Kita hanya tinggal beberapa minggu lagi nak buat persiapan raya tahun ini, anda dah beli stok kuih raya ke? Bekas kuih raya dah ada?
Kalau ada balang kuih raya, tapi kuih hari raya Aidilfitri belum ada pasti raya tak lengkap!
Masih cari kuih raya sedap dan cantik ke, atau biskut raya viral? Jangan lupa tambah kuih raya tradisional yang sedap-sedap dan cuba resepi kuih raya simple tapi lazat!
Kalau tak sempat nak buat sendiri, anda boleh beli daripada pemborong kuih raya yang ada pelbagai jenis kuih raya termasuk kuih raya coklat, cookies raya dan biskut raya moden.
Jangan risau pasal harga kuih raya atau nak ingat semula nama kuih raya yang unik-unik sebab ada banyak pilihan dan aneka biskut raya sesuai dengan bajet anda.
Jom lihat senarai kuih raya terbaik dari kami di bawah!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 24 Kuih Raya Online
Kalau anda seorang yang sukakan semua jenis kuih hari raya, anda boleh beli set kuih raya combo 5 bekas ini. Mudah dan cepat!
Jangan risau, kuih raya combo 5 bekas ini anda boleh pilih antara 5 jenis set combo kuih raya atau biskut pilihan cita rasa anda.
Antara pilihan kuih raya ialah Makmur Kacang, Almond Landon, Biscoff Semperit, Mazola dan banyak lagi.
Dengan pembelian kuih raya combo ini, anda dapat menjimatkan wang dan masa dari shopping di kedai.
Anda boleh berikan aneka biskut raya ini kepada kawan-kawan, bakal keluarga baru atau berikan kepada bos anda juga. Lain daripada lain!
Cashew cookies atau juga dikenali sebagai kuih kacang gajus memang digemari pengemar kacang!
Cookies raya ini kecil dan sekali ngap je dalam mulut. Sesuai dengan namanya, kacang gajus menjadi bahan utama dalam penyediaan biskut.
Untuk rasa yang lebih sedap, boleh cuba beli dari jenama Dreamy Makmur ini.
Bagi peminat biskut raya coklat boleh cuba biskut Snow Almond, kuih raya simple yang selalu laris di supermarket.
Biskut raya dicelup penuh dengan dark chocolate Beryl's dan serbuk roti.
Dalam ramuan biskut ada diletakkan mentega, serbuk kacang hazel dan badam nibs yang disangai.
Rasa sedap, rangup dan tak terlalu manis, dan paling penting anak-anak pun suka!
Dulu tular biskut Nutella Pod, kini biskut Nutella Button pula yang ditunggu-tunggu menjelang hari raya.
Di samping menggunakan 100% butter untuk rasa mewah dan ranggup, bahan utama resepi Nutella Button Cookies juga termasuk butter, susu, tepung, serbuk koko dan Nutella original.
Biskut raya tanpa bahan pengawet, telur dan boleh disimpan sehingga 3 bulan.
Topping penuh rasa coklat, tidak muak dan InsyaAllah sekali rasa puas hati!
Sejenis kuih raya moden yang digemari kanak-kanak kerana mempunyai tekstur ranggup dan dan bunyi kruk-kruk menggiurkan setiap kali digigit.
Biskut ini biasanya rendah kalori dan mengandungi beberapa jenis kekacang.
Antaranya golden florentina, flake almond, green pumpkin seed, sun flower seed dan black sesame seed.
Boleh juga dijadikan sebagai snek harian dan sekali hadap je bila duduk depan TV!
Biskut raya tradisional yang berasal dari Scotland ini cantik dipandang dengan corak marble di atasnya.
Walaupun bersalut coklat dengan campuran badam, susu, mentega dan nestum, usah risau kuih raya ini tidak terlampau manis.
Sesuai untuk ibu mengandung yang tidak berselera makan kerana kandungan almond dan nestum dalam biskut boleh membuatkan ibu kenyang.
Teksturnya dikategorikan sebagai lembut dan cair dalam mulut!
Nama biskut raya unik yang boleh membuatkan lidah tergeliat ketika menyebutnya!
Bahan-bahannya mudah didapati seperti gula aising, cornflakes, badam, tepung, putih telur, jem strawberry dan krim tar-tar.
