Perkakas Rumah

16 Vacuum Cordless/Tanpa Wayar Terbaik di Malaysia 2026

Bila nak vacuum rumah mesti nak vacuum tanpa wayar untuk mudahkan kerja. Jom lihat senarai jenama vacuum terbaik, serta vacuum cordless terbaik dan murah.


Editor · Updated 27 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

16 Vacuum Cordless/Tanpa Wayar Terbaik di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: vacuum cordless terbaik di Malaysia ialah Xiaomi Mi Vacuum Cleaner G10 Plus, RM899.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 11 September 2026). Untuk bajet lebih tinggi, Dyson Digital V8 Slim™ Fluffy Extra turut ada dalam senarai di bawah dengan harga tempatan yang kami semak sendiri.

Jika bercakap soal membersih atau mengemas rumah, alatan utama yang perlu ada semestinya penyapu, mop, penyodok dan penyedut hampagas.

Kandungan

Tapi alangkah lebih mudah jika menggunakan vacuum tanpa wayar untuk proses pembersihan secara menyeluruh. 

Anda perlulah memilih wireless vacuum cleaner terbaik yang sesuai dengan bajet dan mempunyai kuasa bateri yang kuat untuk memastikan habuk dapat disedut dengan baik.

Malangnya, ada yang masih keliru untuk memilih vacuum cordless terbaik dan murah yang sesuai dengan bajet.

Jadi kami memudahkan anda dengan menyenaraikan jenama vacuum terbaik untuk pembersihan di rumah.


Senarai 16 Vacuum Cordless/Tanpa Wayar Terbaik

Xiaomi Mi Vacuum Cleaner G10
Vacuum cordless Xiaomi 1 daripada 16
Xiaomi Mi Vacuum Cleaner G10 Plus
Xiaomi
Dari RM899
Kuasa penyedutan yang tinggi
penyesuaian kuasa penyedutan automatik
Harga agak mahal
1 lagi
masa penggunaan sehingga 65 minit

Xiaomi Mi Vacuum Cleaner G10 Plus mempunyai kuasa sedutan tinggi sebanyak 25kPa, dihasilkan oleh motor digital terkini berpusing pada 125,000rpm.

Penyedut vakum ini memberikan 25% lebih banyak kuasa sedutan daripada model sebelumnya, memastikan pembersihan menyeluruh pada setiap permukaan.

Turut mempunyai skrin warna TFT dengan paparan real-time, ia memaparkan status operasi dan memberikan peringatan yang membantu untuk prestasi pembersihan yang optimum.

Anda juga tidak perlu lagi menyesuaikan kuasa sedutan secara manual kerana dengan Smart Torque Floor Brush, ia secara automatik dapat menyesuaikan kuasa sedutan pada lantai yang berbeza, termasuk lantai keras dan karpet.

Paling best, dengan kapasiti bateri 3,000mAh yang besar ini anda boleh menggunakannya untuk lakukan sesi pembersihan rumah sehingga 65 minit tanpa henti.

Electrolux 2 in 1 Cordless Vacuum Cleaner
Vacuum cordless Electrolux 2 daripada 16
Electrolux 2 in 1 Cordless Vacuum Cleaner
Electrolux
Dari RM739
Jaminan sehingga 24 bulan
45 minit masa penggunaan
Harga sedikit mahal
1 lagi
Penapis gred HEPA

Vacuum Electrolux ini dilengkapi dengan keupayaan berdiri sendiri tanpa tongkat, serta mampu membersihkan kawasan bawah perabot dan memastikan ia mencapai bawah perabot yang paling rendah.

Jika terdapat kawasan yang agak gelap kerana cahaya lampu tidak mampu menerangi kawan itu, jangan risau kerana ia turut mempunyai lampu sorot nozzle untuk menerangi lantai.

Dikuasakan dengan teknologi Motorised Bristle Brush Roll, dan dikuatkan lagi dengan teknologi BRC-Brush Roll Clean, ia akan memastikan pembersihan menyeluruh di semua permukaan.

