Mungkin ada antara anak kecil tidak gemar dengan rasa susu asli kerana rasanya terlalu plain kurang enak.
Tapi ibu bapa di luar sana jangan risau kerana terdapat alternatif lain iaitu beri susu berperisa seperti perisa coklat paling sedap.
Lagipun khasiat susu coklat sama seperti susu biasa yang dapat beri manfaat untuk kesihatan.
Jadi jika anda mencari jenama formula susu coklat terbaik untuk kanak-kanak, jom lihat senarai di bawah.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 10 Formula Susu Coklat
Sebab menjadi pilihan utama:
PediaSure merupakan suplemen pemakanan kanak-kanak yang dapat membantu menyediakan nutrisi yang lengkap dan seimbang.
Ciri-ciri:
PediaSure baharu ini mempertingkatkan sistem OptiHEIGHT yang mengandungi Arginine dan Vitamin K2 semula jadi.
Malah digabungkan dengan Kalsium dan 25 nutrien utama untuk menggalakkan perkembangan tulang yang lebih panjang dan kuat.
Ini kerana kanak-kanak berusia 1-10 tahun sedang mengalami peningkatan yang ketara dalam perkembangan fizikal dan kognitif.
Selain itu, Arginine bersama Triple Protein Complex dan 25 nutrien utama dapat mencetuskan pembebasan faktor pertumbuhan bagi menyokong pertumbuhan tulang yang lebih lama.
Ditambah pula dengan campuran Vitamin K2 semula jadi menggalakkan pemindahan kalsium ke dalam tulang sekaligus menyokong pertumbuhan tulang yang kuat.
Review:
“Anak saya tak makan sayur, buah jadi bagi susu ni untuk suplemen antibodi badan dia. Hasilnya memang kurang sakit.”
Susu Wildan ini popular dalam kalangan ibu dan anak kerana mempunyai dua jenis untuk si ibu dan anak. Pilih saja!
Khasiat susu coklat untuk si manja, bantu menguatkan imunisasi badan serta menguatkan tulang dan gigi anak-anak kerana mengandungi kalsium yang tinggi.
Selain itu dapat membantu pertumbuhan otak, memperkuatkan daya ingatan dan bantu melancarkan sistem pencernaan si kecil supaya tidak mengalami masalah cirit.
Kandungannya mengandungi sirap Glukosa, Minyak Sayuran (Minyak Kelapa), Susu Kambing, Serbuk Koko, Fructooligosakarida (FOS), Ekstrak Malt dan Gula Nano.
Cara penyediaan pula sangat mudah, campurkan 3 skop (21g) dengan 150ml air suam, kacau sehingga serbuk larut dan sedia untuk diminum.
Pengambilan nutrisi yang seimbang dan mencukupi adalah penting bagi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Dengan susu Dutch Lady 123 berperisa coklat ini dapat bantu tumbesaran si kecil kerana mengandungi 5X DHA, protein, serta 20 vitamin yang lain.
Antara vitamin yang ada adalah mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A, B, D, selenium dan banyak lagi.
Tapi mengapa Dutch Lady 123 mengandungi 5X DHA? Ini kerana DHA merupakan salah satu komponen penting di dalam otak.
Terdapat juga kandungan protein yang berperanan bagi pertumbuhan serta memperbaiki tisu badan sekaligus sangat sesuai untuk si manja yang aktif.
Walaupun susu ini berperisa coklat tapi kandungan kalsium yang ada dapat membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Susu coklat dari jenama Fernleaf ini sangat bagus untuk kanak-kanak kerana dapat bantu mereka menjadi seorang yang produktif apabila melakukan aktiviti harian.
Susu ini diperbuat daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand dan diproses menjadi serbuk susu.
Dalam kandungan susu Fernleaf ini terdapat kalsium yang tinggi untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
Malah terdapat juga vitamin A yang berfungsi memberi kesihatan untuk mata dan vitamin D untuk bantu penyerapan kalsium.
Pihak mereka juga mencampurkan zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan zink untuk pertumbuhan.
Walaupun mengandungi bahan perasa tapi mereka menggunakan bahan perasa yang telah dibenarkan.
Sustagen Kid 3+ merupakan susu berkhasiat yang dirumus secara saintifik oleh Mead Johnson untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 6 tahun.
Susu coklat ini mengandungi nutrien penting yang terdapat dalam 5 Kumpulan Makanan dari Piramid Makanan.
Malah terdapat juga kandungan serat (inulin) bagi membantu meningkatkan bifidobakteria usus yang dapat memastikan bahagian pencernaan dalam keadaan baik.
Selain itu mengandungi sumber nutrien penting misalnya protein, kalsium, zat besi dan pelbagai jenis vitamin yang lain.
Paling penting mempunyai kandungan DHA yang cukup bagi membantu tumbesaran badan perkembangan otak.
Pengeluaran susu coklat dari jenama Dupro ini menekankan khasiat zat besi aktif untuk si kecil.
Ini kerana mereka percaya zat besi dapat membentuk pembentukkan sel darah merah yang menyokong perkembangan fizikal.
Dalam masa yang sama, terdapat juga DHA yang tinggi untuk perkembangan otak dan dwi protein untuk tumbesaran si kecil.
Tambah pula, Vitamin C yang tinggi membantu penyerapan zat besi dan 99 peratus serasi dengan kanak-kanak.
Dugro sesuai untuk minuman harian si comel kerana mengandungi jumlah kalsium, vitamin dan mineral yang tinggi supaya kanak-kanak aktif dapat tenaga yang cukup setiap hari.
