Keibubapaan

13 Sabun Mandi Bayi di Malaysia 2026 (Wangi & Selamat)

Jika bayi anda allergic sabun mandi sedia ada, kena dapatkan sabun mandi baby untuk kulit sensitif. Ini senarai sabun baby & mandian baby untuk kulit sensitif.


Editor · Updated 6 May 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Sabun Mandi Bayi di Malaysia 2026 (Wangi & Selamat)

Bayi perlu pakai sabun khas seperti sabun baby atau sabun mandi kanak-kanak kerana mereka memiliki kulit yang sangat lembut dan lebih sensitif berbanding kulit orang dewasa. 

Penggunaan sabun mandi bayi yang sesuai seperti sabun mandi baby untuk kulit sensitif adalah sangat penting agar kulit si manja tidak naik rumah atau iritasi. 

Kandungan

Selain itu, pemilihan jenama sabun mandi juga penting untuk memastikan produk itu bagus dan dapat memelihara kehalusan kulit baby.

Bagi anda yang gemarkan si kecil berbau harum selalu, gunakanlah produk mengandungi haruman yang tidak membahayakan si manja.

Manakala, jika bayi anda mempunyai masalah ekzema, boleh gunakan sabun baby eczema atau sabun mandian baby untuk kulit sensitif.

Terdapat pelbagai pilihan sabun mandi bayi terbaik di pasaran, jadi jom kita lihat senarai sabun mandian bayi.


Senarai 13 Sabun Mandi Baby Terbaik

Original Tropika Natural Bubble Wash
Sabun mandi terbaik secara keseluruhan 1 daripada 14
Original Tropika Natural Bubble Wash
Dari RM29.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Ada pilihan wangian
Bebas sulfate, pewangi dan pewarna tiruan
Harga mahal
1 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif

Sebab menjadi pilihan utama:

TROPIKA Natural Bubble Wash diformulasikan khas untuk bayi, mempunyai 3 pilihan bau wangian iaitu Lavender, Apricot dan Bunga Ros serta ia sesuai untuk bayi kulit sensitif.

Ciri-ciri:

Sabun mandi bayi ini mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti minyak kelapa, ekstrak biji bunga matahari dan ekstrak chamomile yang dapat membantu melembapkan kulit bayi.

Ibu tak perlu risau kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti SLS, SLES, paraben,dan pewangi buatan.

Selain itu, sabun ini sangat sesuai digunakan oleh semua jenis kulit terutama untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Sabun Tropika Natural Bubble Wash ini mudah digunakan dan menghasilkan buih yang lembut, membersihkan kulit bayi dengan lembut tanpa mengeringkannya.

Paling penting, sabun ini telah diuji dermatologi dan ia tidak memedihkan mata si manja anda!

Review:

“Sesuai dgn kulit anak saya yang sensitif. Pakai since baby lagi. Bau sweet lembut. Bau lavender kuat sikit. Recommended.”

sabun drypers
Sabun Drypers head to toe 2 daripada 14
Drypers Baby Head to Toe (750ml)
Drypers
Dari RM12.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk bayi baru lahir
Melembapkan kulit
Memedihkan mata
2 lagi
Mempunyai ekstrak buah
Ada pilihan wangian

Sabun mandi bayi jenama Drypers ini mengandungi wangian mesra bayi (Baby Friendly Fragrance) yang telah diluluskan oleh International Fragrance Association (IFRA).

Sabun mandi ini juga sesuai digunakan untuk bayi baru lahir kerana ia diperkaya dengan ekstrak Oat Kernel dan Pro-Vitamin B5.

Selain itu, sabun ini ada bahan-bahan semula jadi yang lembut dan sesuai untuk kulit bayi, seperti ekstrak chamomile, aloe vera dan Vitamin E.

Kandungan ini sesuai untuk membersihkan badan dan rambut bayi, oleh itu anda tidak perlu membeli syampu kerana ia sabun head to toe!

