Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

16 Jenis Kurma Terbaik di Malaysia 2024 (Sedap & Berkhasiat)

Ikutlah sunnah Rasulullah, berbuka dengan kurma!

Buah kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera, banyak ditanam di negara-negara Arab atau Timur Tengah.

Jadi, tidak hairanlah buah kurma segar menjadi makanan ruji orang di sana terutama pada bulan puasa.

Lain di negara kita yang tidak mempunyai kurma Malaysia, tapi kita masih boleh nikmati kurma paling sedap dari negara Arab.

Selain itu, kurma terbaik mempunyai banyak kebaikan dan nutrisi pada kesihatan, dan kalori buah kurma juga rendah iaitu sekitar 67 kalori.

Untuk bulan Ramadan kali ini, jom tengok senarai jenama kurma paling bagus dan paling sedap, dan ada pelbagai jenis kurma seperti kurma besar, kurma basah dan dari jenama paling popular kurma Yusuf Taiyoob.


    16 Kurma Terbaik Untuk Bulan Ramadan

    Sunsweet Kurma Smart Dates Sapphire Blue 400g
    Semak Sunsweet Kurma Smart Dates Sapphire Blue 400g harga dibawah:

    Antara jenama yang tekenal mengeluarkan produk makanan tambahan seperti kurma dan kismis, Sunsweet Kurma Smart Dates Sapphire Blue ini boleh menjadi salah satu pilihan kurma menjelang Ramadan ini.

    Ia merupakan produk dari negara Tunisia dan mempunyai rasa manis yang tidak terlalu menyengat, sesuai untuk orang tua atau kanak-kanak.

    Selain itu, ia tidak mempunyai tangkai, jadi anda tidak perlu menarik atau mencabut biji kurma ini satu persatu sebelum memakannya. 

    Harga yang ditawarkan juga masih lagi mampu milik, dan tentunya rasanya juga enak untuk dimakan sewaktu sahur mahupun berbuka.

    Jenis kurma untuk lelaki
    Khalas Alkhammash
    Kurma Khalas Alkhammash
    Semak Kurma Khalas Alkhammash harga dibawah:

    Anda mahukan kurma yang mempunya rasa manis seperti kopi karamel? Boleh cuba Kurma Khalas Alkhammash yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

    Bukan sekadar harga murah, tapi anda juga akan dapat kurma dalam kuantiti yang banyak iaitu sebanyak 1KG, cukup untuk bertahan sepanjang bulan Ramadan.

    Antara ciri menarik lain kurma ini adalah ianya lembut mirip dengan kurma Barhi namun rasanya tidak terlalu manis.

    Selain itu, tekstur kurma ini empuk dan memiliki kulit yang halus serta isi dalamnya lembut, jadi sangat sesuai dimakan bersama kopi Arab.

    Kurma ini juga tahan lama, mampu bertahan selama 24 bulan dari tempoh pembungkusan.

    Kurma paling mahal sejuk beku
    Kurma Sejuk Beku Ais Jumbo
    Semak Kurma Sejuk Beku Ais Jumbo harga dibawah:

    Anda mahukan kelainan pada bulan Ramadan tahun ini? Tentunya ada boleh cuba untuk makan kurma sejuk beku ini.

    Ia tidak sama dengan jenis kurma yang kita biasa nampak di pasaran kerana proses pembuatannya bukan dengan mengeringkan buah kurma, tetapi dengan menyimpan terus buah kurma ke dalam peti sejuk beku.

    Cara memakannya anda perlu rendamkan buah kurma sejuk beku ini ke dalam air, dan boleh terus makan. Jika tidak sukakan kulit, boleh buang dahulu bahagian kulitnya. 

    Rasanya manis seperti kurma yang biasa, tetapi mempunyai tekstur yang sedikit pejal dan sejuk.

    Jenis kurma yang bagus untuk diet
    Al Wadi Jadid Mesir
    Kurma Al Wadi Jadid Mesir 250G (Raudhah)
    Semak Kurma Al Wadi Jadid Mesir 250G (Raudhah) harga dibawah:

    Kalau anda mahu menjaga bajet bulan Ramadan ini, anda boleh dapatkan Kurma Al Wadi Jadid Mesir ini kerana harganya tidak sampai RM5!

    Kurma ini sesuai untuk anda yang mengamalkan diet sihat kerana ianya bebas kafein dan juga GMO.

    Selain itu, ia juga tidak terlalu manis, jadi sesuai untuk anda yang kurang makan manis. 

    Kurma berasal dari Egypt ini mempunyai ciri separa kering. Anda tidak akan rasa ia terlalu kering, dan juga tidak terlalu lembap.

