Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

18 Serum Muka Terbaik di Malaysia 2024 (Paling Berkesan)

Dapatkan kulit yang cantik dan sihat dengan produk-produk ini!

Serum muka merupakan skincare wajib bagi anda yang ingin kulit yang cantik, dan tentunya kita mahukan serum wajah terbaik.

Bukan apa, serum muka yang bagus berfungsi sebagai extra pelembap wajah, selain daripada mengurangkan garis kedutan, mengecilkan pori, mencerahkan dan bermacam lagi.

Jenis serum memang ada pelbagai dan banyak dari jenama serum muka terbaik yang ada dijual di pasaran, jadi sebenarnya agak mudah nak pilih serum yang bagus untuk kulit.

Penggunaan serum terbaik juga sebenarnya bergantung pada jenis kulit dan masalah yang dialami, sebab itu ada sesetengah memerlukan serum paling berkesan.

Kalau pilih serum muka yang kurang sesuai, takut nanti pembelian tu tak berbaloi sebab tak berkesan pada muka, jadi perlu dapatkan serum dan moisturizer yang bagus atau serum pelembap wajah yang sesuai.

Tapi, mana satu jenama serum muka terbaik? Jom kita lihat senarai produk serum terbaik dan review serum wajah yang bagus.


Senarai 18 Jenama Serum Muka Terbaik

Serum muka terbaik secara keseluruhan
Wardah
serum wardah murah
Semak Wardah Lightening Serum Ampoule Niacinamide (30ml) harga dibawah:
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Mencerahkan bintik hitam
add_circle Ada 10X Advanced Niacinamide
remove_circle Muncul jerawat kecil pada sesetengah orang

Sebab menjadi pilihan utama:

Tekstur serum ini ringan menjadikan lebih cepat menyerap pada lapisan dalam kulit, dan dengan bahan 10x dari advanced Niacinamide dalam setiap titik serum, memberikan kesan kulit menjadi lebih cerah.

Ciri-ciri:

Parut jerawat juga akan berkurang dan dapat melindungi kulit wajah dari exposure blue light

Dapat menjadikan kulit lebih lembap, berseri dari hasil penggunaan pertama.

Antara kebaikan lain lagi adalah, mengandungi bahan Niacinamide yang membantu meratakan tona kulit dan menghapuskan dark spot.

Sesuai untuk anda yang mempunyai jenis kulit combination, dan mampu mencerahkan kulit wajah selepas 2 minggu penggunaan.

Selepas penggunaan berterusan, anda akan dapati kulit wajah anda akan kekal lembap sepanjang hari dan terasa lebih lembut daripada sebelumnya.

Review:

"Best pakai serum Wardah. Ini kali ke-2 saya repeat order. Memang ada perubahan sikit pada muka ni dan rasa lembap je muka."

Serum muka untuk kulit berminyak
Nano White
nanowhite serum baru
Semak Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi
add_circle Meresap dengan pantas
add_circle Untuk kulit berminyak dan berjerawat
add_circle Tidak melekit
add_circle Mempunyai Arbutin dan Niacinamide
remove_circle Harga mahal

Serum ini mampu menaikkan seri wajah anda dengan memperbaiki tekstur kulit dan menghaluskan pori-pori dengan bantuan bahan aktif seperti arbutin dan niacinamide.

Arbutin dalam serum ini terhasil dari Teknologi Nano Encapsulating. Bahan ini dapat menjadikan kulit lebih cerah dan dapat menghalang penghasilan Melanin.

Malah dapat mengurangkan kesan parut jerawat dan bintik-bintik gelap, hasilnya kulit lebih cerah dan memperbaiki tona kulit tidak sekata.

Bahan penting kedua yang terkandung dalam advanced serum ini adalah Niacinamide yang sangat terkenal untuk memudarkan kesan dark spot dan memperbaiki kulit rosak akibat jerawat.

Kulit lebih tegang, anjal dan liang pori juga mengecil. Sangat disarankan untuk anda yang mahukan kulit licin dan berseri.

Serum muka terbaik untuk usia 50 tahun
Estee Lauder
Estee Lauder Advanced Night Repair serum
Semak Estee Lauder Advanced Night Repair Recovery Complex (30ml) harga dibawah:
add_circle Teknologi eksklusif ChronoluxCB
add_circle Hyaluronic acid mengurangkan kesan kedutan
add_circle Mengurangkan garis halus
remove_circle Harga agak mahal

Estee Lauder Advanced Night Repair Serum telah diuji secara dermatologi terbukti dalam mengurangkan tanda-tanda utama penuaan.

