah 50°C, melindungi pakaian anda daripada kerosakan.
Selain itu, dengan saiz yang lebih besar berbanding mesin pengering yang lain, anda boleh memuatkan pakaian seisi keluarga.
Jika anda risau akan anak-anak yang bermain di sekitarnya, tidak perlu lagi berasa sedimikian kerana ia mempunyai child lock yang menyukarkan mereka membukanya.
Cepat, jimat dan selamat, mesin pengering ini sememangnya memahami keperluan anda sekeluarga.
Jika anda memiliki pakaian yang memerlukan penjagaan bermutu tinggi, pengering Electrolux UltimateCare ini dapat membantu anda.
Pengering ini unik kerana memiliki ciri colour care, dimana ia boleh meningkatkan penjagaan warna pakaian sehingga 80% lebih baik daripada pengeringan biasa.
Tidak cukup dengan itu, dramnya bergerak secara bergantian mengikut arah jam dan lawan jam untuk mengelakkan warna pudar dan mengurangkan kedutan.
Memiliki pelbagai jenis fabrik pakaian juga tidak menjadi masalah kerana Electrolux UltimateCare dilengkapi dengan 12 program pengeringan yang berkebolehan menyesuaikan keperluan pengeringan fabrik pakaian anda.
Ditambah pula dengan pemasangan yang mudah dan reka bentuk sesuai dengan sebarang susun atur rumah, tidak hairan jika mesin pengering ini menjadi pilihan ramai.
Jika anda mencari mesin pengering yang berkualti tanpa mahu berbelanja lebih, mungkin mesin pengering CD819 berjenama Khind inilah jawapannya.
Pertama sekali, ia datang dengan kebolehan mengering sehingga mencecah suhu 60°C.
Selain memastikan pakaian anda bebas kuman, mesin pengering anda juga dijamin selamat daripada cross-contamination yang mungkin terjadi setiap kali anda menukar pakaian yang hendak dibasuh.
Di samping kebolehan mengering yang baik, penggunaannya juga mudah.
Bukaan pintu lebar sebanyak 150 darjah membantu anda memuatkan pakaian dengan lancar manakala paparan LED yang jelas memudahkan anda mengawal fungsi-fungsi yang dikehendaki.
Cukup sesuai untuk mereka yang mengutamakan kebersihan sepanjang masa.
Mesin pengering dari Hisense ini juga merupakan sebuah mesin basuh, jadi anda akan dapat 2 dalam 1.
Mengenakan teknologi Pure Stream dan Pure Jet, mesin ini membantu anda membasmi kuman dan menyental sisa-sisa kotoran daripada ruang pembasuh, menjadikan kualiti basuhan lebih bersih.
Bagi fungsi pengering, ia memiliki Steam Refresh yang mampu menghilangkan bau busuk pakaian dan pada masa yang sama melembutkan fabrik.
Paling menarik, ia juga dilengkapi dengan sambungan WiFi yang memudahkan kerja rumah anda.
Hanya kawal melalui aplikasi Connect Life pada telefon bimbit anda dan mesin pengering ini akan terus bekerja sementara anda menghirup teh di ruang tamu.
Rinnai Gas Clothes Dryer (9KG) ini dilengkapi dengan dram berkapasiti besar yang akan memastikan pakaian anda keluar sangat lembut dan gebu.
Semua ini dapat dicapai dengan penggunaan pengering gas yang menggunakan udara hangat yang unik untuk mengeringkan pakaian.
Selain itu, anda boleh nikmati penjimatan tenaga sehingga 20% dan penjimatan kos 50% dengan peralatan mesra alam ini.
Sistem pemanasan gas sebenarnya mempercepatkan proses pengeringan, hanya memerlukan separuh masa berbanding pengering elektrik, memastikan penjimatan jangka panjang.
Sementara itu, panel kawalan berkomputer yang mesra pengguna membolehkan operasi mudah dengan tetapan satu sentuhan dan sensor terbina di dalam yang secara automatik menyesuaikan masa pengeringan untuk hasil yang optimum.
Pilih daripada lima program pengeringan yang berbeza yang disesuaikan dengan keperluan pelbagai jenis kain.
Ciri operasi sejuk secara automatik menurunkan suhu di dalam dram sebaik sahaja pengeringan selesai, mengurangkan risiko kebakaran spontan.