Wangian bebas tiruan sabun bayi ini bertindak memberikan ketenangan kepada bayi anda sambil melembap kulit si manja. 

Paling penting, sabun mandi bayi ini diformulasi agar tidak memedihkan mata baby anda.

Chicco Baby Moments No-tears Bath Foam Set (500ml)
Sabun mandi untuk kulit sensitif dan kering 3 daripada 14
Chicco Baby Moments No-tears Bath Foam Set (500ml)
Chicco
Dari RM59.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Diuji secara klinikal
Tidak memedihkan mata
Harga mahal
1 lagi
Bebas SLS, SLES, paraben & pewarna tiruan

Adakah kulit bayi anda sensitif? Anda boleh cuba sabun mandi bayi ini!

Sabun bayi ini diiuji secara klinikal pada bayi terutamanya yang mempunyai masalah kulit sensitif dan sabun ini terbaik untuk si manja. 

Chicco Baby Moments No-tears Bath Foam ini juga diformulasikan untuk mengurangkan kesan alergi pada kulit bayi dan sabun ini mengandungi hypoallergenic

Tidak perlu risau, sabun mandi bayi ini tidak mengandungi SLS, SLES, paraben, pewarna tiruan serta alkohol yang tidak akan memedihkan mata bayi anda.

Bau sabun mandi bayi ini sangat menyenangkan dan mengandungi bahan semula jadi seperti ekstrak lidah buaya dan chamomile membuatkan ia bagus untuk kulit bayi.

Dengan menggunakan ekstrak Calendula, sabun mandi ini mampu untuk melembutkan kulit si manja menjadi lebih halus dan mulus.  

sabun pureen
Sabun mandi Baby Pureen 4 daripada 14
Pureen Baby Yogurt Head To Toe Wash (750ml)
Pureen
Dari RM18.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Melembapkan kulit
Wangian tidak tahan lama
1 lagi
Tidak pedihkan mata

Sabun mandi bayi jenama Pureen ini diperkaya dengan yogurt asli yang bertindak sebagai pelembap natural, menjadikan kulit si kecil lebih lembut dan halus selepas satu cucian. 

Dengan mengandungi protein, Lactic Acid, Vitamin, mineral dan Lipids, sabun ini tidak memedihkan mata serta boleh digunakan sebagai perapi rambut untuk bayi anda.  

Sabun mandi bayi ini juga akan menjadikan rambut dan kulit si comel bersinar dan kelihatan sihat dan segar, serta wangiannya tahan lama.

Buih yang terhasil pada sabun ini menambahkan lagi keseronokkan si comel ketika mandi.

Paling best, sabun ini sesuai untuk kegunaan dewasa juga jadi anda boleh mandi berseronok dengan si manja.

sabun cethapil gambar baru
Sabun Cetaphil untuk kulit gatal 5 daripada 14
Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash (230ml)
Cetaphil
Dari RM121
Lihat harga di Shopee Malaysia
Formula bebas sabun
pH seimbang
Harga mahal
1 lagi
Tidak mengeringkan kulit bayi

Sabun bayi jenama Cetaphil ini diadun dengan 1/3 moisturizer dan aloe vera yang tidak membahayakan kulit si kecil. 

Sabun mandi bayi dari produk Cetaphil ini terbaik dalam penjagaan kulit terutamanya kulit bayi yang harus dijaga lebih rapi dan teliti dan ia bebas sabun!

Ia membersihkan kulit bayi anda secara lembut tanpa mengeringkannya serta sabun ini tidak akan memedihkan mata dan mempunyai pH seimbang untuk mandian bayi anda.

Selamat digunakan untuk si comel kerana kandungannya bebas paraben, minyak mineral dan bahan berasaskan haiwan.

Kemudian, diperkaya dengan gliserin dan panthenol bagi membantu menyuburkan kulit bayi yang halus.