Serum ini mengandungi kepekatan asid Hyaluronik sebagai magnet kelembapan agar kulit kelihatan lebih licin, awet muda dan tegang.

Ia juga memaksimumkan kekuatan semula jadi kulit dengan teknologi eksklusif ChronoluxBC.

Serum ini sesuai buat anda yang telah menjangkau usia 50-an.

Gunakannya di sebelah malam sebelum tidur, agar kulit kelihatan bersinar keesokan harinya. 

Semak Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concenrate harga dibawah:
add_circle Mengandungi ekstrak sarang burung
add_circle Menggunakan kolagen semula jadi
add_circle Kuasa makro alga
add_circle Ekstrak gentian India, Actigenic +
remove_circle Harga mahal

Diperkaya dengan B’NEST Collagen dan Antigenic dimana dapat menjadikan kulit lebih cantik serta memberi kulit extra kolegen semulajadi. 

Bahan ini dapat membuat kulit lebih anjal dan segar kerana kulit cukup kolagen.

Manakala bahan Hyaluronic acid pula berfungsi melawan tanda-tanda penuaan pada kulit.

Walaupun harga sedikit mahal, tapi kami yakin pembelian sangat berbaloi.

Semak Garnier Light Complete Booster Serum (With Vitamin C) (30ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Mempunyai Phenylethyl Resorcinol
add_circle Mudah menyerap pada kulit
remove_circle Kandungan Citric Acid boleh menyebabkan iritasi
remove_circle Tekstur sedikit melekit

Serum ini kaya dengan vitamin C yang berfungsi mengurangkan kadar penghasilan melanin pada kulit.

Mengandungi bahan seperti lemon Yuzu dari Jepun, dimana lemon ini membekalkan antioksida yang tinggi, sekaligus ia dapat melambatkan proses penuaan pada kulit.

Selain itu, serum ini akan memastikan sel-sel kulit kulit akan sentiasa sihat dan segar.

Niacinamide adalah bahan paling best, sebab ianya berfungsi sebagai agent untuk mencerahkan, mengecilkan liang pori pada wajah. 

Serum terbaik untuk kulit kusam
Olay
Semak Olay White Radiance Light Perfecting Essence (30ml) harga dibawah:
add_circle Pearl-optic technology
add_circle Sepitonic complex
remove_circle Perlu guna set lengkap untuk nampak hasil

Kebaikan yang akan dibekalkan pada kulit wajah adalah kulit menjadi lebih lembap. 

Selain itu, kulit lebih licin, kelihatan lebih segar. 

Ini kerana bahan utama yang terdapat pada serum ini adalah Pearl-OpticTM technology.

Malah, serum ini direka khas untuk berfungsi pada bahagian kulit yang bermasalah.

Sepitonic complex pula membuang kulit yang kelihatan sedikit kuning pada wajah mungkin akibat dari kotoran atau sel kulit mati.

Seterusnya, serum ini akan menghalang penghasilan melanin pada lapisan kulit paling bawah.

Hasil akhir, menjadikan kulit anda, ringan, licin, dan menyerap lebih pantas serum ini.

serum
Semak COSMODERM - Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30ml harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jerawat, bintik hitam dan putih
add_circle Mengurangkan penghasilan minyak
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Teksturnya tak melekit
remove_circle Kulit menjadi sensitif pada sinar UV

Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum serum gel ini berasaskan air di mana dapat mengawal pertumbuhan jerawat.

Malah mempunyai ekstrak buah bagi mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah terutamanya di kawasan T-Zone (dahi, hidung, dagu).

Bahan digunakan adalah AHA, Lemon, Aloe Vera, Fruit Extract dan Tea Tree Oil untuk menjadikan kulit anda menggelupas.

Tapi jangan risau kerana proses ini membuang sel mati pada wajah sekaligus mengelakkan pori-pori tersumbat sehingga boleh menyebabkan kemunculan jerawat.

Perlu diingatkan, disebabkan produk ini mengandungi AHA, jadi kulit menjadi lebih sensitif terhadap sinar UV.

Apa yang anda harus lakukan adalah sapu sunblock jika menggunakan serum pada siang hari, dan serum ini juga sesuai digunakan pada malam hari.