Selain itu, haba tinggi berkesan menghilangkan bau dan bakteria, seperti kulat Moraxella, memastikan pakaian anda segar dan bersih.
Tambahan lagi, mesin ini turut mempunyai fungsi pembersihan sendiri dan penapis lint menjadikan penyelenggaraan mudah, manakala ciri pengurangan kedutan memastikan pakaian anda sedia untuk dipakai terus dari pengering.
Anda tidak suka pengering baju yang besar dan berat? Boleh je dapatkan pengering pakaian mini inovatif ini.
Mini dryer ini boleh jadi penyelesaian terbaik jika anda memerlukan pengering pakaian semasa kecemasan.
Direka sebagai pengering yang simple, pantas, dan mudah alih, pengering ini mudah dibawa dan boleh disimpan tanpa menggunakan ruang yang banyak.
Sesuai untuk penyewa, pelajar, dan penghuni rumah atau bilik sewa, ia menawarkan pengeringan dan pensterilan suhu tinggi dan bunyi rendah.
Masa pengeringan sebenar bergantung pada ketebalan dan tahap kelembapan pakaian.
Untuk pakaian kecil seperti baju dalam dan T-shirt mengambil masa kira-kira 30-60 minit, manakala sut dan seluar memerlukan 50-90 minit.
Barang-barang yang lebih berat seperti jeans dan jaket mengambil masa 80-120 minit.
Mesin pengering baju mudah alih ini direka bukan sekadar untuk keringkan pakaian, tapi turut mampu mengeringkan kasut, topi, dan produk berbulu dengan cepat dan cekap.
Alat inovatif ini memastikan pakaian anda diasingkan daripada elemen luaran seperti habuk, serangga, dan bakteria semasa proses pengeringan, menjadikannya jauh lebih bersih dan selamat berbanding kaedah pengeringan tradisional.
Dengan pengering ini, pakaian anda dapat dikekalkan dalam bentuk asal dan warna asal, serta bebas daripada kedutan.
Pam udara panas yang berkuasa memanaskan suhu dalaman sehingga 60℃ memberikan pensterilan yang terbaik dan memastikan pakaian anda bersih dengan baik.
Jadi, pengering mudah alih ini sangat sesuai untuk sesiapa yang mencari cara cepat, selamat, dan cekap untuk mengeringkan pakaian mereka tidak kira di mana sahaja.
Bagaimanakah Mesin Pengering Baju Berfungsi?
Pasti ada di antara kita tertanya-tanya bagaimana mesin pengering baju berfungsi? Hebat betul teknologi masa kini.
Cara mesin ini berfungsi dengan udara dipindahkan ke drum melalui penapis longgokan yang berfungsi untuk membersihkannya.
Kemudian, terus ke proses pemanasan dimana mesin akan berpusing sehingga suhu mencecah kepada 60-70 darjah celcius.
Sewaktu ini, bahagian kipas mula bergerak untuk mewujudkan jisim udara ke dalam tangki dobi.
Dari sana, selepas penyejatan, masuk pula proses penukar haba di mana kelembapan dikeluarkan dari situ.
Pada akhir prosedur ini, sekali lagi diarahkan ke pemanas untuk proses seterusnya.
Apa Beza Vented & Condensed Dryer?
Tak dinafikan bila musim hujan, mesin pengeringlah menjadi target utama untuk keringkan baju.
Kalau pergi dobi layan diri, bahagian mesin pengering mesti penuh sehinggakan kena tunggu giliran sehingga berjam-jam lamanya.
Bagi mengelakkan dari perkara ini berlaku, mulalah terasa nak beli sebuah mesin pengering di rumah supaya lebih jimat masa.
Tapi sebelum membeli, anda perlu tahu perbezaan antara jenis vented dan condensed mesin pengering.
- Vented
Memiliki harga yang murah dimana harga RM800 sudah boleh dapat.
Cuma jenis ni perlu letak di bahagian luar rumah sebab untuk proses mengeluarkan aliran wap air.
Jika letak dalam rumah, pastikan terdapat satu saluran untuk tujuan mengeluarkan wap air tersebut.
- Condensed
Harga agak mahal kerana boleh mencecah RM1200 ke atas.