Sementara itu, teknologi BrushRollClean™ yang dinaiktaraf akan memastikan vacuum anda kekal bersih untuk sesi membersihkan rumah yang seterusnya.

Vacuum ini turut dilengkapi dengan penapis HEPA bersaiz kecil dan sistem penapisan berkecekapan tinggi lima lapisan HEPA, yang berkesan menghalang pencemaran sekunder.

Samsung Cordless Vacuum Stick 1
Vacuum cordless Samsung yang bagus 3 daripada 16
Samsung Cordless Vacuum Stick VS60M6015KG
Samsung
Dari RM1,160
Jaminan sehingga 24 bulan
Boleh guna 40 minit tanpa henti
Stok terhad
1 lagi
Tidak memerlukan beg hampagas

Samsung Cordless Vacuum Stick hadir dengan kuasa sedutan yang kuat 120W, mampu membersihkan debu dan kotoran pada lantai di rumah anda.

Ia dilengkapi dengan Teknologi EzClean yang inovatif, memastikan penyelenggaraan dan pembersihan vacuum yang mudah.

Direka untuk menyedut kekotoran secara menyeluruh, vacuum ini menawarkan julat pergerakan 180°, membolehkan anda mencapai setiap sudut dengan mudah.

Dengan kapasiti penyimpanan habuk 0.25L, anda boleh terus sambung membersihkan rumah tanpa perlu kerap mengosongkan tong.

Bateri vacuum ini juga boleh bertahan sehingga 40 minit semasa bateri penuh, namun memerlukan masa sehingga 5 jam untuk dicas penuh.

Philips XC3133 Aqua Cordless Vacuum
Vacuum cordless karpet 4 daripada 16
Philips XC3133 Aqua Series 3000 Cordless Vacuum Cleaner
Philips
Dari RM901.17
Berus lantai dengan lampu LED
Mampu berrfungsi 3 dalam 1
Harga mahal
2 lagi
Bateri tahan lama
Sedikit berat

Vacuum cleaner cordless dari Philips merupakan jenama vacuum terbaik untuk menyedut segala habuk di permukaan karpet rumah anda. 

Bukan sekadar habuk, juga memberi jaminan untuk membersih karpet dari sebarang debunga dan spora yang mengakibat alahan. 

Kadar sedutan dan putaran dari teknologi PowerCyclone 8, keupayaan vacuum ini bukan lagi tandingan. 

Bukan sahaja dicipta untuk sedutan yang bertenaga tapi untuk penapisan vacuum tahan lasak dan bertahan lebih lama, dengan mod wet and dry untuk membersih tumpahan basah.

Review pengguna menyakinkan lagi vacuum tanpa wayar Philips berkualiti tinggi dan daya sedutan amat kuat.

PerySmith Smart Cordless Wet & Dry Vacuum Cleaner Ai9 Lite
Vacuum cordless bulu kucing 5 daripada 16
PerySmith Smart Cordless Wet & Dry Vacuum Cleaner Ai9 Lite
Dari RM970
Cekap tenaga sehingga 45 minit
Penapis Hepa kalis air
Masa mengecas lama (4-5 jam)
2 lagi
Dilengkapi AI smart sensor dan paparan LCD interaktif
3 mod (Eko, Turbo & Kering)

Rimas dengan keadaan rumah yang penuh dengan bulu kucing dan serpihan pasir litter box?

Anda boleh menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan vacuum bebas wayar hebat Perry Smith model Ai9 Lite.

Vacuum ini diaktifkan dengan kuasa sedutan 13,000pa bersama penapis H13 HEPA kalis air dimana mampu membersihkan semula lantai dan udara dari kotoran kecil 0.25microns.

Jadi bulu-bulu halus kucing atau binatang peliharaan di rumah dapat dibersihkan dan sudah tentu memberi kualiti udara yang sihat.

Lebih menarik lagi, perincian berus pada vacuum memastikan tiada rambut atau bulu berpintal pada berus.

Ini menjadikan setiap tolakan vacuum berjalan dengan lancar.