Bagi ibu bapa yang risau kulit anak mereka rosak atau iritasi akibat bahan sabun, sebaiknya gunakan sabun ini sebagai permulaan.

baby organix
Sabun organik untuk bayi 6 daripada 14
Baby Organix Top To Toe Cleanser Bath (400ml)
Baby Organix
Dari RM38.60
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mengandungi bahan organik
Tidak memedihkan mata bayi
Harga sedikit mahal
1 lagi
Bebas SLS, SLES, paraben dan pewarna tiruan

Sabun mandi bayi ini diformulasi daripada bahan organik dan berasaskan daripada tumbuhan semulajadi.

Diperkaya dengan ekstrak chamomile, lavender, aloe vera dan Vitamin E yang akan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda agar sentiasa lembut dan halus. 

Selain membersihkan bayi anda dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, sabun ini dirumus khas untuk kekalkan kelembapan kulit bayi anda agar sentiasa lembut dan halus. 

Jangan risau, sabun mandi bayi ini tidak memedihkan mata, selamat dipakai jika bayi anda tidak duduk diam semasa mandi. 

Baby Organix Top To Toe Cleanser Bath tidak mengandung bahan kimia seperti SLS, SLES, paraben dan pewarna tiruan jadi ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Sabun bayi dengan kandungan hypoallergenic
Sabun mandi untuk kulit sensitif dan alergi 7 daripada 14
Himalaya Herbals Gentle Baby Bath (200 ml)
Himalaya Herbals
Dari RM19.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada hypoallergenic
Diuji secara klinikal
Botol mudah rosak
1 lagi
Bebas paraben, SLS dan SLES & pewarna tiruan

Keunikan Himalaya Gentle Baby Bath ini adalah ia diformulasikan dengan khasiat dari ramuan Chickpea, Fenugreek dan Green Gram.

Bahan-bahan istimewa ini akan membersih kulit si manja secara halus dan lembut tanpa menyebabkan iritasi.  

Sabun mandi bayi ini juga diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak khusus dan minyak almond yang baik untuk kulit bayi.

Diuji secara klinikal, sabun ini mengandungi hypoallergenic iaitu bahan yang akan mengelakkan berlaku alergi semasa penggunaan.

Ibu bapa jangan risau, sabun mandi ini selamat digunakan untuk bayi anda kerana produk sabun ini bebas paraben, SLS dan SLES serta pewarna sintetik.

sebamed baby cleanser
Sabun Sebamed untuk eczema 8 daripada 14
Sebamed Baby Liquid Cleanser (200ml)
Sebamed
Dari RM39.15
Lihat harga di Lazada Malaysia
Telah diuji dermatologi
Ada vitamin B & E
Harga mahal
1 lagi
Mengandungi hypoallergenic

Sabun mandi bayi jenama Sebamed Baby Liquid Cleanser ini mempunyai pH 5.5 yang ideal untuk kulit yang sihat. 

Sabun ini akan membersihkan kulit si comel anda secara lembut dan tidak memedihkan mata. 

Malah, diformulasikan dengan Vitamin B yang mengandungi Panthenol untuk merangsang regenerasi kulit.

Selain itu, Vitamin E sebagai agen pelembap semula jadi, dapat melindungi kulit daripada kekeringan.

Jika bayi anda ada masalah kulit bayi anda seperti eczema, xerosis dan psoriasis, anda boleh cuba gunakan sabun mandi bayi ini untuk bantu kurangkan masalah tersebut.

Ahli dermatologi telah menguji secara klinikal bahawa sabun ini mengandungi hypoallergenic, sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit bermasalah.

Sabun anti alergi – sesuai untuk bayi kulit bermasalah
Set mandian baby newborn 9 daripada 14
Arau Baby Full Body Soap Wash 450m
Arau Baby
Dari RM71.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kulit alergi
Babas Paraben
Harga mahal

Sabun mandi bayi Arau Baby Full Body Soap Wash yang dihasilkan di Jepun ini diperbuat 100% daripada bahan semula jadi. 