Tapi, jika terdapat keradangan, hentikan penggunaan produk ini dan segera dapatkan nasihat ahli dermatologi.

Serum mencerahkan muka terbaik
Safi
safi perfect white serum
Semak Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai untuk kulit kering
add_circle Tiada bahan pewangi
add_circle Tekstur ringan & mudah menyerap
remove_circle Keberkesanan tidak ketara

Bagi anda yang mengalami masalah bekas jerawat pada kulit kering, serum dari Safi ini boleh membantu mengurangkannya. 

Tekstur serum ini ringan dan dapat meresap jauh kedalam kulit supaya dapat melembapkan kulit dan menjaga kelembutan kulit dari hari ke hari. 

Dengan teknologi Ultra White iaitu komponen ekstrak Nano BioWhite dan Kakadu Plum untuk mencerahkan kulit yang kusam dan tona tidak sekata. 

Kalau anda pakai secara konsisten, satu botol cukup untuk 2 bulan setengah jadi ini sangat menjimatkan sambil mengekalkan kulit kekal cantik.

Serum glowing terbaik
Bio Essence
Bio Essence Gold Rose Water
Semak Bio Essence Gold Rose Water harga dibawah:
add_circle Bahan terbaik seperti Bio Energy Complex
add_circle 24K Gold
add_circle Japanese rose extract serta Eijitsu
remove_circle Boleh menyebabkan iritasi pada wajah.

Bio Energy Complex merupakan formula yang unik membantu untuk mengembalikan kulit wajah yang rosak serta membuatkan wajah lebih berseri. 

Tahap pengambilan oxygen yang lebih pada kulit membuatkan kulit wajah kelihatan lebih segar.

Bahan lain seperti 24K Gold akan mebuatkan wajah lebih sihat, cantik dan lembap sepanjang hari. 

Selebihnya, 24K Gold ini kaya dengan anti-oxidant yang membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas. 

Bukan itu sahaja, tanda penuaan juga akan lebih lambat terjadi kerana kedua-dua bahan utama ini mempercepatkan kesan penyerapan pada kulit dan kulit nampak lebih natural.

Rose Extract, merupakan Japanese rose extract yang memberikan kesan lembap pada wajah serta mengecilkan liang pori anda.

Serum local brand terbaik
Safi
Safi Perfect White Crystal Essence
Semak Safi Perfect White Crystal Essence harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mudah menyerap ke dalam kulit
add_circle Terdapat banyak bahan bagus
remove_circle Tekstur cair

Bagi serum keluaran Safi perfect White Crystal Essence adalah focus bagi anda yang ingin mempunyai tona wajah yang sekata.

Bagi bahan Ultra White Technology, kesannya memberikan kulit wajah yang lebih cerah dalam masa yang singkat.

Nano BioWhite pula akan membantu memudarkan kesan dark spot, tona tidak sekata serta menjadikan kulit lebih cerah. 

Kakadu Plum, bahan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah oren untuk kulit yang sihat dan berseri.

3X Vitamin Biocapsules pula penuh dengan khasiat vitamin A, C dan E untuk melawan oxidative stress yang terhasil serta mendorong kulit menjadi lebih cerah.

Hyaluronic Acid, memberikan kesan kelembapan yang extra dan menjadi bahan untuk melawan kulit kering. 

Serum muka terbaik untuk anti aging
L'Oreal Paris
LOreal Paris Revitalalift
Semak L'Oreal Paris Revitalalift harga dibawah:
add_circle Bahan terbaik seperti Pro Retinol A
add_circle Centella Asiatica sebagai bahan utama
remove_circle Harga yang sedikit mahal

Mencari serum untuk kulit yang terbaik, pastinya LOreal serum pilihan yang tepat.

Jika anda memakai serum ini secara berterusan, pasti akan nampak hasil lebih cepat yang menjadikan kulit lebih lembap, lembut, licin, kelihatan awet muda dan glowing.

Bahan yang terkandung seperti Pro Retinol adalah berfungsi untuk memperbaharui sel epidermis agar menjadi lebih tebal bagi mengurangkan kedutan.

Centella Asiatica pula dapat menjadikan kulit menjadi lebih gebu.

Manakala bahan lain yang terdapat adalah LHA menjadi ejen untuk exfoliating bagi melembutkan permukaan kulit. 

Hasilnya, kulit halus mulus.

Serum untuk kulit berjerawat
Eucerin
Eucerin Poreless Solution Pore Minimizer Serum
Semak Eucerin Poreless Solution Pore Minimizer Serum harga dibawah:
add_circle Glycolic Acid
add_circle Lactic Acid
add_circle Clinically dan dermatologically proven
remove_circle Boleh menyebabkan iritasi.
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Serum yang dikeluar oleh Eucerin ini khas bagi anda yang mahukan kulit sihat serta mengurangkan dan mengecilkan liang pori. 

Kesan yang boleh dilihat, kulit nampak lebih segar, tidak berminyak dan lebih glowing.

Bahan terbaik seperti Glycolic acid akan membuang sel kulit mati, serta menjadikan tekstur kulit lebih lembut.

Lactic acid pula, membantu membaiki dan mengecilkan liang pori anda. Kulit licin dan bersih.

Rasai sendiri perbezaan dengan serum ini!

Serum Vitamin C
Cosmoderm
Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum
Semak Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum harga dibawah:
add_circle Vitamin C sebagai bahan utama
add_circle Melawan radikal bebas
add_circle Mengurangkan pigmentasi
remove_circle Berkesan mengikut jenis kulit

Serum dari Cosmoderm ini khas untuk boost skin.

Ini kerana diperkaya dengan vitamin C yang tinggi antioksidan bagi melawan radikal bebas.

Selain itu, kedutan serta garis halus pada wajah akan berkurang, hasilnya kulit lebih sihat dan tegang berseri.

Jika anda mempunyai kesan pigmentasi pada kulit, serum ini dapat membantu menstabilkan tona kulit wajah dan mengurangkan kesan dark spot.

Sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit tidak bermaya, kusam, dan gelap.

Serum muka untuk kulit kombinasi
Hada Labo
Hada Labo HA Supreme
Semak Hada Labo HA Supreme harga dibawah:
add_circle Untuk kulit sensitif
add_circle Ada 4 jenis asid hialuronik
add_circle Bebas paraben, pewangi tiruan & silikon
add_circle Tidak mengandungi minyak mineral & alkohol
remove_circle Harga yang agak mahal dengan kuantiti yang sedikit

H.A Supreme Cica Soothing di diperkaya dengan Cica extract bagi membekalkan kelembapan dan membaiki sel kulit yang rosak.

Ciri lain lagi, serum ini dapat menjadikan kulit lebih segar dan melegakan iritasi yang terjadi pada kulit wajah.

Hyaluronic acid pula berfungsi menjadikan kulit anjal dan lembap bukan hanya pada lapisan atas kulit tetapi sehingga lapisan bawah kulit. 

Maksudnya, kulit anda akan kekal lembap walaupun sesudah membasuh wajah.

Kadar penyerapan yang pantas, lembut, dan licin!

La Roche-Posay Niacinamide 10 Anti-Dark Spot Serum
Semak La Roche-Posay Niacinamide 10 Anti-Dark Spot Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi niacinamide & asid hyaluronik
add_circle Penyerapan cepat
add_circle Sesuai semua jenis kulit
remove_circle Harga sedikit mahal

Serum La Roche-Posay ini bukan hanya mengurangkan penampilan dark spot, malah membantu memperbaiki halangan kulit yang telah rosak.

Mengandungi bahan utama iaitu 10% Niacinamide yang lebih pekat yang mampu mencerahkan kulit untuk mengurangkan penampilan dark spot dan mengurangkan tona kulit yang tidak sekata.

Ditambah lagi dengan asid hyaluronik yang terbukti berkesan untuk membantu memperbaiki halangan kulit.

Sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun berminyak dan tidak menyumbat pori.

Disarankan untuk memakai pelembap yang benar-benar menghidratkan kulit untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan pakai sunblock/sunscreen dengan spf15.

Selepas seminggu penggunaan, anda akan mendapat kulit yang lebih lembut dan dark spot berkurangan tanpa kesan kemerahan atau purging.

dr dermis serum
Semak Dr. Dermis Hydraceutic Double Power Vitamin Concentrate (30ml) harga dibawah:
add_circle Memudarkan parut jerawat
add_circle Penyerapan cepat dan tidak melekit
add_circle Boleh dijadikan based sebelum makeup
add_circle Mengurangkan keradangan & kekasaran kulit
add_circle Membaiki kulit yang rosak
remove_circle Harga sedikit mahal

Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berminyak akibat dehidrasi serta mengurangkan masalah kulit sangat kering, bersisik, pecah-pecah dan mengelupas. 

Dengan Derma-Mimic Complex, serum Dr. Dermis menguatkan penghalang kulit dan memperbaiki kuit yang rosak.

Ia mengaktifkan saluran air Aquaporin untuk intensive hydration dan mengunci molekul air untuk kulit yang lebih sihat.

Mengandungi Vitamin B5 yang bertindak sebagai pelembap semula jadi, melindungi kulit dari iritasi dan menjadikan kulit lebih terhidrat.

Vitamin B3 pula berfungsi sebagai antioksidan dan meningkatkan pertahanan kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit, sekaligus mencegah kerosakan kulit dan kekeringan.

Malah, ia membantu mengurangkan pigmentasi dan melawan tanda-tanda penuaan, memberikan kulit wajah yang lebih sihat secara menyeluruh.

Tambahan lagi, mengandungi Asid Hialuronik dan Sodium Hyaluronate yang berkesan mengunci kelembapan serta menguatkan penghalang kulit.

Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kulit menggelupas, kekasaran kulit, menenangkan kulit, mengurangkan iritasi kulit dan membaiki kulit yang rosak.

Bila pakai waktu malam, keesokan paginya kulit anda akan rasa sangat lembut, parut jerawat berkurangan dan semakin pulih selepas menggunakan Dr Dermis.

Hadalabo H.A supreme vita serum
Semak Hada Labo HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum harga dibawah:
add_circle Mencerahkan dan meratakan tona kulit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mengandungi 4 jenis asid hyaluronik
add_circle Mengurangkan bintik hitam dan jerawat
add_circle Melembap dan menenangkan kulit
remove_circle Harga sedikit mahal

Dengan formula whitening injection, serum Hada Labo jenis water-based dan pekat ini mencerahkan, melembapkan serta menghidratkan kulit dengan lebih baik tanpa rasa berat atau berminyak. 

Mengandungi Vitamin B, 5% Niacinamide dan 4 jenis asid hyaluronik yang berkesan untuk memberikan kelembapan yang berpanjangan, mencerahkan dan meratakan tona kulit.

Niacinamide pula mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sebanyak 48%. Tekstur ringan dan meresap jauh ke dalam lapisan kulit.

Menariknya, formula serum ini sama seperti suntikan pencerah kosmetik dan boleh memperbaiki dan mengembalikan kulit wajah yang lebih seimbang dan berseri.

Selain mengecutkan jerawat yang merah, serum booster ini boleh mencerahkan bintik gelap dan memudarkan parut yang sangat hitam

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk dehydration, kulit kusam dan sensitif.

Satu pam serum cukup untuk sapu keseluruhan muka dan tona kulit kelihatan lebih cerah dan sekata selepas beberapa minggu. 

eucerin_serum
Semak Eucerin Pro ACNE Solution Triple Effect Serum harga dibawah:
add_circle Mengurangkan tanda selepas jerawat
add_circle Mengurangkan kilaun pada wajah
add_circle Mencegah pembentukan jerawat baru
add_circle Mengurangkan jeragat
remove_circle Harga sedikit mahal

Bagi mereka yang mencari serum dalam drugstore untuk memudarkan jeragat dan parut jerawat dalam masa 2 minggu, cuba dapatkan serum Eucerin Triple Effect.

Diformulasikan dengan 100% minyak sawit yang diperakui dan Thiamidol yang dipatenkan untuk membantu mengurangkan cela dan tanda selepas jerawat.

Thiamidol berfungsi sebagai punca hiperpigmentasi untuk mengurangkan dan mencegah munculnya tanda selepas jerawat yang berterusan dan mencegah penampilannya.

Bahan lain seperti asid salisilik dalam produk ini berkesan mengurangkan cela dan Licochalcone A pula membantu menghalang jerawat baru daripada muncul.

Dengan Sebum Regulating Technology, serum ini memberikan kesan matt dan long-lasting dry.

Gunakan bersama-sama dengan Eucerin Pro ACNE Solution Day Bright Mattifying untuk kesan lebih efektif.


Apa itu Serum Wajah?

Serum wajah merupakan sejenis gel yang jernih bertekstur ringan dan bebas dari minyak.