Bunyi motor mungkin sedikit bising (58 dB), jadi kami harap anda kurung dahulu kucing anda sebelum vakum.

Jika anda ingin kepuasan pembersihan berganda, boleh tambah berus terbaru Perry Smith Motorised Scrubbing Mop, iaitu berus yang boleh menyental dan mop lantai secara 360°.

KHIND VC9678MS Cordless Handheld Portable Vacuum Cleaner
Vacuum tangan terbaik 6 daripada 16
KHIND VC9678MS Cordless Handheld Portable Vacuum Cleaner
KHIND
Dari RM399
Kalis air
Sesuai untuk kereta dan rumah
Masa mengecas lama
2 lagi
Muncung built-in crevice
Pegang tangan tanpa wayar

Banyak habuk dan sampah sukar dibersihkan dalam kereta? Vacuum wayar biasa sentiasa tersangkut dan menyusahkan pula?

Jangan risau, beli je vacuum tanpa wayar Khind yang sesuai digunakan di rumah dan kereta. 

Dilengkapi muncung celah dan basah, tangki habuk 400ml serta bateri Li-ion yang dicas penuh dalam 5.5 jam.

Khusus untuk fungsi kering, direka kalis air IPX4 dan mempunyai penapis dengan fabric dan spongedust.

Masa operasi hanya 20 minit dengan kuasa 65W dan kuasa sedutan maksimun 7kPa memudahkan pembersihan kereta dalam masa singkat.

Aksesori vakum termasuk muncung sedutan basah, muncung berus, pendakap dinding dan penapis kain. 

Vacuum tanpa kabel murah
Vacuum cordless murah 7 daripada 16
Midea Cordless Vacuum Cleaner MVC-15P
Midea
Dari RM269
Sesuai untuk ruang kecil & sempit
2-in-1 handheld
Boleh guna 20-30 minit
2 lagi
Boleh condong 90
Mempunyai lampu LED

Vacuum cleaner jenama Midea murah ini boleh dijadikan alat pelengkap kebersihan untuk rumah atau ruang bilik yang kecil. 

Dengan saiz yang kecil dan papan penyedut boleh adjust 90 darjah, boleh menarik segala habuk atau sawang labah-labah dengan efektif walaupun di ruangan sempit. 

Menariknya, anda boleh menanggalkan bahagian muncung penyedut untuk kerja-kerja membersih dengan menggunakan tangan. 

Seperti membersih celahan sofa, tilam atau sekitar aksesori rumah.  

Sistem sedutan vacuum ini kuat dengan kadar 14.4v, jadi karpet dengan rambut gugur atau bulu binatang peliharaan dapat dibersihkan dengan serta-merta. 

Malah, disertakan dengan pelbagai aksesori tambahan seperti lampu LED, kepala berus kecil, berus 2 dalam 1 dan banyak lagi.

Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D
Vacuum cordless tilam 8 daripada 16
Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D
Midea
Dari RM377.50
Mempunyai lampu UV-C
Pemegang boleh pusing
Agak bising (75 dBa)
2 lagi
Penapis HEPA
Waktu mengecas lama (3-5 jam)

Alami gatal-gatal dan malas nak tukar cadar setiap minggu? Anda boleh bersihkan tilam dengan vacuum tanpa wayar dari Midea ini. 

Vacuum ini merupakan model khas untuk membersih tilam dari sebarang habuk dan hama yang tinggal di permukaan tilam. 

Penyedut tanpa wayar ini frekuensi denyutan tinggi iaitu 11000/per minit dan aliran cahaya UV yang kuat supaya dapat menarik kotoran seperti sisa rambut, tisu kulit mati dan membunuh habuk hama. 

Kuasa sedut pula 7500pa, dimana boleh dikategorikan sebagai kuasa sedutan yang sederhana. 

Habuk kotoran yang telah disedut akan terperangkap didalam penapis vacuum dan kemudian disimpan didalam dust box yang boleh ditanggalkan dan dicuci. 