Tapi jenis mesin pengering condensed anda tidak perlu letak di bahagian luar rumah untuk proeses wap air.
Ini kerana proses wap ditukar menjadi air dan disimpan di dalam bekas yang telah disediakan dalam mesin ini.
Jadi, setiap kali selepas selesai proses pengeringan, anda perlu buang air yang terkumpul tersebut.
Dari segi penggunaan elektrik, terdapat tambahan RM15 hingga RM20 jika penggunaan mesin pengering setiap hari.
Kesimpulannya, buatlah pembelian yang bijak supaya anda rasa berpuas hati duit yang dilaburkan.
Cara Pilih Mesin Pengering Baju (Dryer)
Pernahkah anda terpaksa menunggu lama untuk pakaian anda kering selepas dicuci?
Kini, dengan adanya alat pengering pakaian, proses pengeringan pakaian menjadi lebih cepat.
Tidak tahu yang mana satu mesin pengering baju yang anda nak beli?
Jangan risau, berikut tips untuk membantu anda memilih pengering pakaian.
-
Saiz
Apabila memilih pengering, tentukan saiz dan kapasiti mesin pengering serta bilangan ahli keluarga.
Jadi anda boleh mengeringkan semua pakaian secara serentak tanpa menunggu lama.
-
Ciri
Mesin pengering baju mempunyai pelbagai fungsi dan ciri seperti sensor kelembapan, pilihan program, suhu dan banyak lagi.
Sensor kelembapan dalam pengering ini amat berguna untuk memastikan mesin berhenti beroperasi sebaik sahaja pakaian telah kering sepenuhnya, sekali gus menjimatkan tenaga dan melindungi pakaian daripada kerosakan.
Selain itu, terdapat beberapa pilihan program yang tersedia yang membolehkan anda menyesuaikan proses pengeringan dengan keperluan anda.
-
Cekap tenaga
Mesin pengering juga memerlukan tenaga elektrik untuk beroperasi, jadi beli pengering yang menjimatkan tenaga elektrik sehingga boleh mengurangkan bil utiliti bulanan anda.
Anda juga boleh menyemak stiker lima bintang cekap tenaga elektrik yang terdapat pada mesin pengering jika ada.
-
Jenama
Untuk memastikan anda membeli pengering yang tahan lama, cari mesin pengering dengan jenama dan jaminan yang boleh dipercayai sama ada daripada pengilang atau penjual.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Mesin Pengering Baju (Dryer)
Dengan menggunakan mesin pengering baju, anda boleh menjimatkan masa dan mengelakkan lembapan yang boleh membawa kepada bau yang tidak menyenangkan.
Tambahan pula, mesin pengering boleh mengelakkan pakaian daripada rosak akibat matahari semasa proses pengeringan dan baju anda juga boleh bertahan lebih lama.
Anda juga boleh mengeringkan baju dengan jumlah yang banyak dan mesin pengering juga sangat praktikal.
Selain itu, mudah digunakan dan menjimatkan ruang kerana anda tidak perlu menggantung pakaian di dalam atau luar rumah.
Malahan, terdapat juga sesetengah mesin pengering baju yang boleh menghilangkan kedutan pada pakaian anda.
Tapi kekurangan utamanya ialah apabila pakaian dikeringkan dalam mesin pengering, terdapat risiko pakaian mengecut dan warnanya berubah jika anda menggunakan tetapan yang salah terutamanya pakaian dari fabrik sutera atau linen.
Oleh itu, elakkan daripada mengeringkan pakaian pada suhu yang terlalu tinggi dan memastikan pakaian yang dikeringkan sesuai dengan suhu dan tetapan pada mesin pengering baju.
Artikel Berkaitan
- Elak Bau Hapak Akibat Hujan Dengan 8 Pengering Baju Bawang RM1,500 Ini
- Baju Kepam Sebab Hujan? Rileks, Jom Tengok 8 Mesin Basuh Dengan Dryer Ini
- 10 Mesin Basuh Dari Panasonic, Setiap Hari Boleh Jadi 'Laundry Day'
- Mesin Basuh Automatik Terbaik
- 6 Mesin Basuh & Pengering (Washer Dryer) Terbaik Malaysia 2024
- 8 Mesin Pengering Baju Murah Malaysia 2024 (Bawah RM 1500)