Kesihatan & Kecergasan

10 Shuttlecock Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Bagus)

Shuttlecock terbaik di Malaysia bermula RM25.90, gred pertandingan RM91 hingga RM180 (harga disemak 9 Sept 2026). Senarai lengkap ikut speed dan bajet.


Editor · Updated 9 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Shuttlecock Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Bagus)

Jawapan ringkas: shuttlecock terbaik keseluruhan di Malaysia ialah Pomax Black Hawk Badminton Shuttlecock, RM91.00 se-tiub di Shopee Malaysia (harga disemak 9 September 2026). Untuk bajet lebih rendah, Felet No 10 Nylon/Plastic Shuttlecock bermula RM25.90.

Bulu tangkis badminton atau shuttlecock, antara peralatan penting untuk bermain badminton.

Kandungan

Cuma, apa yang membezakan semua shuttlecock adalah kelajuan, kualiti dan bahan perbuatannya terutama bahagian gabus hadapan dan bulu.

Malah, cri-ciri shuttlecock betul juga akan mempengaruhi corak permainan.

Jadi, mengambil tahu tentang sifat dan kegunaan shutlecock adalah amat penting.

Disini kami senaraikan info tentang jenis-jenis shuttlecock badminton dan harga bulu tangkis mengikut spesifikasi yang berbeza.


Senarai 10 Shuttlecock Terbaik

Pomax Black Hawk Badminton Shuttlecock
Shuttlecock terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
Pomax Black Hawk Badminton Shuttlecock
Dari RM91
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bulu tak mudah pecah
Mampu terbang dengan stabil
Harga agak mahal
1 lagi
Sesuai untuk latihan & rekreasi biasa

Sebab menjadi pilihan utama: 

Apa yang membuatkan produk dari Pomax ini menjadi pilihan ramai ialah ia mempunyai 2 pilihan kelajuan iaitu speed 76 yang sederhana dan speed 77 yang laju di mana kedua-duanya sesuai dengan suhu dan cuaca di Malaysia. 

Pilih sahaja mana-mana yang sesuai dengan gaya permainan masing-masing.

Ciri-ciri:

Terdapat 12 biji bulu tangkis dalam setiap tiub jadi pemain boleh bermain selama mana yang dimahukan kerana shuttlecock boleh ditukar banyak kali.  

Sangat sesuai digunakan oleh pemain badminton pertengahan yang mempunyai pengalaman bermain bawah 2 tahun. 

Ini kerana bulu tangkis ini direka dengan teknologi Pomax Sticky (PST) di mana setiap titik dan bulu akan digam dengan kuat. 

Hasilnya, jenama shuttlecock terbaik ini bertahan lama sehingga memasuki empat set permainan. 

Selain itu, bahagian bulunya dibuat dari bulu itik manakala kepalanya pula diperbuat daripada dua lapisan gabus yang sangat kuat. 

Ciri-ciri tersebut menjadikannya adalah dua kali lebih tahan lama berbanding jenama lain di pasaran. 

Dari segi kestabilan pula, ia telah dikategorikan sebagai grade A. 

Review: 

“Bulu tangkis rasa ringan dan laju apabila dipukul. Sesuai untuk pemain beginner dan untuk mereka yang menjalani latihan badminton, tapi kurang sesuai untuk join pertandingan. Dah 5 kali beli, memang puas hati.”

Shuttlecock untuk professional 2 daripada 10
YONEX Aerosensa 30 Feather Badminton Shuttlecocks
Dari RM180
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bahagian kepala 100% dari gabus padu
Prestasi permainan sangat stabil
Harga sedikit mahal
1 lagi
Ada 12 biji bulu tangkis dalam 1 tiub

Mahukan pengalaman bermain badminton setanding seperti pemain profesional?

Apa kata guna bulu tangkis Yonex Aerosensa yang merupakan shuttlecock yang digunakan ketika kejohanan badminton berprestij di peringkat antarabangsa. 

Ini kerana sangat ringan dan sebelum dijual, produk Yonex telah menjalani pemeriksaan dan ujian agar dapat memberikan pengalaman bermain terbaik untuk penggunanya. 

Diperbuat daripada bulu angsa yang berkualiti tinggi, sangat ringan, jadi mampu terbang dengan lebih laju dan stabil apabila dipukul dengan raket. 

Terdapat dua pilihan speed shuttlecock yang boleh dipilih iaitu speed dua (pertengahan) dan speed tiga yang laju. 

Bukan itu sahaja, bulu tangkis ini turut telah menjadi shuttlecock rasmi di temasya sukan Olimpik di London pada 2012.