Manakala pemegang atau handle vacuum boleh dipusing supaya anda tidak perlu mengangkat vacuum ketika membersihkan tilam. 

Tips dari kami untuk vacuum tilam, lakukan sekali seminggu dan pastikan anda memakai facemask ketika vacuum untuk tidak terdedah dari habuk dan hama. 

Dari segi harga, Midea merupakan jenama yang berkualiti dan masih tetap memberikan harga yang berpatutan.

KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner
Vacuum cordless 4 in 1 9 daripada 16
KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96
KADONIO
Dari RM57.41
Kelajuan motor kuat
Sedutan maksimum 16000PA
Bunyi sedutan kuat
2 lagi
Filter mudah ditukar
Ringan

Untuk anda yang mencari vacuum cordless 4 dalam 1, boleh dapatkan KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96 untuk memudahkan kerja rumah anda.

Ciri 4 dalam 1 memberikan anda 4 pilihan kepala vacuum iaitu stick vacuum panjang biasa untuk lantai atau dinding, berus pendek untuk karpet, berus muncung pendek untuk celahan dinding dan flat hose untuk sedutan tempat kecil dan tirus.

Dengan kelajuan motor yang kuat dan sedutan maksimum motor 16000PA, anda boleh membersihkan lantai atau kawasan yang diperlukan dalam masa 10 saat sahaja!

Paling penting, vacuum cordless ini sangat ringan dan filter mudah ditukar jadi anda tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengendalikannya.

Walaupun bunyi sedutan vacuum ini sedikit kuat, pembeliannya akan berbaloi kerana kapasiti bateri 2000mAH ini membolehkan anda gunakannya dengan lebih lama!

Airbot Hypersonic Vacuum
Vacuum cordless almari/kabinet dapur 10 daripada 16
Airbot Hypersonics Pro Smart Cordless Vacuum Cleaner
Airbot
Dari RM444
Ada sensor small dust
Kelajuan sedutan automatik
Bateri cepat habis
2 lagi
Skrin LED & touchscreen
Sedutan kuasa 27000Pa

Jika anda mencari vacuum cordless tinggi untuk almari atau kabinet dapur, Airbot Hypersonics Pro Smart Cordless Vacuum Cleaner ini mungkin boleh jadi salah satu pilihan anda.

Vacuum ini mempunyai sensor Infra-red yang akan detect dan menyedut debu kecil bersaiz micro particles dan akan menukar kelajuan sedutan secara automatik apabila perlu untuk menyedut habuk yang tebal.

Turut mempunyai skrin LED yang akan menunjukkan kelajuan vacuum, level bateri dan berikan tanda amaran jika bateri perlu dicaj.

Selain touchscreen untuk menukar mod Auto atau Manual, ciri menarik lainnya juga mempunyai kuasa sedutan 27000Pa yang akan menyedut partikel kecil antara celahan dinding atau almari anda.

Anda tidak perlu risau kerana vacuum cordless ini ada lampu dibahagian depannya untuk membolehkan anda nampak lebih jelas sampah, habuk atau pasir kecil yang ada di lantai atau dinding.

Walaupun bateri cepat habis tapi bekas simpan habuknya bersaiz besar, 0.8L jadi anda boleh lakukan sedutan lebih banyak tanpa perlu mengosongkan dust cup dengan kerap.

K18 vacuum cordless
Vacuum cordless sesuai untuk dinding 11 daripada 16
Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18
Dari RM1,278
Ringan - 1.5kg
Sedutan kuat - 201AW(airwatt)
Bateri cepat habis
1 lagi
Ada filter anti- alergi

Vacuum cordless mop jenama Corvan ini sangat ringan dan akan mudahkan anda menyedut habuk di dinding. 

Sedutan vacuum ini kuat, mampu menyedut habuk di atas lantai atau air yang tumpah dengan pantas membuatkanya sangat berbaloi dengan harga.

Untuk bahagian mop pula, vacuum ini menggunakan double microfibre pads untuk memastikan bahagian yang di mop lebih bersih.