    Enak di makan semasa sahur ataupun semasa berbuka bersama seisi keluarga.

    Semak Kurma Nastaran Rotab Mozafati harga dibawah:

    Kurma Nastaran Rotab ini memiliki tekstur cair di mulut, memiliki rasa manis buah kurma dan mengandungi kandungan gula semulajadi.

    Terdapat juga kandungan lain, antaranya karbohidrat, protein, nutrien, vitamin, minerals dan tenaga.

    Dengan kandungan ini, sekaligus dapat menghindarkan dari masalah perut dari sembelit, gangguan usus, masalah jantung, anemia, kanser perut, cirit-birit dan banyak lagi.

    Malah, ada pakar kesihatan mengatakan makan buah kurma sehari sekali dapat membantu diet yang seimbang dan sihat.

    Kurma Mariami Madinah
    Semak Kurma Mariami Madinah harga dibawah:

    Kurma Mariami mempunyai kadar kelembapan 15% yang menjadikan tekstur isinya lembut sekali gus digemari ramai.

    Buah kurma jenis ini tidak mempunyai kolestrol.

    Kandungan gulanya mudah menyerap dalam badan serta memberi tenaga segera ketika berbuka puasa. 

    Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

    Kurma madu yuta
    Yusuf Taiyoob
    Semak Yusuf Taiyoob Kurma Madu Yuta (500g) harga dibawah:

    Kurma madu ini memberi rasa manis yang semula jadi seperti rasa madu lebah.

    Bagaimanapun, kandungan gula dalam kurma Yusuf Taiyoob ini sangat tinggi.

    Jadi, berpadalah dalam pengambilan harian. Cukup 1 – 3 biji setiap kali waktu bersahur dan berbuka sahaja.

    Lagipun satu hidangan kurma ini bersamaan 5-6 biji kurma atau ¼ - ½ cawan madu.

    Maknanya, boleh makan kurma ini secara berkala.

    Kurma Deglet Noor Bertangkai
    Semak Kurma Deglet Noor Bertangkai harga dibawah:

    Kurma Deglet Noor merupakan salah satu daripada kultivar kurma dan nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’.

    Berasal dari Algeria dan ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean seperti Iran. 

    Walaupun terdapat kandungan gula yang tinggi, tapi indeks glycemic rendah jadi sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.

    Kurma ini juga mengandungi asid amino penting dan tidak penting menjadikan sumber protein yang baik. 

    Malah, mempunyai sedikit serat pemakanan yang larut dan tidak larut, dapat memberi manfaat kepada orang yang mengalami sembelit. 

    Buah kurma ini mempunyai tektsur isi yang lembut dan rasa yang seakan-akan madu.

    Kurma safia
    Yusuf Taiyoob
    Semak Yusuf Taiyoob Kurma Safia Bertangkai harga dibawah:

    Kurma ini dipromosikan sebagai kurma premium dan berkualiti tinggi yang diimport dari negara-negara seperti Iran dan Tunisia.

    Ada beberapa kelebihan kurma Safia antaranya ia diolah dengan proses pengeluaran yang terkawal dan bersih.

    Selain itu kurma ini tidak mengandungi bahan pengawet atau bahan kimia lain sekali gus ia sesuai untuk semua.

    Kurma Deglet Noor Algeria tulen diketahui mempunyai sentuhan lembut, warna lut dan rasa lembut yang seperti madu, dan ciri-ciri ini yang membezakan daripada kurma lain.

    Walaupun harga kurma Safia ini agak tinggi, namun ia dijamin segar dan berkualiti dengan kandungan gula semulajadi yang baik. 

    Semak Kurma Zahidi (1kg) harga dibawah:

    Kurma Zahedi atau Zahidi merupakan kurma yang mempunyai saiz tebal dan kecil.

    Berbentuk bujur, saiznya kira-kira 3.5 cm. Warnanya pula keperangan.

    Kurma Zahidi ini mempunyai penampilan yang tersendiri kerana jenis kurma tekstur yang keras.

    Bahagian kulit berkilat dan kering membuatkan bila masuk mulut rasa kulitnya pecah-pecah dalam mulut.

    Tapi kadang-kala kulitnya melekat pada isi buah. Ini bergantung pada keadaan cuaca.

    Jenis kurma basah yang enak
    Semak Kurma Kabkab (500g) harga dibawah:

    Kurma ini mempunyai tesktur lembut, basah, bersirap dengan warna coklat gelap dan lebih panjang daripada jenis kurma yang lain.