Turut mengandungi bahan anti-alergi yang tidak akan menyebabkan kulit si kecil anda menjadi iritasi atau kemerahan semasa menggunakannya. 

Dengan mengandungi minyak Lavender dan Lime, ekstrak daun Perilla, Rosemary, Aloe Vera serta Shiso yang mempunyai ciri antiseptik. 

Paling penting, sabun mandi bayi ini telah menjalani ujian klinikal dan juga sesuai untuk digunakan oleh bayi baru lahir.

Jadi ibu bapa tidak perlu risau, bahan-bahan yang terkandung dalam sabun ini selamat untuk kulit bayi anda.

Johnson's Baby Top to Toe (500ml)
Sabun johnson baby untuk kulit sensitif 10 daripada 14
Johnson's Baby Top to Toe (500ml)
Johnson & Johnson
Dari RM13.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Ada Formula NO MORE TEARS®
Bebas pewarna tiruan
Bau wangian biasa
1 lagi
Boleh digunakan untuk rambut

Sabun mandi bayi Johnson’s Baby Top Toe ini ada formulasi NO MORE TEARS® nya adalah sesuai untuk mandian menyeluruh termasuk bahagian muka.

Bahannya yang lembut dan tidak memedihkan mata serta tidak mengeringkan kelembapan semula jadi kulit bayi anda. 

Selain itu, sabun mandi bayi ini bebas pewarna tiruan, sabun, tidak menyebabkan alergi kulit pada si comel dan bebas paraben.

Sabun mandi ini mengandungi nutrisi penting yang diperlukan oleh kulit bayi, seperti Vitamin E dan minyak semula jadi untuk bantu menjaga kulit bayi agar kekal lembut dan sihat.

Anda dapat jimat dengan penggunaan sabun ini kerana sabun Johnson’s Baby Top Toe juga turut diformulasikan untuk rambut si comel anda!

Aveeno Baby Cleansing Therapy Wash
Sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal 11 daripada 14
Aveeno Baby Cleansing Therapy Wash
Dari RM84.59
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk bayi kulit kering atau ruam
Bebas pewangi tiruan
Harga mahal

Sabun mandi baby Aveeno Baby Cleansing Therapy Wash ini diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi seperti oat kernel, minyak biji matahari, dan daun chamomile.

Sabun ini sangat sesuai untuk bayi kulit sensitif kerana kandungan bahan semula jadi dapat membantu menjaga kelembapan kulit bayi anda

Anda tidak perlu risau kerana tidak mengandungi sabun atau pewangi tiruan dan kulit si comel anda tidak mudah kering atau iritasi.

Dengan penggunaan yang kerap akan buatkan kulit bayi terasa lebih halus dan lembut setelah digunakan.

Menarik lagi, sabun ini telah diuji secara klinikal untuk kulit bayi dan telah disetujui oleh National Eczema Association.

CARRIE JUNIOR PH5.5 Baby Blue Hair & Body Wash
Sabun mandi ph 5.5 12 daripada 14
CARRIE JUNIOR PH5.5 Baby Blue Hair & Body Wash
Carrie Junior
Dari RM79.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Memastikan kulit dan rambut yang sihat
Menggunakan bahan semula jadi
Kurang bau wangi
1 lagi
Diperkaya Fruito-E +

Carrie Junior Hair & Body Wash pH 5.5 Baby Blue merupakan gabungan sempurna antara bahan semula jadi yang direka khas untuk merawat kulit dan rambut sensitif bayi anda. 

Diformulasikan dengan tahap pH yang selamat (5.5), sabun mandian ini memastikan kesihatan kulit yang optimal untuk kanak-kanak dan juga untuk orang dewasa.

Diperkaya dengan Fruito-E+, gabungan hebat vitamin dan nutrien, sabun mandian Carrie Junior ini melembapkan dan menenangkan secara mendalam, memberikan perlindungan dan penjagaan lengkap buat bayi anda.

