Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Perkakas Kuih Raya & Kek Terbaik di Malaysia 2024

Peralatan bakeri penting untuk mencipta kuih yang sempurna.

Untuk membuat kuih yang sedap dan cantik, penting untuk anda gunakan peralatan bakeri yang sesuai dan berkualiti tinggi. 

Terdapat banyak peralatan untuk membuat kek dan kuih, salah satunya mangkuk besar untuk mencampur bahan hingga loyang kuih untuk memanggang.

Peralatan bakeri ini memainkan peranan penting dalam mencipta kuih yang sempurna dan hati anda akan lebih puas jika kuih atau kek yang dibuat elok kejadiannya.

 Jom kami senaraikan perkakas membuat kuih yang perlu ada untuk menghasilkan kuih yang cantik dan enak dengan alat baking lengkap.


Senarai 12 Peralatan Membuat Kuih

Semak Russell Taylors 1000W 5L Stand Mixer SM-1000 harga dibawah:
add_circle Mempunyai pelindung percikan
add_circle Boleh mengadun tepung sehingga 1kg tepung
remove_circle Bunyi mesin agak kuat

Alat pengadun tepung merupakan alat penting untuk mengadun doh tepung jadi stand mixer Russell Taylors adalah pilihan yang tepat.

Ini kerana ciri motor mempunyai kuasa 1000w, dimana sangat sesuai untuk membuat jumlah doh yang banyak untuk hari raya nanti.

Malah dengan memilliki ciri getah pada bahagian tapak bawah dapat berikan struktur mesin lebih stabil dan tidak mudah bergerak ketika mengadun doh.

Selain itu, mixer dari Russell ini dilengkapi dengan bekas pengadun berkapasiti 5.0 liter dan mampu mengadun sebanyak 1kg tepung.

Bagi anda yang ingin membuat kuih dalam skala yang banyak boleh gunakan mixer Russell ini.

Semak Bakecraft Baking Tray Non-Stick 11” harga dibawah:
add_circle Mudah untuk digunakan
add_circle Tidak melekat
add_circle Ringan
remove_circle Barang-barang yang dibakar mudah tergelincir keluar

Dengan material tidak mudah melekat (non-stick), dulang pembakar ini sangat sesuai digunakan untuk proses pembakaran. 

Ciri lain lagi, dulang ini ringan dan saiz 32.2cm x 19.7cm x 2cm menjadikan proses mengangkat dulang lebih mudah.

Malah, mampu memuatkan jumlah kuih yang banyak dalam satu masa.

Jangan risau, dulang ini selamat digunakan dalam oven kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. 

Tapi kami sarankan anda untuk gunakan baking paper di atas dulang bagi mengelakkan kuih anda bergerak ketika dibakar atau semasa dibawa keluar dari oven.

Semak BAKECRAFT Professional Non-Stick Rolling Pin White (45cm) MG-501 harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Pemegang ergonomik
add_circle Doh tidak mudah melekat
remove_circle Pemegang agak licin

Ciri istimewa yang ada pada batang penguli atau pencanai tepung (rolling pin) ini ialah pemegangnya direka bentuk ergonomik.

Ciri ini memudahkan anda memegangnya tanpa membuatkan tangan atau lengan terasa lenguh.

Rolling pin ini tahan lasak kerana diperbuat daripada material berkualiti tinggi dan tidak mudah melekat ketika menguli tepung.

Cuma anda dinasihatkan untuk menggunakan sarung tangan getah bagi mengelakkan pemegang batang penguli doh ini tergelincir ketika anda menggunakannya.  

Semak Biscuit Maker Press Gun harga dibawah:
add_circle Kawalan mekanikal
add_circle Pemegang ergonomik
add_circle 20 jenis bentuk acuan berbeza
remove_circle Mudah rosak

Biscuit maker press gun dapat membantu anda membentuk biskut seperti yang anda inginkan dengan mudah.

Tambah pula dengan terdapat 20 jenis bentuk acuan yang berbeza untuk anda pilih mengikut citarasa anda.

Jadi anda tidak perlu lagi membentuk doh kuih secara manual, hanya guna press gun ini untuk memudahkan kerja membuat biskut atau kuih.

Alat bentuk kuih ini sangat mudah untuk anda kendalikan, hanya menekan sahaja pemegangnya yang ergonomik. 

Jangan risau, acuan kuih ini diperbuat daripada material aluminium dan tidak akan membahayakan kesihatan anda. 

Untuk penyimpanannya, kami sarankan anda untuk simpan di dalam bekas yang kedap bagi mengelakkan rekaannya rosak akibat tertindih antara satu sama lain. 

