Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Terasa Badan Berbahang? Gunakan 10 Termometer Ini Untuk Periksa Suhu Badan

Benda yang paling wajib untuk dimiliki setiap keluarga di rumah

Product in this article

Kadangkala, tanpa sebab badan kita boleh terasa seperti seram sejuk atau berbahang. Tidak pasti samada demam atau pun tidak, maka termometer menjadi salah satu benda yang harus ada di dalam rumah anda untuk memeriksa keadaan suhu badan. Terutamanya bagi anda yang mempunyai anak kecil, termometer adalah benda yang paling wajib untuk dimiliki di dalam rumah untuk pemantauan suhu badan si kecil. 

Apakah jenis termometer yang terbaik?

Jenis termometer yang terbaik untuk kegunaan di rumah adalah digital. Ianya mampu membaca suhu tubuh badan anda dengan tepat dan penggunaannya boleh pada ketiak, dahi atau telinga. Pastikan anda membeli produk yang selamat dan elakkan daripada memilih yang mempunyai bahan merbahaya seperti merkuri. Berikut kami senaraikan beberapa termometer untuk panduan anda;

Baca juga: 10 Item Harian Paling Berguna Untuk Mencegah Penularan Coronavirus

10 Termometer Terbaik Untuk Anda

Acrux Digital Thermometer

RM 15.9
1. Acrux Digital Thermometer
Termometer murah dan berkualiti tinggi

Termometer ini selamat digunakan untuk semua peringkat umur kerana ianya bebas daripada bahan merbahaya seperti merkuri. Ukuran suhu yang sangat tepat selepas 20 saat anda boleh mengetahui bacaan suhu badan anda. Ianya mempunyai sistem Auto Switch Off selepas tidak digunakan.

Pigeon Digital Thermometer

RM 27
Pigeon
2. Pigeon Digital Thermometer
Sesuai untuk bayi berusia 1 tahun ke atas

Semasa menggunakan termometer ini, anda disyorkan untuk menunggu selama 5 minit selepas menekan butang on/off. Suhu bawah ketiak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, jadi ekstra 5 minit itu adalah untuk memastikan suhu yang diambil lebih tepat. Selalu suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding dewasa, maka suhu badannya juga bergantung kepada keadaan sebelum suhu diambil. 

Jika si kecil alami demam, alarm termometer ini akan berbunyi sekiranya suhu melebih 37.8C. Baterinya juga bertahan lebih lama sehingga 200jam dan termometer ini mudah untuk digunakan.

Medisana Fieberthermometer (TM700)

RM 37.9
3. Medisana Fieberthermometer (TM700)
Sesuai diletakkan di dalam mulut

Termometer Medisana beroperasi sangat ringkas dan mudah untuk penggunaan anda. Ianya termometer yang membaca suhu pada bahagian bawah lengan dan mulut. Hanya dengan menekan satu butang bacaan suhu badan akan dipaparkan pada skrin dalam hanya 10 saat. Diperbuat daripada bahan yang sangat ringan, amat mudah untuk dikendali oleh sesiapa sahaja.

Omron Digital Thermometer (MC245)

RM 39.8
Omron
4. Omron Digital Thermometer (MC245)
Termometer yang kebiasaannya digunakan di klinik kesihatan

Omron membantu anda untuk membaca suhu dalam Fahrenheit atau Celsius dengan tepat. Ianya salah satu jenama yang turut dipercayai ramai tentang ketepatan dan kecekapannya dalam bacaan suhu.

Termometer jenis ini sering digunakan di klinik kesihatan dengan mengukur bacaan suhu di bawah lengan dan akan mengeluarkan satu bunyi setelah bacaan suhu stabil. Bersaiz ringan dan kompak, sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja terutamanya apabila anda pergi bercuti.

Infrared Forehead Medical Electronic Thermometer

RM 62.9
5. Infrared Forehead Medical Electronic Thermometer
Termometer terbaik yang boleh mengukur semua jenis suhu

Termometer ini terbaik untuk mengukur suhu badan dengan tepat walaupun keadaan sekeliling mampu mempengaruhi keadaan badan anda ketika itu. Bergantung kepada jenis dan ketebalan kulit, suhu yang diukur mungkin terdapat sedikit perbezaan. 