Menariknya, filing kuih raya diisi jem strawberry dan toping campuran putih telur serta gula aising.
Malah, badam keping juga ditabur diatasnya dan rasanya seimbang.
Bagaimanapun, proses pembuatan mengambil masa yang agak lama, jadi lebih mudah beli je kuih raya ni.
Selalunya orang hidang Almond London berperisa cokelat dalam balang kuih raya, tapi kali ini jom kita hidangkan kuih raya lain sedikit.
Matcha Almond London ini lebih kurang sama teksturnya seperti Almond Landon biasa, menggunakan adunan tepung yang sama tapi salutan luar coklat putih dicampur serbuk matcha.
Biskut disalut penuh coklat, ditambah beberapa biji badam dan ditabur kacang pistachio.
Saiznya besar, crunchy, enak dan rasanya tidak pahit dan tidak berbau.
Kuih raya premium yang istimewa untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang!
Biskut raya semperit adalah biskut raya legend yang sinonim dengan hari raya.
Rasanya sama seperti Semperit Dahlia dan acuannya sahaja yang berbeza kerana kuih dahlia menggunakan acuan berbentuk bunga.
Sedikit tips, pastikan menggunakan mentega tulen untuk rasa biskut yang lebih sedap.
Nikmati rasa lemak-lemak manis dan tekstur kuih tradisional yang cair di mulut.
Confirm habis satu balang di pagi raya!
Biskut ini memang wajib ada dalam senarai beli kuih raya Aidilfitri anda tahun ini! Kenapa? Sebab biskut raya coklat ini sangat sedap!
Dengan gabungan rasa coklat yang lembut dan garing, serta kehadiran kacang seperti coklat Ferrero Rocher, anda pasti tak akan menolak.
Untuk peminat setia coklat mewah tapi dalam bajet, anda boleh hidangkan kuih raya ini kepada tetamu anda nanti.
Bukan sahaja rasanya sedap, malah biskut ini juga cantik dan menawan barulah balang kuih raya anda nampak lain daripada lain!
Sebagai langkah selamat, kami sarankan anda beli dua balang extra untuk pastikan kuih raya anda cukup untuk sebulan berhari raya!
Biskut raya homemade yang terbaik dan sedap kembali lagi! Bagi anda sukakan keju dan sedikit kelainan, cuba dapatkan biskut raya ini.
Sesetengah orang memanggil biskut ini berhantu kerana apabila anda sudah makan, anda mungkin tidak boleh berhenti memakannya.
Biskut raya dibuat daripada parmesan cheese, cheddar cheese dan sedikit serbuk kacang badam untuk berikan rasa rangup ketika dimakan.
Anda jangan keliru, walaupun rupa bentuknya seperti biskut bangkit tapi rasa kuih ini sangat berbeza kerana ia lebih kepada rasa seimbang manis, masin dan berlemak.
Kuih raya premium ini sesuai juga diberikan sebagai hadiah raya kepada kawan-kawan atau keluarga tersayang anda. Mesti mereka sukakannya!
Biskut Cornflakes antara pilihan biskut raya popular yang dicari tetamu ketika datang rumah untuk beraya. Anda pun peminat kuih raya ini?
Rugi jika tak lengkapkan senarai kuih raya tahun ini dengan kuih raya homemade dan freshly baked yang memastikan ia tahan lama dan rasa lebih sedap.
Menariknya, kuih ini diperbuat daripada bahan premium, tanpa pengawet dan telur menjadikan kuih ini sesuai untuk anda yang ada alergi.
Hanya buka bekas dan anda akan terhidu bau mentega tulen, rasa yang sangat sedap, rangup dan sangat premium.
Selain dimakan di hari raya, anda juga boleh makan kuih raya ini sambil buat kerja, layan movie atau menghabiskan masa bersama keluarga. Tanpa sedar dah habis sebekas!
Kuih raya ini juga antara biskut legend dan pilihan orang ramai. Selalu menjadi pilihan ibu-ibu!
Kuih raya mama Carey, nama biskut ini kedengaran agak unik, apatah lagi rupanya yang berbentuk seperti “love”, dihiasi coklat putih diatasnya dan ukiran bunga ros kecil.