Oleh itu, anda tak perlu ragu lagi kualitinya dan pukulan smash anda memang akan jadi yang terbaik lepas ini.

maxbolt shutter
Shuttlecock tahan lama 3 daripada 10
MAXBOLT Green Shuttlecock
Dari RM58
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tahan lebih lama
Bulu berkualiti tinggi
Harga mahal
2 lagi
Sesuai dimainkan untuk riadah
Boleh dimainkan oleh pemain amatur

Shuttlecock ini direka di Korea Selatan dengan harga yang berpatutan. Terdapat dua pilihan warna yang menarik iaitu hijau dan putih.

Memang patut dimiliki oleh sesiapa sahaja yang gemar bermain badminton sama ada sekadar suka-suka atau untuk pertandingan. 

Ini kerana bulu tangkis Maxbolt dapat memberikan anda prestasi bermain yang lebih baik.

Direka untuk sentiasa konsisten dari segi kelajuan dan kemampuannya untuk terbang. 

Speed shuttlecock ini pula ialah 77 di mana memang sesuai dimainkan dengan cuaca di Malaysia.

Permainan juga tak akan terganggu kerana tak perlu lagi tukar bulu tangkis dengan kerap sebab ia mampu tahan lebih lama. 

RSL Classic Tourney Shuttlecock
Shuttlecock untuk tournament 4 daripada 10
RSL Classic Tourney Shuttlecock
Dari RM155
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Speed shuttlecock 77
Ketahanan maksima
Harga mahal

Bulu tangkis dari England ini pula tak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah sering digunakan ketika kejohanan utama dunia oleh pemain-pemain badminton profesional. 

Bahagian kepalanya mempunyai 2 lapisan gabus manakala bulunya pula yang diperbuat daripada bulu angsa premium.

Sekaligus menjadikan produk RSL ini memiliki ketepatan yang bagus dari segi kelajuannya. 

Paling menarik, shuttlecock jenis feather ini telah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Badminton Dunia atau BWF.

Kelulusan ini menjadikan shuttlecock sering digunakan ketika pertandingan badminton peringkat antarabangsa. 

Review daripada pembeli juga mengatakan bulu tangkis ini padu ketika dipukul dan boleh bertahan sehingga beberapa set permainan. 

Protech Platinum Edition Badminton Shuttlecock
Shuttlecock tahan lasak 5 daripada 10
Protech Platinum Edition Badminton Shuttlecock
Dari RM165
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk pemain profesional
Ketahanan tahap super
Harga agak mahal
1 lagi
Sesuai dimainkan di kejohanan badminton

Nak cuba shuttlecock buatan tempatan? Boleh dapatkan bulu tangkis Protech yang merupakan keluaran Malaysia ini.  

Terdapat 12 biji bulu tangkis dalam setiap tiub dan terdapat beberapa pilihan kelajuan yang boleh anda pilih, antaranya speed 76, speed 77 dan speed 78. 

Tak perlu ragui kehebatan bulu tangkis Protech kerana ia juga merupakan jenama yang telah diiktiraf oleh Badminton World Federation (BWF). 

Shuttlecock ini diperbuat daripada bulu angsa yang berkualiti premium manakala kepalanya pula dibuat dari gabus semula jadi Portugis. 

Mampu terbang dengan stabil dan konsisten, jadi dengan daya pukulan yang kuat, bulu tangkis dijamin bakal terbang dengan lebih laju.

Ling-Mei Shuttlecock
Shuttlecock untuk beginner 6 daripada 10
Ling-Mei Shuttlecock
Dari RM100.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kestabilan bulu tangkis tahap A
Kelajuan (speed) 77
Kurang sesuai untuk pemain badminton professional
2 lagi
Ada 12 biji dalam setiap tiub
Harga mampu milik

Bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak bermain badminton bersama rakan, kami syorkan untuk beli dan guna bulu tangkis jenama Ling-Mei dari China ini. 

Mempunyai tiga pilihan bulu tangkis iaitu;

  • M800 (half feather) yang diperbuat daripada bulu angsa terpilih.
  • M700 dan M600 diperbuat daripada bulu itik berkualiti tinggi sepenuhnya. 

Selain sesuai dimainkan oleh pemain pemula yang masih amatur, juga boleh digunakan untuk pemain pertengahan ketika latihan. 

Bahagian kepalanya pula mempunyai 2 lapisan gabus yang keras.

Ini menjadikan bulu tangkis mampu terbang laju ke udara. 

Selepas ini, dijamin tiada masalah untuk anda jadi juara dalam pertandingan badminton bersama rakan pejabat.

Sealion C1101 Gold Badminton Shuttlecock
Shuttlecock untuk tournament besar 7 daripada 10
Sealion C1101 Gold Badminton Shuttlecock
Dari RM163.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada 2 kelajuan, speed 4.8 (76) & 4.9 (77)
Bulu tahan lama
Harga agak mahal
1 lagi
Shuttle kurang laju

Ibu bapa yang sedang tercari-cari bulu tangkis untuk anak-anak yang gemar bermain badminton memang disarankan untuk beli produk dari Sea Lion. 

Walaupun harganya sedikit mahal kerana terdapat 12 biji shuttlecock dalam setiap tiub tapi berbaloi.

Bukan je si kecil boleh main dengan kawan tapi anda dan keluarga juga dapat bermain badminton bersama. 

Shuttlecock ini merupakan antara jenama bulu tangkis yang paling popular di Malaysia.

Jadi tak hairanlah kalau dah terjual sehingga lebih seribu unit di Shopee.

Carlton Plastic Shuttlecock TE900
Bulu tangkis plastik 8 daripada 10
Carlton Plastic Shuttlecock TE900
Dari RM44
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jenis unisex
Harga mampu milik
Hanya ada 6 biji dalam 1 tiub
2 lagi
Bulu tangkis sintetik premium
Mampu terbang dengan stabil

Paling menarik tentang bulu tangkis Carlton ini ialah diperbuat daripada plastik.

Jadi tak mudah lunyai walaupun digunakan banyak kali. Terdapat 2 pilihan warna iaitu kuning dan putih. 

Shuttlecock warna kuning agak terang memudahkan pemain untuk buat pukulan lebih tepat kerana lebih mudah untuk kesan kedudukan bulu tangkis. 

Walaupun mempunyai kelajuan yang sederhana, namun sudah memadai untuk anda yang mempunyai hobi bermain badminton secara suka-suka.

Rekaan berbentuk aerodinamik pula akan memberikan anda peluang untuk buat smash shot pada pihak lawan.

Felet No 10 Nylon:Plastic Shuttlecock
Shuttlecock untuk indoor 9 daripada 10
Felet No 10 Nylon/Plastic Shuttlecock
Partnership with
Dari RM25.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada 2 pilihan warna, kuning & putih
Tak mudah lunyai
Kelajuan sederhana
1 lagi
Sesuai untuk aktiviti riadah biasa

Tak perlu melabur banyak wang untuk beli bulu tangkis yang tahan lama kerana shuttlecock dari Felet ini jenis nilon.

Walaupun dipukul banyak kali, tetap tak mudah rosak dan dapat  menjimatkan wang tak perlu beli shuttlecock dengan kerap. 

Dengan setiap pembelian, anda akan mendapat 6 biji bulu tangkis dalam tiubnya.

Sesuai dimainkan untuk kanak-kanak yang baru mengenali dunia badminton.

Review pengguna pula mengatakan produk Felet boleh dipakai buat jangka masa yang lama kerana tahan lasak.

Shuttlecock untuk tournament professional 10 daripada 10
Lingmei Shuttlecock Dimgray (Speed 77)
Ling Mei
Dari RM148
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk pertandingan profesional
Tahan lasak
Harga sedikit mahal
1 lagi
Diluluskan BWF

Ling Mei Shuttlecock Dimgray (Speed 77) adalah pilihan terbaik jika anda mahukan shuttlecock dengan kualiti yang sama digunakan pemain professional.

Shuttlecock ini juga sesuai digunakan untuk pertandingan profesional dan antarabangsa, menawarkan prestasi dan ketahanan yang tiada tandingan. 

Diluluskan oleh BWF, shuttlecock ini mempunyai kepala cork sandwich yang dibina daripada tiga lapisan bahan Dimgray, memastikan kestabilan penerbangan dan ketahanan yang optimum. 

Bulu-bulunya dipilih dengan teliti daripada bulu angsa Kelas A, menjamin konsistensi dan kawalan yang terbaik. 

Dengan penarafan ketahanan A+, Ling Mei Shuttlecock Dimgray dibina untuk ketahanan semasa permainan yang sengit, mengekalkan kualiti dan prestasinya sepanjang permainan. 

Penarafan kelajuan 77 pula menjadikannya sesuai untuk permainan kompetitif, menyediakan keseimbangan yang sempurna antara kelajuan dan kawalan. 

Sama ada anda seorang pemain profesional atau menyertai pertandingan antarabangsa, Ling Mei Shuttlecock Dimgray direka untuk memenuhi standard tertinggi sukan badminton.


Apa Beza Shuttlecock Speed 76 vs 77?

Setiap bulu tangkis direka dengan kelajuannya yang tersendiri. 

