Sejak anak-anak mula menjejakkan kaki ke sekolah, mereka pasti ingin bergaya dengan beg sekolah baru – ada yang mahukan watak kartun terkini sebagai penghias di muka beg ataupuun warna-warna ceria seperti merah, pink dan biru. Namun, tahukah anda bahawa selain reka bentuk, kebaikan dan keburukan setiap fungsinya juga harus diambil kira?

Kebanyakan ibubapa gemar membeli beg sandang ataupun yang digalas di belakang untuk si comel. Tetapi, ini tidak baik kerana ia akan mengakibatkan badan mereka membongkok ke hadapan memandangkan buku-buku sekolah berat dan banyak, sekaligus menyebabkan anak yang masih kecil mengalami gejala tulang belakang membengkok.

Maka anda haruslah memilih beg yang sesuai terutama sekali beg sandang. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, ikuti senarai kami untuk memilih beg yang sesuai buat si kecil ke sekolah:

1. Kid Waterproof School Bag Captain America

Beg sekolah kanak-kanak terbaik yang berkalis air
Harga mulai RM24.15
Shopee Malaysia RM24.15

Cuaca tidak menentu menjadikan beg yang dipakai oleh anak anda seringkali ditembus air sehingga menyebabkan buku-buku sekolah kebasahan. Hujan yang rahmat akan menjadi sesuatu yang leceh kerana mereka terpaksa memastikan isi kandungan beg tidak rosak.

Oleh itu, beg sekolah kalis air yang dihiasi dengan watak Captain America dari Marvel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda. Beg jenis kain nylon terdiri daripada benang yang senang untuk dicuci jika terdapat kotoran. Cepat kering setelah dijemur.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Cartoon Cat Primary School 6 Wheels Trolley School Bag

Beg sekolah jenis beroda terbaik
Harga mulai RM75.00
Shopee Malaysia RM75.00

Beg sekolah 2-in-1 ini boleh digunakan samada secara beroda atau sebagai beg galas, memudahkan anak anda untuk menggunakannya dengan pelbagai gaya. Troli yang senang untuk ditanggalkan dan jimat ruang semasa menyimpannya.  

Diperbuat daripada keluli tahan karat berkualiti tinggi, besinya tidak akan cepat karat jika selalu terkena air atau terdedah pada kotoran. Jadi anda tidak perlu risau jika anak anda membawa beg beroda ini semasa musim hujan.  

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. TENSO Kid 024 Cutie Cartoon Theme Double Strap Backpack

Beg terbaik untuk menyimpan barangan banyak
Harga mulai RM10.00
Shopee Malaysia RM10.00

Untuk si kecil, beg sekolah yang bersesuaian tidak seharusnya mahal dan berkualiti tinggi. Cukup sekadar boleh digunakan seketika untuk ke sekolah atau tadika dan beg tersebut boleh ditukar ganti setelah si kecil melangkah masuk ke alam persekolahan yang lebih dewasa.

Beg ini dilengkapi dengan 2 bahagian untuk menyimpan kotak pensel dan buku-buku secara berasingan. Manakala material tali beg galas pula tidak akan menyebabkan bahu si kecil sakit jika membawa barangan yang berlebihan. Tulang belakang anak anda dijamin terjaga.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. SWAN Starlite Ergonomic School Bag for Boys & Girls

Beg sekolah ergonomik terbaik
Harga mulai RM288.00
Shopee Malaysia RM288.00

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya, keberatan beg yang sesuai untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun adalah 15% daripada berat badan mereka. Maka, berat beg yang sesuai untuk anak anda yang masih bersekolah rendah haruslah dalam 4.5kg sahaja.

Anak-anak usia sebegini harus dijaga tulang belakangnya dengan baik dan jika beg yang dipilih tidak bersesuaian, ia akan menyebabkan anak anda menjadi bongkok. Apabila usianya menginjak dewasa pula, komplikasi tulang belakang akan mula timbul. Jadi, pilihlah beg yang dilengkapi dengan sistem ergonomik seperti dari jenama SWAN ini.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Camouflage Army Lightweight School Bag Kids Backpack

Beg sekolah terbaik yang ringan dan senang dibawa
Harga mulai RM25.00
Shopee Malaysia RM25.00

Beg sekolah berkualiti tinggi dan diperbuat daripada kain polyester ini eco-friendly dan boleh digunakan untuk anak anda dari sekolah rendah sehingga menengah. Ia dilengkapi dengan tali bahu yang mempunyai sistem aliran udara untuk mengelakkan bahagian belakang anak anda berhaba semasa menggalas beg ini.

Bukan sahaja sesuai untuk menyimpan buku-buku sekolah yang banyak, tetapi kocek juga disediakan di bahagian sisi beg untuk memudahkan anak anda membawa botol air minuman ke sekolah. Beg ini sangat ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. ADIDAS Neopark Backpack

Beg sekolah terbaik yang tahan lasak
Harga mulai RM120.00
Shopee Malaysia RM120.00

Jenama Adidas yang sudah lama berada di pasaran Malaysia telah mengeluarkan rangkaian beg sekolah bernama Neopark yang tahan lasak. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas, reka bentuknya yang sporty sekaligus menjadikan beg ini ideal untuk kegunaan aktiviti luar sekolah.  

Terdapat bahagian 2 zip utama dan 2 zip sisi, mampu menampung isi barang yang banyak seperti buku teks, kotak pensel dan pensel warna serta bermacam lagi barangan keperluan untuk ke sekolah. Yang penting, tahan lasak.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. Kid 3D McQueen Cars School Kindergarten Backpack (Type 1)

Beg terbaik dan murah - untuk kanak-kanak yang baru mula bersekolah
Harga mulai RM18.80
Shopee Malaysia RM18.80

Anak anda sudah menjejakkan kaki ke playschool atau tadika? Si kecil pasti teruja untuk memakai beg kerana melihat rakan-rakan sebaya yang ke tadika membawa beg ke sekolah. Nah, ini beg yang sesuai untuk si comel yang baru sahaja dihantar masuk tadika.

Beg yang kompak ini boleh menyimpan keperluan anak anda seperti buku dan kotak pensel serta mainan-mainan kecil yang ingin dibawa bersama ke tadika buat bermain di waktu senggang nanti. Selain itu, ia juda datang dengan tali bahu yang boleh diubah untuk menyesuaikan keselesaan anak anda semasa memikul beg.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!