Tindakan pembersihan yang lembut dan berkesan meninggalkan kulit, rambut, dan kulit kepala rasa bersih, lembut, dan seimbang.

Gunakan setiap hari pada bayi anda untuk menjaga kulit dan rambut yang bersih, lembut, dan seimbang pH.

CARRIE JUNIOR Hair & Body Wash - Groovy Grapeberry [Nourishing & Moisturising Skin]
Sabun mandi baby Carrie Junior 13 daripada 14
CARRIE JUNIOR Hair & Body Wash - Groovy Grapeberry [Nourishing & Moisturising Skin]
Carrie Junior
Dari RM9.93
Lihat harga di Lazada Malaysia
Diformulakan bersama Fruito-E +
Melembutkan kulit dan rambut
Tidak sesuai untuk bayi baru lahir
1 lagi
Membekalkan kelembapan pada kulit

Anda boleh berikan pengalaman mandi terbaik buat bayi anda dengan CARRIE JUNIOR Hair & Body Wash - Groovy Grapeberry yang sangat wangi ini.

Sabun mandian ini diformulasikan dengan Fruito-E+ yang bertindak memberikan pembersihan yang berkesan untuk rambut dan badan sambil menjadikan kulit lembut dan sihat.

Fruito-E+, gabungan semula jadi ekstrak buah-buahan, kaya dengan vitamin dan nutrien yang menyuburkan dan melembapkan kulit yang sensitif. 

Gunakan setiap hari untuk menikmati rambut dan kulit yang bersih, licin, dan sihat.

Sambil-sambil itu boleh nikmati aroma menyegarkan Groovy Grapeberry sambil memberikan kulit bayi anda penjagaan yang terbaik.

Anakku Baby Bath Extra Mild HEAD TO TOE
Sabun mandi Anakku 14 daripada 14
Anakku Baby Bath Extra Mild HEAD TO TOE
Anakku
Dari RM18.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak memedihkan mata
Mengandungi Vitamin E & Pro-Vitamin B5
Kurang bau wangi
1 lagi
Beri kelembapan pada kulit

Anakku Baby Bath Extra Mild HEAD TO TOE merupakan sabun mandian bayi yang diformulasikan khas dengan formula yang lembut dan pH-neutral.

Sabun mandian ini jenis tidak berair dan boleh berikan pembersihan yang lembut dan menenangkan dari kepala hingga kaki.

Selain itu, ia diperkaya dengan kebaikan aloe vera, Vitamin E, dan Pro-vitamin B5.

Sabun ini tidak hanya membersihkan tetapi juga menenangkan, melembapkan, dan melindungi kulit dan rambut sensitif bayi anda. 

Tambahan lagi, formula yang tidak berair ini mampu menghasilkan buih yang banyak untuk pembersihan yang berkesan tanpa menyebabkan sebarang iritasi.

Selain untuk bayi anda, Anakku Baby Bath Extra Mild HEAD TO TOE ini juga sesuai untuk keseluruhan keluarga, menyediakan pengalaman mandi yang lembut dan berkhasiat untuk semua orang.


Cara Memilih Sabun Mandi Bayi

Oleh kerana ada banyak jenis dan jenama sabun mandi bayi di pasaran, ramai ibu bapa masih keliru untuk membuat pilihan.

Memilih sabun mandi bayi yang tepat sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit si comel anda bagi memastikan ia kekal lembut.

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih sabun mandi bayi terbaik.

  • Tekstur sabun 

Pilihlah sabun mandi bayi yang lembut dan melembapkan untuk kulit bayi.

Selain itu, ibu bapa perlu pastikan sabun mandi bayi tersebut tidak mengandung bahan kimia keras seperti paraben, SLS, dan SLES.

  • Bebas pewangi dan pewarna tiruan 

Ibu bapa perlu pilih sabun mandi bayi yang bebas dari pewarna dan pewangi tiruan untuk memastikan ia selamat digunakan.