Berus biskut dan kuih
OEM
Semak Silicone Cooking Pastry Brush harga dibawah:
add_circle Pelbagai guna
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Ketahanan suhu yang baik
remove_circle Bau mudah melekat, perlu direndam semalaman

Alat sebenar untuk sapu cairan telur itu adalah berus silikon untuk memastikan sapuannya licin.

Berus silikon untuk kuih ini memiliki ciri tahan haba serta lembut, mudah digunakan, bersaiz kecil dan mudah untuk disimpan.

Anda boleh gunakan cooking brush ini untuk menyapu kuning telur, mentega/marjerin pada kuih anda supaya kuih kelihatan cantik dan menaikkan seri juadah.

Selain untuk menyapu kuning telur pada kuih atau biskut, berus ini juga boleh digunakan menyapu minyak untuk masakan panggang dan BBQ.

Selepas penggunaan, kami menasihati anda untuk terus membasuhnya sejurus selesai penggunaan untuk elakkan bau telur, majerin atau mentega melekat pada berus.

Semak IKEA Vardagen With Lid, Clear Glass harga dibawah:
add_circle Rekaan balang kemas
add_circle Selamat untuk mesin basuh pinggan mangkuk
add_circle Kedap udara
remove_circle Mudah pecah

Kami cadangkan anda gunakan balang kuih IKEA Vardagen ini kerana selain rekaan yang kemas, ia juga kedap udara.

Jika kuih mahu disimpan dalam tempoh yang lama, kuih dan biskut tersebut kekal sedap dan tidak masuk angin.

Balang ini diperbuat daripada kaca jernih jadi memudahkan anda mengetahui jenis kuih atau biskut yang disimpan tanpa membuka balang.

Harga yang berpatutan dan sesuai dengan saiznya boleh menampakkan ia seperti hiasan tambah di rumah.

Namun, anda haruslah diletakkan di tempat yang stabil atau selamat bagi mengelakkan ia tidak terjatuh dan pecah.

Kertas corak lapik kuih
OEM
Semak White Doily Paper 4.5" & 5.5" 100pcs harga dibawah:
add_circle Corak lace menarik
add_circle Pelbagai saiz
remove_circle Mudah koyak

Selain buatkan bekas kuih raya anda tampak cantik, kertas doily digunakan untuk menghalang kuih jenis rapuh cepat pecah selepas anda selesai membakar kuih. 

Antara kuih yang mempunyai tekstur lembut dan rapuh ialah kuih semprit dan dahlia - ini antara kuih popular di hari raya.

Malah, pelapik doily paper ini juga dijadikan sebagai pembahagi kuih semasa menyusunnya secara bertindan di dalam balang kuih.

Ditambah pula warna putih dan rekaan bentuk lace, ia membuatkan balang kuih dan biskut anda bertambah menarik. 

Pelapik dolly ini diperbuat daripada kertas, jadi anda perlu berhati-hati semasa penggunaan dan ia tidak sesuai digunakan jika nekas kuih anda basah. 

Oven buat kek & kuih
Pensonic
Semak Pensonic Electric Oven (23L) PEO-2305 harga dibawah:
add_circle Fungsi pemanas bawah, atas & kedua-dua
add_circle Kapasiti 23L
add_circle Pemasa 60 minit dengan loceng
add_circle Kawalan suhu boleh laras sehingga 250 ℃
remove_circle Saiz agak kecil

Oven jenama Pensonic 2305 ini boleh mengawal suhu sehingga 250℃ dengan pembakaran 60 minit.

Jika anda ingin masak lebih daripada 60 minit, hidupkan semula masa pembakaran selepas 60 minit. 

Ini disebabkan oven akan automatik berhenti selepas proses pembakaran 60 minit pertamanya, jadi anda perlu set masa untuk memudahkan sesi pembakaran.

Ciri lain yang menarik, oven ini juga mempunyai fungsi 3 dalam 1 dimana boleh bakar, panggang dan toast makanan.

Maksudnya anda tidak memerlukan mesin lain untuk memproses jenis masakan membakar, memanggang atau toast.

Jangan risau, kerja pembersihan oven ini tidak akan membebankan anda selepas penat membuat kuih. 

Ini kerana body oven ini diperbuat daripada keluli tahan karat jadi lap saja dengan kain basah untuk membersihkannya.

Alat penimbang kuih
Russell Taylors
Russell Taylors Stainless Steel Kitchen Scale KS-10
Semak Russell Taylors Stainless Steel Kitchen Scale KS-10 harga dibawah:
add_circle Penimbang tahan lama
add_circle Sensor ketepatan tinggi
add_circle Reka bentuk ultra langsing
remove_circle Harga sedikit mahal

Alat penimbang penting untuk menyukat adunan yang diperlukan mengikut resepi anda untuk memastikan kuih tidak terlalu keras atau rapuh. 