Susu dari jemama Lazz mempunyai pelbagai perisa untuk kanak-kanak antaranya vanila, strawberi, asli, kurma, coklat kurma dan orgamilk.
Kandungannya mengandungi 100% serbuk susu kambing, serbuk koko, ekstrak kurma hitam, ekstrak malt , glukos berasaskan non GMO, palm oil kernel dan sukrosa.
Disebabkan serbuk susu ini tidak mengandungi bahan GMO, jadi bersifat alkali dan sangat bagus jika anak anda mengalami beberapa masalah.
Antaranya cirit, kahak, demam, ekzema, alergi susu lembu, tidak ada selera makan dan tak ada selera makan.
Jangan risau, susu ini kurang manis dan sesuai untuk semua peringkat umur sekaligus dapat mengelakkan ketagihan gula di kalangan kanak-kanak.
Selain itu, koko membantu perkembangan minda & menajamkan daya tumpuan anak-anak, manakala malt membuatkan anda merasa kenyang lebih lama
Susu kambing premium ini diformulasikan khas agar tidak berbau atau terasa hamis walaupun ianya daripada susu kambing, memberikan rasa coklat yang kaya dan halus seperti minuman coklat panas kegemaran anda.
Teksturnya yang halus memastikan ia mudah larut dalam air panas dan sejuk, menjadikannya pilihan yang mudah untuk bila-bila masa.
Susu Kambing Hana bukan sahaja lazat tetapi juga lembut dan memudahkan sistem pencernaan serta mengelakkan sembelit.
Diperkaya dengan makanan sunnah yang premium seperti saffron, susu ini menyokong kesihatan keseluruhan anak anda.
Inilah produk keluaran Malaysia, Susu Kambing Hana telah menerima sijil MeSTI, memastikan kualiti dan keselamatannya yang tinggi.
Susu tepung rumusan Fernleaf untuk kanak-kanak ini direka untuk peringkat umur 4-6 tahun.
Ia merupakan pilihan terbaik untuk menyokong perkembangan anak anda.
Formula khusus ini diperkaya dengan nutrien penting, termasuk 5x DHA* dan bundle Nutricare yang penting untuk pertumbuhan kognitif dan fizikal.
Sumbernya dari ladang tenusu terbaik New Zealand, susu Fernleaf berasal dari lembu yang diberi makan rumput dan dibesarkan oleh keluarga petani berdedikasi dengan lebih dari satu abad kepakaran.
Menggunakan sistem pertanian canggih, ternakan lembu-lembu ini adalah piawaian tertinggi dalam pemakanan tenusu, menyediakan susu segar dan tulen untuk anak anda.
Dengan Fernleaf, anda boleh yakin bahawa anak anda menerima pemakanan berkualiti, penuh dengan kebaikan yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.
Suffy B Genius Coklat direka khas untuk kanak-kanak berusia 4, 5, dan 6 tahun, menyediakan rasa yang lazat dan khasiat untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Formulasi B3 yang canggih ini mengandungi DHA penting untuk membantu fungsi kognitif, serta prebiotik seperti FOS dan Manna untuk mempromosikan sistem pencernaan yang sihat.
Selain itu, turut diperkaya dengan vitamin dan mineral penting, Suffy B Genius Coklat memastikan anak anda mendapat nutrien yang diperlukan tanpa gula tambahan, membantu mereka kekal sihat dan kuat.
Pada Usia Berapa Anak Saya Boleh Minum Susu Berperisa?
Kami faham apabila ramai ibu bapa rasa gusar untuk beri si kecil susu formula berperisa seperti madu atau coklat.
Adakah beri kesan sampingan seperti pertumbungan tulang tidak baik, perut mereka bermasalah atau kandungan gula tidak sesuai.
Jadi kami menjengah portal Hello Doktor, seorang doktor mengulas tentang soalan ini.
Katanya, jika susu formula berperisa yang anda maksudkan memang dikhususkan pemberian bagi kanak-kanak seperti usia anak anda, maka tidak menjadi masalah.
Ini kerana kandungan khasiat susu formula berperisa adalah sama seperti susu formula cuma ditambah perisa atau jumlah gula yang dibenarkan.
Hal ini penting untuk anda memilih jenis susu yang sesuai dengan usia anak anda dan tidak menyekat pertumbuhan tulang atau tumbesaran si manja.
Apa pun jom kita lihat kesalahan membancuh susu formula supaya khasiat susu tepung dapat dikekalkan.
Nutrisi Susu Coklat Kepada Kanak-kanak
Susu coklat untuk kanak-kanak adalah cara yang baik untuk memberikan nutrien penting sambil memenuhi selera mereka.
Dipenuhi dengan vitamin dan mineral penting, susu coklat menyokong pertumbuhan dan perkembangan, menyediakan kalsium untuk tulang yang kuat, protein untuk perkembangan otot, dan DHA untuk fungsi kognitif.
Sesetengah susu coklat juga mengandungi prebiotik untuk membantu pencernaan dan mengekalkan usus yang sihat.
Dengan rasa coklat yang enak dan pekat, kanak-kanak lebih cenderung untuk menikmati dan mengambil minuman berkhasiat ini, memastikan mereka menerima nutrien yang diperlukan untuk gaya hidup yang sihat dan aktif.
Pilih susu coklat berkualiti tinggi yang bebas dari gula tambahan untuk memberikan anak anda minuman yang seimbang, lazat, dan berkhasiat.