Vacuum ini boleh di cas menggunakan charging dock, jadi anda tidak perlu menebuk lubang untuk cas.

Selain itu, penyedut hampagas tanpa wayar ini ada filter anti-alergi yang akan memerangkap 99.97% habuk dan microbes sekecil 0.3micron.

Anda boleh gunakan vacuum ini pada waktu malam atau tempat yang gelap kerana ada lampu LED di bahagian kepala vacuum.

Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
Vacuum cordless terbaik secara secara keseluruhan 12 daripada 16
Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
Hericaine
Dari RM809
Mempunyai penapis HEPA
Kuasa sedutan 19000pa
Penyedut dust mite dijual berasingan
1 lagi
Jaminan selama 5 tahun

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Lupakan vacuum cordless harga ribuan ringgit kerana dengan Hericaine Cordless Vacuum boleh mendapatkan pengalaman yang sama seperti vacuum mahal.  

Ciri-ciri:

Memiliki kuasa sedutan 19000pa sudah memadai untuk membersih bahagian lantai dan karpet dari sebarang habuk serta kotoran. 

Rambut, bulu binatang peliharaan dan sisa makanan di lantai dapat disedut dengan mudah tanpa perlu disapu. 

Bahagian bukaan kepala penyedut yang lebar serta dilengkapi lampu LED mempercepatkan lagi proses pembersihan. 

Anda boleh meleret vacuum dicelahan hujung perabot yang gelap dan membersih dengan efisien. 

Ciri-ciri lain yang menambat hati ialah lengkap dengan penapis HEPA serta kemampuan bateri boleh tukar dan diguna selama 40 minit. 

Saiz vacuum cordless yang sederhana dan mempunyai berat 1.2kg memang menyenangkan apabila menggunakan.

Senang cerita kalau nak bawa balik kampung pun tiada masalah! 

Menariknya lagi, pembeli vacuum cordless Hericaine akan menerima warranty motor vacuum selama 5 tahun. Jangan risau, pusat servis vacuum ini juga ada di Malaysia. 

Ingin kami ingatkan, alat penyedut tambahan dustmite dan pemegang vacuum dijual secara berasingan. 

Review:

“Vacuum ini memang setanding dengan vacuum mahal. Habuk kasar mahupun halus dapat disedut dengan baik. Lantai rumah terpelihara bersih dan sangat kagum bunyi motor vacuum tidak terlalu bising.”

Dyson Digital Slim™ Fluffy Extra Vacuum Cleaner
Vacuum cordless lantai 13 daripada 16
Dyson Digital V8 Slim™ Fluffy Extra Vacuum Cleaner
Dyson
Dari RM2,399
Mempunyai skrin paparan LCD
Lengkap dock pengecasan & penyimpanan
Harga mahal
1 lagi
Ringan (1.9kg)

Jenama Dyson memang sudah jadi pujaan ramai tentang kelebihan teknologi alat pembersihan seperti vacuum cordless model Digital Slim™ Fluffy Extra ini. 

Vacuum ini 40% lebih ringan dari model asal dan boleh digunakan secara berterusan selama 40 minit tanpa pengecasan yang kerap. 

Lengkap dengan pelbagai kepala berus yang boleh diubahsuai mengikut sudut-sudut membersih dirumah anda. 

Kekuatan sedutan 100AW pada motor Dyson Hyperdymium sangat henat dalam menangkap partikel halus bawah saiz 0.3 microns.

Maksudnya, 100 kali ganda halus dari rambut manusia. 

Begitu juga dengan ciri berus utama vacuum yang lembut dan teguh mampu menyapu habuk dari karpet sehingga lantai kayu tanpa merosakkan permukaan lantai kayu atau mozek rumah. 

Menariknya lagi, mempunyai paparan LCD untuk akses saiz bateri, jenis power mod, peringatan servis penapis dan pelbagai laporan ralat dari vacuum. 

Jadi anda nak vacuum karpet, langsir, celah siling (sawang labah-labah) dan matress sekalipun boleh dengan vacuum cordless popular Dyson ini.