    Merupakan kurma gred AA ditanam di kebanyakan kawasan tropikal di Iran.

    Kurma ini popular di pasaran Malaysia kerana mempunyai tekstur yang halus dan lembut serta berkulit keras.

    Faktor lain lagi kerana memiliki rasa yang lazat, manis seperti sirap.

    Cara penyimpanan buah kurma basah adalah disimpan dalam suhu bilik normal selama kira-kira 6 bulan dengan pengasapan rutin.

    Semak Kurma Mariami Piarom Gred A harga dibawah:

    Kurma ini berbentuk bulat dan mempunyai warna hitam dan coklat.

    Jadi, dikenali sebagai kurma Mariami atau ‘kurma coklat’.

    Boleh dikatakan paling sedap berbanding dengan kurma separuh kering yang lain. 

    Kurma Piarom mempunyai rasa dan rupa unik dan dianggap salah satu jenis kurma yang mahal kerana pengeluarannya ekslusif di Hajiabad.

    Cara pengambilan sebaiknya amalkan makan 7 biji sehari mengikut sunnah Nabi.

    Lagipun terdapat beberapa khasiat untuk kesihatan. Antaranya:

    1. Menguatkan daya ingatan.
    2. Bagus untuk ibu mengandung dan berpantang.
    3. Bagus untuk kesihatan jantung.
    4. Bagus untuk kesihatan dan kekuatan tulang.
    5. Dapat merawat masalah usus.
    Semak Kurma Mahnaz Safawi (1kg) harga dibawah:

    Kurma Safawi adalah sejenis kurma khas yang sebahagian besarnya ditanam di Arab Saudi.

    Ianya adalah jenis kurma yang lembut dan semi-kering serta mudah dikenali dari warnanya yang hitam, panjang dan bersaiz sederhana.

    Ia mempunyai persamaan dari segi rasa dengan kurma Ajwa tetapi ia berbentuk lebih oblong berbanding dengan kurma Ajwa.

    Kurma Ajwa Mardinah
    Semak Kurma Ajwa Mardinah harga dibawah:

    Kurma Ajwa mempunyai tekstur yang lembut, bercirikan warna hitam yang manis dengan rasa buah yang segar.

    Sekali pandang, kurma Ajwa ini kelihatan seperti kurma yang lain tapi jika diletakkan dengan jenis kurma yang lain pasti akan dapat melihat perbezaannya.

    Kurma ini memiliki kandungan khasiat yang unik dimana kaya dengan nutrisi semula jadi, mampu meningkatkan kandungan protein, mineral dan vitamin  A, B1, B2, and BB.

    Kandungan gizi ini dapat membantu membaik pulih semula tisu badan dan otot yang rosak.

    Kurma ini juga dapat membantu ibu mengandung bersalin dengan mudah dimana akan mengaktifkan otot rahim pada bulan kehamilan.

    Selain itu, dapat membantu pergerakan rahim semasa bersalin serta meminimumkan pendarahan selepas bersalin.

    Kurma medjool
    Semak Kurma Medjool (1kg) harga dibawah:

    Kurma medjool merupakan salah satu makanan organik dan paling sukar untuk ditanam.

    Nilai pemakanan kurma ini lebih tinggi dari segi kalsium, besi, fosforus, magnesium dan vitamin C.

    Erti kata lain, kandungannya lebih besar daripada kebanyakan jenis kurma lain dan memiliki tekstur yang lembap.

    Manakala isi buah berair dan mempunyai rasa manis yang tersendiri sekaligus kurma medjool dinobatkan sebagai ‘raja kurma’.

    Apa yang paling menarik adalah bahawa jenis kurma ini ditanam tanpa menggunakan apa-apa baja atau bahan kimia.

    Biasanya kurma medjool organik biasanya berwarna gelap dan kulitnya berkedut.

    Tidak seperti buah kurma bukan organik lain yang sering mempunyai warna konsisten.

    Warna kurma Medjool sering berbeza-beza bergantung pada tanah di mana ia ditanam.

    Semak Kurma Mabroom Madinah (1kg) harga dibawah:

    Kurma Mabroom berasal dari Madinah, Arab Saudi ini merupakan jenis kurma kering.

    Kurma ini dijual dalam kuantiti yang banyak pada bulan Ramadan kerana sangat laris.

    Ini kerana buahnya bersaiz besar dan panjang sesuai dijadikan hamper atau hadiah menjelang Ramadhan.

    Erti kata lain, merupakan kurma eksklusif jenis premium. 

    Jangan risau, kurma ini tidak mengandungi sodium dan mengandungi kandungan Potassium 2 kali ganda lebih dari pisang.