Jika anda berada lama di luar dan kemudian masuk ke tempat yang berhawa dingin, pastikan termometer berada di dalam bilik tersebut 15 – 20 minit sebelum menggunakannya. Ini untuk memastikan suhu badan anda bersesuaian dengan keadaan bilik tersebut sebelum mengukurnya.

Infrared Multifunction Non-Contact Digital Thermometer

RM 380
6. Infrared Multifunction Non-Contact Digital Thermometer
Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur

Elakkan daripada terkena jangkitan wabak penyakit pada musim COVID-19 ini dengan menggunakan termometer yang tidak memerlukan sentuhan secara fizikal. Anda boleh merekod sehingga 32 bacaan sebelumnya untuk memantau keadaan kesihatan agar kekal sihat. 

Skrin LCD termometer ini sangat jelas, membolehkan boleh mengukur suhu untuk semua peringkat umur. Termometer ini lengkap dengan fungsi penggera bahawa badan berada dalam keadaan demam, anda boleh segera melakukan proses pencegahan.

Leagoo Infrared Thermometer

RM 249
7. Leagoo Infrared Thermometer
Termometer infrared sesuai mengukur suhu di dahi

Termometer infrared ini sesuai diukur suhu badan melalui dahi sahaja. Ianya mengukur secara tepat dalam masa 1 saat sahaja dengan jarakkan 3 – 5cm daripada dahi anda. Terdapat juga butang untuk mengukur suhu dalam Farenheit dan Celcius serta baterinya mampu bertahan sehingga 7 hari tanpa perlu mengecas. 

Jika anda alami demam atau suhu badan tinggi daripada biasa, termometer ini akan membunyi alarm tanda amaran bahawa badan tidak sihat.

Digital Infrared Non-Contact Thermometer

RM 168
8. Digital Infrared Non-Contact Thermometer
Terbaik untuk mengukur suhu badan lebih tepat

Termometer dengan reka bentuk yang agak besar ini boleh membaca bacaan suhu badan ataupun objek di sekeliling dengan hanya perlu menukar mod pada termometernya sahaja. Direka bersama skrin LCD yang jelas untuk memudahkan lagi pembacaan suhu. Bahkan, ia juga termometer yang menjimatkan penggunaan kuasa.

Termometer ini sangat bagus dan berkualiti tinggi kerana akan berbunyi sekiranya suhu badan anda melebihi tahap normal. Setiap keluarga wajib memiliki termometer jenis ini walaupun harganya sedikit mahal berbanding biasa tetapi masih berbaloi.

Digital Non-Contact Infrared Thermometer

RM 159.9
9. Digital Non-Contact Infrared Thermometer
Termometer dengan built-in laser pointer

Termometer yang sangat ringan dan bersaiz kompak ini dapat mengukur suhu badan dengan tepat serta skrin LCDnya memberi bacaan jelas. Tidak menyentuh secara fizikal, termometer ini mempunyai built-in laser pointer yang membolehkan anda mengukur suhu badan pada jarak jauh.

Jika badan anda berada pada suhu lebih tinggi daripada biasa, termometer ini akan menunjukkan tanda amaran dengan menukar lampu bacaan. Diperbuat daripada plastik ABS, termometer ini tidak mudah pecah sekiranya terjatuh.

Fluke 59Max Infrared Thermometer

RM 353
10. Fluke 59Max Infrared Thermometer
Skrin bacaan lebih jelas dan terang

Walaupun harganya mahal berbanding termometer biasa yang lain, kualiti termometer ini dijamin terbaik. Dengan pengalaman melebih 65 tahun di dalam industri pembuatan alatan untuk ujikaji, Fluke telah mengeluarkan rangkaian termometer terbaiknya. Hanya dengan jarak 1m sahaja, suhu boleh dibaca tanpa menyentuh mana-mana bahagian. 

Termometer ini sangat ringan dan bersaiz kompak serta mudah dibawah kemana sahaja kerana ianya menjimatkan ruang penyimpanan. Skrin digital yang luas memudahkan bacaan suhu dibaca dengan lebih jelas. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article