SwissThomas Cordless UV Sterilize Ray Dust Mite Vacuum Clean Xtreme Series WX77 (150W) 17000PA
Vacuum cordless cuci sofa 14 daripada 16
SwissThomas Cordless UV Sterilize Ray Dust Mite Vacuum Clean Xtreme Series WX77 (150W) 17000PA
Dari RM79
Kuasa sedutan 17000pa
Mempunyai lampu UV-C
Review banyak mengatakan vacuum bising
2 lagi
Penapis HEPA
Jaminan 2 tahun

Sofa dan kusyen rumah bukan saja patut dijemur tapi perlu di vacuum untuk mengurangkan bau hapak serta mengekalkan kebersihan.

Anda boleh guna vacuum wireless jenis handheld dari SwissThomas yang cukup versatil dengan rekaan moden ini. 

Lengkap dengan lampu UV bagi menstril sebarang bakteria dan hama yang tinggal pada sofa, bantal dan kusyen rumah anda. Sebanyak 99.7% kotoran dapat dibersihkan dengan pantas dan mendalam. 

Istimewanya, vacuum tangan ini memiliki sifat pintar iaitu mematikan fungsi lampu UV secara automatik jika diangkat dari permukaan sofa. 

Begitu juga sistem dua kali penapisan yang memastikan habuk kasar dan halus sehingga 0.25nm dapat ditarik. 

Review dari pembeli di Shopee cukup berpuas hati dengan hasil habuk yang ditarik dari sofa dan kusyen mereka. 

Tapi, ada yang berpendapat bunyi motor vacuum agak mengganggu.

Deerma DX700S Handheld Vacuum Cleaner
Vacuum mop cordless 15 daripada 16
Deerma DX700S Handheld Vacuum Cleaner
Deerma
Dari RM129
Bebas wayar
Boleh digunakan 45 minit
Kurang sesuai membersih karpet
1 lagi
Fleksibel

Vacuum cleaner keluaran Deerma ini sesuai untuk mempercepatkan proses membersih lantai rumah. 

Bercirikan vacuum bebas berus dengan penapis tiga lapisan dan bekas habuk berkapasiti besar. 

Rekaan yang ringan dan mudah dikendalikan memudahkan kerja-kerja membersih terutamanya dibawah sofa, perabot atau sekitar celahan dinding rumah. 

Review dari pembeli Deerma cukup berpuas hati dan berbaloi dengan kaedah vacuum ini. 

Samu Giken Wireless Rechargeable Portable Car Vacuum Cleaner Dry
Vacuum cordless kusyen kereta 16 daripada 16
Samu Giken Wireless Rechargeable Portable Car Vacuum Cleaner Dry
Dari RM54.06
Ringan (0.52kg)
Berus penyedut jenis muncung
Masa mengecas lama (3 jam)
3 lagi
Sedutan kuat (3000pa)
Bunyi sedikit kuat
Cepat panas jika guna lama

Simpan satu vacuum untuk kereta anda, supaya keadaan kereta sentiasa bersih dan meningkatkan kualiti udara dalam kereta anda. 

Vacuum portable dari Samu Giken direka khas untuk menyedut habuk-habuk degil celahan kusyen kereta anda. 

Dilengkapi dengan berus jenis muncung dan hose panjang bagi memudahkan anda mencapai sudut kereta yang sempit. 

Power suction vacuum kecil ini amat kuat iaitu 3000pa. Sebarang kotoran kasar mahupun duit syiling mampu ditarik.

Malah, anda juga boleh gunakan vacuum untuk membersih sofa rumah, keyboard komputer dan banyak lagi sudut-sudut tersorok yang sukar dicapai. 

Harga vacuum portable Samu Giken cukup murah, memang sesuai untuk disimpan satu didalam kereta.


Bagaimana Cara Pilih Vacuum Cordless Terbaik? 

Vacuum tanpa wayar menjadi semakin popular kerana anda boleh membersihkan rumah tanpa perlu bergantung pada soket elektrik. 

Tapi dengan begitu banyak jenis dan model vacuum cordless di pasaran, bagaimana nak tahu yang mana yang terbaik untuk rumah?

Berikut tips berguna untuk anda:

  • Jenis penggunaan

Pertimbangkan jenis permukaan yang perlu anda bersihkan. Sama ada lantai, permaidani, sofa, atau kawasan yang sukar dijangkau seperti celahan perabot. 

Pilih vacuum tanpa wayar yang mempunyai model dan kepala yang sesuai dengan keperluan tersebut.

  • Jenis bateri

Apabila memilih vacuum, periksa juga masa pengecasan dan hayat bateri.

Beli je vacuum dengan bateri lithium-ion untuk kuasa pembersihan yang konsisten dan tahan lama.

  • Reka bentuk dan berat vacuum

Pilih vacuum ringan dan mudah alih yang mudah disimpan serta mempunyai reka bentuk ergonomik untuk mengakses sudut yang sukar dicapai.

Sebaiknya, pilih vacuum dengan berat kurang dari 3kg.

  • Ruang penyimpanan

Jangan lupa, beli vacuum cordless yang mempunyai kapasiti penyimpanan yang mencukupi dan elakkan vacuum yang terlalu besar kerana ia akan menyukarkan anda menyimpannya di rumah.


Apa Kekurangan Dan Kelebihan Vacuum Tanpa Wayar?

Tidak seperti penyedut hampagas konvensional yang lain, vacuum cordless ini dilengkapi dengan bateri pengecas dan boleh digunakan selama 30 minit tanpa henti.

Vacuum ini juga mampu menyedut habuk dengan kuat dan membersih secara maksima.

Dengan saiz yang ringan dan fleksibel, ia memudahkan anda untuk menyedut kotoran pada siling rumah atau habuk di celahan perabot. 

Selain itu, vakum ini mudah disimpan dan mudah digunakan tanpa terikat dengan wayar atau kabel yang berselerak yang boleh membuatkan anda terpijak ketika membersihkan rumah.

Namun, kekurangan utama vacuum cordless ialah ia mempunyai masa operasi yang terhad.

Jadi, ia hanya boleh membersihkan ruangan kecil dan kurang sesuai digunakan untuk membersihkan seluruh rumah kerana bateri cepat habis, kebanyakkannya kurang dari 1 jam.

Tambah lagi, vacuum tanpa wayar lebih mahal daripada vacuum biasa kerana mempunyai teknologi yang lebih baru dan komponen mahal.


Berapa Kuasa Sedutan Vacuum Cleaner Terkini? 

Masih ramai lagi yang keliru tentang kuasa sedutan vacuum pembersih dan anda perlu tahu yang kuasa sedutan merupakan kriteria yang paling utama sebelum membuat pembelian.

Lagipun terdapat banyak jenis vacuum cuma kita perlu bijak memilih mana satu yang sesuai untuk kerja-kerja harian mengikut saiz rumah.

Power suction sesebuah vacuum bergantung kepada daya tujahan kuasa motor (rpm).

Berkait juga dengan kadar watt, bateri, kPa atau tapping frequency bagi memastikan kualiti sedut sesebuah vakum. 

Tidak kira sama ada vacuum jenis berwayar, tanpa wayar, vacuum robot, vacuum portable atau vacuum mop. 

Anda boleh lihat tiga vacuum utama dengan kuasa sedutan (Pa), bagi memberi kelancaran pembersihan dirumah anda; 

  1. Robot vacuum cleaners: 2000pa - 4000pa
  2. Cordless vacuum cleaners: 10000pa - 20000pa
  3. Cylinder vacuum cleaners: 13000pa - 25000pa

Anda juga boleh menonton video berikut untuk mengetahui butiran terperinci.

Bagi mengikut saiz atau parameter rumah atau bilik, anda boleh mengikut dari senarai ini;

  • Bilik kecil - 250-320W
  • Bilik saiz besar/satu rumah - 480 W

Jangan terpedaya dengan saiz watt vacuum yang besar sebab tidak semestinya memberi kesan sedutan yang baik. 