    Jadi selamat diambil oleh pesakit tekanan darah tinggi dan sakit jantung.


    Ketahui Gred Kurma

    Buah kurma biasanya diletakkan dalam kelas atau gred mengikut kualiti, saiz, dan keadaan buah.

    Gred buah kurma bergantung kepada beberapa faktor seperti kepadatan, kelembutan, warna, saiz, kebersihan, dan tahap kematangan.

    Nak tahu macam mana nak pilih gred buah kurma terbaik secara umum, jom lihat di bawah:

    • Gred Super

    Buah kurma dalam gred ini biasanya merupakan yang terbaik dari segi kualiti. Ia biasanya besar, lembut, dan bebas dari kerosakan atau cela.

    • Gred 1

    Buah kurma dalam gred ini juga berkualiti tinggi tetapi mungkin tidak mencapai tahap gred Super. Mereka masih cukup besar, lembut, dan mempunyai sedikit kerosakan atau cela.

    • Gred 2

    Buah kurma dalam gred ini mungkin mempunyai beberapa kecacatan dari segi rupa seperti bintik-bintik kecil atau kulit yang sedikit kurang mulus. Walau bagaimanapun, ia masih boleh dimakan dan mempunyai rasa yang baik.

    • Gred 3 atau Kurang Daripada 3

    Buah kurma dalam gred ini mungkin mempunyai lebih banyak kecacatan, baik dari segi rupa luaran atau kualiti dalaman. Ia mungkin lebih kecil, lebih keras, atau mempunyai kerosakan yang ketara.

    Biasanya, pemborong atau peniaga buah akan menentukan gred buah kurma ini berdasarkan rupa luaran, keadaan dalaman, serta permintaan pelanggan.

    Penting untuk diingat bahawa gred buah kurma ini bukan sahaja mempengaruhi harga tetapi juga rasa dan kualiti keseluruhan buah kurma tersebut.


    Apa Kebaikan Makan Kurma?

    Kurma mempunyai pelbagai kebaikan kerana merupakan sumber antioksidan tidak kira sama ada kurma segar atau kering.

    Kurma juga kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah makanan sunat ini mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

    Jadi, kami bentangkan beberapa kelebihan dan kebaikan buah kurma ini dari dapatan kajian saintifik.

    Sebeum itu, jom kita tonton video ringkas dari Ustaz Don tentang kebaikan makan kurma menerusi video berikut.

    Menurut sebuah portal, kurma ini mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi iaitu 52.6-88.6% dengan kandungan gula yang tinggi seperti sukrosa, glukosa dan fruktosa.

    Karbohidrat ringkas yang ada di dalam kurma ini bersifat mudah terurai dan boleh bertukar menjadi sumber tenaga, sekaligus mampu membekalkan dan mengembalikan tenaga dengan cepat.

    Erti kata lain, sangat sesuai untuk diambil selepas melakukan senaman atau badan terasa letih selepas bekerja. 

    Paling menariknya lagi, kurma juga boleh membantu proses bersalin bagi para wanita mengandung.

    Terdapat kajian yang dijalankan terhadap 91 orang wanita mengandung yang mengambil 70-76g kurma setiap hari mulai minggu ke-37 kehamilan.

    Hasilnya, pengambilan kurma pada akhir trimester adalah efektif untuk mengurangkan jangka masa proses bersalin sehingga 4 jam kurang berbanding wanita yang tidak mengambil kurma.

    Kajian yang dijalankan di Malaysia juga telah mendapati bahawa kurma juga boleh mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour).

    Tambahan pula, kandungan tanin yang ada dalam kurma juga boleh membantu proses kontraksi.

    Selain itu, terdapat kajian yang berjaya dibuktikan terhadap 21 orang dewasa selama 21 hari dimana kurma tidak dapat meningkatkan jumlah mikroorganisma baik di dalam usus jika pengambilan kurma sebanyak tujuh biji (kira-kira 50g).

    Namun, dapat meningkatkan pergerakan usus dan meningkatkan kekerapan pembuangan najis.

    Ini adalah bagus untuk sistem pencernaan sekaligus mampu mengurangkan risiko kanser usus tanpa mengubah mirkroorganisma di dalam usus.

    Kelebihan lain bila makan kurma setiap hari adalah;

    • Menyegarkan badan
    • Memberi tenaga
    • Mencerdaskan minda

    Natijahnya, selain bulan Ramadan anda juga boleh mengambil kurma dalam kehidupan seharian anda.


    Artikel Berkaitan

    End of Article