Nampak sangat premium dan antara bahan yang digunakan adalah mentega, gula kastor, kuning telur, esen vanila, susu tepung, tepung gandum dan tepung jagung. Simple je!
Tetapi, kalau anda nak buat kuih raya ini di rumah, anda perlukan kesabaran yang tinggi kerana design di atasnya perlu diukir dengan hujung lidi dengan teliti.
Risau kuih raya anda tak jadi kalau buat sendiri? Jawapan mudahnya, beli sahaja secara online, pasti jadi kuih raya anda. Mudah dan cepat!
Biskut raya Almond London ini cukup popular pada hari Raya. Sekejap je hidang, dah habis sebekas tetamu makan.
Penggemar coklat pasti menyukainya!
Kuih klasik ini selalu menjadi pilihan kerana selain rupa yang cantik, rasanya seimbang antara coklat dan kacang.
Bahan-bahan untuk kuih raya ini mudah sahaja iaitu tepung gandum, mentega, gula, telur, tepung jagung dan esen vanila.
Untuk filling boleh guna badam dan untuk salutan boleh guna coklat serta lengkapinya dengan badam cincang untuk nampak lebih istimewa.
Jika anda anda alahan kacang, kami sarankan anda untuk beli kuih raya lain dalam senarai kami.
Penggemar setia kacang mesti sukakan kuih raya Mazola Kacang ini. Kuih raya pilihan ramai!
Anda harus memasukkan biskut kacang kacang atau juga dipanggil sebagai biskut kacang ini dalam senarai kuih raya anda.
Bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa, warga emas dan kanak-kanak juga boleh menikmatinya kerana ia lembut dan rapuh.
Selain itu, bentuknya yang bulat akan memudahkan anda menyusunnya di dalam balang kuih raya dan akan nampak kemas dan cantik.
Dengan rasa kacang yang lemak-lemak manis, pasti membuatkan tetamu yang datang beraya di rumah sukakannya.
Kuih tradisi turun temurun yang menjadi kuih raya pilihan orang ramai. Comel dan sedap!
Kuih raya semperit ini menjadi kegemaran ramai kerana kelembutan tekstur tepung dan kehalusan rasa kuih semperit ini.
Kebanyakkan kuih raya semperit adalah homemade membuatkan biskut ini lebih enak dan tahan lama.
Kuih raya semperit sesuai dihidangkan kepada semua peringkat umur kerana ia sangat lembut sehingga boleh cair di dalam mulut anda.
Jika anda belum pernah rasa biskut ini, anda boleh beli dan mencubanya tau!
Biskut Arab susu adalah salah satu kuih raya yang harus ada dalam senarai kuih raya anda! Satu balang confirm tak cukup.
Bukan sahaja teksturnya yang lembut dan gebu malah rasanya manis membuatkan tetamu anda akan teringat-ingat akan kuih ini apabila dihidangkan nanti.
Lebih banyak susu, lebih gebu dan lebih cair dalam mulut, memang boleh mengukir senyuman di wajah seseorang ketika hari raya!
Ramuan kuih Arab susu ini mudah tapi ia memerlukan sukatan yang tepat untuk memastikan rasanya seimbang dan sedap.
Jika anda tak biasa buat kuih ini, anda boleh cuba membelinya dahulu sebelum cuba buat sendiri.
Biskut Makmur merupakan salah satu jenis kuih yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kuih raya klasik!
Anda akan dapat rasakan luarannya mempunyai tekstur yang rapuh, manakala dalamnya pula mempunyai rasa gula halus.
Ditambah pula inti kekacang bahagian dalam membuat rasanya enak untuk dijamah pada hari raya.
Jangan risau, tekstur ringan cair dalam mulut membuatkan kuih makmur ini sesuai dijamu oleh seisi keluarga anda di hari raya.
Biskut sarang semut antara biskut tradisi turun temuran yang popular menjadi pilihan orang ramai.
Bentuknya juga unik seperti sarang semut membuatkan kuih raya tradisional ini digelar kuih sarang semut.
Dihidangkan dengan topping yang ditabur manik berwarna-warni atau coklat rice tabur di dalam bekas paper cup kecil.
Tekstur kuih ini mudah rapuh, manakala rasanya pula sedikit manis, lembut di dalam dan ranggup di luar.
Hampir semua rumah akan menjamu pilihan biskut raya kanak-kanak ini iaitu Cornflakes Madu.
Kerangupan dan rasa manisnya tiada tandingan, sudah pasti sebalang kuih raya Cornflakes Madu tak cukup.
Bahan untuk membuat kuih raya ini juga sangat mudah, anda hanya perlukan gula, mentega, paper cup,madu, cornflakes dan taburan manik sebagai hiasan.
Tetapi cara membuatnya sedikit leceh dan jika anda nak mudah, beli sahaja biskut Cornflakes Madu ready-made ini.
Kuih Tart Nenas merupakan salah satu kuih wajib dihidangkan pada Hari Raya kerana rasa jem nenas masam manisnya seimbang.
Tepung Tart Nenas ini dibuat dengan planta menjadikan kuih raya ini sangat sesuai untuk penggemar bukan produk tenusu.
Kulit luar berwarna kuning yang lembut dengan rasa marjerin membaluti inti jem nenas membuatkan kuih raya ini nampak simple dan klasik.
Untuk penggemar nenas, kuih raya ini pasti menjadi pilihan utama sebagai hidangan kuih di pagi raya.
Kuih raya ini adalah gabungan unik popia dan tepung Nestum yang dihasilkan daripada kulit popia, Horlicks, Nestum dan gula halus.
Bagi anda yang kurang gemar makan kuih raya, jadikan biskut popia rangup ini sebagai hidangan untuk tetamu.
Bahannya memang mudah, tetapi bagi yang baru mula tahun ini belajar buat kuih raya agak memakan masa kerana proses menggulung popia ini agak sukar.
Perlu diingatkan, kuih ini perlulah diletakkan di dalam balang kuih kedap udara bagi mengekalkan kerangupan biskut popia ini.
Rasa bosan asyik makan biskut raya? Ingin menukar cita rasa anda?
Cuba tambah Popia Simpul Kasih pada senarai kuih raya anda.
Biskut popia simpul ini selalunya berintikan serunding ikan atau serunding ayam yang akan membuatkan rasanya lebih sedap.
Selain dihidang pada hari Raya, popia simpul ini enak dimakan sambil menonton televisyen atau sambil membuat kerja.
Disimpul seperti ikatan reben, membuatkan popia simpul ini nampak comel dan senang dimakan.
Bagi mereka yang tak sempat buat dodol, jangan sedih kerana kini dodol ada dijual secara online. Sangat mudah!
Anda tak perlu lagi menghabiskan masa dua jam mengadun dodol dalam kuali di dapur lagi kerana beli secara online juga sedap dan jimat!
Jangan risau, anda boleh pilih saja jenis dodol mana yang menjadi pilihan anda untuk melengkapkan juadah raya nanti.
Menariknya, homemade dodol daripada kedai ini mempunyai perisa pandan. Unik bukan?
Berapa Lama Biskut Raya Boleh Tahan
Biskut raya biasanya boleh tahan selama 3 hingga 6 bulan jika disimpan dengan betul.
Selain simpan dalam bekas kedap udara dan kering, anda juga perlu alas dengan kertas minyak dan sejukkan dulu kuih raya selepas keluar dari oven.
Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan jangan campurkan biskut berlainan jenis dalam satu balang.
Bagaimanapun, tidak sampai seminggu raya kebanyakan biskut raya dah habis terutamanya biskut raya moden seperti Almond Landon dan Florentine.
Kalau anda nak tau cara simpan biskut raya agar tak lemau, jom lihat video di bawah.
Artikel Berkaitan
- Jadikan Raya Ini Sebagai Pentas Runway Dengan 18 Baju Raya Gaya Terkini
- Hadiah & Hamper Hari Raya Online di Malaysia
- Tampil Segak Dengan 15 Baju Raya Untuk Lelaki Pada Hari Raya Ini Dibawah RM150
- 13 Jenis Kurma Terbaik di Malaysia 2024 (Sedap & Berkhasiat)
- 15 Langsir Murah & Cantik Bawah RM30 Terbaik 2024
- 7 Buffet Ramadan di Kuala Lumpur 2024(Pakej Promosi Terkini)
- 10 Jenis Sambal Terbaik & Sedap di Malaysia 2024