Mungkin hanya meningkatkan lagi kos elektrik anda.

Sebaiknya pilih watt vacuum bersesuaian dengan saiz rumah anda.

Begitu juga permukaan yang anda ingin dibersihkan, ia boleh mengubah faktor kekuatan sedutan vacuum. 

Untuk keberkesanan membersih yang baik ada beza vacuum untuk lantai dan karpet. 

  • Lantai jubin, papan parket, linoleum - 350 W 
  • Karpet, permaidani atau permukaan fabrik - 400 W
  • Tilam, sofa, bantal atau kusyen - 450 W 

Jika anda bijak memilih produk vacuum yang tepat dengan keperluan anda, pasti memberi pengalaman pembersihan yang memuaskan. 


Apa Tips Beli Vacuum Tanpa Wayar?

Tidak seperti vacuum cleaner silinder atau beg, vacuum tanpa wayar ada spesifikasi tersendiri yang perlu anda ketahui;

  • Cyclone

Kebiasaanya, vacuum cordless direka sebagai vacuum yang menggunakan teknologi cyclone iaitu vacuum yang mengisi habuk kotoran dalam bekas khas.

Cara ini membolehkan pengguna membersih bekas habuk dengan mudah dan paling penting tidak perlu membeli beg khas untuk vacuum. 

Namun begitu, vacuum tanpa wayar tidak dapat menyedut habuk yang banyak dan isi padu bekas habus biasanya tidak sampai 1 liter. 

  • Kuasa Sedutan Vacuum (PA)

Rujuk kuasa sedutan vacuum cordless mengikut kesesuaian penggunaan anda kerana saiz kuasa kPA sesebuah vacuum cordless bermula dari 10000pa hingga 20000pa.

Anda juga boleh melihat kelajuan motor (RPM) sehingga 125,000rpm seperti vacuum dari jenama Dyson.

  • Ketahanan Bateri

Bateri vacuum tanpa wayar tidaklah boleh digunakan terlalu lama kerana jangka hayat bergantung pada penggunaan normal atau turbo.

Pilih vacuum yang mempunyai jangka hayat penggunaan selama 40 minit dan hanya pengecasan sekurangnya 4 jam. Itu berbaloi! 

  • Saiz & Berat

Jangan lupa tentang vacuum cordless. Walaupun dalam gambar nampak senang dan mudah digunakan, tapi kalau silap pilih berat memang boleh lenguh tangan.

Kami sarankan anda pilih berat vacuum cordless yang tidak lebih dari berat 2kg. 


Soalan Lazim

Berapa kuasa sedutan yang sesuai untuk vacuum cordless?

Untuk kegunaan rumah biasa (lantai jubin, kayu), kuasa sedutan sekitar 6,000Pa hingga 15,000Pa sudah mencukupi. Rumah yang bekarpet tebal atau ada haiwan peliharaan sepatutnya cari model dengan sedutan 20,000Pa ke atas untuk hasil yang lebih bersih.

Berapa lama bateri vacuum cordless boleh bertahan?

Kebanyakan model dalam senarai ini bertahan 20 hingga 30 minit pada mod penuh, cukup untuk membersihkan ruang kecil hingga sederhana sekali cas. Jika rumah anda besar, pilih model dengan bateri boleh tukar atau mod jimat tenaga untuk liputan lebih luas.

Adakah vacuum cordless berbaloi berbanding vacuum konvensional?

Vacuum cordless lebih mahal pada permulaan tetapi memudahkan kerja membersihkan siling, celahan perabot dan kereta tanpa wayar berselerak. Untuk pembersihan menyeluruh rumah besar setiap hari, vacuum konvensional atau robot vacuum masih lebih praktikal dari segi kos jangka panjang.

Apakah berat vacuum cordless yang sesuai?

Pilih vacuum cordless dengan berat tidak lebih 2kg supaya senang digunakan dalam tempoh lama tanpa lenguh tangan, terutama untuk membersihkan bahagian siling atau tempat tinggi.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation