Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

19 Krim/Ubat Terbaik Untuk Eczema Bayi di Malaysia 2024

Jangan ambil mudah, pantau kulit si kecil!

Eczema adalah masalah keradang pada kulit yang boleh mengakibatkan kulit bengkak, berkerak, gatal dan timbul ruam merah.

Kadang-kadang kulit akan kelihatan seperti melecur yang berair dan sering terjadi di bahagian muka, lutut, pergelangan tangan dan siku.

Ada banyak krim ekzema tanpa steroid, ubat eczema untuk bayi atau losyen untuk baby eczema bagi merawat masalah kulit ini.

Bagaimanapun, tidak semua krim gatal baby dan krim untuk eczema baby sesuai dengan kulit jadi anda perlu dapatkan khidmat nasihat dari doktor atau pakai jika masalah kulit ini makin teruk. 

Jom lihat senarai produk cream eczema paling berkesan untuk merawat masalah kulit yang ringan atau kecil ini.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 19 Produk Krim Untuk Eczema Baby

Krim eczema baby organik
Youbaby Baby Cream
Youbaby Baby Cream
mulai
RM59.90
Semak Youbaby Baby Cream harga dibawah:
add_circle Membantu kurang masalah kulit gatal
add_circle Kurangkan ruam bayi
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Produk bebas paraben & merkuri
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Walaupun fungsi krim Youbaby ini lebih kepada untuk membantu masalah ekzema bayi, namun bagus juga untuk merawat masalah kudis, Psoriasis, kembung perut dan tidur yang tidak lena.

Ciri-ciri:

Memiliki PH 5.5 dan tekstur krimnya tidak melekit, mudah meresap ke dalam kulit dan tidak terasa panas apabila disapu pada kulit.

Paling penting, produk Youbaby selamat digunakan pada bayi kerana tiada steoroid. 

Krim untuk eczema bayi ini telah dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Casia Senna Leaf, Habatussauda, bawang putih, minyak Jojoba, Aloe Vera dan EO Geranium. 

Jadi dengan semua bahan ini sangat bagus untuk kesan luka terbakar, masalah kulit berair dan gigitan serangga turut boleh dikurangkan.

Review:

"Bagus untuk kulit baby yang sensitive, texture dia lembut ja. Sangat sesuai untuk baby yang ada ruam dan kembung perut. Dah try guna untuk baby sbb ada ruam, ruam cepat kecut, 2 3 hari dah dah kecut ruam tu. Sangat recommended la."

Sabun cetaphil untuk kulit gatal eczema
Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo 230ml
Cetaphil
Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo 230ml
mulai
RM22.90
Semak Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo 230ml harga dibawah:
add_circle Formula bebas sabun
add_circle pH seimbang
add_circle Tidak mengeringkan kulit bayi
remove_circle Kurang bau wangi

Sabun ini mempunyai tekstur lembut dan menjadikan mudah untuk membersihkan tanpa perlu mengeringkan.

Sabun syampu terbaik ini diformulasi dengan bahan tidak memedihkan mata, bebas sabun dan pH seimbang.

Kemudian, diperkaya dengan gliserin dan panthenol bagi membantu menyuburkan kulit bayi yang halus.

Bagi ibu bapa yang risau kulit anak mereka rosak atau iritasi akibat bahan sabun, sebaiknya gunakan sabun ini sebagai permulaan.

Memang bagus untuk bayi yang ada masalah ruam, ekzema dan gatal-gatal.

Krim eczema baby tanpa bau
Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme
Eucerin
Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme
mulai
RM39.90
Semak Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme harga dibawah:
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Orang dewasa boleh guna
add_circle Diperkaya dengan Ceramide 3
add_circle Bantu kuatkan lapisan perlindungan kulit
remove_circle Perlu nasihat doktor untuk bawah 3 bulan
remove_circle Hanya untuk ekzema ringan

Dirumus dengan Colloidal Oatmeal yang boleh melegakan masalah kegatalan dan kekeringan pada kulit ekzema.

Krim jenama Eucerin yang khas untuk bayi ini turut mengandungi Licochalcone

Bahan tersebut boleh membantu melegakan kulit yang kemerahan dan rengsa akibat ekzema dan ruam.

Selain itu, formula krim untuk eczema baby ini turut melembapkan kulit agar tak mudah kering atau gatal.

Ibu bapa boleh sapu krim jenama nombor 1 pilihan pakar kanak-kanak ini pada kulit anak yang kering tanpa keraguan kerana tidak mengandungi pewangi, pewarna dan steroid.

Krim eczema baby murah
Sebamed Baby Cream Extra Soft (50ml)
Sebamed
sebamed baby cream
mulai
RM13.90
Semak Sebamed Baby Cream Extra Soft (50ml) harga dibawah:
add_circle Bacaan pH 5.5
add_circle Boleh sapu pada kulit
add_circle Cepat menyerap dalam kulit
add_circle Melindungi kulit bayi yang halus
add_circle Telah diuji secara klinikal
remove_circle Kesan ambil masa

Untuk ibu bapa yang mahukan krim eczema untuk bayi yang mampu milik, kami sarankan untuk dapatkan produk Sebamed yang mengandungi 42% komposisi lipid.

Malah, sangat kaya dengan Panthenol, Allantoin dan ekstrak Camomile yang akan menggalakkan pertumbuhan semula kulit yang rengsa. 

Malah, sesuai untuk kulit bayi yang kering dan sensitif seperti masalah Atopic eczema

Walaupun murah tapi keberkesanannya amat bagus kerana boleh menjadi ubat eczema untuk bayi. 

Cara penggunaanya hanya sapu pada kawasan tubuh yang berlipat seperti siku, leher dan lutut. 

Selain dapat melembapkan kulit, krim ini boleh melindunginya dari kerengsaan, kekeringan dan jangkitan. 

Pada keluarga yang suka melancong ke luar negara, memang perlu sapu krim ini pada bayi sebab boleh melindungi kulit dari cuaca sejuk.

Krim kulit ekzema
MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs (50ml)
MayyaBaby
MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs (50ml)
mulai
RM31.99
Semak MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs (50ml) harga dibawah:
add_circle Cepat meresap
add_circle Merawat kulit kering & sensitif
add_circle Melegakan selsema & batuk
add_circle Meredakan gatal & ruam lampin
remove_circle Harga mahal

Selain boleh menyembuhkan lepuhan, ekzema dan keradangan kulit, produk Mayyababy ini sangat bagus dalam merawat gigitan serangga dan boleh bertindak sebagai penghalau nyamuk. 

Disebabkan krim ini berasaskan air, teksturnya tidak melekit atau terasa berminyak apabila disapu pada kulit. 

Cuma mengandungi minyak Argan, Aloe Vera, Chamomile, minyak oren dan Habbatus Sauda, yang mengeluarkan bau wangian lemon.

Untuk bayi yang sering menangis akibat perut kembung, memang disarankan untuk guna produk ekzema ini sebab masalah itu boleh melegakan. 

Demam juga boleh dikurangkan dengan penggunaan krim bayi ini menjadikannya sangat berbaloi!

Krim gatal ekzema
BabyOrganix Nature First Aid Cream
Baby Organix
BabyOrganix Calendula Cream
mulai
RM39.90
Semak BabyOrganix Nature First Aid Cream harga dibawah:
add_circle Tanpa bahan kimia bahaya
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Rawat kulit merekah & lebam
add_circle Melindungi sel kulit daripada rosak akibat persekitaran
remove_circle Kandungan krim hanya 30g

Krim BabyOrganix ini pasti akan menjadi teman baik anak anda yang mengalami masalah ekzema kerana saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. 

Produk ini juga boleh digunakan dengan selamat pada bayi kerana bebas steroid. 

Tambahan pula, sangat membantu untuk merawat masalah kulit seperti kesan terbakar, ruam, Seborrheic Dermatitis, kulit kering dan gigitan serangga seperti nyamuk. 

Telah diformulasikan dengan minyak Calendula organik iaitu sejenis tumbuhan yang kaya dengan antioksidan yang bakal melegakan kulit dan luka kecil. 

Paling penting, krim ini akan menjaga kesihatan kulit bayi yang halus.

Sabun Johnson baby untuk kulit sensitif
Johnson's Baby Top to Toe (500ml)
Johnson & Johnson
Johnson's Baby Top to Toe (500ml)
mulai
RM18.11
Semak Johnson's Baby Top to Toe (500ml) harga dibawah:
add_circle Ada Formula NO MORE TEARS®
add_circle Bebas pewarna tiruan
add_circle Boleh digunakan untuk rambut
remove_circle Bau wangian biasa

Sabun mandi bayi Johnson’s Baby Top Toe ini ada formulasi NO MORE TEARS® nya adalah sesuai untuk mandian menyeluruh termasuk bahagian muka.

Bahannya yang lembut dan tidak memedihkan mata serta tidak mengeringkan kelembapan semula jadi kulit bayi anda. 

Selain itu, sabun mandi bayi ini bebas pewarna tiruan, sabun, tidak menyebabkan alergi kulit pada si comel dan bebas paraben.

Sabun mandi ini mengandungi nutrisi penting yang diperlukan oleh kulit bayi, seperti Vitamin E dan minyak semula jadi untuk bantu menjaga kulit bayi agar kekal lembut dan sihat.

Anda dapat jimat dengan penggunaan sabun ini kerana sabun Johnson’s Baby Top Toe juga turut diformulasikan untuk rambut si comel anda! 

Krim eczema baby tanpa paraben
Aveeno Baby Eczema Therapy Moisturizing Cream
Aveeno
Aveeno Baby Eczema Therapy Moisturizing Cream (Tick as editor’s choice)
mulai
RM55.50
Semak Aveeno Baby Eczema Therapy Moisturizing Cream harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi Phthalates & pewangi
add_circle Mengurangkan kerengsaan kulit
add_circle Tanpa Paraben
add_circle pH seimbang
add_circle Hypoallergenic
remove_circle Harga mahal

Krim pelembap jenama Aveeno Baby ini wajib dimiliki oleh ibu bapa yang sedang mencari produk untuk baby eczema kerana telah terbukti secara klinikal boleh mengurangkan kegatalan dan kulit kering.

Krim ini di rumus dengan Colloidal Oatmeal dan Vitamin B5 yang akan melembapkan kulit bayi anda dengan baik.

Krim ekzema tanpa steroid ini turut bantu menguatkan lapisan perlindungan kelembapan kulit.

Produk ini juga telah disarankan penggunaannya oleh pakar kanak-kanak dan pakar kulit sendiri. 

Menarik lagi, teksturnya tidak melekit, jadi tidak akan menyebabkan ketidakselesaan pada badan si comel. 

Krim ekzema
Ceradan Skin Barrier Repair Cream 30gm
Ceradan Skin Barrier Repair Cream 30gm
mulai
RM39.90
Semak Ceradan Skin Barrier Repair Cream 30gm harga dibawah:
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Sesuai untuk kulit kering & sensitif
add_circle Melegakan kegatalan
add_circle Boleh disapu pada seluruh tubuh termasuk muka
remove_circle Harga mahal

Hadir dalam tiub dengan kandungan krim sebanyak 30gm dan sesuai untuk seisi keluarga da semua peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak. 

Krim pelembap yang mengandungi Ceramide, kolestrol dan asid lemak ini telah diformulasikan secara saintifik dengan nisbah 3:1:1 untuk setiap bahan. 

Hasilnya, boleh membantu menggalakkan pertumbuhan lapisan perlindungan kulit. 

Memang bagus digunakan oleh individu yang mengalami masalah kulit termasuklah cenderung terhadap ekzema. 

Cara penggunaanya, pakai 2 kali sehari pada bahagian badan yang bermasalah. 

Lepas ini, tidak akan ada lagi masalah gatal-gatal kulit pada anak-anak anda.

Krim ekzema tanpa steroid
SMCR Ezlief Cream
SMCR Ezlief Cream
mulai
RM22.90
Semak SMCR Ezlief Cream harga dibawah:
add_circle Tanpa steroid, paraben & wangian
add_circle Melegakan kegatalan & keradangan kulit
add_circle Tidak melekit
add_circle Ada ekstrak Aloe Vera
remove_circle Kandungan sedikit - 25g

SMCR Ezlief Cream ini desuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi dan wanita hamil.

Krim ekzema ini telah diperkaya dengan ekstrak Purslane hijau yang digunakan dalam ubat tradisional Korea untuk merawat jangkitan dan kulit yang rengsa. 

Di samping itu, turut mengandungi Vitamin E yang kaya dengan antioksidan dan boleh mengurangkan parut serta Glycerin yang dapat memperbaiki lapisan perlindungan kulit.

Produk ini sesuai digunakan setiap hari untuk kulit yang sensitif, rosak, kering dan gatal-gatal. 

Produk ini boleh disapu nipis pada bahagian tubuh yang bermasalah selepas mandi. 

Turut diperbuat daripada minyak badam dan ekstrak Saccharide Isomerate yang akan membekalkan kelembapan dan mengalakkan penghasilkan Asid Hyaluronik pada kulit. 

Krim eczema untuk baby yang baru lahir
MUSTELA Stelatopia+ Lipid-Replenishing Cream for Extremely Dry Skin
Mustela
MUSTELA Stelatopia
mulai
RM180.00
Semak MUSTELA Stelatopia+ Lipid-Replenishing Cream for Extremely Dry Skin harga dibawah:
add_circle Menghidratkan kulit
add_circle Tanpa wangian, Phthalate & Paraben
add_circle Keberkesanan terbukti secara klinikal
add_circle Mengurangkan ketidakselesaan akibat kulit gatal
remove_circle Harga mahal

Bagi si kecil yang mengalami masalah kulit kering cenderung ekzema, krim ini berfungsi untuk melembapkan kulit. 

Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti Avocado Perseose yang mampu melindungi bahagian lapisan perlindungan kulit. 

Manakala dengan sulingan minyak bunga matahari pula, produk ini memberikan lipid atau minyak yang diperlukan untuk mengekalkan lapisan kelembapan kulit si comel. 

Boleh digunakan pada bayi yang baru lahir kerana diformulasikan khas untuk mengurangkan risiko tindak balas alahan. 

Ibu bapa boleh sapu krim jenis Hypoallergenic ini pada tubuh anak pada waktu pagi dan petang. 

Krim ezcema dan ruam bayi di muka
CETAPHIL Baby Eczema Soothing Lotion 296ml
CETAPHIL
CETAPHIL BABY Eczema Soothing Lotion
mulai
RM126.00
Semak CETAPHIL Baby Eczema Soothing Lotion 296ml harga dibawah:
add_circle Telah diuji dermatologi
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Bebas Hypoallergenic
add_circle Mengandungi Mil Oat Koloid
remove_circle Harga mahal

Produk CETAPHIL Baby Eczema Soothing Lotion ini telah diuji oleh ahli dermatologi dan telah diiktiraf pihak NEA kerana keberkesanannya terhadap kulit sensitif.

Losyen ini mengandungi gabungan unik iaitu Mil Oat Koloid yang dapat memberi kesan lembut pada kulit kering.

Selain itu, menggunakan teknologi Filaggrin yang dapat memulih dan meningkatkan keupayaan kulit sekaligus mengembalikan kelembapan kulit halus bayi.

Dalam losyen ini tidak mempunyai pewarna, bebas Paraben, mineral dan Hypoallergenic jadi sesuai untuk anak kecil yang mempunyai masalah kulit sensitif dan ekzema.

Malah, krim ini boleh digunakan jika si comel mengalami ruam, bintik merah dan kegatalan pada seluruh badan.

Anda boleh guna losyen krim ini selepas bayi anda mandi iaitu 2 kali sehari dan seminggu lepas tu, ekzema dah baik.

Krim ekzema viral TikTok / Shopee
Snowhitee Treatment Lotion Susu Unta
Snowhitee
Snowhitee Treatment Lotion susu unta eczema
mulai
RM34.50
Semak Snowhitee Treatment Lotion Susu Unta harga dibawah:
add_circle Ada beberapa pilihan bauan
add_circle Tidak melekit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Merawat kudis
remove_circle Harga mahal

Snowhitee Treatment Lotion ini diperbuat daripada susu unta yang bagus untuk kulit sensitif dan merawat masalah kulit seperti ruam pada baby, kulit alergi, kudis, kegatalan kulit, panau atau kudis ringan.

Selain itu, produk ini juga bagus untuk mencerahkan kulit dan boleh dipakai pada seluruh anggota badan termasuk muka.

Menarik lagi, krim ekzema viral ini selamat dipakai oleh baby sehingga orang dewasa untuk melembutkan kulit sambil baunya memberikan ketenangan pada si pemakai. 

Produk ini juga mengandungi SPF 30 jadi anda boleh sapukan pada kulit wajah dan badan setiap hari untuk lindungi kulit daripada sinaran UV. 

Lotion baby untuk kulit sensitif dan eczema
QV Baby Lotion Pump 250g
QV Baby Lotion Pump 250g
mulai
RM38.68
Semak QV Baby Lotion Pump 250g harga dibawah:
add_circle pH seimbang
add_circle Tanpa pewangi & lanolin
add_circle Mudah menyerap dalam kulit
add_circle Sesuai untuk kurangkan ruam lampin
remove_circle Sedikit melekit pada awalnya

Untuk si kecil yang memiliki kulit jenis sensitif, kering dan ekzema, krim ini boleh membantu mengurangkan kegatalan dan masalah kulit mengelupas.

Ini kerana produk buatan Australian mengandungi Squalane yang akan mengekalkan kelembapan kulit.

Turut diformulasikan dengan 3 jenis bahan melembap iaitu Emollient, Humectant dan Occludent yang akan menjamin kulit kekal lembap sehingga 24 jam.

Boleh juga disapu pada kulit yang mengalami masalah dermatitis dan Psoriasis.

Paling penting, boleh disapu pada bahagian muka dan tubuh bayi selepas mandi.

Vaseline untuk bayi eczema
Vaseline Expert Care Sensitive Skin Rescue (365ml)
Vaseline Expert Care Sensitive Skin Rescue
mulai
RM34.90
Semak Vaseline Expert Care Sensitive Skin Rescue (365ml) harga dibawah:
add_circle Hipoalergenik​
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif​
add_circle Bebas pewangi​
add_circle Mudah menyerap dan tidak berminyak
remove_circle Bila terkena air rasa sedikit belengas

Vaseline® Expert Care dibangunkan bersama pakar dermatologi dengan formula termaju.

Terbukti secara klinikal dapat menenangkan dan melegakan kulit yang sensitif.

Losyen untuk eczema ini mengandungi oatmeal koloid, pro-lips dan Vaseline® Jelly untuk memberikan kelegaan serta-merta dan kelembapan yang berpanjangan untuk kulit si kecil.

Vaseline® Expert Care mampu melegakan 5 masalah kulit sensitif - kerengsaan, gatal, kekeringan, bersisik, dan kasar.

Hipoalergenik dan bebas daripada bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan.

Sapukan pada kulit anak anda dua kali sehari untuk hasil yang terbaik.

Zeho cream untuk eczema
ZeHo Cream Micro Ag+ 40g
ZeHo Cream Micro Ag+ 40g
mulai
RM49.99
Semak ZeHo Cream Micro Ag+ 40g harga dibawah:
add_circle Bebas pewangi
add_circle Mengandungi Ceramide
add_circle Menguatkan fungsi penghalang kulit
remove_circle Rasa sedikit berlilin

Sebagai ibu, saya tahu betapa sukarnya melihat anak kita terseksa dengan masalah kulit yang kering, kemerahan dan kadangkala melecet terutamanya ketika cuaca panas.

Jadi, saya cadangkan krim ekzema baby ini untuk anak anda. Produk yang turut disyorkan oleh doktor klinik swasta ini mengandungi MicroAG+ yang mempunyai sifat antibakteria.

Ia juga mengandungi ceramide 1,2,3,5 dan 6, spent grain wax serta saccharide isomerate yang dapat memulihkan dan mengembalikan fungsi semula lapisan kulit.

Paling penting, Zeho Cream Micro ag+ ini tidak mengandungi sebarang bahan wangian, jadi sesuai untuk kulit sensitif anak-anak.

Cara penggunaannya mudah, hanya sapukan 3-4 kali sehari pada kawasan yang terjejas dan gunakan secara berterusan untuk hasil yang optimum.

Aqueous cream untuk bayi
SENSAPHIL Aqueous Cream 500g/50g
SENSAPHIL Aqueous Cream
mulai
RM10.90
Semak SENSAPHIL Aqueous Cream 500g/50g harga dibawah:
add_circle Bebas paraben & SLS
add_circle Bebas pewangi
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Dalam saiz 50g atau 500g
remove_circle Jauhkan dari kanak-kanak

Kulit kering, sensitif atau mengalami ekzema dan dermatitis? Dapatkan je Sensaphil Aqueous Cream!

Sensaphil Aquoues Cream bukan sahaja melegakan kulit kering dan gatal-gatal, malah ia juga mempunyai sifat melembapkan dan menenangkan kulit.

Kandungannya yang lembut dan tidak merengsakan membuatkan ia sesuai digunakan pada muka mahupun badan.

Ia juga boleh membantu merawat pelbagai masalah kulit seperti ekzema dan dermatitis.

Sesuai untuk bayi baru lahir, kanak-kanak hingga dewasa.

Usah risau produk tempatan ini berdaftar dan diluluskan oleh NPRA, jadi anda boleh yakin akan keselamatannya. 

Krim eczema di farmasi
QV Intensive with Ceramides Light Moisturising Cream 350ml
QV Intensive with Ceramides Light Moisturising Cream 350ml
mulai
RM158.48
Semak QV Intensive with Ceramides Light Moisturising Cream 350ml harga dibawah:
add_circle Membantu menyokong penghalang kulit
add_circle Tanpa pengawet
add_circle Diuji secara dermatologi
add_circle Memperbaiki masalah kekeringan
remove_circle Harga mahal

Krim gatal eczema ini dirumus dengan agen pelembap dan kompleks ceramide yang membantu menyokong penghalang kulit.

Bukan itu sahaja, formula QV yang mudah diserap dan tidak berminyak ini juga mampu memberikan penghidratan kulit sehingga 24 jam.

Antara bahan-bahan lain yang terkandung dalam produk ini ialah niacinamide, asid laktik, Ceramides EOP & NP, minyak biji bunga safflower dan banyak lagi.

Produk ini juga bebas daripada pengawet, pewangi, warna, lanolin dan propylene glycol. Ia juga non-comedogenic, mesra vegan dan telah diuji secara dermatologi.

Sapukan pada kawasan yang kering dan gatal, terutamanya selepas mandi atau terdedah kepada keadaan iklim yang teruk.

Sabun sebamed untuk eczema
Sebamed Baby Cleansing Bar 100g
Sebamed Baby Cleansing Bar 100g
mulai
RM13.90
Semak Sebamed Baby Cleansing Bar 100g harga dibawah:
add_circle 100% bebas sabun dan alkali
add_circle Formula yang lembut
add_circle Diuji secara dermatologi
remove_circle Tiada bau wangi

Adakah anda sedang mencari sabun yang lembut dan selamat untuk kulit bayi dan kanak-kanak anda? Dapatkan Sebamed Baby Cleansing Bar.

Produk ini 100% bebas sabun dan alkali, direka khas untuk kulit sensitif bayi dan kanak-kanak dari lahir hingga remaja.

Dengan formula pH5.5 yang lembut dan melembapkan, ia menyokong pembentukan lapisan asid di kulit.

Kandungan vitamin dan asid amino semula jadi akan meninggalkan kulit bayi anda lembut dan licin, mengurangkan risiko kekeringan atau kerengsaan.

Tambahan pula, bahan Panthenol dalam formula sabun ini membantu mengelakkan gangguan pada proses regenerasi semula jadi kulit.

Jadi, ibu bapa tidak perlu risau lagi! SEBAMED Baby Cleansing Bar adalah pilihan yang selamat dan lembut untuk memandikan bayi dan kanak-kanak anda.


Jenis Eczema Pada Bayi 

Ekzema boleh menyebabkan bayi anda rasa tidak selesa dan susah tidur. 

Berikut beberapa jenis ekzema yang biasa dijumpai pada bayi. 

  • Dermatitis Atopik

Ini jenis ekzema yang paling biasa pada bayi. Ia menyebabkan kulit menjadi merah, gatal dan kering. 

Biasanya timbul di pipi, dahi, dan badan.

  • Ekzema Sentuh

Jenis ini berlaku bila kulit bayi terkena bahan yang menyebabkan alahan. 

Boleh jadi sabun, krim atau pakaian. Kulit jadi merah dan gatal di tempat yang terkena.

  • Dermatitis Seborrheik

Lebih dikenali sebagai 'cradle cap'. Gejala ini menyebabkan kesan berkelemumur di kulit kepala bayi.

Kadang-kadang boleh juga muncul di muka, dahi dan bahagian lipatan badan.

  • Ekzema Dishidrotik

Jarang berlaku pada bayi, tetapi boleh menyebabkan lepuh kecil yang gatal di jari, tapak tangan dan kaki.


Tanda-Tanda Eczema Pada Bayi 

Sebagai ibu bapa, penting untuk mengenali tanda-tanda eczema. 

Antara simptom ekzema termasuklah:

  • Kulit kering, bersisik dan mungkin mengelupas
  • Ruam merah
  • Benjolan kecil yang berair boleh muncul dan pecah
  • Kulit gatal-gatal
  • Bahagian badan membengkak
  • Kulit yang meradang dan berubah warna menjadi lebih gelap
  • Kesan garu
  • Lepuh yang meleleh dan berkerak

Ekzema selalunya bermula sebelum umur 5 tahun. 

Bagi bayi bawah 1 tahun, ekzema sering muncul di badan, dagu, kulit kepala, dan kaki mereka.


Cara Merawat Eczema Bayi

Ekzema pada bayi boleh dirawat dengan beberapa cara mudah. 

Antaranya:

  • Mandikan bayi dengan sabun baby eczema yang lembut dan tanpa wangian.
  • Kekalkan kelembapan kulit dan sapu pelembap selepas mandi.
  • Pilih krim gatal baby, ubat eczema baby atau losyen khas untuk ekzema
  • Kenal pasti apa yang boleh sebabkan ekzema seperti sabun, makanan atau pakaian.
  • Elak pakaian ketat atau kasar dan pilih pakaian bayi dari kapas.
  • Cuci baju baru sebelum dipakai.
  • Pakaikan sarung tangan lembut waktu tidur dan pastikan suhu bilik tidak terlalu panas
  • Potong kuku bayi pendek untuk mengelakkan bayi menggaru gatal.
  • Jumpa doktor jika keadaan teruk.
  • Jaga pemakanan bayi dan beri susu ibu jika boleh.

Apakah Faktor Yang Mempengaruhi Penyakit Ekzema Dan Rawatannya? 

Selain faktor keturunan dan genetik, ekzema boleh terjadi disebabkan beberapa faktor.

Antaranya, kulit kering, sensitif, sensitif dengan sesetengah pemakaian fabrik yang berbulu, terkena sebarang permukaan yang kasar atau cuaca panas. 

Di samping itu, boleh berlaku disebabkan alahan kepada sesetengah makanan atau bahan seperti sabun mandi yang tidak sesuai dengan kulit. 

Untuk merawatnya, doktor selalu akan memberikan pesakit krim atau losyen pelembap agar dapat mengurangkan masalah kegatalan kulit dan kekeringan. 

Antihistamin atau ubat pencegah gatal turut diberikan mengikut keperluan mereka yang mengalami ekzema. 

Kesemua produk ini perlu digunakan asalkan mengikut saranan dari pakar perubatan. 

Apa pun, jom dengarkan penjelasan punca dan sebab terkena eczema supaya anda boleh mencegah terlebih dahulu.


Bagaimanakah Cara Memilih Produk Eczema Untuk Bayi? 

Untuk anda yang baru bergelar ibu bapa, sudah semestinya mahu berikan bayi anda produk yang terbaik.

Lebih-lebih lagi jika si comel mengalami masalah kulit sensitif, gatal atau ekzema. 

Usah risau dan buntu sebab pertama sekali anda hanya perlu periksa terlebih dahulu kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk.

Misalnya, sabun mandi, syampu dan krim atau losyen yang mahu digunakan agar sesuai dengan kulit anak yang ada ekzema.

Kemudian, pastikan produk berkenaan tidak mengandungi bahan pewangi kerana boleh merengsakan kulit. 

Jangan lupa untuk pilih produk yang memang diformulasikan khas untuk kulit bayi yang sensitif. 

Kebanyakan produk ini selalunya mengandungi Colloidal Oatmeal yang akan mengekalkan kelembapan kulit si manja. 

Yang penting, perlu rujuk pada doktor atau pakar kanak-kanak sebelum menggunakan sesuatu produk seperti losyen untuk baby eczema pada kulit si comel kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak.


Artikel Berkaitan

End of Article