Dalam konteks ini, kelajuan bermaksud sejauh mana shuttlecock boleh ‘terbang’ apabila dipukul dengan daya kekuatan pemain badminton menggunakan raket. 

Bagaimanapun, bulu tangkis dengan speed 76 adalah lebih perlahan berbanding shuttlecock dengan kelajuan 77. 

Senang cerita, bulu tangkis 76 sesuai digunakan untuk kawasan yang bersuhu panas dan berada di atas paras laut.

Manakala shuttlecock speed 77 sesuai dimainkan di negara yang sama kedudukannya dengan paras laut. 

Malah, bulu tangkis speed 77 juga akan mendarat 30 cm lebih jauh daripada shuttlecock kelajuan 76. 


Apa Beza Nylon Shuttlecock vs Feather?

Feather shuttlecock yang bermaksud bulu dalam bahasa Melayu ialah jenis bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu burung.

Manakala nylon shuttlecock pula ialah bulu tangkis yang diperbuat daripada bahan sintetik nilon atau plastik yang kuat dan keras. 

Kebanyakan bulu tangkis nylon adalah lebih tahan lama.

Ini menjadikan ramai pemain badminton kasual atau yang baru berjinak-jinak dalam permainan untuk memilih shuttlecock jenis ini supaya tak perlu beli dengan kerap. 

Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai trajektori yang lebih mendatar. 

Namun, dalam masa yang sama, feather shuttlecock adalah lebih aerodinamik berbanding bulu tangkis nilon. 

Bunyinya ketika dipukul juga lebih sedap berbanding jenis plastik.

Oleh itu, bulu tangkis jenis ini sering menjadi pilihan pemain badminton professional. 

Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada gaya permainan.

Pilihan setiap pemain badminton itu sendiri sebab yang paling penting, ia harus sesuai dengan mereka. 


Apa Ciri-Ciri Shuttlecock Yang Bagus?

Bulu tangkis yang bagus dan terbaik lazimnya perlu mempunyai kestabilan yang bagus ketika ‘terbang’. 

Juga harus memiliki trajektori atau laluan dan arah pergerakan yang bertenaga. 

Paling penting, perlu bertahan lama supaya pemain tak perlu tukarnya dengan kerap ketika berlatih atau bermain. 


Bagaimana Cara Memilih Shuttlecock Yang Bagus?

Adakah anda mengalami kesusahan dalam memilih shuttlecock yang bagus untuk bermain badminton?

Jika ya, jangan risau berikut beberapa panduan yang boleh anda ikuti:

Pilih shuttlecock yang sesuai dengan kemampuan anda. Jika anda masih beginner dalam permainan badminton, pilih shuttlecock yang lebih ringan seperti shuttlecock feather.

Tapi jika anda sudah mahir, pilih shuttlecock yang lebih keras dan berat seperti shuttlecock nylon.

Selain itu, pastikan anda memilih shuttlecock yang dibuat dari bahan berkualiti tinggi. Jadi, tidak mudah rosak dan permainan anda tidak akan terganggu.

Shuttlecock yang memiliki bentuk seimbang senang untuk 'terbang' dan mudah dipukul dengan tepat.


Soalan Lazim Tentang Shuttlecock

Berapa harga shuttlecock yang berpatutan di Malaysia?

Shuttlecock nylon/plastik untuk latihan santai bermula sekitar RM25 hingga RM44 se-tiub, manakala shuttlecock bulu (feather) gred pertandingan yang diluluskan BWF seperti Yonex Aerosensa 30 atau RSL Classic Tourney berharga RM148 hingga RM180 se-tiub (harga disemak 9 September 2026).

Berapa lama satu tiub shuttlecock boleh bertahan?

Bergantung kepada kekerapan main dan kekuatan pukulan, satu biji shuttlecock feather gred pertandingan biasanya bertahan 1 hingga 3 set permainan sengit, manakala shuttlecock nylon boleh bertahan berbulan-bulan untuk main santai kerana tidak mudah lunyai.

Shuttlecock nylon atau feather, mana lebih sesuai untuk pemain baru?

Pemain baru dan santai lebih sesuai dengan shuttlecock nylon/plastik seperti Felet atau Carlton kerana lebih tahan lasak dan murah untuk ditukar kerap. Pemain pertengahan ke atas yang mahu rasa pukulan sebenar sepatutnya beralih ke shuttlecock feather.

Apa maksud speed 76 dan 77 pada shuttlecock?

Nombor speed menunjukkan sejauh mana shuttlecock "terbang" apabila dipukul. Speed 77 terbang lebih jauh dan sesuai untuk kawasan sejuk atau di paras laut seperti kebanyakan bandar di Malaysia, manakala speed 76 sesuai untuk kawasan lebih panas.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation