Kita semua tahu bahawa pentingnya vacuum cleaner memainkan peranan dalam kebersihan. Tambahan pula, penggunaan vacuum cleaner lebih cepat berbanding kaedah menyapu secara tradisional dan lebih mudah.

Kami berjaya mencari beberapa vacuum cleaner yang di bawah RM 300. Oleh itu kami mengesyorkan pilihan vacuum cleaner yang murah ini. Kami pasti anda akan jumpa yang paling ideal pada harga yang berpatutan.

1. Shimono Pro Cyclone Rocket

Vacuum cleaner tangan untuk kereta
Harga mulai RM299.00
Lazada Malaysia RM299.00

Ia menggunakan motor yang tahan lasak dan sangat kuat untuk menghasilkan daya sedutan yang mampu menyedut habuk di kawasan yang mudah melekat seperti di fabrik atau sofa. Hal ini dapat menghasilkan pembersihan yang lebih sempurna. Tambahan pula, kapasitinya boleh sehingga 0.5 liter habuk sesuai untuk pembersihan secara menyeluruh pada satu jangka masa.

Bentuknya  yang kecil dan ringan menjadikannya paling terbaik untuk penggunaan tangan. Pemegangnya yang ergonomik juga merupakan faktor ia yang terbaik bagi tangan. Hanya menggunakan tenaga elektrik 600watt untuk penyedutan sehingga 15000 PA dengan tekanan yang boleh ditanggung sehingga 80KG menjadikannya tidak mudah meletup ketika menggunakannya.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Pensonic PVC-22B

Vacuum cleaner kecil murah
Harga mulai RM145.00
Lazada Malaysia RM145.00

Saiznya yang kecil memudahkan penyimpanan dan agak portable untuk di bawa bersama.  Dengan saiz sekecil itu, pengguna dapat menjimatkan ruang penyimpanan mereka, malah boleh diletakkan di bawah katil tanpa masalah. Ia mempunyai kabel sehingga 5 meter sesuai untuk membersihkan rumah walaupun pada jarak soket yang jauh.

Mempunyai 5 layer penapisan untuk meningkatkan kadar pembersihan dan mengelakkan daripada bag habuk mudah rosak. Terdapat 2 beg habuk disediakan secara percuma kepada pengguna bagi satu pembelian.  Juga terdapat ciri keselamatan seperti  Dust Bag Indicator yang akan bertindak apabila beg habuk sudah penuh.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. IROVA Robotic Vacuum K6L

Vacuum cleaner robot terbaik untuk karpet
Harga mulai RM245.00
Lazada Malaysia RM245.00

Membersihkan rumah atau pejabat anda tanpa memerlukan daya sudah menjadi nyata pada abad ini. Vacuum cleaner ini tidak memerlukan tenaga manusia untuk menyedut habuk kerana ianya bersifat berdikari. Terdapat sensor yang mengelakkan ia daripada terlanggar ataupun terjatuh daripada tangga atau tempat tinggi.

Sambil vacuum habuk, ia juga akan mengemop lantai dengan berusnya memudahkan pembersihan pada bucu-bucu dinding dan perabot. Penggunaannya dapat memudahkan anda serta menjimatkan masa anda untuk aktiviti individual atau keluarga.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. MIDEA Cordless Vacuum Cleaner MVC-15P

Vacuum tanpa kabel murah
Harga mulai RM269.00
Lazada Malaysia RM269.00

Tiada lagi kabel yang berselirat yang boleh menyebabkan anda tersandung atau menyusahkan pengguna untuk mencari soket yang terdekat. Penggunaan tanpa wayar juga lebih selamat berbanding berkabel lebih-lebih lagi kepada yang berkeluarga. Hal ini kerana, anak-anak kecil yang berlari-lari bermain tidak akan lagi tersandung ketika ibu sedang mengemas rumah.

Menggunakan tenaga bateri 1500 mAh dan motor penyedutan yang lebih cekap pada permukaan lantai. Pengguna tidak perlu risau, ia mampu digunakan sehingga 20 – 30 minit sebelum kehabisan bateri dan boleh di cas semula.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Karcher WD1 MV1

Vacuum cleaner wet and dry terbaik
Harga mulai RM260.00
Shopee Malaysia RM260.00

Tidak perlu bazir masa lagi untuk mengelap tumpahan cercair sebelum pembersihan, hanya perlu aktifkannya dan sedut sahaja apa dihadapannya walaupun cecair. Vacuum cleaner wet and dry memang agak sukar untuk dapatkan dengan harga yang rendah, tetapi kami berjaya mencarinya untuk anda.

Sangat fleksibel dan tahan lebih lasak, tidak perlu risau lagi jika ia berlanggar dengan sesuatu atau terhentak kerana badannya diperbuat daripada bahan plastik yang bermutu tinggi. Menggunakan tenaga elektrik sehingga 1000 watt untuk menyedut habuk dan cecair sehingga 15 L.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Panasonic Vacuum Cleaner MC-CL561

Vacuum cleaner murah yang mempunyai HEPA filter 
Harga mulai RM269.00
Shopee Malaysia RM269.00

Penggunaan vacuum cleaner yang mempunyai HEPA filter sangat terkenal kerana dapat membersihkan ruang rumah anda tanpa sebarang habuk bersaiz mikro. Hal ini juga dapat mengurangkan risiko alergi dan asma kerana habuk bersaiz mikro akan terperangkap bersama.

Menggunakan tenaga input sehingga 1600 watt untuk penyedutan yang sangat cekap. Ia juga merupakan jenis bagless di mana pengguna tidak perlu membazirkan wang untuk menukar beg habuk.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. Panasonic Cocolo MC-CL305

Vacuum cleaner terbaik untuk rumah
Harga mulai RM265.00
Shopee Malaysia RM265.00

Ia sangat sesuai digunakan di rumah kerana hanya menggunakan tenaga input sebanyak 1400 watt dan kuasa penyedutan sehingga 350 watt. Dengan tenaga input yang serendah itu, pengguna dapat menjimatkan penggunaan elektrik rumah mereka. Tambahan pula, terdapat kelebilan Eco Power bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Hal ini dapat menghasilkan penjimatan bil elektrik rumah secara berkesan. Mempunyai kapasiti sehingga 0.6 liter sesuai untuk pembersihan satu rumah. Pada masa yang sama, terdapat fungsi blower untuk meniup daun-daun kering di luar rumah dan Air Dust Catcher di mana dapat menyedut habuk di udara. Ini dapat menjaminkan kebersihan di dalam dan persekitaran rumah.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Hanis

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!