Kelengkapan Rumah

Layan Movie Di Hujung Minggu Dengan 8 TV Dilengkapi Siaran Digital MyTV Ini

MyTV adalah siaran TV digital percuma di Malaysia yang menawarkan imej lebih jelas & audio berkualiti. Ini senarai tv yang support MYTV & yang ada IDTV/DTTV


Editor · 28 Feb 2020, 5:15pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Layan Movie Di Hujung Minggu Dengan 8 TV Dilengkapi Siaran Digital MyTV Ini

Baru-baru ini kita sering melihat paparan mengenai MyTV. Apa itu MyTV? MyTV adalah siaran TV digital percuma di Malaysia. Negara kita sedang melalu proses peralihan dari TV analog ke TV digital sepenuhnya.

Digital TV menawarkan imej dan resolusi yang lebih jelas, audio berkualiti, saluran serta perkhidmatan yang lebih banyak. Yang penting, ianya percuma! Anda juga tidak memerlukan sambungan internet untuk melayari MyTV. 

Bagaimanakah kita hendak menerima siaran digital MyTV / cara pemasangannya?

Terdapat dua cara untuk menerima siaran MyTV tetapi ianya lebih bergantung pada unit TV anda. Jika anda baru membeli TV baru dan cirinya tertera IDTV atau DVB-T2 yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner), secara automatik anda boleh menonton siaran MyTV. Walaubagaimanapun, jika anda masih menggunakan TV biasa atau tidak mahu membeli TV baru, anda perlu membeli dekoder MyTV. 

Terdapat 2 cara untuk mengakses siaran MyTV;

  • Dekoder – sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV dengan menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda
  • IDTV – sambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV. 

Cara pemasangan yang perlu anda ada;

  • Dekoder DVB-T2 dan alat kawalan jauh (remote control)
  • Kabel AV dan adaptor
  • Aerial luaran
Dekoder MyTV lengkap untuk kegunaan dengan TV biasa 1 daripada 9
MYTV Decoder Full Set UHF TV
Partnership with
Dari RM38.88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Tidak perlu menggunakan Wi-Fi, anda boleh menonton 15 siaran kegemaran secara percuma. Bukan hanya anda boleh menonton rancangan dari Malaysia, malahan boleh juga tonton siaran dari Singapura dan Thailand. Menarik, bukan? Apa kata bertukar sekarang kepada siaran MyTV hari ini!

Buat anda yang merancang untuk membeli TV dengan ciri IDTV, ikuti senarai kami untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak!

8 TV Dengan Sistem Sokongan MyTV di Malaysia

MEGRA 32” LED TV (DVBT-2) Built in MYTV
TV buatan Malaysia – harga murah dan berkualiti tinggi 2 daripada 9
MEGRA 32” LED TV (DVBT-2) Built in MYTV
Partnership with
Dari RM500
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Resolusi full HD
Tersedia dengan MYTV
Perlukan Android Box
1 lagi
Harga mampu pilik

Mencari TV bersaiz sederhana untuk bilik tidur? Ini untuk anda. Dengan harga yang murah TV ini menawarkan kualiti imej dan bunyi yang menarik. Anda juga tidak perlu membeli dekoder tambahan untuk menonton MyTV. Kini bolehlah layan drama sebelum tidur!

TV bersaiz mini dengan IDTV– sesuai untuk tontonan si kecil 3 daripada 9
Philips 24" DVB-T/T2 HD Ready LED TV (24PHT4003)
Partnership with Philips
Dari RM599
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

TV ini sesuai digunakan di dalam bilik yang lebih kecil kerana saiznya kompak dan dilengkapi dengan ciri asas kebanyakan TV. Selain itu, ianya juga menyokong sambungan jenis VGA dan USB output. Jika anda mahu membeli TV untuk kegunaan di dapur atau di bilik mainan anak-anak, tetapan dan harga TV ini amat bersesuaian.

TV LED terbaik – rakam rancangan kegemaran anda dari siaran MyTV 4 daripada 9
Toshiba 40" DVBT2 Full HD LED TV (40L3750VM)
Partnership with Toshiba
Dari RM1,311
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Buat anda yang menggemari TV LED, Toshiba menawarkan TV lengkap dengan DVB-T2 agar anda boleh menerima siaran MyTV dengan mudah. Dengan ciri ProTeater, anda boleh merakam rancangan kegemaran anda dengan hanya memasukkan USB pada TV. Selain itu, Toshiba menawarkan AMR+ untuk imej dan kualiti video yang lebih terang.

TV imej full HD, paparan visual tampil lebih ‘real’ 5 daripada 9
TCL 40” S6800 Full HD Android Smart TV AI-IN 40S6800
Partnership with TCL
Dari RM891
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Dengan berharga dibawah RM1,000, ianya dilengkapi dengan ciri Smart TV yang lebih mahal. TV ini juga mempunyai Google Assistant dimana anda boleh membuat pencarian dengan menggunakan suara atau voice search. TV bersaiz 40 inci ini menggunakan sistem bunyi Dolby Audio dan kualiti imej Full HD untuk pengalaman yang memuaskan.

TV Android untuk layari internet tanpa perlu guna peranti 6 daripada 9
Haier 43” Android Smart TV LE43K6500A Full HD LED
Partnership with Haier
Dari RM939.51
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Untuk TV tetapan Android terbaik, jenama Haier ini untuk anda. Selain boleh menonton MyTV secara percuma, anda boleh melayari Facebook, Skype serta menonton video daripada YouTube dengan hanya menekan butang di alat kawalan jauh. TV Full HD ini merupakan TV yang lengkap untuk kegunaan dirumah.

TV dengan IDTV multifungsi – boleh dijadikan monitor PC 7 daripada 9
Sharp 45 “ LED TV (2T-C45AD1X)
Partnership with Sharp
Dari RM995
Lihat harga di Lazada Malaysia

TV bersaiz 45 inci ini bukan sahaja boleh digunakan untuk menonton, ianya juga dijadikan sebagai monitor untuk komputer. Anda dapat menikmati hiburan daripada USB dengan mudah tanpa perlu sambungan Wi-Fi. TV lengkap dengan DVB-T2 ini mempunyai Aqua Motion Wide Color untuk imej yang lebih terang dan jelas.

Smart TV terbaik dengan ciri IDTV 8 daripada 9
Samsung 50" Smart 4K HDR UHD LED TV (UA50NU7090KXXM)
Partnership with Samsung
Dari RM1,649
Lihat harga di Samsung Malaysia

Jika anda hendak melabur lebih sedikit dalam membeli Smart TV, ini pilihan bijak. Selain mempunyai ciri PurColor, TV Samsung UHD ini lengkap dengan tetapan streaming filem. Anda tidak perlu memuat turun apa-apa aplikasi lagi. Hanya ‘plug-and-play’. Plus point untuk TV ini adalah ianya juga menyokong ciri screen mirroring.

TV dengan sistem bunyi terbaik – skrin lebih luas 9 daripada 9
Sony 55 Android 4K UHD LED TV (KD-55X8000G)
Partnership with Sony
Dari RM2,459
Lihat harga di Lazada Malaysia

Selain daripada imej, sistem bunyi amat penting pada sesebuah TV. TV keluaran Sony ini sudah pasti mempunyai bunyi yang awesome dengan ClearAudio+. Tambahan pula dengan skrin sebesar 55 inci dikuasai TRILUMINOS dan 4K X-Reality Pro, pasti anda merasakan seperti menonton di pawagam mini.

Lagi daripada ProductNation