Ini kerana mengandungi sejumlah bahan aktif vitamin serta oksidan. 

Fungsi serum adalah menyerap masuk ke dalam lapisan kulit yang paling dalam dengan cepat, mudah dan merata dari pelembap biasa.

Serum juga mampu untuk regenerasi kulit, mencerahkan, menghapuskan garis-garis halus, jerawat, bintik hitam dan pigmentasi serta tona kulit tidak sekata. 

Sesuai untuk semua jenis kulit dan yang paling penting, gunakanlah produk yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Jika ingin dapatkan info lebih terperinci, boleh lihat video berikut.


Bilakah Waktu Terbaik Untuk Memakai Serum?

Serum seelok-eloknya dipakai 2 kali sehari aiitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. 

Pada waktu pagi, seelok-eloknya selepas mencuci muka, pakai toner kemudian diikuti dengan serum. 

Seterusnya, pakai moisturizer dan pastikan langkah terakhir diikuti dengan sunscreen supaya kulit terlindung daripada sinaran UV.

Pada sebelah malam pulak, pastikan anda apply step yang sama (waktu pagi). 

Pastikan serum tersebut betul-betul dah kering dan menyerap pada kulit sebelum apply skincare seterusnya ye.


Di Manakah Serum Muka Boleh Dibeli Di Malaysia?

Serum boleh didapati dengan mudah sama ada menerusi online atau di store

Bagi mereka yang inginkan pilihan, berikut merupakan senarai online shopping site dan store fizikal yang menjual serum.

Online:

Watsons, Guardian, Lazada, Shopee, Hermo, Althea, Sephora.

Offline:

Drugstore: Terdapat beberapa drugstore yang boleh anda pergi dan cari jenama serum disini.

Farmasi: Jika anda pergi ke farmasi yang lebih besar, kemungkinan produk untuk skincare seperti serum ini boleh didapati.

Pusat kecantikan atau spa kecantikan: Kebiasaannya, jika anda melawati tempat ini, mereka mempunyai pakar kulit untuk mengenal pasti jenis dan masalah kulit anda. 

Jadi mereka akan cadangkan pilihan serum terbaik untuk jenis kulit anda. 

Apa yang penting adalah pastikan serum anda guna adalah sesuai dengan tekstur kulit untuk memberi keberkesanan yang optimum. 


Cara Memilih Serum Mengikut Jenis Kulit Anda

Sebelum memakai serum, perkara utama yang wajib anda ketahui adalah masalah dan jenis kulit. 

Jadi berikut merupakan cara membuat pilihan yang terbaik.

Kulit Kering/Matang

Kebiasaannya permukaan kulit kering akan kelihatan bersisik dan menggelupas. 

Lebih teruk lagi kulit mudah mengalami masalah iritasi dan sensitif. 

Jadi serum yang terbaik adalah yang mengandungi bahan seperti hyaluronic acid dan Vitamin C. 

Kulit Berminyak

Kulit yang berminyak kebiasaannya mempunyai liang pori yang ketara dan bintik-bintik hitam.

Pilihan serum terbaik untuk jenis kulit ini adalah serum yang mengandungi asid salicylic, retinol dan minyak rosehip seed. 

Bahan ini semua bagi membantu mengurangkan bintik hitam, mengecilkan liang pori dan juga mencerahkan.

Kulit Kombinasi

Jika kulit anda kelihatan berminyak pada bahagian T-Zone dan bahagian pipi anda berasa kering dan ‘ketat’.

Kemudian, liang pori di bahagian hidung pula lebih ketara di T-zone berbanding di pipi. 

Pastikan serum yang anda pilih mengandungi hyaluronic acid dan dimethicone.

Kulit Sensitif

Serum untuk kulit sensitif memberikan keselesaan utama pada kulit anda. 

Jadi pilih serum yang mengandungi bahan yang anti iritasi seperti zinc, arnica dan aloe vera bagi mengelakkan iritasi, kemerahan dan breakouts. 

Ingin mengetahui cara memilih serum mengikut kesesuaian wajah, jom tonton video dibawah.


Cara Penggunaan Serum Muka

Untuk mendapatkan hasil terbaik buat kulit wajah anda, penggunaan serum yang betul haruslah melalui langkah-langkah yang tepat;

  • Bersihkan kulit wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih muka.
  • Keringkan muka dan oles toner seluruh wajah bagi melaraskan semula pH kulit wajah.
  • Titikkan serum sebanyak 2-3 titik ke telapak tangan.
  • Kemudian tepuk secara perlahan pada kulit wajah.
  • Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, selepas mencuci muka, tunggu selama 10-15 minit sebelum memakai serum kerana waktu itu kulit menjadi lebih relax.
  • Seterusnya gunakan moisturizer untuk memberikan kelembapan. 
  • Akhir sekal, oleskan sunscreen ada wajah.

Ingin diingatkan, serum mempunyai beberapa kategori dengan fungsi yang berbeza. Antaranya,

Serum Anti Penuaan:

Melambatkan proses penuaan dan membekalkan bahan aktif anti penuaan untuk melawan garisan kedut di wajah.

Tidak terhad pada kulit matang sahaja, boleh digunakan seawal 20an.

Bagi yang baru saja menjinakkan diri menggunakan serum, mulakan dengan dos rendah, 0.25% supaya kulit dapat biasakan dengan bahan serum. 

Selepas seminggu baru naikkan dos sedikit demi sedikit sehingga 2-3 ttitik.

Serum Antioksida:

Radikal bebas adalah bahan yang boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. 

Jadi, jika kulit anda terdedah kepada radikal bebas setiap hari, sebaiknya gunakan serum ini.

Ini kerana serum jenis ini membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan merawat kulit supaya kekal awet muda.

Serum jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit kerana apa jua jenis kulit.

Tapi, pastikan serum antioksida tersebut tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh menyebabkan iritasi seperti pewangi, pewarna sulfate, citrus dan mint.

Gunakan pada waktu siang dan sapukan serum sebelum memakai sunscreen sebagai perlindungan tambahan kulit daripada cahaya matahari.

Serum Pelembap:

Serum in membantu menambah kelembapan pada kulit dan membantu untuk menambah keberkesanan moisturizer.

Serum jenis ini sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan tiada had umur.

Disebabkan serum ini mengandungi asid Hyaluronic, jadi baik bagi mereka yang berkulit berminyak dan cenderung untuk berjerawat.

Ini kerana kebanyakan produk pelembap kini direka untuk melembap tanpa menjadikan kulit berminyak.

Color-correcting Serum:

Serum jenis ini adalah serbaguna dan dapat menghapuskan pelbagai isu kulit seperti pigmentasi, bintik hitam dan jeragat.

Terutama sekali bagi mereka yang mengalami masalah seperti kulit belak atau berbelang bagi mereka yang bertudung.

Manakala bagi serum pengelupasan (exfoliating), serum ini untuk mereka yang ingin melicinkan kulit wajah dan mengecilkan pori.


Bonus: Tips Penting

Ingat! Pastikan anda pakai serum dahulu sebelum memakai pelembap.

Ini kerana pelembap bersifat lebih creamy dan pekat berbanding serum. 

Jadi bagi memastikan kulit dapat kelebihan dari serum tersebut terlebih dahulu.

Jangan lupa memakai sunscreen setelah memakai pelembap. 

Lebih-lebih lagi serum yang bertujuan untuk mencerahkan kulit kusam seperti serum yang berasaskan vitamin C.

Pastikan serum diletakkan di dalam bekas yang gelap. 

Jika serum yang anda beli di dalam botol plastik atau kaca yang boleh tembus cahaya, pastikan anda alihkannya ke dalam botol yang lebih gelap. 

Ini kerana, bekas lutsinar tidak mampu menghalang cahaya yang akan mempercepatkan proses oxidasi serum. 

Proses ini akan menyebabkan serum berubah warna dan menjadikannya tidak berkesan. 


Faedah Serum Muka

Serum merupakan cecair yang mempunyai tekstur sedikit pekat tapi mudah menyerap pada kulit. 

Setiap serum mempunyai pelbagai jenis kebaikkan dan kelebihan yang tersendiri. 

Cuma bergantung pada pemilihan serum mengikut kesesuaian kulit.

Antara kelebihan, kulit tampil lebih cerah, mengurangkan kulit berminyak, melembap dan untuk membantu mengurangkan penuaan pada wajah. 

Jadi nak pakai serum yang mana satu? Semuanya ditangan anda.

Tinggal nak pilih je kan! Pastikan anda mengetahui jenis kulit terlebih dahulu sebelum membuat pembelian ye!


Artikel Berkaitan

End of Article