Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Kaki Lenguh Bukan Lagi Penghalang Dengan Pilihan 8 Mesin Urut Kaki Terbaik

Ibarat memiliki ‘masseur’ peribadi di rumah

Product in this article

Pernahkah anda mengalami kejang otot kaki atau sakit tumit ketika berjalan, kebas tapak kaki atau lenguh pada pergelangan kaki? Sekiranya jawapan anda ya, kami mengesyorkan supaya anda memiliki sebuah mesin urut kaki. 

Mesin urut kaki boleh membuatkan anda berasa lebih segar seperti baru menikmati urutan di spa.

Adakah penggunaan mesin urut kaki baik untuk kesihatan?

Penggunaan mesin urut kaki terbukti melegakan lenguh dan sakit otot kaki, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan stress. Ia juga membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti kerana badan anda akan menjadi lebih tenang dan relaks selepas seharian bekerja. 

Senarai di bawah ini boleh membantu anda memilih jenis mesin urut yang bersesuaian dengan citarasa dan keperluan anda. 

OSIM uPhoria Warm Leg Massager

RM 2288
Osim
1. OSIM uPhoria Warm Leg Massager
Mesin urut kaki premium untuk yang bercitarasa mewah

Hasil gabungan teknik terapi urutan Cina Tui Na keistimewaan OSIM dan kepakaran teknologi mereka, mesin urut kaki ini mampu melegakan lenguh dan ketegangan urat pada kaki, melancarkan perjalanan darah bagi proses detoks semulajadi dan mengembalikan kesegaran anda.

Terdapat 8 pilihan program urutan – High heels, Toning, Energize, Sleep, Reflexology, Relax, Sports Recovery dan Senior, menjadikan mesin urut ini sesuai untuk pelbagai lapisan umur dan gaya hidup. Dengan ciri khusus 5-in-1 massage fine-tuned, urutan kaki seakan di spa, kini boleh dinikmati di rumah.

GINTELL G-Beetle Plus Foot Massager with Tens Pad

RM 1175

Mesin urut keluaran Gintell ini mempunyai rekabentuk ringkas dan warna keemasan yang tampak mewah. Program TENS (Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation) pada mesin ini merangkumi 6 program utama – Detox, Reflexology, Guasa, Tapping, Acupuncture dan 3D yang bersesuaian mengikut keperluan anda.

Kelebihan Program TENS ini adalah ia melancarkan peredaran darah, membantu proses detoks, menggalakkan pemulihan otot dan melegakan ketegangan urat kaki.

OGAWA Comfy Therapy Foot Reflexology Massager

RM 359.9
Ogawa
3. OGAWA Comfy Therapy Foot Reflexology Massager
Mesin urut kaki refleksologi bagi yang mementingkan kesihatan

Mesin urut kaki ini mempunyai 3 fungsi utama iaitu urutan Shiatsu, fungsi tekanan udara dan haba. Urutan Shiatsu melegakan keletihan kaki manakala fungsi tekanan udara dan haba pula membantu melancarkan peredaran darah dan sistem limfatik.
Dengan paparan ‘Toe-Touch Contol’, urutan kaki boleh dikawal dengan mudah menggunakan ibu jari kaki..

4D Electric Foot Massager with Remote Control

RM 189
4. 4D Electric Foot Massager with Remote Control
Mesin urut kaki 4D dengan reka bentuk moden

Mesin urut ini dilengkapi ciri khas urutan tekanan udara 4D, disertakan dengan alat kawalan jauh. Rekabentuknya yang moden dengan warna keemasan sesuai dengan gaya masa terkini. Kekuatan urutan juga boleh dilaras mengikut citarasa anda. 

Ia akan mengurut keseluruhan bahagian atas dan tapak kaki menggunakan teknik pemanasan, urutan roller dan tekanan udara.

Portable Foot & Leg Detox Spa Bath

RM 52.6
5. Portable Foot & Leg Detox Spa Bath
Mesin urut kaki detoks & spa kaki yang rare

Mesin urut ini mempunyai 12 roller yang boleh ditanggalkan mengikut kesesuaian pengguna. Kelebihan mesin urut ini adalah membantu melancarkan peredaran darah dan menggalakkan proses detoks semulajadi agar kaki kembali sihat dan segar. 

Ia sesuai digunakan sebagai spa rendaman kaki bersama herba atau essential oil. Saluran air keluar turut disediakan bagi memudahkan proses pembersihan selepas digunakan.

8 Rollers Massage with Infrared Heat

RM 30.9
OEM
6. 8 Rollers Massage with Infrared Heat
Mesin urut kaki infrared yang mudah untuk dikendalikan

Mesin urut berbentuk bantal ini menggunakan fungsi terapi magnetic infrared dan roller bagi melegakan lenguh kaki. Ia mudah digunakan dan boleh di bawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil (31cm x 10cm x 18cm). 

Bantal urut ini mempunyai 2 jenis plug yang sesuai digunakan di rumah atau di dalam kereta. Dengan rekabentuk yang ringkas dan fleksibel, ia boleh digunakan untuk mengurut kaki, leher, belakang, pinggang dan pinggul.

Peanut Foot Sole Fitness Yoga Massage Ball

RM 9.9
7. Peanut Foot Sole Fitness Yoga Massage Ball
Mesin urut kaki kanan yang serbaguna

Bola urut ini diperbuat daripada bahan PVC yang bersifat non-toxic. Anda boleh menyejukkan bola ini di dalam peti sejuk atau memanaskannya di dalam air panas mengikut kegunaan anda. 

Bola urut ini membantu melancarkan peredaran darah, melegakan ketegangan otot dan membantu mengurangkan selulit. Ia juga ringan (0.35kg) dan mudah digunakan pada bahagian leher, pinggang, pinggul dan belakang dan untuk senaman Yoga.

Wooden Dual Foot Massager and Roller

RM 8.5
8. Wooden Dual Foot Massager and Roller
Mesin urut kaki yang murah dan mesra bajet

Mesin urut klasik ini diperbuat daripada kayu yang diukir dalam bentuk roller. Alat ringkas ini boleh digunakan di mana sahaja kerana ia tidak memerlukan tenaga elektrik atau bateri, hanya dengan menggosokkan kaki. 

Kekuatan urutan boleh diselaraskan mengikut citarasa anda. Bucu-bucu pada roller kayu akan menekan titik-titik refleksologi pada bahagian tapak kaki.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article