Alat penimbang digital Russell Taylor ini akan memberi ukuran yang tepat dan boleh menimbang berat sehingga maksimum 10kg.

Sangat sesuai untuk anda yang mahu membuat kuih atau kek dalam skala besar.

Penimbang ini sesuai untuk menimbang makanan yang ringan seperti daun teh, buah-buahan, rempah ratus dan bahan serbuk.

Ia juga menggunakan kuasa bateri dan memiliki ciri untuk tutup secara automatik apabila tidak digunakan.

Walaupun harga sedikit mahal, alat penimbang digital Russell Taylor ini tahan lama dan anda boleh menggunakannya berulang kali. 

Stainless Steel Basin/Deep Bowl/Mixing Bowl
Semak Stainless Steel Basin/Deep Bowl/Mixing Bowl harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Tidak sesuai untuk penggunaan Microwave dan Oven

Bagi anda yang mencari perkakas untuk membancuh tepung atau membuat biskut raya, ini adalah peralatan membuat biskut yang sangat bagus. 

Diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi - bukan sahaja tahan lasak, ia juga kalis air dan mudah dibersihkan selepas digunakan. 

Bingkai bekas yang dalam memudahkan proses memukul telur, membuat salad dressing dan lain-lain. 

Terdapat dalam beberapa saiz mangkuk seperti 24cm, 26cm, 28cm, 30cm memudahkan anda untuk memilih dan menggunakannya mengikut kesesuaian. 

Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan Stainless Steel Basin/Deep Bowl/Mixing Bowl ini bersama microwave atau oven.

Sudu penyukat bahan masakan
Jom Kitchen
Jom Kitchen 10pcs Spoon Set Kitchen
Semak Jom Kitchen 10pcs Spoon Set Kitchen harga dibawah:
add_circle Permukaan licin
add_circle Bahan selamat
add_circle Setiap sudu penyukat ada tanda skala
remove_circle Warna mudah pudar

Seperti alat penimbang, sudu penyukat juga penting untuk proses penyediaan bahan-bahan kuih supaya anda mendapat ukuran tepat mengikut resipi.

Jangan risau, walaupun diperbuat dari plastik, sudu penyukat ini dihasilkan dari bahan yang selamat jadi anda boleh basuh dan simpan tanpa risaukan perkakas tersebut berkarat.

Sangat mudah digunakan kerana memiliki label sukatan dihujung sudu dengan pelbagai jenis sukatan. Semua ada!

Set sudu ini diikat dengan satu pegangan di hujung memudahkan penyimpanan dan ia akan memastikan set ini tak tercicir. 

Anda perlu terus membasuhnya selepas penggunaan untuk elakkan warna sudu sukatan ini pudar dan tahan lama.

Baking Paper Non Stick Microwave Oven
Semak Baking Paper Non Stick Microwave Oven harga dibawah:
add_circle Tidak melekat
add_circle Kalis air
add_circle Kalis minyak
add_circle Mudah disimpan
remove_circle Mudah koyak

Anda pernah menghadapi masalah doh melekat pada loyang ketika membuat biskut atau kek?

Jangan risau, kertas minyak pelapik loyang ini masalah itu boleh diselesaikan kuih atau kek anda melekat pada loyang.

Ini kerana kertas ini tahan haba sehingga suhu 230°C atau 450°F - sesuai untuk pembakaran oven dan microwave.

Ianya sangat sesuai untuk membakar, memanggang, menggoreng dan mengukus pelbagai jenis makanan termasuk biskut raya, roti, pizza dan lain-lain

Tidak melekat pada dulang, kalis air, kalis minyak dan diperbuat dari bahan bukan toksik yang terdiri daripada kertas kayu gred makanan.

Tersedia dalam kotak dengan pemotong logam yang sangat praktikal - kotaknya akan mengekalkan hygine kertas minyak ini semasa penyimpanan.


Cara Memilih Peralatan Untuk Membuat Kek

Alatan membuat kek, kuih dan biskut sebenarnya sama saja tapi apa yang membezakan adalah resepi. 

Jadi, perkakas buat kuih ini tak semestinya perlu guna perkakas yang mahal tapi cukup untuk mudah mengadun dan menggelek doh tepung. 

Kemudian, pastikan peralatan yang nak dimasukkan ke dalam oven seperti loyang adalah tahan panas supaya tidak cair ketika membakar kuih. 

Ketuhar yang digunakan pula haruslah yang dikhaskan untuk membakar kuih bukan ketuhar biasa. 

Paling penting, masaklah dengan kasih sayang dan ikhlas supaya hasil masakan jadi extra sedap! Selamat mencuba. 


Artikel Berkaitan

End of Article