Hindari sabun mandi bayi dengan aroma yang terlalu kuat atau kasar kerana ini boleh menyebabkan iritasi kulit pada bayi anda.

  • pH seimbang 

Kulit bayi lebih sensitif dibandingkan kulit orang dewasa, oleh itu pH sabun mandi bayi haruslah lebih rendah.

Ibu bapa haruslah pilih sabun mandi bayi yang memiliki pH seimbang supaya ia sesuai untuk kulit bayi.

  • Jenis sabun mandi bayi

Ada banyak jenis sabun mandi bayi dipasaran dan antara yang popular adalah sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan sabun mandi bayi organik.

Jika bayi anda ada masalah kulit sensitif atau anda mahukan kandungan bahan sabun mandi organik, anda boleh pilih jenama yang menawarkan pilihan ini. 

  • Bebas alkohol dan bahan kimia

Alkohol dapat mengeringkan kulit bayi dan menyebabkan iritasi pada kulit seseorang.

Jadin, ibu bapa haruslah elak daripada beli sabun mandi bayi dengan kandungan alkohol dan bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit si comel kering dan iritasi. 


Kandungan Berbahaya Dalam Sabun Mandian Bayi

Sabun mandi bayi biasanya dihasilkan untuk kulit yang sensitif dan mudah terdedah pada alahan. Jadi, ia dihasilkan dengan formulasi yang lebih lembut dan selamat untuk kulit bayi.

Namun, tidak semua sabun mandi bayi memiliki kandungan yang sama, dan beberapa produk mungkin mengandungi bahan-bahan yang mungkin tidak selamat sepenuhnya sehinggakan ada bayi yang allergic sabun mandi.

Beberapa kandungan berbahaya yang anda harus berhati-hati dalam sabun mandi bayi adalah:

  1. Paraben, satu bahan pengawet yang umum digunakan dalam produk penjagaan peribadi, tetapi beberapa penelitian telah menunjukkan bahwa paraben dapat mengganggu hormon dan mempunyai kaitan dengan risiko kesihatan tertentu.

  2. Banyak sabun mandi bayi mengandung "fragrance" atau aroma buatan untuk memberikan wangian yang menyenangkan. Namun, ada masanya formula aroma ini tidak dinyatakan secara spesifik, dan ia dapat menyebabkan iritasi kulit pada bayi yang memiliki kulit sensitif.

  3. Phthalates, satu bahan kimia yang digunakan untuk meningkatkan fleksibiliti dan ketahanan bahan plastik. Ia dapat dijumpai dalam beberapa produk penjagaan peribadi dan dikatakan mempunyai kaitan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk gangguan hormon.

  4. Hati-hati dengan kandungan SLS (Sodium Lauryl Sulfate) dan SLES (Sodium Laureth Sulfate), bahan pembersih yang digunakan untuk menghasilkan buih dalam produk-produk seperti sabun mandi. Bahan ini dapat menyebabkan iritasi kulit pada sesetengah orang, walaupun secara amnya bahan ini dianggap selamat dalam jumlah yang kecil.

  5. Beberapa produk penjagaan peribadi mengandungi formaldehyde yang melepaskan formaldehyde sebagai bahan pengawet. Formaldehyde telah diklasifikasikan sebagai carcinogenic potential atau dalam bahasa mudah bahan-bahan yang boleh mengakibatkan cancer oleh United States Environmental Protection Agency (EPA).

Jika Anda ingin memastikan bahawa sabun mandi bayi yang anda gunakan tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya, penting untuk membaca label dengan teliti dan memilih produk yang dinyatakan bebas dari bahan-bahan di atas atau mencari produk yang menggunakan bahan organik atau telah diuji oleh dermatologis untuk kulit bayi yang sensitif.

Selain itu, jika bayi anda memiliki reaksi kulit yang di luar daripada kebiasaan setelah menggunakan sabun mandi tertentu, sebaiknya hentikan penggunaannya dan jumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan dan nasihat lanjut.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation